Sabtu, 23 Januari 2016

KETIKA UJUB MELANDA

Berkata Ibnu Qayyim Rahimahullah....

JIKA ALLAH MUDAHKAN bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur...

JIKA ALLAH MUDAHKAN bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan.

JIKA ALLAH MUDAHKAN bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.

JIKA ALLAH MUDAHKAN pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang akan dipertanggung-jawabkan kelak.

JIKA ALLAH MUDAHKAN pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang-orang yang belum faham agama dengan pandangan hina.

JIKA ALLAH MUDAHKAN ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri..kerana Allahlah yang memberimu pemahaman itu.

Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunat), tidak berjihad, dan sebagainya lebih dekat pada Allah darimu.

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata:


"Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal.. lebih baik daripada qiyamullail semalaman, namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri... sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya".

Isnin, 4 Januari 2016

PENCINTA RASULULLAH

 ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

Orang yang memiliki akhlak yang mulia merupakan anugerah Allah yang terbaik dalam dirinya. Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam pernah ditanya:

"Apakah anugerah yang paling baik yang diberikan Allah kepada manusia? Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam menjawab:

"Akhlak yang mulia"
(HR. Ahmad)

Sumber- Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah

PENCINTA RASULULLAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

"Kenapa kita menangis apabila kita benar-benar mengingati Rasulullah di dalam hati kita?

Dan apabila seseorang yang penuh dengan dosa pun, ketika bawak Rasulullah ke dalam jiwanya, pasti dia akan menangis.

Ini kerana 1400 lebih tahun yang lalu Rasulullah sentiasa memikirkan ummatnya di akhir zaman dalam linangan air mata.

Tidak pernah Rasulullah memikirkan kita tanpa berlinang air mata. Inilah dinamakan "The law of attraction" antara Rasulullah dan ummatnya..

Guru Mulia Ustaz Shafi

Pencinta Rasulullah

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

"Jika Allah ingin mendekatkan seorang hamba itu kepadaNya, maka Allah akan mendekatkan hamba itu kepada salah satu kekasihNya yang akan mengenalkan dan mengajarkan hamba itu tentang cinta kepada Rasululluh Sallallahu alai' hi wassalam. Jikalau cinta kepada Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam sudah ada di dalam hatinya, maka ketika itulah dia mampu merasakan dekatnya dan cintanya kepada Allah"

-Habib Umar Al-Hafidz-

Lah Ahmad - Salam (Official Music Video)

Rabu, 23 Disember 2015

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD

                                                  

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Berkata nabi Musa a.s: Ya Tuhanku! Engkau telah anugerahkan segala kebaikan untuk Ahmad (Muhamamad) dan umatnya, maka jadikanlah aku dari umatnya!

Berfirman Allah dalam Al Quran: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau dari antara manusia untuk menyampaikan perutusanKu dan percakapanKu, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan hendaklah engkau menjadi orang-orang anyg bersyukur.” (Al-A`raf:144).

Musa berkata: Ya Tuhanku! Adakah Engkau telah menciptakan seorang makhluk yang lebih mulia disisi-Mu daripadaku. Engkau telah memilihku dari antara banyak manusia dan berkata-kata padaku di gunung Thur Sina.

Berfirman Allah: Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui bahawa Muhammad itu lebih mulia disisi-Ku dari sekalian makhluk-Ku. Dan sudah Aku teliti semua kalbu hamba-hamba-Ku, maka tiadalah Aku dapati suatu kalbu pun yg lebih merendah diri dari kalbumu. Sebab itulah Aku memilihmu dari sekalian manusia untuk engkau menyampaikan perutusan-Ku dan percakapan-Ku, dan hendaklah engkau mati dlm keadaan mengesakan Aku (tauhid) dan juga mencintai Muhammad SAW.

Berkata Musa a.s: Ya Tuhanku! Adakah di atas muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia di sisiMu daripada umatku. Engkau telah melindunginya dengan awan gemawan. Engkau turunkan dari langit makanan Man dan Salwa untuk mereka.

Berfirman Allah: Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui, bahawasanya kelebihan umat Muhammad atas sekalian umat yang lain, laksana kelebihan-Ku atas sekalian makhluk-makhluk-Ku.
Berkata Musa a.s: Ya Tuhanku! Berilah aku melihat mereka (umat Muhammad)!

Berfirman Allah: Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau mahu mendengar suara mereka, bolehlah Aku dengarkan.

Berkata Musa a.s: Baiklah, aku suka.
Berfirman Allah Ta`ala: Wahai umat Muhammad! Maka sekalian umat Muhammad menyahut dengan suara yang keras:
Labbaikallahumma Labbaika! (Kami menyahut, duhai tuhan, kami menyahut), padahal ketika itu mereka sekalian masih berada di dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka (masih belum dilahirkan lagi)

Maka berkata Allah Ta`ala: RahmatKu dan salam sejahteraKu atas kamu. Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku, dan keampunan-Ku mendahului penyiksaan-Ku. Ketahuilah bahawasanya Aku telah mengampuni kamu sekalian sebelum kamu memohon ampun kepada-Ku. Aku telah mengabuli kamu sebelum kamu memohon kepada-Ku. Aku telah memberi kamu sebelum kamu meminta kepada-Ku. Lantaran itu, barangsiapa di antara kamu yang menemui-Ku sedang dia menyaksikan Laa Ilaaha Illallaah wa-anna Muhammadar Rasulullah (tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad Rasulullah) niscaya Aku mengampuni segala dosanya.

Berkata Rasulullah SAW: Allah SWT ingin memberi kurnia-Nya kepadaku dengan menfirmankan ayat berikut: Dan tiadalah engkau (Muhammad) di penjuru gunung Thur Sina, ketika Kami menyeru. Yakni umatmu sehingga Musa a.s dapat mendengar percakapan mereka.
Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad SAW.


http://amalan-harian.blogspot.com/2012/05/kelebihan-umat-rasulullah-saw-menurut.html

Selasa, 22 Disember 2015

DIAM LEBIH BAIK



Diam lebih Baik; “Sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu permasalahan itu atau pertanyaan yang diajukan kepada kita maka diam itu adalah lebih baik. Kerana agar kita tidak memberikan jawapan yang salah ataupon mengelirukan orang lain. Dan juga supaya tidak menunjukkan kejahilan diri sendiri. Makanya diam itu lebih baik.”


“Dan
ketahuilah dengan menperkatakan Wallahua’alam. Saya tidak tahu itu jauh lebih baik kerana itu juga adalah sebahagian daripada ilmu. Jika kita mahu bertanya suatu masalah agama yang melibatkan hukum hakam dan inginkan kepastian. Maka carilah ahlinya. Dan jangan biasakan diri kita ini untuk bertanya pada google, facebook dan sebagainya.”


Sepertimana bila kita sakit, kita jumpa doktor. Jumpa pada ahlinya, inikan pula urusan agama. Masalah hukum hakam. Tak kanlah mau sendiri pandai pandai sendiri. Lebih cantik lagi kalau kita menghadiri pengajian, kuliah, hadir majlis ilmu.

Kita berjumpa terus dengan mereka yang merupakan ahlinya. Yang mana ilmunya itu diiktiraf oleh ulama dan mempunyai rantaian sanad ilmunya.”

Satu kisah. Pada suatu hari, datang seorang lelaki. MashaAllah Tabarakallah yang jubahnya, imamahnya, perhiasannya,
penampilannya datang masuk ke majlis Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah maka dengan Imam Abu Hanifah pada saat ketika tengok orang yang berpakaian seperti Ulama tadi itu memasuki majlis pengajian beliau maka Imam Abu Hanifah yang pada mulanya duduk keadaan santai bersama dengan murid-muridnya.”

Begitu melihat seorang yang berpakaian seperti seorang yang alim besar tadi itu masuk maka Imam Abu Hanifah duduk kemaskan pakaian, duduk hormat takzim memberikan penghormatan kepada tetamu yang baru datang tadi itu yang duduk mendengarkan penjelasan, ulasan
penerangan Imam Abu Hanifah yang pada ketika itu perbualan beliau membicarakan tentang hukum hakam yang berkenaan dengan puasa.”

“Di
antaranya yang apabila matahari sudah terbenam maka dengan puasa seseorang itu sudah berakhir. Puasa itu bermula daripada terbit fajar dan akan berakhir selepas matahari tenggelam. Jadi bersahur ataupun juga tidak bersahur, makan ataupun juga tidak makan, iftar ataupun juga tidak iftar. Yang namanya puasa itu sudah tamat.”

Jadi Imam Abu Hanifah Rahimahullah yang menjelaskan tentang hukum hakamnya puasa itu bermula daripada terbit fajar dan berakhir dengan terbenamnya matahari. Lalu orang yang berpakaian alim itu mengangkat tangan dan mengatakanTok Guru. Tumpang tanya.”Jawab Imam Abu HanifahSilakan.”

Beliau menanyakanMacam mana Tok Guru seandainya matahari itu tidak terbenam saat pada pukul dua belas malam?” Pada mulanya Imam Abu Hanifah yang memberikan penghormatan, takzim kepada orang tadi itu kerana merasakan orang itu lebih besar lebih alim daripada beliau yela mana tidaknya dengan penampilannya sebegitu.”

Kemudian Imam Abu Hanifah mengatakan; “Kalau seandainya matahari tidak terbenam melainkan selepas tengah malam maka lebih elok Nukman Bin Thabit duduk santai semacam tadi daripada aku memberikan penghormatan kepada orang yang jahil tidak tahu apa-apa.”

Kalau seandainya dia senyap saja orang tidak tahu yang orang tadi itu tidak tahu. Tentang hukum hakam. Mana mungkin matahari tidak terbenam melainkan selepas tengah malam. Dari mana datangnya malam kalau matahari itu belum tenggelam lagi.”


Kalau seandainya kita mengatakanWallahu’Alam. Saya tidak tahu permasalah yang semacam itu.Saya tidak tahu maka jawapannya selesai.” Ulama mengatakan ucapan Wallahu’Alam saya tidak tahu itu adalah sebahagian daripada ilmu. Pada saat ketika saya katakan Wallahu’Alam saya tidak tahu maka orang akan mempertanyakan kepada orang yang lebih tahu daripada saya.”

“Akan tetapi seandainya kita pandai-pandai ingin cuba menjawabnya juga sedangkan kita tidak yakin, tidak pasti apatah lagi kita tidak tahu dan ternyata jawapan yang kita berikan itu salah dan silap sehingga boleh mengelirukan dan menyesatkan kepada orang lain maka itu adalah sesuatu yang amat teruk. Akan dinampak kejahilan diri peribadi kita dan ternyata kita akan mendapatkan dosa dengan begitu mudah sahaja.”



Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...