Selasa, 13 Ogos 2024

KHUBAIB BIN ADI: BIODATA & KISAH HIDUPNYA

 by Nabilah Rumainor

Khubaib bin Adi, syahid di kayu salib. Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang keimanannya dapat menghancurkan batu karang dan meleburkan ketakutan.

Siapakah Khubaib Bin Adi?
Khubaib bin Adi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW dari kaum Ansar. Nama lengkap beliau ialah Khubaib bin Adi bin Malik al-Awsi al-Ansari. Beliau ialah sosok peribadi yang amat dikenali di Madinah. Sejak Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Khubaib sentiasa menemui baginda dan seterusnya memeluk Islam.

Peribadi Khubaib bin Adi
Khubaib bin Adi dikenali dengan peribadi yang berjiwa bersih, bersifat terbuka, beriman teguh dan berhati mulia. Beliau juga ialah seorang yang rajin beribadah, di mana beliau mendirikan solat pada malam hari dan berpuasa pula di siang hari. Dalam menggambarkan peribadi Khubaib bin Adi, sang penyair Islam Hassan bin Thabit berkata, “Seorang pahlawan yang kedudukannya sebagai teras orang Ansar. Seorang yang lapang dadanya namun tegas dan keras tidak dapat ditawar-tawar”.

Kisah Kewafatan Khubaib Bin Adi Yang Syahid Di Kayu Salib
Khubaib merupakan antara sahabat yang menyertai Perang Badar bersama Rasulullah SAW melawan kaum kafir Quraisy. Dalam peperangan tersebut, beliau telah membunuh salah seorang pemimpin Quraisy, bernama al-Harith bin Amir bin Naufal.

Rentetan pembunuhan pemimpin mereka, Bani Harith mengingati nama Khubaib bin Adi dan menyimpan dendam terhadap beliau.
Setelah menewaskan kafir Quraisy dalam Perang Badar, kaum muslimin kembali ke Madinah untuk membina masyarakat baru. Pada suatu hari, Rasulullah SAW menubuhkan satu pasukan penyelidik untuk menyiasat rahsia orang Quraisy supaya dapat mengetahui gerak geri dan persiapan mereka untuk peperangan baru menentang kaum muslimin. Pasukan tersebut terdiri daripada sepuluh orang para sahabat termasuk Khubaib bin Adi dan dipimpin oleh Ashim bin Thabit.


Pasukan penyelidik tersebut bertolak ke tempat tujuan mereka sehingga sampai ke suatu tempat di antara Osfan dan Mekah. Namun, pergerakan mereka dapat dihidu oleh penduduk Hudzail yang didiami oleh suku Bani Haiyan. Maka, pasukan Bani Haiyan yang terdiri daripada 100 orang pemanah mahir menyusul pasukan penyelidik kaum muslimin. Pasukan Bani Haiyan hampir kehilangan jejak pasukan kaum muslimin sehingga mereka menemui biji-biji kurma yang ditinggalkan oleh mereka.

Dengan menjejaki biji-biji kurma yang berciciran di atas tanah, pasukan Bani Haiyan berjaya menemui pasukan kaum muslimin yang dicari. Maka, mereka mengepung pasukan kaum muslimin dan menghujani mereka dengan anak-anak panah. Lapan para sahabat termasuk pemimin pasukan kaum muslimin, Ashim bin Thabit telah mati syahid dibunuh oleh pasukan Bani Haiyan.

Khubaib bin Adi dan Zaid bin Dithinnah yang masih hidup dibawa oleh pasukan Bani Haiyan ke Mekah. Kaum Quraisy telah menyeksa Zaid bin Dithinnah dengan menyulanya dari dubur sehingga ke bahagian atas badannya. Manakala, Khubaib bin Adi pula telah dibeli oleh keluarga Harith bin Amir sebagai hamba untuk melepaskan dendam kebencian mereka terhadap Khubaib, yang telah membunuh Harith bin Amir dalam Perang Badar.

Khubaib telah diseksa dan dikurung oleh keluarga Harith bin Amir. Namun, perkara tersebut tidak menghalang beliau untuk beribadah dan menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa salah seorang puteri Harith yang menjenguk Khubaib di tempat kurungannya melihat beliau sedang menggenggam dan memakan setangkai anggur walaupun tangannya terikat dengan besi dan tidak terdapat sebarang anggur di Mekah pada ketika itu. Maka puteri Harith berkata, “Aku merasa itu rezeki yang diberikan Allah kepada Khubaib”. Demikianlah pertolongan Allah SWT kepada hambanya yang soleh.

Khabar mengenai Zaid yang mati akibat disula dengan kejam oleh kaum musyrikin telah disampaikan kepada Khubaib untuk menakutkan dan melemahkan keimanannya. Mereka turut memujuk Khubaib untuk mengingkari Allah SWT dan Muhammad SAW dengan janji pembebasan. Namun, pujukan bahkan ancaman tersebut tidak mampu untuk menggoyahkan keutuhan jiwa Khubaib yang dipenuhi dengan iman dan sakinah. Justeru, kaum musyrikin memutuskan untuk membunuh beliau dan membawanya di suatu tempat yang bernama Tan’im.

Sebelum dibunuh, Khubaib meminta untuk menunaikan solat dua rakaat. Beliau melakukan solat tersebut dengan khusyuk, dengan hati yang tenang dan pasrah. Selepas menunaikan solat, Khubaib berkata, “Demi Allah, kalau bukan kerana nanti ada sangkaan bahawa aku takut mati, nescaya aku akan meneruskan lagi solatku”. Kemudian beliau berdoa, “Ya Allah, kurangkanlah bilangan mereka, musnahkanlah mereka sehingga binasa”.

Kaum musyrikin membuat sebuah salib besar menggunakan pelepah-pelepah tamar, lalu mengikat badan Khubaib di atasnya. Kemudian, para pemanah bergilir-gilir melepaskan anak panah mereka terhadap Khubaib. Melihat keadaan Khubaib yang semakin tidak berdaya, putera Harith, Uqbah bin Harith berkata, “Sukakah engkau jika Muhammad menggantikanmu dan engkau sejahtera bersama keluargamu?”. Menggunakan kudrat yang tersisa, Khubaib menjawab, “Demi Allah, aku tidak mahu menikmati kesenangan dunia bersama keluargaku sedangkan Rasulullah terkena musibah walaupun dengan sepotong duri”.

Ucapan Khubaib tersebut menyebabkan Uqbah bin Harith untuk membunuhnya. Maka, syahidlah Khubaib di atas kayu salib. Burung-burung yang menunggu untuk meratah bangkai tubuhnya di atas salib tiba-tiba berterbangan menjauhi tubuh tersebut seolah-olah tercium jasad seorang soleh. Semasa Khubaib diikat di kayu salib, beliau berdoa kepada Allah SWT, “Ya Allah, kami telah menyampaikan tugas RasulMu, kami mohon disampaikan pula kepadanya esok tentang tindakan orang itu terhadap kami”.

Doa Khubaib tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW mempunyai firasat buruk tentang para sahabat dan mengarahkan Miqdad bin Amar dan Zubair bin Awwam untuk menyusul mereka. Dengan petunjuk Allah SWT, mereka tiba di tempat pembunuhan Khubaib. Maka, mereka menurunkan dan mengebumikan mayat Khubaib. Sehingga sekarang, tiada yang mengetahui di mana terletaknya kubur beliau. Demikianlah pengakhiran sang pahlawan, tidak gentar dek ancaman, tidak juga berpaling dek kesakitan.

Dalil Yang Berkaitan Dengan Khubaib bin Adi
Diriwayatkan bahawa selepas menunaikan solat dua rakaat sebelum dibunuh, Khubaib membacakan syair kepada kaum musyrikin:

وَلَسْتُ أُبَالِي حِينَ أُقْتَلُ مُسْلِمًا
عَلَى أَىِّ شِقٍّ كَانَ لِلَّهِ مَصْرَعِي وَذَلِكَ فِي ذَاتِ الإِلَهِ وَإِنْ
يَشَأْ يُبَارِكْ عَلَى أَوْصَالِ شِلْوٍ مُمَزَّعِ

Maksudnya: Khubaib kemudian membaca ayat syair, “Aku syahid sebagai seorang Muslim, aku tidak kisah bagaimana aku terbunuh kerana pembunuhanku adalah kerana Allah SWT. Dan jika Dia mengkehendaki, Dia akan memberkati bahagian badan yang terpotong”.

(Hadith Riwayat Bukhari)

Ucapan Khubaib dalam hadith tersebut menunjukkan keutuhan iman, ketetapan pendirian, keteguhan hati serta kecintaannya kepada Sang Pencipta. Disebabkan oleh kekuatan imannya, beliau telah dikurniakan syahid dan kedudukannya dimuliakan di sisi Allah SWT. Malah, perlakuannya untuk menunaikan solat dua rakaat sebelum dibunuh menjadi tradisi umat Islam yang diamalkan sehingga kini.


https://akumuslim.asia/khubaib-bin-adi/

 

Khamis, 8 Ogos 2024

*SEORANG PEDAGANG KURMA YANG MENYANTUNI ANAK YATIM PADA HARI ASYURO'*

Catatan Al-Hikam *KISAH HIKMAH (63)*

Sumber Kitab: Irsyadul Ibad Hal 150

وَحُكِيَ أَنَّهُ كَانَ بِمِصْرَ رَجُلٌ تَاجِرٌ فِي التَّمْرِ يُقَالُ لَهُ عَطِيَّةُ بْنُ خَلْفٍ وَكَانَ مِنْ أَهْلِ الثَّرْوَةِ، ثُمَّ افْتَقَرَ، وَلَمْ يَبْقَ لَهُ سِوَى ثَوْبٍ يَسْتُرُ عَوْرَتَهُ،

Diceritakan bahwa di Mesir ada seorang laki-laki pedagang kurma, namanya Athiyah bin Kholaf . Dia termasuk orang yang kaya raya.

(Oleh karena suatu hal) dia menjadi miskin. Dia tidak punya apa-apa kecuali pakaian yang melekat di badan untuk menutupi auratnya.

فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ صَلَّى الصُّبْحَ فِيْ جَامِعِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، وَمِنْ عَادَةِ هَذَا الْجَامِعِ لَا يَدْخُلُهُ النِّسَاءُ إِلَّا فِيْ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ لِأَجْلِ الدُّعَاءِ

Ketika hari Asyura datang, ia melakukan shalat shubuh di Masjid Amru bin Ash. Kebiasaan yang berlaku di masjid itu pada hari biasa adalah tidak diperkenankannya para wanita masuk masjid tersebut kecuali pada hari Asyura saja, untuk tujuan berdoa.

فَوَقَفَ يَدْعُوْ مَعَ جُمْلَةِ النَّاسِ، وَهُوَ بِمَعْزِلٍ عَنِ النِّسَاءِ جَاءَتهُ امْرَأَةٌ وَمَعَهَا أَطْفَالٌ

Di masjid itu, 'Athiyah bin Kholaf berdoa bersama orang banyak.

Dia terpisah dari para wanita, tiba-tiba datang kepadanya seorang wanita bersama anak-anak kecil.

فَقَالَتْ يَا سَيِّدِيْ: سَأَلْتُكَ بِاللهِ إِلَّا مَا فَرَّجْتَ عَنِّيْ وَآثَرْتَنِيْ بِشَيْءٍ أَسْتَعِيْنُ بِهِ عَلَى قُوْتِ هَذِهِ الْأَطْفَالِ، فَقَدْ مَاتَ أَبُوْهُمْ وَمَا تَرَكَ لَهُمْ شَيْئًا وَأَنَا شَرِيْفَةٌ، وَلَا أَعْرِفُ أَحَدًا أَقْصِدُهُ، وَمَا خَرَجْتُ فِيْ هَذَا الْيَوْمِ إِلَّا عَنْ ضَرُوْرَةٍ أَحْوَجَتْنِيْ إِلَى بَذْلِ وَجْهِيْ، وَلَيْسَ لِيْ عَادَةً بِذَلِكَ.

Wanita itu berkata:

"Wahai tuan, Aku minta kepada anda,Demi Allah, semoga tuan bisa meringankan kesulitanku dan sudi memberi sesuatu yang aku gunakan untuk bisa memenuhi kebutuhan makan anak-anak ini.

Sementara bapak mereka telah wafat. Dia tidak meninggalkan satu apapun untuk mereka.Aku adalah Syarifah.

Aku tidak tahu siapa yang aku tuju.

Aku tidak keluar kecuali hari ini, itupun dengan darurat yang menjadikan aku hajat untuk mengorbankan diriku. Dan itu bukan merupakan kebiasanku.

فَقَالَ الرَّجُلُ فِيْ نَفْسِهِ: أَنَا مَا أَمْلِكُ شَيْئًا، وَلَيْسَ لِيْ غَيْرُ هَذَا الثَّوْبِ، وَإِنْ خَلَعْتُهُ اِنْكَشَفَتْ عَوْرَتِيْ، وَإِنْ رَدَدْتُهَا فَأَيُّ عُذْرٍ لِيْ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ

'Athiyahpun berkata dalam hatinya:

"Aku tidak mempunyai sesuatu. Tidak ada milikku kecuali baju ini. Jika aku lepas akan terbukalah tubuhku. Jika wanita ini aku tolak, alasan apakah yang akan aku kemukakan pada Rasulullah ﷺ

فَقَالَ لَهَا: اِذْهَبِيْ مَعِيْ حَتَّى أُعْطِيَكَ شَيْئًا

Akhirnya 'Athiyah berkata kepada wanita tersebut:

"Mari ke rumahku. Aku akan memberimu sesuatu."

فَذَهَبَتْ مَعَهُ إِلَى مَنْزِلِهِ، فَأَوْقَفَهَا عَلَى الْبَابِ وَدَخَلَ وَخَلَعَ ثَوْبَهُ، وَاتَّزَرَ بِخَلِقٍ كَانَ عِنْدَهُ، ثُمَّ نَاوَلَهَا الثَّوْبَ مِنْ شِقِّ الْبَابِ.

Maka wanita itu pun mengikuti 'Athiyah sampai di rumahnya.

Lalu 'Athiyah menempatkannya didepan pintu rumahnya.

Athiyahpun masuk kerumah dan mencopot bajunya. Dia mengenakan sarung lusuh yang ia punya. Diberikanlah baju yang ia copot tadi kepada wanita dari sisi pintunya.

فَقَالَتْ لَهُ: أَلْبَسَكَ اللهُ مِنْ حُلَلِ الْجَنَّةِ وَلَا أَحْوَجَكَ فِيْ بَاقِيْ عُمْرِكَ إِلَى أَحَدٍ

Lalu ia mendoakan 'Athiyah:

"Semoga Allah memberikan pada tuan pakaian-pakaian surga dan tuan tidak akan membutuhkan kepada orang lain selama hidup tuan."

فَفَرِحَ بِدُعَائِهَا وَأَغْلَقَ الْبَابَ، وَدَخَلَ بَيْتَهُ يَذْكُرُ اللهَ تَعَالَى إِلَى اللَّيْلِ،

'Athiyah merasa senang dengan do'a wanita tersebut. Iapun menutup pintunya, masuk kerumahnya. Ia berdzikir hingga larut malam

ثُمَّ نَامَ فَرَأَى فِي الْمَنَامِ حَوْرَاءَ لَمْ يَرَ الرَّاؤُوْنَ أَحْسَنَ مِنهَا، وَبِيَدِهَا تُفَّاحَةٌ قَدْ عَطَّرَتْ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، فَنَاوَلَتْهُ التُّفَّاحَةَ فَكَسَرَهَا، فَخَرَجَ مِنْهَا حُلَّةٌ مِنْ حُلَلِ الْجَنَّةِ لَا تُسَاوِيْهَا الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا، فَأَلْبَسَتْهُ الْحُلَّةَ وَجَلَسَتْ فِيْ حِجْرِهِ.

Kemudian Athiyah tidur. Ketika tidur, ia bermimpi melihat bidadari, belum pernah orang melihat wanita lebih cantik darinya. Di tangan wanita itu ada buah apel yang mengharumkan antara langit dan bumi.

Buah apel tersebut dberikannya kepada Athiyah ketika buah apel itu dibelah, dari belahan apel itu keluar pakaian dari pakian surga yang tidak terbanding dengan di dunia sesisinya

Pakaian itu dikenakannya pada 'Athiyah bin Kholaf. Setelah pakaian itu dikenakan, bidadari itu duduk di pangkuannya.

فَقَالَ لَهَا: مَنْ أَنْتِ؟ فَقَالَتْ: أَنَا عَاشُوْرَاءُ زَوْجَتُكَ فِي الْجَنَّةِ. قَالَ: فَبِمَ نِلْتُ ذَلِكَ؟ فَقَالَتْ: بِدَعْوَةِ تِلْكَ الْمِسْكِيْنَةِ الْأَرْمَلَةِ وَالْأَيْتامِ الَّذِيْنَ أَحْسَنْتَ إِلَيْهِمْ بِالْأَمْسِ،

'Athiyah lantas bertanya:

"Siapakah kamu ini?"

"Aku adalah 'Asyura, istrimu di surga," jawab bidadari itu.

"Dengan amal apakah aku memperoleh kemuliaan seperti ini?" tanya 'Athiyah.

Lalu bidadari itu menjawab:

"Dengan seorang janda miskin, dan anak-anak yatim yang kemarin engkau berbuat baik kepada mereka.”

فَانْتَبَهَ وَعِنْدَهُ مِنَ السُّرُوْرِ مَا لَا يَعْلَمُهُ إِلَّا اللهُ تَعَالَى، وَقَدْ عَبِقَ مِنْ طِيْبِهِ الْمَكَانُ،

Maka Athiyah terbangun, dan dia sangat senang yang tidak mengetahuinya kecuali Allah Ta’ala, sementara tempat di mana ia berada semerbak dari bau wanginya

فَتَوَضَّأَ وَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ شُكْرًا للهِ تَعَالَى،

Kemudian ia mengambil air wudhu, dan ia pun melaksanakan shalat dua rakaat sebagai tanda rasa syukurnya kepada Allah Ta’ala

ثُمَّ رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ: إِلَهِيْ إِنْ كَانَ مَنَامِيْ حَقًّا، وَهَذِهِ زَوْجَتِيْ فِي الْجَنَّةِ فَاقْبِضْنِيْ إِلَيْكَ

Kemudian Athiyah mengangkat pandangannya ke langit seraya berdoa:

“Wahai Tuhanku. Apabila mimpi dalam tidurku itu benar dan bidadari dalam mimpiku itu adalah isteriku di surga, maka matikanlah aku saat ini juga untuk bertemu dengan-Mu."

فَمَا اسْتَتَمَّ الْكَلَامَ حَتَّى عَجَّلَ اللهُ بِرُوْحِهِ إِلَى دَارِ السَّلَامِ.

Belum usai doa dipanjatkan, Allah menyegerakan ruh Athiyah ke surga Daarussalaam


Sabtu, 13 Julai 2024

SUNGAI NIL KERING....KAROMAH UMAR


Karomah Sayyidina Khalifah Umar Bin Khottob

Sumber : Al-Bidayah wa Nihayah, Ibnu Katsir 7/100

Pada suatu saat, sungai Nil di Mesir pernah kering tidak mengalirkan air sama sekali, maka penduduk Mesir mendatangi ‘Amr bin Ash (selaku Gubernur Mesir kala itu) seraya mengatakan: Wahai amir, sungai Nil kita ini memiliki suatu musim untuk tidak mengalir kecuali dengan tumbal. Amr bertanya: Tumbal apakah itu? Mereka menjawab: Pada tanggal 12 di bulan seperti ini, biasanya kami mencari gadis perawan, lalu kita merayu orang tuanya dan memberinya perhiasan dan pakaian yang mewah, kemudian kita lemparkan dia ke sungai Nil ini. Mendengar hal itu, Amr mengatakan kepada mereka: “Ini tidak boleh dalam agama Islam, Islam telah menghapus keyakinan tersebut”. 

Beberapa bulan mereka menunggu, tapi sungai Nil tetap tidak mengalir sehingga hampir saja penduduk sana nekad untuk memberikan tumbal, maka Amr menulis surat kepada Umar bin Khothob tentang masalah tersebut, lalu beliau menjawab: “Sikapmu sudah benar. Dan bersama ini saya kirimkan secarik kertas dalam suratku ini untuk kamu lemparkan ke sungai Nil”. 

Tatkala surat itu sampai, maka Amr mengambilnya, ternyata isi surat tersebut sebagai berikut: “Dari hamba Allah, Umar amirul mukminin kepada Nil, sungai penduduk Mesir. Amma Ba’du: Bila kamu mengalir karena perintahmu sendiri maka kamu tidak perlu mengalir karena kami tidak butuh kepadamu, tetapi kalau kamu mengalir karena Allah yang mengalirkanmu maka kami berdoa agar Allah mengalirkanmu”. 

Setelah surat Umar tadi dilemparkan ke sungai Nil, maka dalam semalam saja Allah telah mengalirkan sungai Nil sehingga berketinggian enam belas hasta!!”.

Kisah ini menunjukkan karomah Sayyidina Umar bin Khothob dan juga bathilnya ritual-ritual tumbal dan kirim sesajen yang merupakan tradisi dan budaya Jahiliyyah karena semua itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Rabu, 3 Julai 2024

HUKUM ANGGOTA WUDUK TERDAPAT PELEMBAB DAN KRIM PELINDUNG MATAHARI

Soalan

Assalamualaikum, saya mempunyai kemusykilan apakah hukum mengambil wuduk dalam keadaan memakai produk penjagaan muka seperti pelembab dan krim pelindung matahari.

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ﷺ, keluarga dan para sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari kesudahan.

Kami mulakan dengan petikan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/55): “Wajib meratakan basuhan kesemua bulu dan kulit. Sekiranya terdapat kotoran di bawah kuku atau memakai cincin yang menghalang air sampai ke kulit maka wuduk tidak sah.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abdullah bin `Amr R.Anhuma berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ

Maksudnya: “Kami pulang bersama-sama Rasulullah ﷺ dari Makkah ke Madinah. Apabila kami sampai ke kawasan air di pertengahan jalan, sekumpulan orang bergegas untuk bersolat Asar. Lalu mereka berwuduk secara tergesa-gesa. Kami pun menghampiri mereka dan dapati buku lali mereka tidak dibasahi air. Lantas Rasulullah ﷺ bersabda: Celakalah buku lali mereka disebabkan oleh neraka! Oleh itu, berwuduk’lah kamu dengan sempurna.”

Riwayat al-Bukhari (161) dan Muslim (241)

Hadith seterusnya:

أَنَّ رَجُلاً تَوَضَّأَ فَتَرَكَ مَوْضِعَ ظُفُرٍ عَلَى قَدَمِهِ فَأَبْصَرَهُ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ارْجِعْ فَأَحْسِنْ وُضُوءَكَ فَرَجَعَ ثُمَّ صَلَّى

Maksudnya: “Seorang lelaki berwuduk’ dan telah tertinggal basuhan pada kuku kakinya yang dilihat oleh Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda: Ulanglah semula dan berwuduklah dengan sempurna. Lalu dia terus mengulanginya dengan sempurna dan mendirikan solat.”    

Riwayat Muslim (243)

Kedua-dua hadith di atas menunjukkan bahawa wuduk tidak sah sekiranya terdapat anggota yang wajib dibasuh tetapi tidak berbasuh walaupun sedikit.”

Pertamanya, setiap suatu yang menghalang air daripada sampai kepada kulit menjadikan wuduk itu tidak sah. Contohnya, kekotoran yang berada di bawah kuku, seperti sisa makanan dan tepung mengikut pendapat yang muktamad. Namun jika ia terhasil daripada peluh, maka dimaafkan.

Kedua, antara syarat sah wuduk yang lain ialah hendaklah tiada suatu pada anggota wuduk yang mengubah air yang sampai kepadanya, seperti minyak wangi dan dakwat. Ini tidak termasuk peluh sendiri dan athar (kesan) minyak wangi seperti baunya sahaja kerana kedua-dua itu kebiasaan pada manusia yang sukar dijaga. Rujuk Nail al-Raja (ms.75); Kasyifah al-Saja (ms.108)

Justeru, jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan kosmetik yang menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit, atau yang mengubah air wuduk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum basuhan wuduk. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wuduk itu tidak sah. Namun begitu dimaafkan jika kesan bahan kosmetik itu, sama ada pelembab atau krim pelindung matahari, terlalu nipis sehingga tidak menghalang air daripada kulit dan terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak tersebut.

Kami telah menghuraikan dengan panjang lebar isu kosmetik mesra wuduk dalam artikel Bayan Linnas Siri Ke-88.

Semoga penjelasan di atas memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Kami berdoa kepada Allah agar kita sentiasa diberi kefahaman dan dapat melaksanakan segala tuntutan Islam dalam mencari keredhaan Allah. Amin.

·       Al Kafi li al-Fatawi

·       Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/ms/

 

 

Selasa, 2 Julai 2024

NASiHAT KEHiDUPAN

 Sekadar Bicara...

Antara kunci menjadi kekayaan jiwa adalah suka sedekah..

Sedekah sumber kekayaan. Semakin sering kita keluarkan sesuatu di jalan Allah maka semakin terbuka rezeki kita.

Semakin sempurna yang kita beri maka semakin sempurna yang kita akan dapat.

Semakin baik kita berikan di jalan Allah, semakin baik kita akan dapat dari Allah.

Sedekah itu membahagiakan.

Antara keajaiban sedekah ialah:-
+ Melipat-gandakan rezeki
+ Mempermudahkan bayar hutang
+ Menolak musibah
+ Mengubati penyakit

Sentiasalah bersedekah. Usah dihitung sedekah kita. Usah takut ia hilang dan tak berbalas. Sebab Allah Maha Mengetahui kebajikan setiap hambaNya. Dan DIA pasti membalas dengan balasan yang baik.

Firman Allah SWT dalam surah An'am ayat 160.
"Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalnya..." (Surah Al-An'am [6]:160)

Setiap kali kita bersedekah maka Allah akan gantikan dengan sepuluh kali ganda dari sedekah kita.

Tidak akan menjadi miskin melarat untuk siapa yang bersedekah lillahitaala. Kerana pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik buat kita.

Isnin, 24 Jun 2024

NASiHAT KEHiDUPAN: PESERTA KORBAN- DILARANG MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT

Peserta Korban Dilarang Memotong Kuku dan Rambut 

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: 

Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)."

(Sahih Muslim No: 3655) -Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh)  menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2.Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain." (Syarah Muslim  Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139) 

3.Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

4.Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

5. Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah (dijangka pada 8hb Jun) bagi peserta korban  sehingga ibadat korban dilaksanakan.

@quotephotovideo 

NASiHAT KEHiDUPAN: MANFAAT RASA LAPAR

Ibnu Abi ad-Dunya rahimahullah, dari Muhammad bin Wasi' rahimahullah

"Siapa yang sedikit makannya dia akan bisa memahami, membuat orang lain paham, bersih, dan lembut. Sungguh, banyak makan akan memberati seseorang dari hal-hal yang dia inginkan.'

Ibrahim bin Adham rahimahullah berkata :

"Siapa yang menjaga perutnya, dia bisa menjaga agamanya. Siapa yang bisa menguasai rasa laparnya, dia akan menguasai akhlak yang terpuji. Sungguh, kemaksiatan akan jauh dari orang yang lapar, dekat dengan orang yang kenyang. Rasa kenyang akan mematikan hati. Akan muncul pula darinya rasa senang, sombong, dan tawa."

Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah berkata :

"Jika jiwa merasakan lapar dan dahaga, kalbu akan bersih dan lembut. Jika jiwa merasakan kenyang dan puas minum, kalbu menjadi buta.'

Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Rasa kenyang akan memberati badan, menghilangkan kewaspadaan, mendatangkan rasa kantuk, dan melemahkan pemiliknya dari beribadah.

Jami' al-Ulum wal Hikam, 576-577


Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...