Ahad, 21 Ogos 2016

GUDANG DARI GUDANG-GUDANG SYURGA

Saudaraku muslimin yang dimuliakan Allah Ta'ala inilah dzikir yang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebutkan adalah gudang dari gudang-gudang di syurga.

Dari Abi Musa Al-as'ary semoga Allah meridhainya berkata: "Kami pernah bersama Nabi Shallalhu alaihi wasallam dalam safar , ketika kami menaiki (jalan naik) kami bertakbir , maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata : Wahai manusia perlahankanlah (suara) kalian , sungguh kalian tidaklah memohon kepada yang tuli dan ghaib (tidak ada) akan tetapi kalian memohon kepada yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Kemudian beliau datang kepadaku dan aku mengatakan pada diriku "Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah"

Maka Rasulullah mengatakan : wahai Abdullah Bin Qais: katakanlah: "Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah"

Sungguh ia adalah gudang dari gudang-gudang di syurga, atau baginda mengatakan: Mahukah aku tunjukkan kepadamu gudang dari gudang-gudang di syurga ? iaitu: Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah.

(HR Bukhari 6384 dan Muslim 2704)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...