Teladan 35 - Peristiwa Ketika
Penghijrahan Abu Bakar
Gambar hiasan |
Ketika Abu Bakar as-Siddiq r.a. berhijrah bersama-sama
Rasulullah saw, dia membawa bersama seluruh hartanya yang berjumlah 5000 hingga
6000 dirham. Setelah dia pergi, Abu Qahafah, ayah Abu Bakar r.a yang buta
datang menemui Asma’.
“Demi ALLAH, sesungguhnya aku melihat dia telah menyusahkan kamu dengan
hartanya. Tentunya seluruh hartanya telah dibawa bersama. Sungguh ia telah
semakin banyak membebani kalian,” kata Abu Quhafah kepada Asma’ dan Aisyah.
“Tidak, tidak, sesekali. Ayah juga
meninggalkan hartanya untuk kami,” kata Asma’ bagi menyangkal dakwaan Abu
Quhafah itu.
Lalu Asma’ mengumpul batu-batu kecil
kemudian diletakkan di lubang angin di mana Abu Bakar pernah meletakkan wang
dirhamnya. Kemudian dia menutupnya dengan selembar baju.
Setelah itu Asma' memegang tangan Abu
Quhafah. “Letakkan tanganmu di atas wang ini,” katanya.
Maka Abu Quhafah meletakkan tangannya
di atasnya dan beranggapan bahawa itu adalah wang yang ditinggalkan oleh Abu
Bakar.
“Ayahmu memang telah berbuat baik.
Kalian telah ditinggalkan dalam keadaan yang baik Ini sudah cukup bagi kamu,”
katanya.
Sesudah itu, Asma’ berkata, “Demi ALLAH, sesungguhnya ayahku tidak meninggalkan harta sedikit pun.
Aku berbuat demikian semata-mata untuk menenangkan hati Abu Quhafah, supaya dia
tidak bersedih hati.”
Norziati binti Mohd Rosman
http://kisahseributeladan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan