Ahad, 23 Oktober 2022

Guru dan Pahala Yang Berterusan

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru dan Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.


Hak Muslim Keatas Muslim

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hak Muslim Keatas Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (Sahih  Muslim No: 4023) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Hak muslim sesama Muslim ada enam:

a.  Apabila bertemu dengan setiap Muslim hendaklah mengucapkan salam kepadanya.

b.  Apabila diundang atau dijemput kenduri seperti perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain, hendaklah pergi memenuhi undangan selama tiada keuzuran.

c.  Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan. (Imam An-Nawawi berkata: Syarat memberi nasihat jika diminta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta). 

d.  Apabila dia bersin dan bertahmid اَلْحَمْدُ للَّه, maka tasymitkan (doakan) يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat keatas kamu). 

e.  Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan.

f.  Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur.

Marilah kita tunaikan hak Muslim saudara yang lain.


Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa   

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih).

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya), malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

Tunaikan Permintaan

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tunaikan Permintaan

عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ مَا سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قَطُّ فَقَالَ لَا 

Daripada Ibn al-Munkadir, aku mendengar Jabir RA berkata; Nabi SAW tidak pernah apabila diminta sesuatu lalu baginda berkata; "Tidak." (Sahih Bukhari No: 5687) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih)

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah seorang pemurah.

2.  Rasulullah SAW juga tidak pernah menghampakan harapan dan permintaan orang lain.

3.  Rasulullah SAW menunaikan permintaan orang lain tanpa merasa bimbang kehabisan harta. 

Ayuh kita mencontohi sifat pemurah Rasulullah SAW. 

Jangan kata TIDAK. Bersedialah membantu dengan ringankan tulang, bersikap RAHMAH terhadap orang lain, pemurah dan tidak bakhil.


Kemanisan Iman

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (yaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka (Sahih Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih)

Pengajaran:

1.  Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:

a.  Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.

b.  Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.

c.  Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2.  Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

3.  Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah dan kesesatan.

4.  Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Ibnul Qayyim berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

5.  Kemanisan iman juga tercapai apabila ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)." (Sunan Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki.

2.  Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.

3.  Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) termasuk segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang  memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.

4.  Salman al-Farisi menyatakan: Jika sifat kasih sayang dicabut bermakna sebahagian dari imannya juga akan dicabut maka jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.

Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi akhlak terpuji dan mengukuhkan iman kita.


Rabu, 31 Ogos 2022

BiSMiLLAH 5 - Fadhilat


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Dengan Nama Allah yang Menyembuhkan,
Dengan nama Allah yang Mencukupkan,
Dengan nama Allah yang Memberi Kesejahteraan,
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم


Dari Utsman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Orang yang membaca, Dengan nama Allah yang bila namaNya disebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,  setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak akan ada sesuatu yang membahayakannya” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)

1) Letak tapak tangan pada tempat yang sakit, dan mulai membaca Bismillah 5, baca sehingga 7 kali dan tiup perlahan ke tempat yang sakit. InsyaAllah hilang sakitnya. Kadang-kadang sakit itu hilang sekejap…kemudian datang semula…atau serta merta kurang sakitnya..atau…memberikan sebarang tindakbalas termasuk sejuk…panas…berdenyut…ada benda bergerak…serta merta bertambah sakit dan sebagainya…maka yang demikian itu menunjukkan ada penglibatan gangguan jin, kerana bacaan itu rasa panas pada mereka (jin) tetapi rasa sejuk bagi kita…juga mungkin ada bisa dalam badan. Kemudian selalunya tempat sakit itu akan rasa sejuk dan beransur hilang sakitnya.

2) Baca 7 kali sewaktu keluar rumah, terhindarlah segala binatang. Secara ‘teorinya’..apa yang berlaku pada kisah rakan yang berburu…Iaitu apabila ia membacanya sambil berniat untuk pergi ke sesuatu tempat atau kawasan…maka binatang buas atau berbisa mula menghindar daripada kawasan tersebut……ia termasuk pada sepanjang laluan perjalanannya…dan menjadi ‘kawasan selamat’  tanpa sebarang gangguan serta bahaya…
Malah bukan sahaja binatang berbahaya…binatang liar lainnya juga akan turut menghindar atau meninggalkan kawasan tersebut…kerana khasiat ayat itu adalah untuk keselamatan…termasuk selamat daripada sebarang gangguan dari binatang liar…
…dan Insya-Allah…juga daripada gangguan jin pada sepanjang perjalanan…
Maka ia boleh diamalkan…iaitu membacanya 7 kali ketika kita keluar rumah sambil berdoa memohon keselamatan dalam perjalanan pergi dan kembali…
…iaitu keselamatan daripada sebarang bahaya…samada bahaya yang kelihatan atau tersembunyi (ghaib)…

3) Apabila anda memberi air doa pada seseorang…maka anda boleh meletakkan tapak tangan…hujung jari atau sekadar menunjukkan jari telunjuk ke arah tempat yang sakit…
Baca Bismillah Lima 7 kali…kemudian tiup perlahan ke tempat yang sakit…
Sebelum nafas habis ditiup…anda tiup pada air doa samada dalam botol atau dalam gelas…
Ia bererti..air doa itu ‘istimewanya’ adalah untuk tempat yang sakit tersebut…

4) Ayat akhirnya…Bismilla hillazii laa ya dhurru…dan seterusnya…
– dibaca 3 kali sebelum makan atau minum akan menjadi penawar racun…
– dibaca 3 kali pagi petang untuk mencegah kerasukan jin…
– dibaca 3 kali…mudah-mudahan dihindarkan Tuhan daripada segala bahaya dan kemudaratan…juga dibaca pagi dan petang…
– atau rapatkan kedua tapak tangan seperti nak berdoa…baca salawat 7 kali…tutup muka dan tarik nafas dalam-dalam…Sakit itu adalah tindakbalas angin bisa dalam kepala dari amalan Bismillah 5…dan kalau kita pasti ia terasa sebaik sahaja kita mengamalkannya…tak perlu makan ubat…Sebaliknya terus buat amalan yang sama beberapa kali sehari…dan jadikan ia amalan berterusan kerana Insya-Allah…kalau anginnya dah berkurang atau hilang maka sakit itu juga kurang atau hilang…Kalau nak cepat kurangkan sakit…maka buat pula amalan salawat seperti di atas…atau baca 11 kali salawat pada air dan minum…sapu muka serta sapu sedikit atas kepala…Tanda sakit adalah angin antaranya…ubat kurang atau tak berkesan…
– Boleh juga baca Bismillah 5 tiga kali pada tapak tangan…ludah ringan dan sapu atas tengkuk yang berat…Insya-Allah…
– …kalau rasa semut atas kepala maka sapu juga dari muka ke atas kepala turun ke tengkuk…dan buat selalu walaupun tak rasa semut-semutnya..kerana kebas itu menunjukkan ada angin bisa…maka rawatlah selalu…kalau dah tak ada kebas bererti dah tak ada angin…kalau berkurang…anginnya dah kurang…Insya-Allah…

5) Penawar untuk bisa diri, bisa tulang, bisa badan, bisa batu merian / rahim, juga untuk sakit yang tidak diketahui puncanya, bengkak dan benjol.
6) Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19 X, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat. Boleh juga ibu atau bapa letak tangan pada kepala anak sambil membaca Bismillah 5 tujuh kali, mungkin si ibu atau si bapa akan terasa kebas tangan atau badan rasa panas atau seram sejuk, itu adalah tindakbalas untuk penyakit demam anak itu atau ada bisa juga dari badan ibu atau bapa itu, teruskan rutin itu, angin panas yang keluar dari atas kepala budak-budak…ia adalah angin bisa yang keluar dari badan mereka maka teruskan membaca berulang-ulang sehingga angin itu berkurang atau lebih baik kalau terus habis dan tak terasa lagi…Ayat lain yang boleh digunakan…letakkan tapak tangan atas ubun-ubun dan baca Fatihah sekali…salawat 3 kali dan Ayat kursi 3…7 atau lebih baik 11 kali setiap hari…Rawatan ibu pada anak-anak lebih berkesan kerana biasanya ganggguan pada anak-anak itu…bermula dari ibu sejak dalam kandungan atau semasa kecilnya…

7) Sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat, baca 3 kali sebelum makan ubat.
8) Bismillah 5..sungguh mujarab buat penawar..Ayat ini boleh dibaca 19 kali dan tiup pada air..Selepas membaca Al Fatihah, Ayatul kursi dan selawat…baca ayat ini 19 X dan tiup pada air..boleh dijadikan penawar, pelembut hati dan penerang hati..insya-Allah.
9) Penghidap gastrik tidak akan kena gastrik selagi mengamalkan ayat ini. Bagi gastrik yang teruk, amalkan bacaan setiap lepas solat fardhu dan ditiupkan ke perut, boleh juga ditambah dengan bacaan ayat al-Quran, insya-Allah akan beransur sembuh.

10) Kaifiat khusus; untuk Bismillah 5 dan Bismillah 7 ; amalan selama 3 hari, wiridkan sebanyak 6666 X, setelah khatam, wiridlah secara biasa 3 X pagi dan 3 X malam, Insya-Allah segala kelebihan Bismillah 5 atau Bismillah 7 akan terhimpun dalam tubuh pengamal. (Kaifiat sebegini selalunya untuk ilmu hikmat). Mulakan dengan al-Fatihah dan dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w., diikuti dengan selawat sebelum mula atau selepas habis.

والله أعلم بالصواب 

 Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


**https://doa.whatta.org/?page_id=1471

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...