Namanya adalah Abu Bakar Abdullah bin Thahir Al-Abhari,
wafat sekitar tahun 330 H. / 942 M. Sezaman dengan Dalf Asy-Syibli, termasuk
syaikh yang sangat alim dan wara', bersahabat dengan Yusuf bin Al-Husain
dan lain-lainnya.
Di antara mutiara hikmahnya:
a. Barangsiapa yang memberi seorang fakir, janganlah kerana kefakirannya. jika kerana begitu, berilah sebatas keperluannya.
b. Jika kamu memenuhi undangan saudara seagama, maka
kurangilah berbicara tentang dunia.
2. Ruwaim bin Ahmad
Namanya Abu Muhammad Ruwaim bin Ahmad. Wafat pada tahun 303
H. / 915 M. Termasuk Syaikh yang paling dihormati, penduduk Baghdad,
seorang muqri' (ahli membaca Al-Qur'an) dan ahli Fiqih madzhab Daud. Di antara
mutiara nasihatnya:
a. Di antara hakim yang bijaksana adalah memberikan
kelonggaran hukum pada orang lain,
mempersulit hukuman pada dirinya sendiri. Memberikan kelonggaran hukum pada
orang lain termasuk mengikuti ilmu dan mempersulit hukum pada diri sendiri
termasuk kebijaksanaan seorang warak.
b. Saya pernah melewati Baghdad pada siang hari yang panas.
ketika itu saya berjalan di beberapa jalan dengan keadaan sangat haus. saya
mencuba meminta minum pada salah satu penghuni rumah. Kemudian muncullah
seorang anak perempuan kecil membuka pintu rumah dengan membawa tempat air
minum. Ketika melihatku, ia berkata "seorang sufi minum air di siang
hari?" maka sejak itu saya tidak pernah membatalkan puasaku.
c. Jika ALLAH memberimu kemampuan untuk memberi nasihat dan
mengamalkannya, lalu saya mengambilnya, hal itu adalah nikmat. Jika saya
melaksanakannya, sedang engkau sendiri tidak melaksanakannya, hal itu adalah
musibah bagi dirimu. jika kamu tidak punya nasihat juga tidak berbuat benar ,
hal itu adalah siksaan.
3. Ahmad Al-Adami
Nama lengkapnya Abul Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sahal bin
Atha' Al-Adhami. Beliau wafat pada tahun
309 H./921M. Salah satu seorang alim dan syaikh. pengaruhnya sangat besar.
Hidup sezaman dengan Al-Junaid dan sangat akrab dengan Ibrahim
Al-Maristani. Di antara Mutiara hikmahnya :
a. Barangsiapa menetapi hukum-hukum syariat, ALLAH akan
memberikan cahaya makrifat di hatinya, dan tiada kedudukan yang paling mulia
selain mengikuti perintah, perilaku, dan perangai baginda Rasulullah SAW.
b. Kelalaian yang paling besar adalah kelalaian seorang
hamba kepada tuhannya Yang Maha Agung dan Maha Mulia, kelalaian terhadap
perintah dan larangan-Nya, dan kelalaian terhadap hukum-hukum ALLAH.
c. Semua pertanyaan carilah jawabannya di pedang ilmu. jika
tidak kamu temukan jawabannya, carilah
di medan hikmah, jika kamu tidak menemukannya juga, maka timbanglah dengan
tauhid. jika kamu tidak memperolehnya dalam tiga tempat ini, maka lemparkanlah
pertanyaan itu ke muka syaitan.
4. Abu Sa’id bin Al-Arabi
Namanya Abu Sa’id Ahmad bin Muhammad bin Ziyad Al-Bashri
Al-‘Arabi (246-340 H / 860-952 M), tinggal di sekitar Masjid Al-Hara,
bersahabat dengan Al-Junaid, Amar bin Utsman Al-Makky, An-Nuuri dan
lain-lainnya. Di antara mutiara hikmahnya adalah “Orang yang paling rugi adalah
orang yang menampakkan perbuatan-perbuatan baiknya di hadapan manusia, dan
menampakan keburukan secara terang-terangan di hadapan ALLAH”.
5. Abul Khair Al-Aqtha’.
Namanya Abul Khair Al-Aqtha wafat pada tahun 340 H / 592 M,
berasal dari Maroko daerah Tinaat. Beliau memiliki banyak keramat dan firasat
yang sangat tajam dan sangat agung. Di antara mutiara hikmahnya adalah,
“Seseorang tidak akan mencapai kemuliaan kecuali dengan rajin beribadah,
berakhlak mulia, melaksanakan kewajiban-kewajiban, dan bergaul dengan
orang-orang sholeh”.
6. Ali Al-Ashbihani
Namanya adalah Abul Hasan Ali bin Sahal Al-Ashbihani,
termasuk sahabat Al-Junaid. Amir bin Utsman pernah datang kepadanya untuk
menagih hutang dengan melipat gandakan
tagihan. Ali Al-Asbihani masuk ke dalam sejenak kemudian keluar seraya membayar
semua tagihannya sebanyak 30.000 dirham. Ia juga pernah bertemu Abu Thurab dan orang-orang sezamannya.
Di antara
mutiara hikmahnya adalah, “Segera mentaati perintah ALLAH adalah suatu tanda
mendapatkan taufik-Nya. Berdiam diri dari perselisihan adalah tanda hati-hati.
Menjaga rahasia adalah tanda waspada. Dan menampakkan tuduhan adalah kebodohan.
Barang siapa yang tidak benar dasar-dasar keinginannya, maka ia tidak akan
selamat pada kesan-kesan akhirnya “.
7. Hatim Al-Asham
Nama lengkapnya adalah Abu AbduRahman Hatim bin Alwan. Terkenal dengan gelaran Al-Asham. Wafat pada tahun 237 H / 751 M . Dia termasuk
tokoh guru besar (syaikh) Khurasan, murid Syaikh Syaqiq, guru Ahmad bin
Khadrawaih. Hatim dijuluki Al-Asham (orang yang tuli) bukan kerana ia tuli akan
tetapi pernah ia berpura-pura tuli kerana untuk menjaga kehormatan seseorang
hingga ia dijuluki dengan Al-Asham.
Ustadz Abu Ali Ad-Daqaq – semoga ALLAH merahmatinya, pernah
bercerita, “ Seorang wanita pernah datang kepada Hatim. Ia bermaksud menanyakan
sesuatu kepadanya. Namun semasa ia mengutarakan pertanyaan, wanita itu
tiba-tiba buang angin (kentut) sehingga membuatnya ia sangat malu. Hatim tahu
apa yang berada di balik perasaan tamunya. Dia tidak ingin tamunya bertambah
malu kerana pendengarannya. Kerana itu mencoba menutupinya dengan mengatakan,
‘keraskan suaramu’. Ia berkata demikian kerana berpura-pura tuli. Akibatnya,
wanita itu senang dan tidak salah tingkah. Ia mengira Hatim tidak mendengarnya.
Dan sejak saat itulah ia dijuluki dengan Al-Asham.
Di antara muitara hikmahnya :
a. Tiada waktu pagi datang melainkan syaitan mencercaku dengan
pertanyaan-pertanyaan yang menggoda, “Apa yang akan kamu makan ?” Apa yang akan
kamu pakai ? Di manakah kamu akan tinggal.” Saya tidak ingin hanyut dalam perangkap pertanyaan itu, maka saya cukup menjawabnya, “Saya akan makan kematian,
mengenakan kain kafan, dan tinggal di liang lahat.
b.Pernah suatu hari saya ditanya, “Tidakkah kamu
menginginkan sesuatu ?” Maka saya jawab, “Saya ingin selalu sihat dari pagi
hingga malam hari”. Ditanyakan lagi, “Bukankah kamu sihat selama seharian ?”.
saya jawab, “Sihat menurutku adalah tidak menjalankan dosa dari pagi hingga
malam”.
c.Saya pernah dalam suatu pertempuran. Saya pernah ditangkap
oleh seorang tentera Turki. Kemudian badan saya dibaringkan untuk disembelih.
Hati saya tidak merasa takut sedikitpun, Bahkan saya menunggu keputusan ALLAH untukku. Ketika perajurit itu menghunus pedangnya untuk menyembelih diriku,
tiba-tiba meluncur sebuah anak panah menembusnya sampai mati sehingga ia
terlempar dariku. Sayapun segera berdiri.
d. Barang siapa
memasuki mazhab kami, hendaklah bersedia menerima empat hal kematian. Mati
putih kerana lapar, mati hitam kerana menanggung penderitaan dari manusia, mati
merah kerana berbuat ketulusan untuk melawan hawa nafsu, dan mati hijau kerana fitnah.
8. Ahmad Al-Anthaki.
Namanya Abu ALi Ahmad bin Ashim Al-Anthaki satu zaman dengan Bisyir bin Al-Harits, Sary As-Saqathi, dan Harits Al- Muhasibi. Abu
Sulaiman Ad-Daraani menjulukinya “seseorang yang menjadi mata-mata hati”
(jushuusul qulub) kerana ketajaman firasatnya.
Di antara mutiara nasihatnya adalah :
1. Jika kamu ingin
memperbaiki hatimu maka jagalah lidahmu. 2. ALLAH SWT berfirman, “Innamaa
amwaalukum wa aulaadukum fitnah”. (QS. At-Taghabuun 15). Namun kita selalu
mencari fitnah.
9. Abu Hamzah Al-Bazaar.
Namanya Abu Hamzah Al-Baghdadi Al-Bazaar wafat pada tahun
289 H / 902 M. Hidup sezaman dengan Al-Junaid namun wafat terlebih dahulu.
Bersahabat dengan Sariy As-Saqathi dan Hasan Al-masuhi. Beliau seorang ahli
fikih dan ahli baca Al-Qur’an, dan beliau adalah putera dari Isa bin Aban.
Ahmad bin Hambal pernah bertanya kepadanya tentang beberapa masalah dan
memanggilnya, “Bagaimanakah pendapatmu tentang masalah-masalah ini wahai sufi
?”. Maka beliaupun menyampaikan nasihat-nasihatnya di majlisnya pada hari
Jumaat. Ketika itu kesihatannya kurang sempurna sehingga beliau terjatuh dari
kursi dan wafat pada minggu berikutnya. Di antara mutiara hikmahnya adalah :
a. Barang siapa yang mengetahui jalan kebenaran, maka ia
akan mudah menempuhnya. Tidak ada pemandu yang menghantarkan kepada ALLAH SWT,
kecuali dengan mengikuti perilaku, perbuatan dan sabda-sabda Rasulullah SAW.
b. Barang siapa yang memiliki TIGA hal ini maka ia akan
selamat dari bencana-bencana iaitu : Perut yang kosong serta diikuti sikap
batin yang qana’ah. Kemiskinan yang disertai sikap zuhud dan ketabahan yang
disertai keabadian dzikir.
10. Abu Ubaid Al-Bisri
Beliau termasuk salah seorang dari guru besar terdahulu.
beliau pernah bersahabat dengan Abu Turab
An-Nakhsyabi.
Ahmad bin Al-Jalla' berkata;"saya telah menjumpai
seratus syaikh, namun saya lihat tiada yang seperti empat syaikh ini: Dzun Nun
Al-Mishri, ayahku, Abu Turab Al-Nakhsyabi dan Abu Ubaid al-Bisri".
11. Syaqiq Al-Balkhi
Namanya Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Balkhi, wafat pada
tahun 149 H / 810 Masihi dan termasuk syaikh sufi Khurasan. Beliau adalah
guru Hatim Al-Asham.
Diceritakan bahawa Syaqiq Al-Balkhi adalah putera seorang
yang kaya raya. Dia pernah pergi berdagang ke Turki ketika masih muda, lalu
masuk ke sebuah tempat penyembahan berhala. Dia melihat seorang pelayan
beribadah dengan kepala gundul dan dicukur janggutnya serta memakai pakaian berwarna
hijau. Syaqiq hairan, tidak bisa tinggal diam maka mendekatlah ia kepada orang
itu dan berkata, “Wahai pelayan, sesungguhnya kamu memiliki Tuhan Yang Maha
Menciptakan, Yang Hidup, Maha Tahu dan Maha Kuasa maka sembahla Dia dan jangan
menyembah berhala-berhala yang tidak bisa mencelakakan dan menguntungkan”.
“Jika benar demikian,” kata si penjaga tempat ibadah itu,
“Jika benar Dia Maha Kuasa, kenapa Dia tak berkuasa memberimu harta di daerahmu
sendiri sehingga kau tak perlu jauh-jauh berniaga mencarinya di daerah orang?
Kenapa pula kau bersusah payah mencari harta jika Dia berkuasa memberikannya
untukmu?”
Rupanya tanggapan yang tak terduga itu menghujam hati
Syaqiq. Syaqiq terdiam, merenung. Dia kemudian memutuskan kembali ke daerahnya,dan tidak meneruskan perjalanan niaga. Dia berniat menjalani hidup zuhud,
meninggalkan segala kemewahan, dan menghabiskan waktu untuk beribadah.
Di antara mutiara hikmahnya:
a. Jika kamu ingin mengetahui kejujuran seseorang. lihatlah
janji Allah dan apa yang dijanjikan manusia, apakah ia lebih mantap hatinya
kepada janji ALLAH atau janji manusia.
b. Ketaqwaan seseorang boleh dilihat dari Tiga hal: Dalam
kesukaannya menerima pemberian, Keikhlasannya, dan Pembicaraannya.
12. Muhammad bin Al-Fadhal
AL-Balkhi
Namanya adalah Abu AbdiLlah Muhammad bin Al-Fadhal Al-Balkhi
wafat pada tahun 319H/931 M berasal dari daerah Balkh sebuah daerah di
Samarkand, dan beliau wafat di sana. Ia bersahabat dengan Ahmad bin Khadrawaih
dan yang lainnya. Abu Utsman Al Hiri sangat cenderung kepadanya.
Di antara mutiara nasihatnya :
a. Pernah Abu Utsman Al-Hirri menulis surat kepadanya yang
menanyakan, “Apakah tanda-tanda orang yang celaka ?”. ia menjawab, ‘Ada tiga
hal. Pertama ia diberi ilmu tetapi tidak bisa mengamalkannya. Kedua, bisa
berbuat kebaikan tetapi tidak ikhlas, ketiga suka bergaul dengan orang-orang
soleh tetapi tidak dihormati di kalangan mereka”.
b. Hilangnya Islam kerana EMPAT hal, pertama mempelajari
agama tetapi tidak diamalkan. Kedua mengamalkan agama tetapi tidak didasari
ilmu agama. Ketiga, tidak mahu mempelajari tentang kebodohannya tentang agama.
Keempat, tidak mendukung pendidikan agama.
c. Senang sekali orang yang dapat mengharungi padang Sahara
sehingga ia dapat sampai di Baitullah dan dapat melihat sejarah-sejarah
kenabian. Maka putuskan hubungan jiwamu dengan hawa nafsumu sehingga kamu
dapat sampai di hatimu dan dapat melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH zza wa
Jalla.
d. Jika kamu melihat seorang murid memperbanyak masalah
dunianya maka hal itu adalah tanda kemundurannya.
e. Pernah ditanyakan tentang Zuhud maka dijawabnya,
“Memandang dunia dengan mata yang tidak pernah puas, namun ia menjauh dari
kesenangan dunia untuk mencari kemuliaan”.
13. Abul Husain bin Bunan.
Abul Husain bin Bunan semoga dengan Abu Sa’id Al-Kharraz.
Dia termasuk tokoh dan syeikh di Mesir.
Di antara mutiara nasihatnya adalah :
a. Setiap orang sufi hatinya selalu damai dan tenang
menetapi amalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, dan tanda kedamaian
hatinya adalah jika ia telah meyakini kekuasaan ALLAH SWT dari kemampuan
dirinya.
b. Jauhilah akhlak yang rendah sebagaimana kamu menjauhi hal
yang haram.
14. Ali Al Buasanji
Namanya Abul Hasan Ali Ahmad bin Sahal Al-Busyanji wafat
pada tahun 348 H/959 M, dia adalah salah seorang pemuka Khurasan dan pernah
bertemu Abu Utsman, Ahmad bin Atha’, Ahmad Al Jariri, dan Abu Amr Ad-Dimasyqi
Di antara mutiara nasihatnya adalah :
a. Pernah ditanyakan kepadanya tentang muru’ah (menjaga
kehormatan) maka dijawabnya, “Janganlah memakai apa saja yang diharamkan untukmu
dan bergaulah dengan orang-orang shaleh”.
b. Seseorang pernah berkata kepadanya, “Berdoalah kepada ALLAH SWT untuk saya”. Maka iapun berdoa, “Semoga ALLAH SWT melindungi dirimu
dari fitnahmu”.
c. Awalnya iman tergantung dengan detik akhirnya.
15. Muhammad At-Turmudzi.
Namanya adalah Abu AbduLlah Muhammad bin Ali At-Tirmidzi ,
termasuk tokoh dan guru besar dan memiliki beberapa karya tulis tentang
sosiologi. Dia bersahabat dengan Abu Turab An-Nakhsyabi, Ahmad bin Khadrawaih,
Ahmad bin Al-Jala’, dan yang lainnya.
Di antara mutiara nasihatnya adalah :
a. Pernah ditanyakan kepadanya tentang manusia maka
dijawabnya, “Makhluk yang sangat lemah dan banyak kesalahan”.
b. Saya tidak punya huraian satu huruf pun tentang suatu
karya tulisan saya. Saya juga tidak suka disebutkan nama saya untuk karya-karya yang saya tulis.
Akan tetapi apabila hati saya penuh masalah maka saya menikmatinya dengan
menulis”.
16. Sahal At-Tustari
Nama lengkapnya Abu Muhammad Sahal bin AbduLlah At-Tustari,
hidup antara tahun 815 sampai 896 M di daerah Tustar, dekat kota Bashra. Sahal
At-Tustari termasuk salah seorang imam pada ketika itu yang memiliki kelebihan dalam
kezuhudan, Muammalah dan wara’ serta dikenal dengan keramatnya. Dia juga pernah
belajar kepada Dzunun Al-Mishri di Makkah ketika ibadah haji.
Sahal bercerita,
Ketika berumur tiga tahun pada suatu malam yang syahdu dia terbangun dari tidurnya
yang nyenyak. Dia melihat pakciknya Muhammad bin Siwar sedang melakukan sholat
malam. Setelah selesai beberapa rakaat, pakciknya beristirahat dan melihat ke
arah Sahal. Pakciknya mendekatinya dan berkata, “Wahai Sahal, tidurlah. Hari sudah
larut malam”. Saat itu Sahal menjawab bahawa matanya tidak boleh lelap, apalagi
melihat sholat pakciknya. Pakciknya mengajarkan Sahal agar berzikir kepada ALLAH SWT. Lalu pakciknya juga mengajarkan supaya Sahal selalu membaca :”Allah
bersamaku, Allah melihatku, Allah saksiku”.
Pakciknya menyuruh dia membaca kalimat tersebut secara
bertahap, mulai dari tiga kali semalam. Setelah mantap, ditambah menjadi lima
kali, setelah itu tujuh kali hingga sampai sebelas kali. Sahal mengakui setelah
ia mempraktikkan zikir itu secara teratur hatinya merasa tenang. Pamannya
menasehati agar ia berdzikir secara istiqamah sampai maut menjemputnya. Zikir
dapat memberikan manfaat dunia dan akhirat. Sahal berucap, sejak saat itu saya
mendapatkan manisnya zikir di dalam hati”.
Sahal sering menasihati dirinya sendiri. Dia pernah berkata,
“Wahai Sahal, jika seseorang sentiasa merasa bahawa ALLAH Yang Maha Agung
selalu melihat dan menyaksikannya, apakah ia akan berkhianat dengan melakukan
apa-apa yang dibencia-Nya ?. Sungguh ketahuilah wahai diriku, apa manfaatnya
melakukan maksiat ?, Bukankah seorang kekasih tidak pernah ingin menyakiti
hati kekasihnya ?. Lakukanlah khalwat agar dirimu selalu mendapat pencerahan.
Sejak kecil Sahal sudah mempunyai minat yang besar pada ilmu
pengetahuan. Pada umur lima tahun dia sudah belajar kepada seorang ulama
terkenal di kota kelahirannya. Setiap malam dia belajar dengan tekun dan penuh
minat. Pada umur tujuh tahun Sahal sudah menghafal Al-Qur’an. Waktu itu ia juga
sudah berpuasa setiap hari, kebiasaan ini dilakukan sampai umur 12 tahun.
Makanan yang dimakannya hanyalah roti gandum. Dalam proses
pencarian jati dirinya sering dia mengembara. Dia sering ia pergi ke
Bashra. Dia belajar kepada Abu Habib Hamzah
bin AbduLlah Al-Abadani di kota Abadan. Di sana dia menetap beberapa lama dan
menuntut ilmu. Salah satu sikap wara’ yang diamalkannya adalah membatasi
makanannya hanya dengan 10 dirham. Setiap malamnya dia sahur dengan satu oun gandum tanpa garam ataupun lauk.
Dia dikenal sebagai tokoh sufi yang
amat wara’ dan zuhud. Sikap berhati-hati dalam beragama menjadi ciri khas Sahal
dan dia bersungguh-sungguh untuk menjadi tokoh yang boleh mencapai redha ALLAH SWT.
Sikap lain yang menjadi kelebihan Sahal adalah ma’iaytuLlah iaitu suatu sikap merasa selalu diawasi, diamati, dan disertai oleh ALLAH Ta’ala. Hanya orang yang memiliki perasaan cinta yang total kepada ALLAH sajalah yang mampu menghadirkan ALLAH dalam setiap gerak langkah dan denyut
nadi kehidupannya. Ketahuilah, bahawa setiap apa yang dilakukan oleh hamba ALLAH, tidak akan lepas dari catatan malaikat ALLAH. Meski sebesar biji zarah
sekalipun. Inilah yang menjadi pegangan setiap pecinta ALLAH. Walahupun ALLAH tidak dapat dilihat oleh makhluk, namun tidak ada yang luput daripada perhatian ALLAH.
Perasaan seperti ini sudah dimiliki Sahal sejak dia hafal
Al-Qur’an pada usia belasan tahun. Minatnya pada ilmu yang disertai perilaku
hidupnya yang begitu perihatin membuatnya mengalami pencerahan yang begitu
cepat. Salah satu nasihatnya kepada para penuntut ilmu adalah membiasakan diri makan
sesedikit mungkin agar mereka mudah berkonsentrasi ketika menghafal.
Makan yang
terlalu banyak akan membuat orang malas dan sulit untuk menghafal ilmu. Dalam
hal berpakaian Sahal sangat berhati-hati kerana ketakutannya terhadap
perilakunya ujub. Pakaian adalah sarana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga yang paling penting adalah suci dan menutup badan dengan baik, tidak
memperlihatkan aurat. Tetapi yang lebih penting jangan kerana pakaian seseorang
lupa bahawa semuanya itu berasal daripada ALLAH. Dan jangan pula kerana pakaian
seseorang merendahkan orang lain. Itulah bahagian zuhud yang sering
dipraktikkannya.
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan