Selasa, 19 Julai 2016

Irsyad al-Hadith Siri ke-101 : Payung Emas

Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?

Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

• Firman Allah SWT:  فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

• Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]

Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.

Wallahua'lam
Pautan ke laman web rasmi PMWP: http://goo.gl/L281Wm

Sabtu, 16 Julai 2016

JANGAN LAKUKAN 24 PERKARA INI DALAM HIDUP KITA!

   1  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
   2  Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
   3  Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
   4  Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
5  Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
   6  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang. dimakan adalah dari muntah syaitan.
   7  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
   8  Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

   9  Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
   10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
   11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
   12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
   13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

   14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
   15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
   16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
   17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
   18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
   19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
   20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
   21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
   22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
   23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

   24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
#Ayatul ikhsan

Jumaat, 15 Julai 2016

PEMUDA KAHFI TIDUR 309 TAHUN TANPA MAKAN DAN MINUM.

Gambar hiasan saja
Mengimbau kembali kisah Pemuda Kahfi yang telah lari daripada raja yang zalim semata-mata kerana ingin menyelamatkan iman mereka.
.
Kisah yang telah Allah nukilkan dalam Al Quran..
Cuba kita bayangkan dengan hanya ingin selamatkan iman, 7 orang pemuda ini telah mendapat perhatian dan bantuan Allah SWT.

Allah SWT telah tidurkan mereka dalam sebuah gua bukan sehari dua atau seminggu tetapi Allah SWT tidurkan mereka selama 309 tahun. Tidak makan dan tidak minum hanya tidur sahaja sepanjang 309 tahun tersebut.
.
Subhanallah..Allah Maha Berkuasa buat apa sahaja.
Allah SWT memberi tahu kita semua bahawa Dia boleh menghidupkan dan mematikan makhluknya tanpa asbab iaitu tanpa makanan dan minuman.
.
Begitu sukanya Allah kepada 7 pemuda ini (Pemuda Kahfi) maka Allah telah wujudkan DUA keadaan:-1) Allah wujudkan kegerunan pada setiap makhluk yang ingin menghampiri gua yang mana pemuda ini sedang tidur.
2)Allah SWT telah mengubah keadaan matahari agar cahayanya tidak masuk ke dalam gua.

Allah tak mahu sesiapa pun mengganggu tidur pemuda ini selama 309 tahun. Subhanallah...
Cuba kita bayangkan tidur 309 tahun..punyalah lama beb..kita ni kalau tidur overdose pun dah rasa lain macam tak sedap badan..Inikan pula tidur 309 tahun Tapi disinilah Allah tunjukkan QudratNya pada kita semua bahawa Dialah yang Memelihara hamba-hambaNya walaupun diluar logik akal manusia.
.
Jom renung sejenak dan berfikir..

Bayangkan bagaimana Allah memberi bantuan dan pertolongan pada hambaNya yang berusaha untuk selamatkan iman daripada raja yang zalim sehingga begitu sekali Maha dahsyatnya...
Cuba bayangkan jika kita semua Umat Muhammad SAW iaitu Umat Pilihan dan diakui sebagai Umat Terbaik sepanjang zaman membuat usaha untuk selamatkan iman dan berusaha untuk menyelamatkan iman orang lain??
Bagaimanakah agaknya Bantuan Ghaib yang Allah akan zahirkan dan hadirkan buat Umat Terbaik ni..

(Mohd Zahir Yusof)

*TAZKIRAH* *🍃MONYET DAN DENDAM🍃*

Gambar hiasan
Di Afrika, ada sebuah teknik yang unik untuk berburu monyet di hutan Afrika. Si pemburu menangkap monyet dalam keadaan hidup2 tanpa menggunakan senapang dan ubat bius serta tanpa cedera.

Cara menangkapnya biasa-biasa saja, pemburu hanya menggunakan balang berleher panjang dan sempit. Balang itu diisikan dgn kacang yang telah diberi bau atau aroma untuk memikat monyet2 itu datang ke balang-balang itu.

Setelah diisi kacang, balang-balang itu ditanam dalam tanah dengan dibiarkan mulut balang itu tanpa tutup.

Para pemburu mula melakukannya di waktu petang. Besoknya, mereka akan menangkap monyet2 yang tangannya sudah terperangkap di dalam balang dan tangan mereka tak boleh dikeluarkan.

*Bagaimana monyet2 itu terperangkap ?*

Sesungguhnya haiwan hanya ada nafsu tapi tak menggunakan otak seperti manusia. Monyet-monyet itu akan tertarik pada aroma yang keluar dari setiap balang itu.

Mereka mengamati lalu memasukkan tangan untuk mengambil kacang2 yang ada di dalamnya. Oleh kerana menggenggam kacang itu, maka monyet2 itu tidak boleh menarik keluar tangannya.

Sepanjang mempertahankan kacang2 itu, selama itu pula mereka terperangkap.

Balang-balang itu terlalu berat untuk diangkat. Jadi, monyet2 itu tidak akan dapat pergi ke mana-mana..!

Sebenarnya monyet2 itu boleh selamat jika mau melepaskan genggaman tangannya, tapi mereka tak mahu melepaskannya...

Wahai Sahabatku...

Mungkin kita akan tertawa melihat tingkah monyet2 itu.
Tapi, tanpa disedari sebenarnya ramai manusia melakukan hal yang sama seperti monyet-monyet itu. Ini bermakna manusia mengikut hawa nafsu spt haiwan monyet itu walaupun  mereka boleh berfikir manakala monyet tak boleh.

Mereka ini mengenggam erat setiap masalah yang dimiliki tanpa mahu melepaskannya.

Mereka sering menyimpan dendam, benci dan iri, tak mudah memberi maaf, tak mudah memaafkan.
Mulut mungkin berkata ikhlas, tapi dendam marah membara masih ada di dalam dada. Sehingga tak mampu melepaskannya. Terus mempertahankannya.

Bahkan, kadang-kadang membawa "balang-balang" itu ke mana pun dan pada bila-bila mereka pergi. Mereka terus menjalani kehidupan ini dengan memikul beban berat itu.

Tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan penyakit kepahitan yang berat, yang boleh pada merosakkan sel-sel tubuh mereka, dan putusnya saraf-saraf DNA-nya.

Jika hal ini dibiarkan berlarutan, maka kemungkinan besar sel-sel yang rosak tadi perlahan berubah menjadi sel-sel barah..!!

Kajian tentang sel tubuh yang rosak menjadi sel barah inilah yang menyebabkan Prof. Dr. Bruce Lipton, dari USA, menerima hadiah Nobel dalam bidang Biologi Molecular.

Sebenarnya mereka akan selamat dari sakit berbahaya ini jika mereka mau melepaskan semua fikiran, perasaan dan emosi negatif (su'u zhon, kecemasan, marah, dendam, benci, iri dengki, menganggap diri benar, orang lain selalu salah...dll) terhadap sesiapa pun.

Jika kita perhatikan dalam kehidupan kita seharian masih ramai orang-orang yang hatinya seperti tangan monyet tersebut.

Jom Saudara-saudara ku! *marilah kita lepaskan, maafkan, ikhlaskan*. Kita boleh.

*"Taqobbalallaahu minnaa  wa minkum"*

Baarokallaahu Fiikum.

Ya Allah
Maafkan segala  kesalahan  dan khilaf Kami serta berkatikanlah umur kami dlm ketaatan kpdMu,  Matikan kami dgn husnul khootimah dan izinkan kelak kami boleh bertemu dgnMu...

Yaa Robb...aamiin...
 aamiin Ya Robbal 'Alamin

WALLAHU A'LAM.

Sabtu, 25 Jun 2016

KATA HIKMAH IBNU QAYYIM AL JAUZI RAHIMAHULLAH



JALAN MENUJU ALLAH ADALAH JALAN DI MANA …….

·         Adam Kelelahan,
·         Nuh Mengeluh,
·         Ibrahim DiLempar Ke Api,
·         Ismail Dibentangkan Untuk Disembelih,
·         Yusuf Dijual Dengan Harga Murah dan Dipenjara           Selama Beberapa Tahun,
·         Zakaria Digergaji,
·         Yahya Disembelih,
·         Ayub Menderita Penyakit,
·         Daud Menangis Melebihi Kadar Semestinya,
·         Isa Berjalan Sendirian dan
·         Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam mendapatkan kefakiran dan berbagai gangguan. 

Sementara KALIAN INGIN MENEMPUHNYA DENGAN BERSANTAI RIA DANBERMAIN-MAIN?

 DEMI ALLAH, TAKKAN PERNAH BISA TERJADI."

Rabu, 22 Jun 2016

Asmaul Husna "99 Names of Allah"(Official Video Original HD) Mustafa Özc...

SOMBONG


TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji, dia berasa bangga dan senang hati.

SOMBONG itu ada 3 jenis..??
1. Sombong terhadap Allah swt
;  iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.

2. Sombong terhadap Rasul
;  tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk
;  iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ 

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...