3 Tempat yang mendatang ketenangan pada jiwa -by peribadirasulullah
PERNAH satu ketika seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi TIGA tempat iaitu ,
- Pertama tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
- Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada ALLAH, dan
- Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada ALLAH SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan