Selasa, 9 Jun 2020

SYAIR SYEIKH JALALUDDIN AR RUMI

Wahai tuhan yang Maha Agong dan Maha Mengetahui,
DariMu datangnya pasang surut lautan jiwaku,
Sebentar tenang,
Tetapi sering gelora tak menentu,
Wahai tuhanku,
tunjukkanlah aku,
Jalan-jalan menuju keredhaanMu,
Jalan-jalan yang lurus bukannya berliku,
Aku sedih Engkau hiburkan,
Aku susah Engkau senangkan,
Engkaulah tujuan perjalanan,
Tumpuan segala harapan,
Engkau sahaja yang aku cintai,
Kepada Engkau sahaja aku cintai,
Buat Engkau segala puja dan puji,
Hidupku matiku,
Ibadat dan pengabdianku,
Hanya untukMu tuhanku,
Matikanlah aku sebelum mati,
Meskipun badan masih tegap,
Tetapi perasaan sudah kembali,
Aku berjalan sudah penat,
Pimpinlah aku ke jalan dekat,
Dalam keredhaanMu yang penuh nikmat.

MADAH RABIATUL ADAWIYAH

Engkaulah kelapanganku dan kesenanganku apabila Engkau berada di sisiku,
Apabila aku merasakan Engkau tiada, maka dunia ini seolah-olah tempat tahanan bagiku,
Jika aku tidak terpikat kepadaMu dan hatiku tidak mencintaiMu,
Maka kepada siapa selainMu yang patut aku terpikat dan mencintaiNya.

KATA KERAMAT TOK KENALI

Kata-keramat Tok Kenali ketika sedang menyampaikan kuliah kepada muridnya:

Siapa panjang umur boleh tengok..
Bumi ini akan menjadi rata,
Pasir akan terkambus,
Rumah akan teruntuh,
manusia akan berjalan dengan terbang,
Manusia akan tidur dekat jamban tahi,
manusia akan makan dekat tandas,
Ilmu berkembang serata kedai kopi,
segala-galanya akan berlaku..
Orang lebai akan banyak,
Orang cerdik pun akan bertambah,
Orang pandai pun akan ramai.
Tapi hak satu ini memang payah,
Semuanya mudah dilihat,
Bukit menjadi bumi,
Pusu menjadi tanah.

Khamis, 4 Jun 2020

Berlaku Jujur Bukan Berdusta

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Daripada Abdullah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantar kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari No: 5629) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Setiap Muslim dituntut memiliki sifat jujur dalam setiap perbuatan dan pekerjaan.
2.  Sifat jujur yang dimiliki akan sentiasa membimbing seseorang untuk melakukan kebaikan dan amal soleh menuju ke syurga.
3.  Sifat kejujuran yang berterusan akan menjadi tabiat kebiasaan yang akhirnya membentuk akhlak kepada seseorang.
4.  Sifat dusta dan berbohong yang dimiliki oleh seseorang pula akan mendorongnya kepada kejahatan.
5.  Sifat dusta dan bohong yang menjadi kebiasaan secara berterusan kepada seseorang, akhirnya akan membentuk tabiat dan akhlak yang buruk.
6.  Sifat dusta akan menjadi pemandu dan pembimbing seseorang ke neraka. Allah tidak memberi hidayah kepada pendusta dan pembohong. Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta (Mukmin: 28).
Berusahalah memiliki sifat jujur, benar dan amanah bukan sifat pendusta dan pembohong. Orang yang biasa berdusta, akan berterusan berdusta dan membohongi orang lain.

Beramal Soleh Sebelum Kematian

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal dunia." 
(HR Ahmad No: 11595) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:
1.  Allah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh.
2.  Seseorang Muslim itu menjadi baik apabila Allah menggerakkannya untuk melakukan amal soleh.
3.  Allah memberikan taufik bagi mendorong kita melakukan amal soleh yang berterusan sehinggalah kita meninggal dunia.
Berusaha bersungguh-sungguh dengan amal soleh dan berdoalah agar kita sentiasa diberi taufik untuk istiqamah dengan amal soleh hingga akhir hayat kita.

Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Daripada 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul

Pengajaran:
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:

1.  Jujur Dalam Berbicara -Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan membezakan antara munafik dan beriman.
2.  Menepati Janji -Tidak memenuhi janji adalah di antara sifat munafik.
3.  Menunaikan Amanah -Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan.
4.  Memelihara Kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah).
5.  Menundukkan Pandangan-Menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran.

6.  Menahan Tangan-Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya.  Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis atau menyebarkan sesuatu berita membawa maksud menyakiti, mengumpat atau memfitnah).

Ayuh kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan.

Khamis, 14 Mei 2020

TASKING 10 MALAM TERAKHIR


SELEPAS SOLAT ISYAK, terus laksanakan ikut urutan di bawah

1. SOLAT SUNAT BA'DiYAH ISYAK 4 RAKAAT
Cara dan fadhilatnya lihat link ini -https://youtu.be/OpyvSBKO2t0
2. SOLAT TARAWiKH
3. SOLAT TAUBAT
4. SOLAT TAHAJUD
5. SOLAT WiTiR
6. ISTiGHFAR 100x (Rezki mengalir tak putus-putus)
7. SeLaWaT 100x
8. AL-MuLK 1x      (Fadhilatnya terselamat siksa kubur)
9. AL-WaQiAH 1x   (Tidak akan miskin selamanya)

10. BACA QURAN dan Makna
11. SeDeKaH Duit/INFAK/WAKAF (Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)
--Pilihan--
a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.
b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100? 
c) Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh Lihat link ini👇https://serantaumuslim.onpay.my/

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. ZIKIR
a) SUBHANALLAH 100x      (Ganjaran separuh timbangan)
b) ALHAMDULILLAH 100x  (Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) ALLAHU AKHBAR 100x   (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) LAA iLAAHA iLLALLAH  100x (Wajib Syurga baginya)
e) SUBHANALLAHI WABIHAMDIH, SUBHANALLAHI AZIIMI 100x                         …..Beratkan timbangan Mizan…
 f) LAA HAULAWALAA QUW WATA ILLA BILLAHI ALI YYIL AZIIM 100x    …..spt menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya…
g) LAA iLA HA iLLALLAH  AL MALIKUL HAQQUL MUBIN 100x                       …..Rezeki mengalir deras…
h) LAA iLAAHA iLLA ANTA SUBHAANAKA iNNI KUNTUM MiNAZZOOLiMiN 100x     
…..Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita…
i) HASBUNALLAH WANiKMAL WAQEEL, NiKMAL MAULA  WANiKMANNASiR 100x 
…..Tawakkal=Allah berikan rezki tidak disangka-sangka)

13. SEDEKAH AL FATIHAH UNTUK................
Diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan alfatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84 tahun).
14. AYAT QURSI 3x (Aat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi).
15. AT TAKATSUR 10x ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran).
16. AL IKHLAS 39x
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. Zikir Ya GHANI,  Ya MUGHNI , Ya RAZZAQ, Ya FATTAH …. 100x 
18. Baca DOA KHAS MALAM LAILATUL QADAR
19. DOA APA SAJA YANG DIHAJATKAN
20. Dengar 1 majlis Ilmu (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun didalam kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.
Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.
**Pastikan di usahakan buat SEBELUM TiDUR setiap malam selama 10 malam terakhir.

 Kredit :Hamba Allah

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...