Jumaat, 2 Oktober 2020

TANDA TANDA MENCINTAI NABI

 Al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Menyatakan (Tanda-tanda) Mencintai Nabi ﷺ

Hadratusy Syaikh menulis: Menyintai Nabi ﷺ ada tanda-tandanya.

Barangsiapa yang dzahir pada dirinya tanda-tanda tersebut, adalah ia benar-benar mencintai Nabi ﷺ. Dan sekiranya tidak, maka cintanya hanya perkataan semata.

Tanda-tanda tersebut adalah:

• meneladani Baginda ﷺ samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, zahir dan batinnya.

• mengamalkan sunnah-sunnah Baginda ﷺ, mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dengan adab Baginda ﷺ, dalam semua keadaan, baik di kala susah, maupun senang, di kala cergas mahupun malas.

• mengutamakan apa yang telah di syariatkannya dan yang di galakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat.

• banyak menyebutnya yakni bersalawat ke atas Baginda ﷺ, sebab orang yang mencintai sesuatu, banyak atau sering menyebutnya dengan perasaan rindu kepada yang dicintainya, mengagungkannya, memuliakannya dan menzahirkan kekhusyu’kan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda  ﷺ disebut.

• rindu untuk bertemu dgn Baginda ﷺ, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dengan yang dikasihinya.

• mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda  ﷺ, iaitu yang punya hubungan dengan Baginda ﷺ seperti ahli bait Baginda  ﷺ, para shahabat Baginda  ﷺ dari kalangan Muhajirin dan Anshar.

• membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhinya, menjauhi orang yang menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap orang yang menyimpang dari sunnahnya.

• mencintai al-Quran yang diturunkan kepada Baginda ﷺ.  Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan-tuntutannya di dalam mengatur kehidupan kita dan seterusnya memperjuangkannya.

• mencintai sunnahnya serta memperhatikan dan memahami hukum-hakamnya. 

Sahal bin ‘Abdullah at-Tusturi berkata: Tanda-tanda mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan mencintai Nabi ﷺ

Tanda-tanda mencintai Nabi ﷺ adalah mencintai sunnahnya. 

Tanda-tanda mencintai sunnahnya adalah membenci dunia. 

Tanda-tanda membenci dunia adalah enggan mengambilnya melainkan untuk bekalan menuju kampung akhirat. 

Belas kasihan (bersikap lemah lembut dan mengasihi) terhadap ummatnya, memberi nasihat kepada mereka tanpa jemu, berusaha memberi kemaslahatan dan menghindarkan mereka daripada marabahaya.

Demikian sedikit sedutan dari kitab yang di sebutkan. Semoga kita menjadi umat yang benar-benar mencintai Rasulullah ﷺ dan Rasulullah ﷺ juga mencintai kita. 

Dari Telegram https://telegram.me/pencintarasulallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...