Jumaat, 22 Julai 2016

WAHAi WANiTA

Gmbar Hiasan
*PERGELANGAN TANGAN* itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki.
Nak selamat pakai _sarung lengan_.
Panas? Takpa panas sikit di dunia, *asalkan tak panas di sana*.

*KAKI* pun aurat.
Stokin tak wajib pun, tapi *kaki tu aurat*.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap.
_Jangan yang lutsinar_.

*TUDUNG* tu.......Tak kisah, nak pakai jenis yang macam mana pun.
Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal.
It's up to you.
Tapi *Allah suruh TUTUP DADA*. _Ulang_. *Tutup dada*.
Apa salahnya *labuhkan sampai ke bawah dada*.
Ini *perintah Allah*, bukan dari saya.

*BAJU/ KAIN/ SELUAR* tu.
Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen.
Saya faham.
Ada rasa teringin itu ini.
TAPI biarlah *menutup aurat dengan sebaik-baiknya*.
*_Tak ketat, tak jarang, tak singkat_*.
Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan *syariat tidak diketepikan*.

*_MAHA SUCI ALLAH._*
*_Tepuk dada, tanya iman._*
*_Kita, saya, awak adalah Islam._*
*_Tudung labuh._*
*_Jubah._*
*_Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja._*
*_Islam tu untuk SEMUA._*
*_Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita._*
*_Maaf kalau terasa._*
*_Saya tak nak korang ambil pahala saya._*
*_Saya pun tak sggup tanggung dosa._*
*_Dan saya taknak masuk neraka sebab saya taktegur korang._*
*_Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur._*
*_Yang PALING SAYA NAK, kita sama-sama masuk Syurga sesama._*
*_Korang baca kan?_*
*_Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya saya ada jugak jawapan._*
*_Kita buat dan jaga sesama ya._*
*_Saya pun tak sempurna dan baik mana._*
*_Saya pun tengah cuba sebab kita manusia._*
*_Kekadang alpa, moga Allah pelihara dan jaga kita semua._*

Kongsikanlah, mesti ada dalam reramai ummat di dunia ni tak tahu.
Kongsilah, bukan susah untuk kongsi. Hanya copy paste sahaja.
Kongsilah, saya tidak paksa. Tapi fikirkanlah, alangkah bagusnya jika seseorang itu berubah menjadi lebih baik kerana kita.

Selasa, 19 Julai 2016

MEREKA LEBiH MULiA

Jemaah berjalan kaki
[Forwarded from Muhammad Zahir] (Jom kongsi ilmu di www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com.)
www.dalilakal.blogspot.com
[18/07 5:09 am] Muhammad Dzahir: *KIYAI DAI DONDANG MENANGIS DI SIARAN LANGSUNG DI TV*
Kepesatan penduduk di bandar raya Indonesia memaksa rumah-rumah dibina mnjadi amat rapat. Ada seorang makcik, melihat kedatangan Jemaah Dakwah Jalan Kaki ke Masjid yang bersebelahan dengan rumahnya.

Jadi kebetulan di TV makcik di rumahnya, ada acara live rancangan sesi soal jawab agama bersama Ustaz Kiyai Dai Kondang, seorang selebriti dakwah paling terkenal masa kini. Seumpama Ust. Don atau UAI kita di sini.

Lalu makcik ni pun call rancangan tersebut dan dgn kuasa Allah, dlm jutaan rakyat Indonesia yg sedang cuba call, Allah izinkan panggilan dibuat makcik itu utk bercakap secara LIVE bersama Ustaz Kiyai Dai Kondang. Lantas terus si makcik itu bertanya..." Ya Ustaz, bagaimana ini masjid di sebelah rumah sy ini di masuki satu jemaah dakwah laki2 yg bajunya kotor dan kusut masai... Malah berani mereka masak2 di masjid itu... Apa perlu sy buat? Laporkan kpd penguasa atau Ustaz tolong ambil tindakan segera!"

Mendengar sahaja akan Ustaz Kiyai Dai Kondang..." Wahai Ibu yg amat ku sanjung lagi ku hormati...." air mata beliau jelas nampak gugur dan diseka beliau..." Jika Ibu lihat baju mereka kotor, ambillah dan basuhkan utk mereka... Jika Ibu lihat baju mereka kusut ambillah dan seterikakanlah. Jika Ibu lihat mereka memasak, Ibu ambil masakan terpaling istimewa dari rumah Ibu dan hidangkan kpd mereka..."" Sesungguhnya wahai Ibu ku sayang, *Pekerjaan yg sedang mereka lakukan itu adalah Terlebih Mulia dari pekerjaan saya ini bahkan mereka itu sahaja jauh amat tinggi dari saya..*."

Dan ini disaksikan secara live utk tontonan jutaan penduduk Indonesia waktu itu. ALLAHUAKBAR...😊
الحمدلله. .ماشاء الله. ..

MENGENAL ALLAH

Perhatikanlah Kejadian alam dan dirimu juga...
ULANGKAJI SOALAN 31* *(GROUP LAISAKAMITSLIHISYAIUN)*
(Ulangan Kali Ke-3)

Soalan 31: *Dalam Bahasa Arab, mengenal Allah dengan DALIL disebut* *makrifatullah*

A) Kenapa kita PERLU @ WAJIB Kenal Allah??
B) Kenapa WAJIB dengan DALIL ? @ Kenapa MESTI melalui TANDA? Tak boleh ke kenal secara semula jadi @ kenal sejak lahir @ kenal sejak azali?


*Jawapan**Kenapa kita perlu @ wajib kenal Allah?*
1) supaya kita kenal bahawasanya Allah itulah yang MENJADIKAN kita.
2) supaya kita tahu bersyukur atas semua ANUGERAH Allah.
3) supaya kita dapat mengelakkan perbuatan yang membinasakan akidah (SYIRIK).
4) sebagai tanda KASIH SAYANG kepada ALLAH.
5) sebagai tanda KASIH SAYANG kita kepada ROSULULLAH s.a.w.
6) supaya kita dapat MENGESAKAN Allah.
7) supaya kita tahu perkara yg dimurkai Allah......Dan 1001 yang lain....

Persoalan seterusnya ialah, kenapa kita perlu kenal Allah dengan DALIL? Bukan ke dah kenal sejak azali?

Jawapannya begini:
Allah itu laisa kamitslihi syaiun
Dalam BAHASA MELAYU Allah itu dikata TIDAK ADA persamaan dengan sebarang makhluk.

Nak kenal makhluk AMAT MUDAH kerana BOLEH DICAPAI oleh mana mana pancaindera. Contohnya:

1) Zatnya boleh dilihat oleh mata.
2) Suaranya boleh didengar oleh telinga.
3) Dirinya boleh disentuh oleh kulit.
4) Baunya boleh dihidu oleh hidung.
5) Rasanya boleh diketahui dengan lidah.

Apabila pancaindera kita, mendapat salah 1 sifat makhkuk itu serta FAHAM HATI, maka mudahlah kita MENGENAL makhkuk itu

Pendek kata
oleh kerana semua makhluk itu ADA 6 persamaan maka SANGAT MUDAH utk mengenal makhluk.

Allah pula TIDAK PERNAH dicapai oleh pancaindera SELAMA LAZMANYA.
1) ZatNYA yang tidak ada rupa @ sifat itu TIDAK boleh dilihat oleh mata selama lamanya
2) QalamNYA yang tidak dengan lidah huruf suara itu TIDAK akan didengar oleh telinga selama lamanya.
3) ZatNYA tidak boleh disentuh selama lsmanya.
4) ZatNYA tidak boleh dibau oleh hidung selama lamanya.
5) ZatNYA tidak boleh dirasa oleh lidah selama lamanya.

Maka sudah pasti pengenal kepada Allah itu juga LAISA KAMTISLIHI SYAIUN.
Yang dapat kita LIHAT
Yang dapat kita DENGAR

ialah TANDA TANDA ALLAH, BUKTI BUKTI ALLAH.

Apa maksud @ makna tanda dan bukti itu?
Bagi yang ingat ingat lupa tu, elok semak Soalan 30.

Bukti bukti Allah itu WUJUD bertaburan di seluruh pelusuk alam semesta.
Bukti bukti Allah itu QUDRAT bertaburan di seluruh pelusok alam semesta.
Bukti paling hampir pada kita adalah DIRI KITA SENDIRI.

SETIAP MUKALLAF WAJIB PERCAYA BAHAWA SEMUA YANG ADA DI BUMI, DI LANGIT dan antara keduanya adalah BUKTI BUKTI YANG MENUNJUKKAN bahawa sanya :

1) ALLAH ITULAH YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM.
2) ALLAH ITU ESA TIDAK BERBILANG BILANG.

3) bahawasanya SEMUA YAZZNG ADA dan TERJADI DI ALAM SEMESTA INI adalah menerangkan APA YANG DISEBUT OLEH AL QURAN.

Pada ADAT-
Mustahil kita kenyang TANPA MAKAN
Mustahil kita melihat TANPA MEMBUKA MATA
Mustahil kita tahu TANPA BERFIKIR

Maka itulah dalil akal menunjukkan bahawa sanya, Mustahil kita mengenal Allah TANPA DALIL

Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH,
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian -Wallohua'lam

Irsyad al-Hadith Siri ke-101 : Payung Emas

Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?

Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

• Firman Allah SWT:  فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

• Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]

Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.

Wallahua'lam
Pautan ke laman web rasmi PMWP: http://goo.gl/L281Wm

Sabtu, 16 Julai 2016

JANGAN LAKUKAN 24 PERKARA INI DALAM HIDUP KITA!

   1  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
   2  Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
   3  Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
   4  Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
5  Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
   6  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang. dimakan adalah dari muntah syaitan.
   7  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
   8  Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

   9  Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
   10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
   11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
   12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
   13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

   14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
   15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
   16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
   17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
   18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
   19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
   20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
   21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
   22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
   23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

   24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
#Ayatul ikhsan

Jumaat, 15 Julai 2016

PEMUDA KAHFI TIDUR 309 TAHUN TANPA MAKAN DAN MINUM.

Gambar hiasan saja
Mengimbau kembali kisah Pemuda Kahfi yang telah lari daripada raja yang zalim semata-mata kerana ingin menyelamatkan iman mereka.
.
Kisah yang telah Allah nukilkan dalam Al Quran..
Cuba kita bayangkan dengan hanya ingin selamatkan iman, 7 orang pemuda ini telah mendapat perhatian dan bantuan Allah SWT.

Allah SWT telah tidurkan mereka dalam sebuah gua bukan sehari dua atau seminggu tetapi Allah SWT tidurkan mereka selama 309 tahun. Tidak makan dan tidak minum hanya tidur sahaja sepanjang 309 tahun tersebut.
.
Subhanallah..Allah Maha Berkuasa buat apa sahaja.
Allah SWT memberi tahu kita semua bahawa Dia boleh menghidupkan dan mematikan makhluknya tanpa asbab iaitu tanpa makanan dan minuman.
.
Begitu sukanya Allah kepada 7 pemuda ini (Pemuda Kahfi) maka Allah telah wujudkan DUA keadaan:-1) Allah wujudkan kegerunan pada setiap makhluk yang ingin menghampiri gua yang mana pemuda ini sedang tidur.
2)Allah SWT telah mengubah keadaan matahari agar cahayanya tidak masuk ke dalam gua.

Allah tak mahu sesiapa pun mengganggu tidur pemuda ini selama 309 tahun. Subhanallah...
Cuba kita bayangkan tidur 309 tahun..punyalah lama beb..kita ni kalau tidur overdose pun dah rasa lain macam tak sedap badan..Inikan pula tidur 309 tahun Tapi disinilah Allah tunjukkan QudratNya pada kita semua bahawa Dialah yang Memelihara hamba-hambaNya walaupun diluar logik akal manusia.
.
Jom renung sejenak dan berfikir..

Bayangkan bagaimana Allah memberi bantuan dan pertolongan pada hambaNya yang berusaha untuk selamatkan iman daripada raja yang zalim sehingga begitu sekali Maha dahsyatnya...
Cuba bayangkan jika kita semua Umat Muhammad SAW iaitu Umat Pilihan dan diakui sebagai Umat Terbaik sepanjang zaman membuat usaha untuk selamatkan iman dan berusaha untuk menyelamatkan iman orang lain??
Bagaimanakah agaknya Bantuan Ghaib yang Allah akan zahirkan dan hadirkan buat Umat Terbaik ni..

(Mohd Zahir Yusof)

*TAZKIRAH* *🍃MONYET DAN DENDAM🍃*

Gambar hiasan
Di Afrika, ada sebuah teknik yang unik untuk berburu monyet di hutan Afrika. Si pemburu menangkap monyet dalam keadaan hidup2 tanpa menggunakan senapang dan ubat bius serta tanpa cedera.

Cara menangkapnya biasa-biasa saja, pemburu hanya menggunakan balang berleher panjang dan sempit. Balang itu diisikan dgn kacang yang telah diberi bau atau aroma untuk memikat monyet2 itu datang ke balang-balang itu.

Setelah diisi kacang, balang-balang itu ditanam dalam tanah dengan dibiarkan mulut balang itu tanpa tutup.

Para pemburu mula melakukannya di waktu petang. Besoknya, mereka akan menangkap monyet2 yang tangannya sudah terperangkap di dalam balang dan tangan mereka tak boleh dikeluarkan.

*Bagaimana monyet2 itu terperangkap ?*

Sesungguhnya haiwan hanya ada nafsu tapi tak menggunakan otak seperti manusia. Monyet-monyet itu akan tertarik pada aroma yang keluar dari setiap balang itu.

Mereka mengamati lalu memasukkan tangan untuk mengambil kacang2 yang ada di dalamnya. Oleh kerana menggenggam kacang itu, maka monyet2 itu tidak boleh menarik keluar tangannya.

Sepanjang mempertahankan kacang2 itu, selama itu pula mereka terperangkap.

Balang-balang itu terlalu berat untuk diangkat. Jadi, monyet2 itu tidak akan dapat pergi ke mana-mana..!

Sebenarnya monyet2 itu boleh selamat jika mau melepaskan genggaman tangannya, tapi mereka tak mahu melepaskannya...

Wahai Sahabatku...

Mungkin kita akan tertawa melihat tingkah monyet2 itu.
Tapi, tanpa disedari sebenarnya ramai manusia melakukan hal yang sama seperti monyet-monyet itu. Ini bermakna manusia mengikut hawa nafsu spt haiwan monyet itu walaupun  mereka boleh berfikir manakala monyet tak boleh.

Mereka ini mengenggam erat setiap masalah yang dimiliki tanpa mahu melepaskannya.

Mereka sering menyimpan dendam, benci dan iri, tak mudah memberi maaf, tak mudah memaafkan.
Mulut mungkin berkata ikhlas, tapi dendam marah membara masih ada di dalam dada. Sehingga tak mampu melepaskannya. Terus mempertahankannya.

Bahkan, kadang-kadang membawa "balang-balang" itu ke mana pun dan pada bila-bila mereka pergi. Mereka terus menjalani kehidupan ini dengan memikul beban berat itu.

Tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan penyakit kepahitan yang berat, yang boleh pada merosakkan sel-sel tubuh mereka, dan putusnya saraf-saraf DNA-nya.

Jika hal ini dibiarkan berlarutan, maka kemungkinan besar sel-sel yang rosak tadi perlahan berubah menjadi sel-sel barah..!!

Kajian tentang sel tubuh yang rosak menjadi sel barah inilah yang menyebabkan Prof. Dr. Bruce Lipton, dari USA, menerima hadiah Nobel dalam bidang Biologi Molecular.

Sebenarnya mereka akan selamat dari sakit berbahaya ini jika mereka mau melepaskan semua fikiran, perasaan dan emosi negatif (su'u zhon, kecemasan, marah, dendam, benci, iri dengki, menganggap diri benar, orang lain selalu salah...dll) terhadap sesiapa pun.

Jika kita perhatikan dalam kehidupan kita seharian masih ramai orang-orang yang hatinya seperti tangan monyet tersebut.

Jom Saudara-saudara ku! *marilah kita lepaskan, maafkan, ikhlaskan*. Kita boleh.

*"Taqobbalallaahu minnaa  wa minkum"*

Baarokallaahu Fiikum.

Ya Allah
Maafkan segala  kesalahan  dan khilaf Kami serta berkatikanlah umur kami dlm ketaatan kpdMu,  Matikan kami dgn husnul khootimah dan izinkan kelak kami boleh bertemu dgnMu...

Yaa Robb...aamiin...
 aamiin Ya Robbal 'Alamin

WALLAHU A'LAM.

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...