Memaparkan catatan dengan label Berita..... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita..... Papar semua catatan

Sabtu, 24 November 2012

PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL MENGGUNAKAN SENJATA TRADISIONAL?

 PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL MENGGUNAKAN SENJATA TRADISIONAL?

Gambar hiasan
Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah? Rasulullah S.A.W. bersabda, 
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” 
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Renung-renungkan...semoga bermanfaat bersama taufik dan hidayahNYA.

Sumber : http://www.facebook.com/imantakwa

Isnin, 16 April 2012

MENGAPA YAHUDI MENGGALI DI BAWAH MASJID AL-AQSA?


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa giat dijalankan


Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. 

Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.






Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

                                                                                                                                                                                                   Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan 
pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Penggalian yang merosakkan asas Masjid Al-Aqsa














                                                                                                                                                                                                                                                Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja yang dijalankan
( Gambar bawah masjid )
Dome Of The Rock
Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis.

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!



Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan syaitan.

Masjid Al-Aqsa sebenar
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Tuhan Ra
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. 

Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan.

 Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. 

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Tuhan osiris (gambar duduk)

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. 




Replika Solomon's Temple
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

PERUNTUH MASJID BABRI MEMELUK ISLAM

Peruntuh Masjid Babri Memeluk Islam
Tambah kapsyen
BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Pelampau berfikiran extream
Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.
Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Keganasan
Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Jika Allah menghendaki, tiada siapa boleh menghalangnya...
Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.
“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
dipetik dari Utusan Online


Rabu, 30 November 2011

MENGIMBAS KEMBALI AWAL TRAGEDI AMBON BERDARAH


oleh Alexanderwathern 

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.

Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini. Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada malam 27 Ramadhan tahun 1999 lalu (inilah Tragedi Idul Fitri Berdarah), orang-orang Kristian dari luar terutamanya Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Kononnya pada malam tersebut Nabi Isa (Jesus Christ) akan turun di Ambon. Ini berbeza dengan umat Islam yang banyak keluar dari Ambon untuk pulang berhari raya bersama sanak-saudara. Ketika ini nisbah orang Islam berbanding Kristian ialah 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika umat Islam lain beriktikaf di masjid (qiamullail), pengganas Kristian membuat rancangan untuk menghabisi seluruh umat Islam ketika mereka bersolat Hari Raya. Ini kerana umat Islam akan bersolat di tengah padang, maka mudahlah disembelih beramai-ramai.

Dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Mengatur Rencana, entah bagaimana pengganas Kristian gagal menyerang pada masa yang ditetapkan. Inilah pertolongan Allah. Jika tidak, umat Islam seluruh Ambon telah lama pupus.

Namun begitu, serangan pengganas melanda pada pukul 3 petang, di kala umat Islam sedang berehat sesudah menunaikan solat fardhu Zohor. Serangan dilakukan di seluruh Ambon. Serangan pengganas begitu teratur dan rapi. Mereka dibahagikan kepada empat pasukan. Pasukan pertama adalah barisan pemanah. Anak-anak panah mereka tidak kosong, sebaliknya berisi racun dan ada yang berapi. Dengan itu, kebakaran cepat merebak. Barisan kedua ialah pengganas bertombak dan berlembing. Barisan ketiga pula merupakan pengganas-pengganas Kristian yang berpedang dan berparang. Sementara barisan keempat ialah pengganas yang menyapu licin (mencuri) semua barang berharga milik orang Islam lalu membakar apa saja yang tertinggal. Umat Islam cuba membalas dengan bersenjatakan pisau dapur, batu-batu dan buluh runcing, namun dengan begitu mudah pertahanan mereka dirobohkan oleh pengganas. Bayangkan, ketika itu (mengikut nisbah), 30 pejuang Islam terpaksa berhadapan dengan 100 pengganas Kristian. 

Maka tewaslah orang-orang Islam dengan mudahnya. Beginilah nasib yang akan menimpa umat Islam jika tidak ada membuat sebarang persediaan. Adakah kita telah melengkapkan diri dengan ilmu bertempur? Adakah masa kita di gelanggang beladiri dan majlis-majlis kerohanian (keagamaan) lebih banyak daripada di padang bola dan di depan televisyen? Adakah hubungan kita dengan Allah kini semakin rapat agar kita mudah diberi pertolongan ketika susah? Adakah kita pernah berdakwah kepada orang bukan Islam? Pernahkah kita berdakwah kepada orang Islam sendiri?
          
Kerana banyak orang Islam yang cedera parah, mereka terpaksa di hantar ke hospital. Malangnya hospital tersebut letaknya di perkampungan Kristian dan para pekerjanya juga beragama Kristian. Sampai sahaja di sana, kesemua Muslim yang cedera telah dilanyak dan dibunuh dengan lebih mudah. Sebulan sebelum serangan dilakukan, petugas beragama Kristian telah mengenalpasti identiti agama ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi. Pada masa serangan dilakukan, ibu-ibu Islam ditempatkan dalam sebuah bilik. Perut-perut mereka dibelah dengan pedang dan anak dalam kandungan dikeluarkan lalu dipotong-potong. Setelah perut ibu-ibu Muslim itu dibelah, bayinya dikeluarkan dan dipotong-potong, pengganas Kristian memasukkan kucing-kucing yang masih hidup ke dalam perut mereka lalu menjahitnya kembali. Apalagi, menggeleparlah kucing itu di dalam perut membuatkan ibu-ibu Muslim tadi mati dalam keadaan yang amat menyiksakan. Hanya Allah saja yang tahu mengapa segala musibah ini diturunkan kepada masyarakat Islam Ambon.

Orang-orang Islam membuat tiga benteng pertahanan iaitu di Masjid An Nur, persimpangan Masjid Al Fatah dan yang terakhir sekali di Masjid Al Fatah sendiri yang menempatkan orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak.

Gelombang serangan pengganas Kristian yang begitu besar dan lengkap peralatannya menyebabkan pertahanan di Masjid An Nur roboh. Para pejuang Islam berundur ke persimpangan jalan sementara Masjid An Nur dibom pengganas. Pertahanan di simpang jalan juga tidak lama kerana banyak pejuang Islam yang syahid dan cedera. Saki-baki pejuang terpaksa mempertahankan kubu terakhir mereka iaitu Masjid Al Fatah. Ketika ini para mujahiddin berperang sambil menangis kerana terlalu sedih dan amat mengharapkan pertolongan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Mereka yang lemah di dalam masjid berdoa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Fikir mereka, kali ini habislah umat Islam Ambon seluruhnya. Dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, pertolongannya tiba di saat-saat segenting itu. Orang-orang melihat ada cahaya biru yang jatuh ke kubah Masjid Al Fatah.
          
Entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja ribuan kanak-kanak kecil yang berjubah keluar dari dalam Masjid Al Fatah lalu membuat benteng pertahanan di sekitar masjid. Mereka dipimpin oleh seorang tua. Orang tua itu bertakbir, semua kanak-kanak kecil turut bertakbir.
Gerombolan pengganas Kristian tiba. Mereka menyerbu benteng kanak-kanak kecil tadi tetapi gagal kerana tiada keizinan Allah SWT Yang Maha Gagah.  Kanak-kanak itu tidak lut ditikam, ditetak ataupun dipanah. Para pengganas Kristian gempar lalu berundur ke tempat masing-masing. Umat Islam di dalam masjid melakukan sujud syukur di atas pertolongan Allah itu.
Esoknya heboh diperkatakan orang Islam dan orang Kristian tentang kanak-kanak kecil tersebut. Orang ramai menyangkakan semua kanak-kanak itu disimpan di dalam Masjid Al Fatah. Sebenarnya Imam masjid sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Tidak syak lagi… mereka ialah tentera-tentera Allah Yang Maha Besar Kerajaan-Nya.
          
Dalam satu peristiwa lain, seramai tujuh puluh pemuda berjubah dari sebuah perkampungan bergerak menuju Ambon kerana mereka mendengar khabar angin mengatakan Masjid Al Fatah telah hancur dan imamnya dibunuh. Apa gunanya lagi hidup jika sudah demikian keadaannya. Mereka berjalan berpuluh-puluh kilometer melalui hutan dan gunung-ganang agar tidak bertembung dengan pengganas Kristian. Bukan bermaksud mereka takut tetapi mereka enggan bertempur di luar kota Ambon. Hasrat mereka adalah untuk mengamok di dalam kota.

Sungguhpun demikian, mereka dipertemukan Allah juga dengan pengganas Kristian dari sebuah perkampungan. Setelah disekat, mereka pun tiada jalan lain melainkan jihad menggunakan senjata. Dengan izin Allah SWT Yang Maha Hidup, seluruh perkampungan itu bersama para pengganas dibereskan dalam masa setengah jam sahaja. Lima buah gereja turut dibakar hangus.
          
Pihak keselamatan (polis) Ambon yang 70% beragama Kristian merasa gentar dengan tentera Allah ini lalu cuba menyekat dengan senjata api. Sebagaimana yang kita sedia maklum, polis-polis beragama Islam pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Mudahlah mereka bertindak sewenang-wenangnya.

Para pejuang terpaksa bertahan apabila ditembak bertalu-talu sedangkan mereka hanya bersenjatakan alatan perang tradisional. Mereka ditembak begitu lama sehingga habis semua peluru pihak keselamatan. Pihak keselamatan nampak pasukan pejuang masih kuat lalu cuba menyekat dengan cara lain pula.

Mereka meminta jasa baik seorang ulama Islam tempatan untuk memujuk para mujahiddin membatalkan hasrat mereka. Ulama itu sedia bekerjasama agar jalan perbincangan dapat dibuka dan keganasan dihentikan. Dia menemui para pejuang dan memberi jaminan bahawa Masjid Al Fatah masih teguh dan imamnya masih hidup. Para pejuang bersetuju untuk pulang ke daerah mereka.

Pihak polis Kristian memeriksa medan pertempuran tetapi gagal menemui sebarang mayat pejuang Islam. Darah mereka pun tidak ada tinggal kesannya. Rupa-rupanya kesemua tujuh puluh pemuda itu selamat pulang dengan sejahtera. Hanya pokok-pokok pisang yang tumbang. Mereka sangat hairan dngan peristiwa tersebut. Ketahuilah, segala yang mustahil akan menjadi kenyataan atas kemahuan Allah SWT.

Rupanya sewaktu pihak polis Kristian menembak ke arah tujuh puluh pemuda tersebut, mereka lihat pejuang-pejuang Islam berjumlah ribuan orang dan dipimpin oleh seorang tua yang menunggang kuda putih. Oleh itu pihak polis pergi ke kampung halaman pemuda-pemuda itu untuk menangkap orang tua berkuda putih itu. Hasilnya, mereka bertambah hairan kerana tidak ada orang tua di sana dan tidak ada seorangpun yang memelihara sebarang kuda. Jadi, siapakah orang tua berkuda putih itu?
          
Pengganas Kristian tetap mengamok di kota Ambon. Habis kampung orang Islam di kota Ambon dibakar dalam masa setengah jam. Ketika itu api sudah menghampiri masjid Al Fatah. Fikir mereka, kali ini habislah masjid tersebut.

Dengan kuasa Allah Yang Maha Gagah, secara tiba-tiba angin bertukar arah dan tiupannya begitu keras. Arah api berpatah balik lalu membakar sebuah gereja. Namun apabila gereja terbekar, dua buah kereta bomba sudah tersedia untuk memadamkannya sedangkan ketika rumah, pasar dan kedai orang Islam terbakar, pihak bomba buat tidak tahu. Begitulah siksanya orang-orang Islam di bawah pemerintahan orang kafir sedangkan orang bukan Islam hidup aman di bawah pemerintahan orang Islam.
          
Suatu ketika bekalan elektrik di seluruh Ambon terputus, boleh jadi juga sengaja diputuskan oleh pengganas Kristian. Ketika inilah para pengganas mengikat kepala mereka dengan kain putih sebagaimana orang-orang Islam sedangkan sebelum ini pihak pengganas berlilit kepala merah. Apabila bertemu pejuang Islam, pengganas sama-sama bertakbir. Ketika inilah banyak pejuang Islam gugur syahid kerana terpedaya dengan helah pengganas Kristian.

Imam Masjid al Fatah mengusulkan agar orang Islam menyebut abjad jawi jika bertemu kumpulan yang tidak dikenali. Sekiranya orang Islam sebut alif, kumpulan satu lagi akan menyebut ba. Jika kumpulan itu gagal menjawab, bererti mereka musuh. Dengan  ini kekuatan pengganas dapat dikendurkan.
          
Saudara kita di Ambon, Maluku, Poso dan sekitarnya makan hanya sekali sehari, kadang-kadang langsung tidak makan sedangkan kita di sini sangat mewah makan minum. Mereka tidak tidur kerana takut, kalau tidur pun sejam sehari sedangkan kita di sini tidur lebih daripada enam jam. Dalam keadaan sesenang inipun kita masih tidak mahu membudayakan kehidupan Islam dalam keluarga kita. Ke mana perginya sikap patriotik kita kepada Islam? Pihak Kristian sebenarnya ingin menjadikan Timor Timur, Irian Jaya dan Ambon sebagai negara baru mereka di sebelah sini untuk menandingi kebangkitan Islam akhir zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Tentera Australia memainkan peranan penting di sana. Bagaimanakah pengganas boleh mendapatkan machine gun automatik AK-47 dalam jumlah yang banyak kalau bukan pihak Kristian luar negara yang menghulurkannya?

21 Disember 1999- Pengganas Kristian menyerang Kampung Togolihua, Maluku. Kanak-kanak dan kaum wanita berlindung di dalam Masjid Al Ikhlas. Masjid dikepung lalu dibom, dilempari batu-batu besar dan dipanah dengan anak panah yang dilumuri darah babi. Setelah bertahan selama sejam, orang-orang Islam menyerah lalu dibunuh sewenang-wenangnya. Alangkah tidak bertamadunnya membunuh orang yang sudah menyerah? Hampir 600 mayat Muslim bergelimpangan dibantai. Kaum perempuan banyak yang dibogelkan dan dirogol dijalan-jalan bahkan di halaman masjid sendiri. Mereka kemudian diangkut dengan trak bersama anak-anak kecil untuk diKristiankan. Kaum wanita yang enggan menurut dicincang hidup-hidup. Sekiranya ada seorang yang sedang mencincang, yang lainnya akan menyerbu untuk mencincang sama seolah-olah mencincang ular. Ada seorang muslimah yang digantung lalu dibakar hidup-hidup. Cerita ini disampaikan oleh Mufli M. Yusuf berusia 15 tahun yang dapat menyelamatkan diri walaupun badannya banyak melecur.
          
Seorang wanita yang terselamat bernama Musriah (40 tahun) memberitahu yang dia menyaksikan sendiri bagaimana 50 orang lelaki Islam termasuk suaminya sendiri dicincang hingga mati. Kepalanya sendiri berdarah kena tetakan golok sementara tapak tangannya ditembusi anak panah. Tidakkah kita merasa simpati dengan penderitaannya?

Seorang lagi yang terselamat bernama Syahnaim (20 tahun) menceritakan bagaimana dua orang anaknya berusia 6 dan 7 tahun diambil oleh pengganas untuk diKristiankan. Anak kecilnya berusia 2 tahun pula dicincang hingga maut. Seorang lelaki bernama Bahrul telah dibunuh dengan cara disalib. Kemaluannya dipotong lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Seorang budak berusia 5 tahun digantung lalu dibelah dari atas hingga ke bawah seperti membelah ikan. Seorang nenek tua berusia 80 tahun digantung dengan rambutnya sendiri dipokok lalu dicincang.
 

Mengalirlah darah para muslimin dan muslimat oleh tangan orang-orang Kristian. Kalau kita dapat mengalirkan air mata berdoa untuk mereka pun sudah cukup-cukup baik…

Nurain (20) menceritakan yang suaminya mati syahid dibunuh pengganas Kristian sementara dia sendiri terkena panah di pinggul kirinya. Dia meraya agar tidak dibunuh lalu dinaikkan ke atas trak bersama anaknya (3 tahun) dan enam orang muslimah lagi. Kepala mereka diikatkan dengan kain merah (lambang pengganas Kristian) lalu dibawa pergi. Anaknya telah diserahkan ke rumah paderi Kristian untuk dibesarkan secara Kristian sementara dia terselamat. Nurain sempat menyaksikan bagaimana seorang gadis Islam dibakar hidup-hidup kerana enggan melayan nafsu para pengganas Kristian semasa di masjid.

Nasib yang hampir serupa dialami oleh Yani Latif (17 tahun). Suaminya terbunuh manakala bayinya berusia 13 bulan diambil untuk dibesarkan secara Kristian. Dengan izin Allah, dia berjaya melarikan diri.

Hamida (18) yang berlindung di Masjid An-Nashr dirampas dari bapanya yang syahid. Dia hendak dikahwin paksa oleh pengganas Kristian dengan anak seorang paderi. Dengan pertolongan Allah Yang Maha Penyayang dia berjaya diselamatkan. Diapun menceritakan pengalamannya sewaktu berlindung di Masjid An-Nashr. Seorang lelaki bernama Munir (25) dibakar hidup-hidup dan mulutnya disumbat dengan najis manusia. Kepala Haji Man (70) dipenggal dan dicucuk panah lalu dibuat mainan di dalam masjid. Malang (50) dibunuh dengan kejam. Badannya dibelah lalu jantungnya ditarik keluar dan ditayangkan. Kata pengganas Kristian, “ Inilah hadiah untuk Hari Raya.”

26 Disember 1999- lebih daripada 7,000 orang pengganas Kristian menyerang Desa Lamo. Desa Lamo dipertahankan oleh 200 orang sahaja para pejuang Allah. Nisbahnya 1 Muslim: 35 pengganas Kristian. Namun begitu peperangan menjadi seimbang kerana kebanyakan pejuang Islam memiliki ilmu persilatan yang tinggi. Pejuang Muslim dipimpin oleh Imam Masjid Nurul Huda bernama Haji Djailani yang begitu ampuh ilmunya

Pengganas Kristian menukar helah lalu melumurkan senjata-senjata mereka dengan darah babi. Berpuluh-puluh ekor babi dipotong di sekeliling kampung. Sementara itu perenpuan-perempuan Kristian bertelanjang bulat beramai-ramai sambil menari-nari memeperagakan tubuh mereka kepada pejuang Islam. Helah ini ternyata berjaya melemahkan sebahagian daripada keampuhan ilmu persilatan para pejuang dan akhirnya mereka tewas hingga terpaksa melarikan diri. Alangkah hinanya perbuatan perempuan-perempuan Kristian, tidak ubah seperti binatang dan babi yang mereka korbankan.

Imam Djailani tetap tidak berganjak hinggalah dia ditakdirkan gugur syahid dan berjaya menempatkan dirinya di syurga Allah. Mayatnya disalib dan dipamerkan di tepi jalan. Pada waktu malam barulah orang-orang Islam berjaya mendapatkan balik jasadnya lalu dikebumikan sebagai seorang pejuang. Namun ada sesuatu yang perlu kita fikirkan… dengan 200 orang pendekar sahaja kita sudah setanding dengan 7000 pengganas, bayangkan kalau kesemua penganut agama Islam memahirkan diri dalam ilmu kependekaran dan kerohanian!!!
          
28 Julai 1999- Pengganas Kristian menyerang dusun Latta 12 km dari Kota Ambon. Rumah-rumah penduduk Islam dimusnahkan. Pengganas berjaya mendapatkan dua orang wanita Islam lalu dirogol beramai-ramai. Dipercayai lebih daripada 50 orang telah merogol gadis-gadis itu. Kemudiannya kedua-dua mereka dilanyak dengan kejam dan tubuh mereka dipotong-potong. Inilah bukti menunjukkan agama Kristian penyerang adalah agama yang salah dan sesat kerana  Kristian mereka membenarkan tentera-tenteranya merogol, menyeksa mayat, membunuh kanak-kanak dan kaum wanitanya berbogel untuk menang dalam peperangan. Inikah sifat agama yang kononnya suci?
          
Kisah sebegini sebenarnya adalah ulangan sejarah. Ia pernah berlaku dalam usaha tentera Kristian Eropah untuk merampas Baitul Maqdis daripada pemerintah Islam dalam Perang Salib yang terkenal itu pada tahun 1095.

Patriach Ermite ialah seorang paderi yang bertanggungjawab  menjadi batu api dalam Perang Salib pertama ini. Asalnya dia seorang tentera yang berwatak bengis dan kasar. Dalam usahanya untuk menarik simpati masyarakat Kristian Eropah, dia sanggup menunggang kaldai mengelilingi Eropah sambil memikul sebuah kayu salib yang besar. Dia hanya berkaki ayam dan memakai pakaian compang-camping. Dia berpidato di mana-mana sahaja untuk menaikkan kemarahan orang-orang Kristian.

Dia berbohong kononnya pemerintah Islam sangat kejam kerana menindas orang-orang Kristian di Jerusalem dengan zalim sekali. Malahan kubur Nabi Isa juga telah diceroboh. Selain itu dia juga berjaya meminta Paus Urbanus 11 (Ketua Paderi Sedunia) mengisytiharkan pengampunan seluruhnya kepada sesiapa saja yang mahu menjadi tentera salib walaupun sebelum itu mereka menjadi penyamun, pembunuh dan penjenayah terkemuka. Maksudnya, sesiapa yang mengikuti angkatan ini terhapus segala dosa-dosanya. Segala usahanya ini mendapat sokongan yang besar.
          
Tentera Salib yang pertama ini sangat besar iaitu lebih kurang 300,000 orang lelaki dan perempuan. Di sepanjang perjalanan mereka semua diizinkan merampas harta kekayaan, berzina sesama sendiri, merogol orang lain, berpesta arak dan sebagainya yang terang-terangan perkara maksiat dalam agama Kristian sendiri. Rupanya sejak dahulu lagi agama Kristian membenarkan maksiat dan kekejaman asalkan hajat mereka tercapai. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini dan selama-lamanya. Bilakah agaknya para penganut agama Kristian akan sedar hakikat ini.

Namun begitu, perancangan Allah adalah yang Maha Teratur. Sewaktu melalui negara Hungary dan Bulgaria. Sambutan terhadap tentera salib ini amat dingin walaupun sama-sama beragama Kristian. Ternyata penduduk Hungary dan Bulgaria penganut agama Kristian sejati kerana mereka masih boleh membezakan perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam diam-diam mereka membenci perilaku tentera salib yang tidak ubah seperti binatang.

Akhirnya, meletuslah peperangan sesama mereka. Pertumpahan darah yang berlaku tidak dapat dibayangkan lagi. Daripada 300,000 tentera salib pada awalnya, kini hanya tinggal 7,000 orang yang selamat sampai ke Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang paderi.
Mendarat sahaja di Asia Kecil, tentera salib disambut dengan hayunan pedang oleh tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan sehingga hancur binasa pasukan ini keseluruhannya. Kita berharap kejadian yang serupa juga akan berlaku kepada pengganas-pengganas Kristian di Ambon, maluku, Poso dan sekitarnya tidak lama lagi. Untuk itu, marilah kita bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.
          
Berbalik ke Indonesia, sungguhpun penganut agama Kristian bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan namun ini tidak bermakna yang orang-orang Islam akan membalas seperti itu juga. Di sinilah terletaknya keagungan dan kebenaran agama Islam. Dalam sebuah kisah, para pengganas Kristian telah menyerang penduduk Islam di Pulau Seram. Mayat orang-orang Islam bergelimpangan di jalan-jalan. Umat Islam membalas balik serangan tersebut menyebabkan pihak pengganas Kristian pecah-belah. Seramai lebih kurang 1,000 orang Kristian dari Kampung Werinama, Tehoru, Bula dan lain-lain terpaksa melarikan diri kerana diburu oleh penduduk Islam yang mahu membela penyembelihan saudara-saudara mereka. Barulah mereka kenal erti ketakutan yang berasal daripada mereka sendiri.

Dengan kuasa Allah, mereka diselamatkan oleh para penghuni Pondok (sekolah agama tradissional) Al Khairat, Wahai, Maluku Tengah. Guru pondok itu dengan senang hati menempatkan para pengganas Kristian itu di sekitar pondoknya. Mereka dilayan dengan baik dan disediakan makan-minum yang seadanya. Majlis Ulama Indonesia (MUI Maluku) menyifatkan tindakan itu telah menunjukkan keperibadian dan akhlak Islam yang sejati. Sehingga ke hari ini, sudah ribuan masyarakat Kristian Ambon dan Maluku yang memeluk agama Islam kerana mereka menyaksikan sendiri kebenaran agama Islam melalui tingkah laku para pejuang dan juga peristiwa-peristiwa luarbiasa yakni bantuan Allah.
          
Di Masjid Dufa-dufa, Dusun Gamsungi, Tobelo, Maluku Utara, seramai 250 orang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua dibakar hidup-hidup bersama masjidnya sekali walaupun mereka sudah menaikkan bendera putih tanda menyerah. Imam masjid sendiri dipoton-potong tubuhnya lalu dilemparlkan ke dalam api.
          
Mengapa ini semua terjadi? Menurut masyarakat Islam di sana, tidak mustahil ini adalah bala yang diturunkan Allah kepada mereka kerana perbuatan mereka sendiri. Dahulunya Islam sangat subur dan disuburkan di Ambon dan Kepulauan Maluku. Namun kini Islam hanya tinggal adat, bukan ibadat. Masyarakat Islam di sana turut sama menyambut perayaan Christmas dan Tahun Baru secara besar-besaran sedangkan Christmas adalah perayaan Kristian sempena kelahiran Jesus Kristus sementara Tahun Baru adalah tahun baru kalendar Kristian sinambungan daripada perayaan Christmas. Kita semakin bimbang kerana begitu ramai masyarakat Islam yang terpengaruh dengan budaya menyambut hari-hari perayaan agama Kristian tersebut.


Alexanderwathern 2000
(*Sumber utama- kaset ceramah Imam Masjid Al Fattah, Ambon)

Jumaat, 10 Jun 2011

Perjalanan Hati Tentukan Kualiti Ibadat

 
                                                              Oleh Zamanuddin Jusoh
                                                             
bhnews@bharian.com.my
HATI adalah tempat utama serta faktor penentu amalan seseorang itu diterima atau ditolak Allah.

Anggota lain hanyalah sebagai penterjemah kepada apa diucapkan oleh hati hingga ada ungkapan menyebut, ‘hati adalah raja dan anggota lain sebagai tentera’.
Daripada Anas, Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Tidak akan teguh iman seseorang sehingga hatinya berada dalam keadaan tetap dan teguh.” (Hadis riwayat Ahmad).

Imam Masjid an-Nabawi, Madinah, Syekh Abd Rahman Al-Huzayfi, berkata maksud tetap dan teguh adalah akidah tauhid, kecintaan kepada Allah, mengagungkan serta ketaatan kepada-Nya.

Katanya, amalan yang baik dan berkualiti lahir daripada hati yang ikhlas dengan mengharap balasan pahala selain berasa takut serta gerun dengan balasan azab. Ketakutan itu antara cabang iman dan seseorang akan menjadi syirik jika sifat takut diletakkan kepada selain daripada Allah.

“Ada beberapa sifat takut antaranya takut yang biasa ada pada semua orang beriman, rasa gementar di hati terhadap balasan dan kekuasaan Allah, takut dengan menjauhi dari melakukan perkara terlarang dan ketakutan yang diiringi kebesaran serta keagungan Allah,” katanya.

Syekh Abd Rahman berkata, sifat takut dianjurkan ialah takut kepada Allah bukan syaitan yang suka menakutkan manusia atau manusia yang suka menakutkan manusia lain.
Katanya, Allah berjanji kepada mereka yang mempunyai sifat takut kepada-Nya dengan ganjaran yang besar dalam firman bermaksud:


“Bagi sesiapa yang takut pada Tuhannya akan mendapat dua syurga. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Iaitu syurga yang mengalir padanya dua mata air yang memancar.” (Surah Ar-Rahman, ayat 47-49)

Mereka juga dijanjikan dengan keselamatan dari segala keburukan di dunia dan mendapat banyak kebaikan serta kesudahan yang baik.

Pada masa sama katanya, umat Islam perlu sentiasa merawat hati mereka kerana Allah tidak melihat kepada paras rupa seseorang, tetapi hati serta amalannya.

Ibnu Rejab berpendapat, sifat takut yang tertinggi ialah apabila sifat itu diiringi dengan amalan salih serta meninggalkan perkara terlarang dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa seterusnya menjadikan seseorang lebih merendah diri dengan kebesaran Allah.

Seorang ilmuwan tersohor, Abu Sulaiman menyebut:

“Tidak akan terpisah antara sifat takut daripada manusia melainkan mereka akan binasa.”

Sementara itu, harapan adalah antara jalan terbaik menuju Allah dan lebih sempurna bergandingan dengan sifat takut.

Apabila kedua-dua sifat ini berada dalam diri manusia, mereka akan menjadi peka dan khusyuk terhadap kebesaran serta azab Allah.

Sabda Rasululullah SAW bermaksud:

Jika seorang mukmin mengetahui akan kehebatan azab Allah nescaya mereka tidak akan mengendahkan syurganya dan jika seorang yang kafir mengetahui betapa besarnya nikmat Allah, mereka tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Ibnu Qayyim menyebut: “Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih (mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya. Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap, kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap. Jika terputus kepalanya maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah kepada bahaya pemburu.” (Kitab Madarijus Saalikin)

Kesimpulannya, takut daripada azab dan berharap ganjaran pahala daripada-Nya adalah perkara yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ia harus kekal dalam jiwa mereka demi kestabilan jiwa dan pembersihan hati ketika disapa kesenangan dunia yang melalaikan.

Sabtu, 26 Mac 2011

BUMI DALAM BAHAYA


V.M. Rabolu dalam karyanya menyatakan, Hercolubus atau Planet Merah berukuran lima atau enam kali ganda planet Jupiter sekarang sedang mendekati bumi.

Beliau menggambarkan suatu bencana yang akan dialami umat manusia termasuk gempa bumi dan tsunami. Planet ini merupakan raksaksa sangat besar dan tidak dapat mengalihkannya.

Menurutnya, ada celah yang sangat besar di dasar laut, yang mana berhubungan dengan api di bumi. Oleh kerana celah pasang surut ombak laut, gempa bumi dan berbagai hal lain yang mengerikan akan terjadi di air dan di atas daratan.

Tidak ada bandar pesisir yang tidak akan dihanyutkan dan daratan mulai karam ke dalam samudera kerana poros bumi mulai bergeser hasil semua eksperimen yang dilaksanakan.

Beliau menyatakan lagi: "Kalau Hercolubus datang semakin dekat dengan bumi dan sejajar dengan matahari, wabak-wabak yang membawa maut akan mulai berkembang dan menyebar di seluruh planet. Para doktor dan ilmuwan tidak mampu mengelak penyakit ini atau menemui penyembuhnya. Mereka tidak berdaya menghadapi wabak-wabak ini, menurut beliau.

Juga pendapat lain ada mengatakan, dunia sedang beralih ke akhir zaman. Walau bagaimanapun bermacam-macam kajian dan pendapat, apa pun yang terjadi, hal itu kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT yang menguruskan tadbir alam ini. Allah lebih berkuasa dan mengetahui atas segala sesuatu .

Tetapi kejadian-kejadian bencana itu, kita kaitkan dengan dalil-dalil dan keterangan yang dirakamkan oleh al-Quran. Bahawa "sesuatu kepastian itu, tidak akan terjadi bencana tanpa adanya dosa manusia".

Ertinya, jika kita tertimpa bencana, cara mudah untuk mengetahuinya disebabkan oleh dosa-dosa kita.

Sementara, dosa tersebut boleh berupa dosa peribadi ataupun dosa kolektif (semua). Ketika bencana datang, ia tidak hanya menimpa orang yang berbuat dosa (zalim), namun menimpa semua orang atau negeri terlibat. Jadi ketika bencana datang, dipastikan di situ ada dosa yang dilakukan manusia.

Daripada mana kesimpulan ini diperoleh, jawapannya adalah dari al-Quran. Firman Allah bermaksud: Dan musibah apa sahaja yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan kamu). (Asy-Syura: 30).

Al-Quran mengungkapkan istilah bencana dengan bermacam kata dan disebut secara berulang kali, iaitu musibah, bala atau fitnah.

Petikan Mingguan Malaysia

 Cerita tentang seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dinikahi oleh Abdullah bin Abdul Muththalib, seorang lelaki yang di kemudian ha...