Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan
orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami
himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang
kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika
dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang
sebenar). (Al-Anaam:111)
Orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong,
takabbur, besarkan diri. Kerana itu mereka tidak sanggup menyembah Allah,
seperti orang kafir dan orang Islam yang tidak sembahyang. Mereka dicop sombong
kerana tidak mahu sembah Allah sedangkan Allah yang memberi mereka makan.
Furqan [21] Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak
percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau
kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong
angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang
sebesar-besarnya.
An-Nisaa [153] Ahli Kitab (kaum yahudi) meminta kepadamu
(wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari
langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah
meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: (Wahai musa)
perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan
percaya kepadaNya). Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman
mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak
lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami
maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat) dan
Kami telah memberi kepada Nabi musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan
kaum yang kafir itu).
Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi
Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka,
sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab
Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
(Baqarah: 101).
Kafir Quraisy pula meminta agar diturunkan seorang Rasul
dari kalangan bangsa mereka sendiri agar mereka dapat memahami ajaran Allah
SWT. Namun setelah diturunkan Al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad s.a.w.,
mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah SWT.
Mereka sukar memahami Islam seumpama sukarnya memanjat atau
mendaki ke langit.
Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala
kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah
Subhanahuwata’ala kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan
dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke
langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan
azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
http://pondokhabib.wordpress.com/2014/12/24/mereka-tetap-tidak-beriman-walau-diturunkan-malaikat-kitab-dan-rasul/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan