Ahad, 12 Julai 2015
Sabtu, 11 Julai 2015
Jumaat, 10 Julai 2015
Ahad, 5 Julai 2015
AL-QURAN ITU
1. S: Berapa jumlah Surah dalam al-Qur'an? - J: 114 Surah
2. S: Berapa jumlah Juz dalam al-Qur'an? - J: 30 Juz
3. S: Berapa jumlah Hizb dalam al-Qur'an? - J: 60 Hizb
4. S: Berapa jumlah Ayat dalam al-Qur'an? - J: 6236 Ayat
5. S: Berapa jumlah Kata dalam al-Qur'an? Dan Berapa Jumlah
Hurufnya?- J: 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf.
6. S: Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Qur'an?
J:
Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun
HamalatulArsy, dll.
7. S: Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam al-Qur'an? -
J: 14 Sajdah
8. S: Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an?
- J: 25 Nabi
9. S: Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam al-Qur'an?
Sebutkan.
J: 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal,
al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj,
al- Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat,
al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah,
al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah,
al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim,
al-Insan, al-Bayinah,
al-Zalzalah, al-Nashr.
10.S: Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam al-Qur'an? Sebutkan.
J: 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
11.S: Berapa Jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam
al-Qur'an? J: 29 Surah.
12.S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan
10 saja.
J: Suarah Makiyah adalah Suarah yang diturunkan sebelum
Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf,
al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah,
al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.
13.S: Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah? sebutkan
lima saja?
J: Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan setelah
Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran,
al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.
14.S: Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an?
J: Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun,
Dawud,
Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh,
ZulKifli, Syuaib, Idris,
Muhammad Saw.
15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut
namanya dalam al-Qur'an?
J: Maryam binti Imran.
16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut
namanya dalam al-Qur'an?
J: Zaid bin Haritsah.
17.S : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah? J: Surah
at-Tawbah.
18.S : Apakah nama Surah yang memiliki dua Basmalah?- J:
Surah al-Naml.
19.S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Qur'an?
J: Surah al-Kafirun.
20.S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Qur'an?
J: Surah al-Ikhlas
21.S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa
Qubur? J: Surah al-Mulk
22.S : Apakah nama Surah yang apabila dibaca pada hari
Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J: Surah al-Khafi.
23.S : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?
J:
Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat No.255.
24.S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah
ayatnya?
J: Surah al-Fatihah, tujuh ayat.
25.S : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?
J: Firman Allah Swt :" Barang siapa yang melakukan
kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat,
Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan
lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.
26.S : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya?
J: Surah
al-Haj ayat 18 dan ayat 77.
27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah
apa ? ayat no Berapa ?
J: وليتلطف
Surah al-Kahfi ayat No. 19.
28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu
dapat mengantarkannya masuk
ke dalam surga ? J: Ayat Kursi.
29.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam
satu Surah dan di Surah apa ?
J: Ayat فبأي
آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.
30.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam
satu Surah dan di surah apa ?
Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah
lainnya? Di Surah apa?
J: Ayat ( ويل
يومئذ للمكذبين ) pada Surah
al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.
31.S : Apakah Ayat terpanjang dalam al-Qur'an ? pada Surah
apa? Ayat berapa?
J: Ayat No 282 Surah al-Baqarah.
Sabtu, 4 Julai 2015
TAZKiRAH
![]() |
Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.
Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..
Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..
Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..
Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..
Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..
Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini.
Moga BERMANFAAT.
Berikut juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
TUJUH SUNNAH NABI SAW ITU ADALAH:
PERTAMA: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
KEDUA: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
KETIGA: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
KEEMPAT: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
KELIMA: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
KEENAM: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
KETUJUH: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun.
Sent from Samsung Mobile
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...
-
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. Te...

