Sabtu, 17 Ogos 2024

SURAQAH BIN MALIK

 Biodata & Kisah Hidupnya

·       by Umar Abu Hafs

·       Siapakah Suraqah bin Malik? Artikel ini akan membincangkan salah seorang sahabat nabi SAW yang anda perlu ketahui.

·       Siapakah Suraqah Bin Malik?

·       Pada masa jahiliyahnya, Suraqah merupakan seorang tokoh yang terkenal dikalangan masyarakat Arab dan juga merupakan salah seorang pemimpin di sebuah kabilah yang bernama Kinanah. Masyarakat Arab pada saat itu memandang beliau sebagai seorang yang berwibawa dan juga sangat dihormati serta disayangi oleh mereka disebabkan kebiasaan beliau yang selalu memberi makan orang-orang fakir dan miskin yang sedang kelaparan, suka memberikan perlindungan keamanan kepada orang-orang yang sedang ditindas, dan selalu menjaga siapa pun yang memerlukan penjagaan dari beliau.

·       Nasab Dan Keturunan

·       Nama lengkap beliau adalah Suraqah bin Malik bin Ju’syum bin Malik bin ‘Amr bin Taim bin Mudlij bin Murrah bin Abdi Manat bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan yang berada pada garis keturunan Isma’il bin Ibrahim ‘alaihimas salam. Suraqah juga biasa dipanggil dengan panggilan  Abu Sufyan.

·       Masuknya Suraqah Kedalam Islam

·       Pada waktu kemenangan serta keberhasilan umat Islam dalam pembukaan kota  Mekah di bulan Ramadan pada tahun ke 8 hijriah dan tidak lama setelah itu pada bulan Syawal 8 Hijrah berakhirnya peperangan Hunain , Suraqah bin Malik dengan membawa surat jaminan keamanan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya pergi untuk bertemu dengan baginda. Suraqah bertemu dengan Rasulullah SAW di sebuah tempat yang bernama Ji’ranah, tempat tersebut terletak di bahagian timur laut kota Mekah dengan jarak sekitar 20 kilometer. Pada saat itu Rasulullah SAW sedang membahagikan ghanimah hasil daripada peperangan Hunain.

·       Suraqah diam-diam menyelinap masuk ke pasukan berkuda kaum Anshar namun pada akhirnya kaum Anshar menyadarinya. Mereka pun mengepungnya serta mengacung tombak kepadanya lalu salah seorang dari mereka mengatakan, “Pergilah! Apa yang kau mahukan di sini?” Hinggalah beliau datang mendekati Rasulullah SAW yang sedang berada di atas untanya. Suraqah menunjukkan semula kepada Rasulullah SAW surat jaminan keamanan yang pernah baginda berikan kepadanya seraya berkata, “Wahai Rasulullah! Ini adalah surat  yang anda berikan padaku dulu. Aku adalah Suraqah bin Malik bin Ju’syum.” Rasulullah SAW pun menjawab, “Ini adalah hari membalas semula budi dan memenuhi janjiku padamu. Mendekatlah!” Suraqah pun mendekat dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim.

·       Kisah Suraqah Memburu Rasulullah Saw Pada Saat Baginda Hijrah

·       Ketika kaum Quraisy mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah berjaya meninggalkan kota  Mekah untuk berhijrah ke  Madinah, mereka pun mengeluarkan surat perintah untuk memburu Rasulullah SAW dan bagi yang berjaya membunuh atau menangkap Rasulullah SAW akan diberi ganjaran yang besar. Ganjarannya adalah hadiah sebanyak seratus ekor unta. Ramai kaum musyrik yang terpesona dengan ganjaran yang akan diberikan tersebut, sehingga ramai di antara mereka yang ikut serta dalam pemburuan tersebut dan salah satu diantara mereka adalah Suraqah bin Malik.

·       Sebelum Suraqah pergi untuk memburu Rasulullah SAW beliau sedang duduk di sebuah majlis yang diadakan kaumnya iaitu Bani Mudlij, tiba-tiba datang salah seorang menghampiri majlis tersebut lalu berkata, “Wahai Suraqah! Sungguh waktu perjalanan aku menuju ke sini aku melihat beberapa orang sedang melakukan perjalanan jauh. Aku merasa bahawa itu adalah Muhammad bersama sahabatnya.’ Suraqah meyakini benar bahawa apa yang dikatakan orang tersebut. Namun dia menjawab sebaliknya, “Mereka bukan Muhammad dan sahabatnya. Tapi mereka adalah Fulan dan Fulan, kami melihat mereka keluar untuk mencari harta mereka yang hilang.’ Kemudian Suraqah diam sesaat dan bergegas menuju ke rumahnya. Beliau perintahkan hamba perempuannya untuk keluar dan membawa kudanya ke belakang sebuah bukit kecil lalu menahannya . Suraqah pun mengambil tombaknya dan keluar secara sembunyi-sembunyi menuju ke tempat di mana kudanya disiapkan lalu segera memulakan pemburuannya.

·       Suraqah dengan cepat mengekori perjalan Rasulullah SAW sehingga pada suatu ketika beliau pun berjaya mendekati baginda bersama sahabatnya, namun tiba-tiba kuda yang ditunggangi Suraqah pun tersandung lalu beliau pun terjatuh dari kudanya. Kemudian Suraqah berniat untuk mengambil anak panah dan menembakkannya, dan serta merta pada saat itu muncul bisikan dalam hatinya yang mengatakan “Apakah aku akan terus berusaha mencelakakan mereka ataukah tidak.” Lalu dia memutuskan untuk membatalkan tindakannya.

·       Suraqah menunggang kudanya kembali dan segera mengejar Rasulullah SAW. Pada saat itu kudanya berlari dengan cepat sehingga pada saat itu Suraqah dapat mendengar apa yang sedang dibaca oleh Rasulullah SAW, baginda tidak menoleh sama sekali ke arah Suraqah hanya Abu Bakar sahaja yang banyak menoleh, tiba-tiba kedua kaki depan kuda yang ditunggangi Suraqah terjerumus ke dalam tanah sehingga mencapai kedua lututnya lalu beliau pun tercampak darinya. Kemudian beliau memaksa kudanya untuk berdiri. Kudanya berusaha bangkit namun sama sekali tidak dapat mengeluarkan kedua kakinya.

·       Lalu pada akhirnya Suraqah pun memanggil Rasulullah SAW dengan mengatakan, “Aku adalah Suraqah bin Malik bin Ju’syum. Tunggulah aku wahai Muhammad. Aku mahu berbicara dengan kalian. Demi Allah, aku tidak akan melakukan apa pun yang dibenci kalian.” Kemudian Rasulullah pun berhenti.

·       Suraqah kembali menaiki kudanya dan mendatangi Rasulullah SAW. Lalu Suraqah pun berkata kepada baginda, “Sungguh kaummu telah menjanjikan atas dirimu sebuah hadiah sebesar diyat.” Suraqah memberitakan kepada Rasulullah SAW apa yang kaum musyrikin lakukan terhadap mereka dan Suraqah menawarkan bekal makanannya kepada baginda. Namun Rasulullah SAW tidak menerima dan tidak pula meminta sesuatu pun kepadanya, baginda hanya mengatakan, “Rahasiakanlah tentang kami!” Lalu Suraqah pun meminta kepada baginda untuk menuliskan kepadanya sesuatu yang dapat menjadi tanda perdamaian antaranya dengan Rasulullah SAW. Kemudian baginda memerintahkan ‘Amir bin Fuhairah untuk menuliskannya di atas sebuah lembaran dari kulit. Setelah itu Rasulullah SAW pergi melanjutkan perjalanannya.

·       Suraqah memenuhi permintaan Rasulullah SAW untuk merahsiakan perjalanannya. Tidaklah Suaraqah menjumpai sesiapa pun yang sedang mencari baginda kecuali beliau mengajaknya  untuk membatalkan pemburuannya, beliau mengatakan kepada mereka, “Aku telah mencukupkan untuk kalian pencarian di arah sini.”

·       Janji Rasulullah Saw Kepada Suraqah

·       Terdapat hadis yang meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada Suraqah, “Bagaimanakah perasaanmu ketika engkau memakai dua gelang milik Kisra, tali pinggangnya, dan mahkotanya?”

·       Kemudian pada zaman kehalifahan Umar bin Al Khaththab, dikirimlah kepada Umar dua gelang milik Kisra, tali pinggangnya, dan mahkotanya. Lalu Umar pun memanggil Suraqah untuk menghadapnya. Kemudian Umar pun memakaikannya kepada Suraqah lalu mengatakan kepadanya, “Angkatlah kedua tanganmu! Dan ucapkanlah: Allahu akbar! Segala puji hanya bagi Allah yang telah mengambilnya dari Kisra bin Hurmuz yang menyatakan dia adalah tuhan manusia, lalu Allah pakaikan kepada Suraqah bin Malik seorang Arab Badui dari Bani Mudlij.” Maka terbuktilah apa yang dikatakan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Suraqah.

·       Wafatnya Suraqah Bin Malik

·       Suraqah bin malik wafat tahun ke-24 Hijrah dan pada saat itu kekhalifahan berada diba wah kepimimpinan sahabat Utsman bin Affan.

·       Suraqah Bin Malik: Biodata & Kisah Hidupnya - Aku Muslim

HUDZAIFAH IBNU YAMAN

Biodata & Kisah Hidupnya

·       by Umar Abu Hafs

·       Siapakah Hudzaifah Ibnu Yaman? Artikel ini akan membincangkan salah seorang sahabat nabi SAW yang anda perlu ketahui.

·       Siapakah Hufzaifah Ibnu Yaman?

·       Hudzaifah bin Yaman lahir dari sebuah keluarga muslim pada awal datangnya agama Islam yang dibawakan oleh baginda Rasulullah SAW dan ini bermaksud bahwa beliau sudah terlebih dahulu memeluk agama Islam sebelum bertemu secara fisik dengan Rasulullah SAW. Hudzaifah bin Yaman sangat dikenal dikalangan para sahabat sebagai orang yang dipercaya oleh Rasulullah SAW dalam menyimpan suatu rahasia dan sebagai seorang penyelidik jika terjadinya suatu permasalahan.

·       Rasulullah SAW memerhatikan serta menilai pribadi yang dimiliki oleh Hudzaifah Ibnul Yaman. Baginda mendapatkan tiga keistimewaan yang sangat terlihat dari pribadi beliau. Pertama, Hudzaifah adalah seorang yang cerdas kerana beliau selalu dapat selesaikan segala suatu perkara yang rumit. Kedua, Hudzaifah cepat dalam mempelajari sesuatu perkara, beliau berfikir cepat dan selalu tepat dalam mempelajari suatu hal yang baru. Ketiga, Hudzaifah adalah orang yang amanah dan selalu berhati-hati dalam memegang rahasia serta sangat disiplin, tidak ada seorang pun dapat menggali apa yang dirahasiakan oleh beliau.

·       Hudzaifah Ibnu Yaman adalah pahlawan yang berjaya menakluk Nahawand, Dainawar, Hamadzan, dan Rai. Beliau memerdekakan kota-kota tersebut bagi kaum Muslimin dari kekuasaan Persia yang zalim. Beliau juga termasuk tokoh yang mempunyai sumbangan terhadap menyeragamkan mushaf Al-Quran yang pada saat itu berbagai ragam coraknya di tangan kaum Muslimin.

·       Nama dan Salasilah Keturunan Hudzaifah Ibnu Yaman

·       Nama lengkap beliau adalah Hudzaifah bin Husail bin Jabir bin Amr bin Rabi’ah bin Jarwah. Nama bapa beliau adalah Husail yang selalunya dipanggil dengan nama al-Yaman dikeranakan beliau adalah penduduk asli Mekah yang berasal dari Bani ‘Abbas. Ibunya bernama Rabab binti Ka’ab yang nasabnya sambung ke nasabnya Rasulullah SAW.

·       Kisah Hudzaifah Ibnu Yaman Seorang Pemegang Rahsia Besar Madinah dan Pemberani

·       Sebuah ujian besar yang dihadapi oleh kaum Muslimin di Madinah pada saat itu adalah kaum Yahudi munafik dan sekutu mereka. Mereka selalu membuat konflik dan banyak akan muslihat jahat. Untuk menghadapi mereka ini, Rasulullah SAW mengamanahkan sebuah rahasia besar kepada Hudzaifah Ibnul Yaman. Rahsia tersebut adalah sebuah buku yang berisi daftar nama-nama orang munafik yang berada di Madinah. Rahsia ini merupakan rahasia yang tidak pernah diketahui oleh siapa pun hingga sekarang. Rasulullah SAW juga mengamanahkan beliau untuk memerhatikan segala tingkah dan perbuatan mereka yang berada di dalam daftar tersebut. Oleh sebab ini, Hudzaifah Ibnu Yaman pun diberi gelar oleh para sahabat dengan “Shahibu Sirri Rasulullah” iaitu “pemegang rahasia Rasulullah”.

·       Pada saat kemuncak di Perang Khandaq, Rasulullah memerintahkan Hudzaifah dengan sebuah tugas yang sangat beresiko. Baginda mengutus Hudzaifah untuk menyusup ke jantung pertahanan musuh dalam kondisi gelap gelita di malam hari lalu beliau disuruh untuk mencuri informasi tentang strategi-strategi perang pihak musuh. Lalu dengan tingginya  ketaatan beliau kepada Rasulullah SAW, Hudzaifah pun bangun dan bergegas dengan perasaan takut serta menggigil menahan sejuknya udara di malam hari. Rasulullah SAW pun berdoa, “Ya Allah, lindungilah dia, dari depan, dari belakang, kanan, kiri, atas, dan dari bawah.” Setelah itu Hudzaifah pun berkata, “Demi Allah, selepas Rasulullah SAW berdoa, ketakutan yang menyelimuti diriku dan kesejukan yang menghantam tubuhku hilang seketika, sehingga aku merasa segar dan berani.” 

·       Ketika beliau hendak beranjak pergi, Rasulullah pun memanggil namanya, “Wahai Hudzaifah, jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang membuatkan mereka merasa curiga sehingga berakhirnya tugasmu, dan kembalilah dengan selamat kepadaku!”

·       Hudzaifah pun memulakan tugasnya dengan pergi ke pasukan musuh secara sembunyi-sembunyi dan sangat berhati-hati. Beliau berhasil menyusup ke dalam pertahanan musuh dengan berpura-pura sebagai anggota pasukan mereka. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba terdengar suara Abu Sufyan yang sedang memberi arahan.

·       “Wahai pasukan Quraisy, dengarkan aku. Aku sangat risau dengan keadaan saat ini, arahan aku ini tidak boleh didenga oleh Muhammad dana pasukannya. Oleh kerana itu, periksalah setiap orang yang berada di sebelah kalian masing-masing!”

·       Mendengar arahan Abu Sufyan itu, Hudzaifah dengan cepat bertindak menepuk orang yang di sampingnya serta bertanya, “Siapa kamu?” dan jawabnya, “Aku si Fulan, anak si Fulan.”

·       Ketika sudah merasa aman, Abu Sufyan pun berkata, “Wahai pasukan Quraisy. Demi Tuhan, kita tidak dapat bertahan lebih lama lagi di sini. Binatang-binatang yang menjadi kenderaan kita telah banyak yang mati. Selain itu, Bani Quraizhah juga telah berkhianat lalu meninggalkan kita dan ribut taufan telah menyerang kita dengan ganas sehingga merusakkan perlengkapan-perlengkapan kita. Disebabkan itu semua, bersiap-siaplah kalian dan segera tinggalkan tempat ini. Sesungguhnya aku sendiri akan pergi dari sini.”

·       Selesai memberi arahan tersebut, Abu Sufyan kemudian mendekati untanya dan melepaskan tali penambat, lalu menaikinya dan berganjak dari situ. Seandainya Rasulullah SAW tidak melarangnya melakukan suatu tindakan di luar perintahnya, tentu beliau akan membunuh Abu Sufyan dengan pedangnya pada detik itu juga.

·       Kewafatan Hudzaifah Ibnu Yaman

·       Hudzaifah Ibnu Yaman wafat di Kota Madain pada tahun 35 H yang berselisih sekitar 40 hari selepas wafatnya khalifah ke-3 iaitu Utsman bin Affan.

·       Ketika Hudzaifah sedang sakit keras yang menandakan ajalnya akan tiba, beberapa orang sahabat datang menziarahinya di pertengahan malam. Lalu Hudzaifah pun bertanya kepada mereka,”Pukul berapa sekarang?” Mereka menjawab, “Sudah dekat Subuh.” Hudzaifah berkata, “Aku berlindung kepada Allah SWT dari Subuh yang menyebabkan aku masuk neraka.”

·       Lalu beliau bertanya lagi, “Adakah diantara kalian yang membawa kain kafan?” Mereka pun menjawab, “Ada.”

·       Hudzaifah berkata, “Tidak perlu kain yang mahal. Jika Allah SWT menilai diri aku sebagai hamba yang baik, Dia akan menggantikannya untukku dengan kain yang lebih baik. Dan jika pandangan Allah terhadapku tidak baik, Dia akan menanggalkan kain itu dari tubuhku.”

·       Selepas itu dia berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, aku lebih memilih fakir daripada kaya, aku lebih memilih sederhana daripada mewah, aku lebih memilih mati daripada hidup.” Setelah membaca doa tersebut, beliau pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Hudzaifah Ibnu Yaman: Biodata & Kisah Hidupnya - Aku Muslim 

IKRIMAH BIN ABU JAHAL

 Biodata & Kisah Hidupnya

·       by Umar Abu Hafs

·       Siapakah Ikrimah bin Abu Jahal ini? Artikel ini akan membincangkan salah seorang sahabat nabi ini iaitu Ikrimah.

·       Siapakah Ikrimah Bin Abu Jahal?

·       Ikrimah bin Abu Jahal adalah sahabat Rasulullah SAW dan merupakan anak kepada Abu Jahal yang terkenal sebagai musuh utama umat islam pada zaman itu. Pada zaman jahiliyahnya, beliau mengikuti jejak bapanya yang selalu memusuhi Islam dan beliau selalu berusaha untuk membunuh Rasulullah SAW.

·       Biarpun pernah melihat dan membaca ayat Al-Quran namun hatinya telah dibutakan oleh kebenciannya terhadap islam. Namun semua perbuatan keji itu berubah pada saat beliau memeluk agama Islam.

·       Setelah memeluk agama Islam, beliau menjadi seorang ahli ibadah dan sangat tekun dalam membaca Al-Quran serta selalu bersemangat untuk menyebarkan dakwah Islam. Beliau juga menjadi salah seorang tentera berkuda yang gagah berani di barisan kaum muslimin tatkala di medan peperangan.

·       Salasilah Keturunan Ikrimah Bin Abu Jahal

·       Beliau adalah anak kepada Abu Jahal ‘Amr bin Hisyam yang merupakan kabilah Quraisy dan berasal dari suku bani Makhzum. Nasab keturunan Ikrimah terputus kerana anak lelakinya yang bernama Umar terbunuh pada peperangan Yarmuk.

·       Masuknya Ikrimah Bin Abu Jahal ke dalam Agama Islam

·       Pada suatu hari, istrinya Ikrimah yang bernama Ummu Hakim bertemu dengan Rasulullah SAW untuk memeluk agama islam dan sekaligus memohon perlindungan dan keamanan kepada baginda untuk Ikrimah, maka selepas itu Rasulullah SAW pun bersabda kepadanya “Dia aman.” Setelah mendengar apa yang dikatakan Rasulullah SAW, dia pun balik dengan segera untuk memberitahu Ikrimah tentang perkataan Rasulullah tadi.

·       Setibanya Ummu Hakim di tempat pengasingan Ikrimah, dia menceritakan segalanya tentang apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW lalu mengajaknya untuk kembali semula ke kota Mekah. Dia mengatakan bahwa Rasulullah telah mengampuni dan memaafkannya. Lalu Ikrımah pun bersetuju untuk kembalike kota Mekah yang sudah lama ditinggalkannya.

·       Tatkala Ikrimah dan juga istrinya sudah menghampiri kota Mekah, Rasulullah SAW pun bersabda kepada para sahabat yang lainnya, “Ikrimah bin Abu Jahal akan datang ke tengah-tengah kalian sebagai seorang mukmin dan juga sebagai seorang muhajir. Oleh sebab itu, janganlah kalian mencaci bapanya. Kerana mencaci orang yang telah mati sama dengan menyakiti orang yang masih hidup. Sedangkan segala cacian itu tidak sama sekali didengar oleh orang yang telah mati.”

·       Pada saat Ikrimah dan istrinya memasuki majlis yang diadakan oleh Rasulullah SAW, baginda menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Di majlis tersebut, Ikrimah duduk di hadapan Rasulullah SAW dan mengucapkan syahadat menunjukkan beliau siap untuk menjadi seorang muslim. Setelah bersyahadat, Ikrimah meminta kepada Rasulullah SAW untuk mendoakannya supaya Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahannya yang telah dilakukan sebelumnya. Rasulullah SAW pun menerima permintaan tersebut dan memintakan pengampunan dari Allah SWT untuk Ikrimah.   

·       Wajah Ikrimah pun berubah berseri-seri setelah itu dan kemudian beliau pun berkata, “Demi Allah, wahai Rasulullah! Tidak ada satu sen pun harta yang telah aku keluarkan untuk memperjuangkan agama Allah pada masa lalu, dan bermula pada saat ini akan aku tebus dengan menginfakkan hartaku berlipat ganda demi menegakkan agama Allah ini. Lalu tidak ada seorang pun kaum Muslimin yang telah gugur di tanganku, melainkan akan kutebus dengan membunuh kaum musyrikin berlipat ganda demi untuk menegakkan agama Allah.” 

·       Begitulah bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Ikrimah ketika sudah memeluk agama islam. Beliau bersungguh sungguh dalam mewujudkan apa yang telah dikatakan olehnya di hadapan Rasulullah SAW dan tidak pernah berputus asa dari Rahmat Allah SWT.

·       Wafatnya Ikrimah Bin Abu Jahal

·       Ketika berlakunya peperangan Yarmuk dan pada saat pasukan muslimin hampir dikalahkan oleh pasukan Romawi, jiwa pemberani Ikrimah pun muncul memecahkan kegempitaan peperangan pada saat itu. Beliau berkata kepada Khalid Al-Walid, “Ketepilah wahai Khalid bin Walid, izinkan aku untuk menebus kembali apa yang telah aku dan bapaku lakukan di zaman dahulu. Pada waktu itu aku menjadi musuh kepada Rasulullah SAW. Apakah pada saat ini aku akan lari untuk meninggalkan perang ini dari pasukan Romawi? Demi Allah tidak, ini selamanya tidak akan pernah terjadi!”

·       Lalu setelah itu Ikrimah pun berteriak, “Siapa yang akan membaiatku untuk syahid di jalan Allah?” Bapa saudaranya Harits bin Hisyam dan juga Dhirar bin Al-Azwar segera berdiri untuk membaiatnya dan setelah itu seramai 400 orang pasukan muslimin ikut bersamanya menuju medan peperangan. Pada akhirnya Allah SWT pun memberikan kemenangan dan kemuliaan kepada mereka.

·       Seusainya peperangan, para sahabat mendapati Ikrimah tergeletak di atas tanah dengan tubuhnya yang terdapat 70 buah tikaman pedang. Di sebelah beliau terdapat Harits bin Hisyam dan juga Ayyasy bin Abi Rabi’ah. Harits memanggil sahabat untuk memberikan air kepada Ikrimah. Namun Ikrimah menolaknya dan menyuruh para sahabat memberikan air kepada Ayyasy terlebih dahulu. Pada saat air hampir diberikan kepada Ayyasy, Ayyasy sudah menghembuskan nafas terakhirnya. Setelah itu para sahabat pun segera kembali untuk memberikan air kepada Ikrimah dan Harits, namun keduanya juga telah pergi menghadap Allah SWT dan menuju ke syurga yang dijanjikan olehNya.

·       Tercatat dalam sejarah bahawa Ikrimah bin Abu Jahal telah wafat pada tahun 636M pada peperangan Yarmuk

Ikrimah Bin Abu Jahal: Biodata & Kisah Hidupnya - Aku Muslim

MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN

Biodata & Kisah Hidupnya

·       by Nabilah Rumainor

 

·       Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umawiyah. Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang menjadi pemimpin terulung dalam sejarah umat Islam.

·       Siapakah Muawiyah Bin Abu Sufyan?

·       Muawiyah bin Abu Sufyan merupakan pengasas kepada pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama lengkap beliau ialah Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah bin ‘Abdi Syams bin ‘Abdi Manaf bin Qushay bin Kilab. Ayahnya bernama Abu Sufyan bin Harb dan merupakan salah seorang pemimpin Quraisy pada zaman Jahiliyah. Manakala ibunya pula ialah Hindun Binti Utbah. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum Hijrah.  

·       Muawiyah Bin Abu Sufyan Memeluk Islam

·       Terdapat dua pendapat mengenai tahun keislaman Muawiyah. Pendapat pertama menyatakan bahawa beliau memeluk Islam pada hari pembukaan Kota Mekah. Pendapat kedua menyatakan beliau memeluk Islam lebih awal, iaitu selepas Perjanjian Hudaibiyah antara tahun ke 6 dan ke 8 Hijrah. Pendapat kedua lebih rajih (kuat) kerana terdapat riwayat yang menceritakan pengakuan beliau memeluk Islam sebelum pembukaan Mekah tetapi menyembunyikan keislamannya daripada ayahnya.

·       Keutamaan Dan Kelebihan Muawiyah Bin Abu Sufyan

·       Antara kelebihan Muawiyah ialah beliau merupakan sahabat yang telah diramalkan oleh Rasulullah SAW sebagai ahli syurga. Hal ini didasarkan dengan hadith sahih yang bermaksud, “Tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga”. Diriwayatkan bahawa perang pertama kaum muslimin yang merentasi lautan berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, di bawah pimpinan Muawiyah.

·       Selain itu, Muawiyah juga ialah orang yang dilantik sebagai penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah SAW. Pelantikan tersebut menunjukkan kepercayaan dan kedudukannya yang tinggi di sisi Rasulullah SAW. Beliau juga didoakan oleh Rasulullah SAW supaya menjadi pemimpin yang dipimpin oleh Allah SWT dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud, “Ya Allah! Jadikanlah dia (Muawiyah) seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah (manusia) dengannya”. 

·       Para sahabat yang lain turut memberi kepercayaan dan keutamaan kepada Muawiyah. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab, beliau telah melantik Muawiyah sebagai Gabenor Syam. Sejarah telah menceritakan ketelitian Khalifah Umar dalam memilih gabenor dan beliau tidak teragak-agak memecat sosok yang tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Beliau juga dilantik sebagai salah seorang panglima perang di bawah pimpinan utama Abu Ubaidah bin Jarrah dan berjaya menakluki Syria dan Mesir dari tangan Rom Timur.

·       Jawatan gabenor disandang oleh Muawiyah sehingga zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Pada ketika itu, beliau bukan sahaja memimpin wilayah Syam, tetapi juga dilantik sebagai Gabenor untuk wilayah Syria dan Palestin, menggantikan Abu Ubaidah bin Jarrah. Dalam hal-hal pemerintahan, pendapat beliau juga sering dirujuk oleh Khalifah Uthman. Kepimpinan beliau diakui oleh Ibnu Abbas yang berkata, “Tidak pernah kulihat orang yang lebih layak memerintah daripada Muawiyah”.

·       Selain mahir dalam hal-hal kepimpinan, beliau juga mahir dalam hal-hal keagamaan. Hal ini dapat dilihat dalam satu riwayat yang menceritakan seseorang bernama Kuraib mengadu kepada Ibnu Abbas mengenai Muawiyah yang menunaikan solat witir satu rakaat sahaja. Maka Ibnu Abbas berkata, “Wahai anakku! Apa yang dilakukan oleh Muawiyah itu betul kerana tidak ada seorang pun di antara kami yang lebih alim daripadanya”. 

·       Kisah Kepimpinan Muawiyah Bin Abu Sufyan

·       Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib, berlaku konflik antara Khalifah Ali dan Muawiyah dalam Perang Siffin. Ibnu Kathir berpendapat bahawa konflik tersebut berlaku kerana dasar ijtihad dan pendapat. Beliau berkata, “Kebenaran ada di pihak Ali, sedangkan Muawiyah dimaklumi menurut jumhur ulama’ Salaf dan Khalaf”. Meskipun begitu, peperangan antara mereka berakhir dengan perdamaian.

·       Rentetan peristiwa tersebut, terdapat golongan yang menyebut keburukan Muawiyah dan mencela beliau. Perlu diingat bahawa Muawiyah merupakan salah seorang sahabat yang diakui keutamaannya oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain. Bahkan Khalifah Ali sendiri pernah berkata, “Janganlah kamu benci kepada kepimpinan Muawiyah kerana kalau kamu kehilangannya nanti, kamu akan melihat kepala-kepala tergolek jatuh dari bahu bagaikan buah Hanzal yang jatuh dari pokoknya”.

·       Selepas Khalifah Ali dibunuh, anaknya Hasan bin Ali telah dilantik sebagai khalifah umat Islam. Selepas tiga bulan, Sayyidina Hasan mengundurkan diri sebagai khalifah dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah. Penyerahan tersebut berlaku di Kufah pada tahun yang dikenali sebagai Tahun Kesatuan (‘Am al-Jamaah) kerana bersatunya pengikut Sayyidina Ali dan pengikut Muawiyah yang telah berpecah-belah pada zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Demikianlah tertubuhnya kerajaan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Khalifah Muawiyah.

·       Muawiyah merupakan seorang pemimpin yang memiliki kebolehan diplomasi yang tinggi. Semasa menjadi Gabenor di Syam dan seterusnya menjadi khalifah, umat Islam tunduk dan patuh kepadanya. Dalam menggambarkan kepimpinan beliau, Al-Zahabi berkata, “Dia termasuk raja terbaik di mana keadilan mereka mendominasi kezaliman mereka, sekalipun dia tidak selamat daripada hal-hal yang mengundang kritik”.

·       Pada zaman pemerintahan beliau, kaum muslimin mencapai kemajuan yang pesat dari aspek penyebaran agama Islam dan penemuan ilmu-ilmu baharu. Diriwayatkan bahawa Muawiyah mengerahkan 1700 kapal perang kecil untuk mengusir tentera Bizantium dari wilayah kekuasaannya. Kaum muslimin juga berjaya menakluk pulau Cyprus dan Rhodus di Laut Tengah pada ketika itu. Pada tahun 50 Hijrah, Muawiyah melantik Uqbah bin Nafi’ sebagai Gabenor di Maghrib, dan beliau berjaya menakluk orang Rom, bangsa Barbar dan penduduk asli Afrika. Demikianlah kekuatan dan keutuhan empayar Umawiyah di bawah pimpinan Khalifah Muawiyah yang menjadi kebanggaan umat Islam selama ratusan tahun.

·       Wafatnya Muawiyah Bin Abu Sufyan

·       Setelah berkhidmat sebagai Gabenor Syam selama 10 tahun dan Gabenor Palestin selama 10 tahun, seterusnya menjadi Khalifah Daulah Umawiyah selama 20 tahun, Muawiyah wafat ketika berusia 78 tahun. Setelah beliau wafat, anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi khalifah umat Islam.il Yang in Abu Sufyan

·       عن عبد الرحمن بن أبي عميرة، وكان من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لمعاوية: اللهم اجعله هاديا مهديا واهد به

·       Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Abi ‘Umayrah, dan beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW, menceritakan bahawa Rasulullah SAW berkata (berdoa) untuk Muawiyah, “Ya Allah, jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah (manusia) dengannya”. (Hadith Riwayat Tirmidzi)

·       Hadith tersebut menceritakan tentang doa Rasulullah SAW kepada Muawiyah agar menjadi pemimpin yang yang dapat membawa umat Islam kepada kebenaran. Ternyata doa Rasulullah SAW tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT apabila beliau menjadi Gabenor Syam, Syria dan Palestin serta menjadi tiang kekukuhan pemerintahan Umar dan Uthman. Kemudian, beliau menjadi Amirul Mukminin mengasaskan empayar Umawiyah yang menjulang nama Islam di seantero dunia.

·       Muawiyah Bin Abu Sufyan: Biodata & Kisah Hidupnya - Aku Muslim

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...