Tauhid Hakiki - Musafirikhlas
http://perjalananmukmin.wordpress.com/2013/11/20/tauhid-hakiki/
Dalam mempersoalkan isu tauhid ini ramai umat manusia yang mempelajari ilmu mengenal diri iaitu “Makrifatullah”, mengapa terlalu banyak persepsi atau pandangan-pandangan dan pelajaran-pelajaran yang jauh membawa umat manusia untuk mengerti dan memahami kongsep hakikat makrifatullah yang hakiki, pelbagai jalan dan cara diajarkan kepada umat manusia yang merumitkan lagi menyulitkan, apakah agama itu menyulitkan atau memudahkan..? Sedangkan setiap segala sesuatu itu sudah disiapkan dengan dalil beserta hadis-nya.
Menurut hemat saya pelajaran ilmu hakikat makrifatullah ini tidak merumitkan dan menyulitkan, bahkan memudahkan umat, mengapa mahu menyulitkan..? Ambillah jalan mudah, mudah difahami dan dicerna, bukan bererti adanya jalan mudah cara lama ditinggalkan, kalau anda masih boleh memahami dengan baik.. ya silakan, tapi menurut saya.. jika ada jalan yang lebih mudah…ya di pilih jalan yang mudah, kalau jalan yang berliku-liku itu menyulitkan lalu banyak umat manusia tersasar dari hakikat makrifatullah yang hakiki, apa lagi jika hendak mentauhidkan dengan benar-benar tauhid akan segala sesuatu kepada Allah.
Jika difahami dengan benar-benar apa itu “Zat=Sifat=Asma’=Af’al” maka ianya benar-benar telah memberitahu bahawa makhluk/manusia itu pada hakikatnya tidak ada, yang ada hanya Allah semata-mata, mengapa masih merasakan diri hebat atau bijak..? Dan fahami lagi dengan benar-benar konsep “ La ilaha Illallah, tiada TUHAN melainkan ALLAH”, bukankan telah dikatakan bahawa sememangnya tuhan lain selain Allah itu tidak ada..? Lalu mengapa timbulnya pelbagai pengakuan tuhan itulah tuhan inilah, aku-lah tuhan, bukankah ini merumitkan..? Kalau hendak ber-TUHAN maka bertuhanlah pada Allah sahaja, jangan ada lagi berbagai-bagai tuhan.
Bagaimana hendak merasai adanya atau mengenali Allah itu dengan hakiki..? Jika mahu merasai adanya Allah itu maka rasailah sehingga tiada lagi rasa, lihatlah sehingga tiada lagi penglihatan, pandanglah sehingga tiada pandangan sehingga semuanya menjadi kosong sekosong-kosongnya, lalu apa yang anda dapati..? Tidak ada apa-apa lagi melainkan diam sediam-diamnya, maka anda telah sampai kepada Zat-nya, kerana diri zat itu tiada dapat dirasa, tiada dapat disentuh, tiada dapat dilihat, tiada dapat dicium melainkan kosong yang tiada kosongnya, maka itulah zat semata-mata, itulah diri Allah sebenar-nya.
Lalu timbul pula rasa ingin dikenali, maka di sini telah ada permulaan titik awal iaitu sifat, kalau tadi dikosongnya itu zat semata-mata, sekarang ini telah ada rasa ingin dikenali maka telah ada permulaan bagi yang awal iaitu sifatullah, apakah sifat ini telah zahir..? Belum…inilah yang dikatakan qodim, bicara tanpa suara masih qodim, maka diciptakan makhluk yang bernama “ADAM” yang maksudnya tiada, lalu nyatalah apa yang diinginkan oleh sifat itu dengan nyatanya af’alullah ini, segala kelakuan dan perbuatan sifat itu nyata terzahir atas jasad ini, maka namanya ialah juga satu iaitu Allah, esa pada zat-nya, sifat-nya, af’al-nya dan asma’-nya.
Konsep-nya amat mudah, seperti anda ketahui iaitu “Allah, Muhammad, Adam”, kalau ketiga-tiga ini umum-nya satu tapi tiada bercampur, kerana Allah dan Muhammad itu satu bukan bersatu, bukan bercampur tapi satu jua, kalau Adam itu tentu-nya satu jua tapi tiada bercampur, kerana adam itu diciptakan hanya satu dengan cara ciptaan yang pertama dan merupakan benda baharu yang akan menemui mati, kerana ianya diberikan hayat, penglihatan dan pendengaran sebagai menyatakan akan diri-nya yang sebenar diri. Lalu di manakah manusia..?
Cuba di fahamkan sabda baginda nabi S.A.W iaitu” Ana minallah, walmu’minuna minni, Aku dari Allah, mukmin itu daripadaku“
Lalu kembalilah kepada tauhid yang hakiki, tauhidlah dengan benar-benar bahawa sesungguhnya Allah semata-mata yang ada, kerana kalimat tauhid itu ialah “La maujudun Illa Allah”, tiada sesuatu yang maujud/wujud kecuali Allah”, jikalau sudah benar-benar tauhid maka tiada lagi dipandang segala gerak dan perbuatan itu perbuatan makhluk pada diri jasad ini melainkan kelakuan dan perbuatan Allah semata-mata, tapi ingat bahawa diri Allah itu tidak bertempat, seperti dalam hadis qudsyi menyatakan “ Ana makanin, wala lay salli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, tapi aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”. Apakala sudah sampai di sini maka kembalilah ke tempat sewajarnya dan selayaknya kita berada iaitu pada tempat mutmainnah, iaitu tempat orang yang jiwa-nya sudah tenang setelah makrifat dan tauhid dengan benar-benar hakiki, walaupun begitu tetaplah merasakan dan memandang kepada Allah itu dengan tiada lagi rasa dan tiada lagi pandangan, lalu putuskanlah iktiqod anda bahawa tiada lagi tuhan begitu tuhan begini, bahawasa-DIA lah semata-mata yang ada.
Tapi harus di ingat bahawa bukan bererti di sini destinasi kita kerana kita bukan tuhan, tapi diri kita hanyalah kenyataan tuhan, maka tempatnya iaitu di “Mutmainnah”, orang yang jiwanya sudah tenang apabilah telah mengenali hakikat diri sebenar diri, tapi tetap memandang Allah sahajalah ada, seperkara lagi harus di perhatikan, Allah itu tidak bertempat, “Ana makanin, wala laysalli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, dan Aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”.
Jika menurut hemat saya jalan ini amat mudah difahami kerana tiada berbagai-bagai cara, bukan cara lain itu tidak bagus atau tertolak, bahkan Allah telah menyatakan bahawa “Ada dari kalangan hambaKU yang datang kepadaKU dalam keadaan merangkak, berlari, berjalan, mengesot dan berbagai lagi, bahkan ada yang semacam mendaki”, juga harus di ingat penjelasan ini bukanlah bererti hendak mendabik dada bahawa inilah jalan yang sebenarnya yang harus anda telusuri bahkan ada bermacam-macam cara, maka andalah yang harus bijak berfikir.
Mudah bukan, anda merasai adanya tuhan itu sehingga tiada lagi rasa, iaitu hilang segala rasa sehingga menjadi kosong ia akan rasa, berfikir sehingga hilang segala fikiran menjadi satu dengan perasaan lalu kosong sekosong-kosongnya, maka tiada lagi anda dapati diri anda, bahkan tuhanlah yang ada, inilah yang perlu dibawa ke dalam solat, bukan berbagai-bagai iktiqod, apabila ini sudah dicapai maka setiap gerak rukuk dan sujud dalam solat itu tidak lagi di pandang sebagai perbuatan makhluk, bahkan kelakuan dan perbuatan tuhan semata-mata yang bertajalli pada sifat (Muhammad) dan af’al-nya, (Jasad), jasad ini tempat kenyataan tuhan.
Cuba difikir sejenak, anda berniat untuk membuat air kopi, awalnya sebelum niat itu apa yang ada, tidak ada bukan, kosong sekosongnya, ini yang dikatakan zat, (Zat Mutlak/Ruhul Qudus) zat mutlak ini bukanlah diri tuhan, masih belum, kerana diri tuhan dan zat yang menciptakan itu masih tinggi lagi, tapi bukan ini untuk dibahaskan, apabila telah ada niat maka titik awal permulaan itu sudah bermula, tapi masih belum nyata, apabila telah disempurnakan atau pergi ke dapur membuat air kopi maka nyatalah, ini yang dikatakan zahir, maka telah nyata apa yang dikatakan titik awal niat itu.
Perbahasan ini tentunya luas namun saya ringkaskan kerana menurut hemat saya para pembaca bukanlah baru hendak belajar, bahkan sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang agama, maka dengan itu marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan sedalam-dalamnya agar mencapai matlamat dan tujuan yang sebenarnya untuk apa diri zahir ini diadakan.
Akhir kalam penjelasan ini bukan untuk menunjukan kebijaksanaan berfikir, tapi sama-sama berkongsi pengetahuan. Allahu’alam………
http://perjalananmukmin.wordpress.com/2013/11/20/tauhid-hakiki/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan