Isnin, 26 Ogos 2013

Pengkritik Bush Peluk Islam

Pengkritik Bush peluk Islam - susunan SITI AINIZA KAMSARI
Schwartz menghadiahkan surah Al Fatihah dan doa ketika menziarahi kubur
bekas Presiden Bosnia, Alija IIzetbegovic di Sarajevo.
“MAKA perlahan-lahan aku melihat dan mendapati Islam sahajalah yang mampu menawarkan jalan ‘terdekat’ untuk mendapatkan kasih sayang dari tuhan, iaitu ALLAH,” katanya.

Kata-kata itu merupakan sebahagian daripada pengakuan wartawan dan penulis terkenal Amerika Syarikat (AS), Stephen Schwartz, 63, sebaik sahaja beliau memeluk Islam pada tahun 1997, iaitu ketika dalam usia 49 tahun.

Seorang yang sangat dikenali dan pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau dengan lantangnya mengkritik pentadbiran bekas Presiden AS, George W. Bush sebagai yang pertama di dunia melabelkan Islam itu sebagai agama yang ganas (terrorisme).

Lebih separuh hidupnya bergelandangan sebagai wartawan yang sering melontarkan tulisan-tulisan yang panas dan kontroversi di akhbar-akhbar ternama seperti The New York Times, The Wall Street Journal, The Los Angeles Times dan The Toronto Globe and Mail.

Beliau juga adalah penulis tetap yang mempunyai ruang bicaranya sendiri di The Weekly Standard, The New York Post dan Reforma di Mexico City.

Yang pada akhirnya dek kerana tugas-tugas liputan sebagai wartawan itulah membawakannya kepada Islam iaitu ketika bertugas di Bosnia Herzegovina pada tahun 1997.

Sepanjang berada di wilayah Islam yang kemudiannya binasa akibat kekejaman perang pembersihan etnik oleh bangsa Serbia (Serb-Croatia,1992-1995) itu telah menghasilkan satu hidayah atau petunjuk dari ALLAH untuk beliau mengakui kebesaranNYA.

Begitu pun sebelum ini, bertahun-tahun lamanya juga beliau mempelajari agama-agama Samawi, iaitu Yahudi dan Kristian dan tidak cukup itu, sedikit sebanyak pengaruh daripada orang tuanya sendiri, yang begitu taat terhadap agama masing-masing.

“Bapa saya seorang Yahudi sementara ibu pula adalah anak seorang tokoh dari kelompok atau Mazhab Protestan yang fundamentalis, yang sangat memahami Injil sama ada yang dalam bentuk Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru,” katanya.

Namun semua itu hanya memberikan pengetahuan sahaja kepada wartawan ini kerana yang uniknya, Schwartz akhirnya hanya ‘tertarik’ kepada Kristian aliran Katholik tanpa perlu memeluk agama itu secara rasminya.

“Walaupun tidak memeluk agama itu, namun saya tertarik kepada dalam soal-soal kebatinan yang terkandung dalam ajaran Katholik,” katanya.

Ini membuatkan Schwartz memilih untuk ke Sepanyol untuk lebih mengenali dan mendalami ajaran Khatolik, agama yang kononnya kuat melatari Sepanyol.

Namun apa yang ditemui adalah lebih menarik.
“Saya dapati di sebalik kejayaan Katholik di Sepanyol itu sebenarnya terdapat pengaruh sejarah Islam yang sangat kuat iaitu di era agama itu berkuasa di Sepanyol.

“Saya sangat takjub dan mendapat inspirasi yang sangat kuat dari agama Islam yang didapati masih bertahan dalam banyak amalan budaya tradisi di sana,” katanya.

Sebagai penulis kata Schwartz, beliau meneliti dan menghayati fenomena ini selama bertahun-tahun lamanya. Terutamanya apabila beliau mempelajari atau mengkaji sejarah kekuasaan Islam melalui sastera masa lampau yang menunjukkan pengaruh Islam di Semenanjung Iberia itu (terdiri dari negara-negara seperti Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sebahagian kecil Perancis).

http://inijalanku.wordpress.com/parti2/pengkritik-bush-peluk-islam/

Ahad, 25 Ogos 2013

9 KeMuLiAAn TaHajjUd

Gambar hiasan
Rasulullah SAW suatu hari bersabda : 
“Barang siapa mengerjakan shalat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”

Adapun LIMA keutamaan di dunia itu, ialah :
  1. Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
  2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan di mukanya.
  3. Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
  4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
  5. Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Sedangkan yang EMPAT keutamaan di  akhirat, iaitu :
  1. Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
  2. Akan mendapat keringanan ketika di hisab.
  3. Ketika menyeberangi jambatan Shirotol Mustaqim, dapat melintasinya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.
  4. Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.
Wallahua'lam

Sabtu, 24 Ogos 2013

Amal TUJUH Sunnah Bentuk Jiwa Kental

Amal 7 sunnah bentuk jiwa kental -Oleh Zamanuddin Jusoh
Gambar hiasan sahaja
Tiga elemen penting dalam ibadat jana kekuatan, tingkat iman

Kehidupan manusia dipenuhi ribuan kisah sebagai pengalaman dan pedoman. Begitu juga al-Quran yang menghimpunkan antara 30 hingga 40 kisah kehidupan sebagai teladan untuk persediaan menghadapi hari kiamat.

Antara perkara diberi keutamaan oleh Allah SWT ialah jiwa manusia. Ada berjiwa kental dan ada sebaliknya. Sifat berani, pengecut, keterbukaan dan keakuan atau hanya melihat pada diri sendiri semata-mata, semuanya adalah daripada cetusan jiwa manusia.

“Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan dan jalan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya mengikut hawa nafsu melainkan setelah datangnya wahyu” (Surah as-Syams, ayat 7-10)

Jelasnya, sifat berani, kental, keterbukaan dan ingin melihat kebahagiaan kepada semua manusia adalah sifat paling terpuji serta berkualiti tinggi.

Jiwa kental atau sebaliknya dapat dinilai melalui kemampuan seseorang. Kata hikmat pernah diungkapkan, “Jadilah seorang lelaki sehebat seribu lelaki, jika tidak mampu, maka jadilah seorang lelaki. Tetapi janganlah kamu menjadi separuh daripada lelaki kerana itu bukanlah lelaki sejati.”

Rasulullah SAW pernah membuat penilaian terhadap kualiti iman Abu Bakar dalam sabda Baginda: “Jika ditimbang iman Abu Bakar dan iman seluruh umat, maka beratlah timbangan Abu Bakar.”

Baginda SAW menjelaskan lagi dalam sabdanya bermaksud: “Abu Bakar tidak mendahului kamu dengan banyaknya solat ataupun puasa, tetapi beliau mendahului kamu dengan apa yang terpahat di hatinya.”

Sahabat bernama Amr As ketika membuka kota Mesir, memohon bantuan 4,000 tentera daripada Khalifah Umar Al-Khattab. Namun, Khalifah Umar hanya menghantar empat orang. Apabila ditanya, beliau menjawab: “Sesungguhnya aku menghantar seseorang yang lebih baik daripada seribu tentera. Demi Allah, Tuhan sekalian alam, suara yang dimiliki mereka adalah bersamaan 4,000 bala tentera.”

Wujud manusia berkualiti
Ini menjelaskan kewujudan manusia yang berkualiti dalam kalangan masyarakat bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun, mereka yang memiliki jiwa pengecut juga ada seperti dijelaskan Allah SWT melalui kisah Nabi Musa dan Bani Israel.

Kisah bermula selepas Nabi Musa diselamatkan Allah SWT daripada kekejaman Firaun. Dalam keadaan kaki yang masih basah dengan air Laut Merah, Allah SWT berfirman: “Musa berkata, wahai kaumku, masuklah ke bumi yang suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah kepada kamu dan janganlah kamu berpaling kerana ia akan merugikan kamu. Mereka (Bani Israel) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya di dalamnya ada orang yang sangat kuat dan kejam. Kami tidak akan memasukinya selagi mereka berada di sana.” (Surah al-Maidah, ayat 21-22)

Kisah Talut dan Jalut yang dipaparkan melalui kisah penindasan terhadap Bani Israel. Antara mereka yang berani iaitu Talut. Mereka menuntut berjuang, namun hanya 313 yang melepasi ujian daripada Allah SWT, antaranya pemuda berumur 16 tahun iaitu Nabi Daud.

Hanya bilangan kecil berjaya bersama Talut adalah mereka yang berkualiti tinggi. Mereka menempah kejayaan ketika berhadapan tentera apabila Nabi Daud membunuh Jalut. Inilah kejayaan hasil daripada disiplin, kesabaran tinggi serta keberanian luar biasa.

Sayyid Qutb menekankan aspek pendidikan spiritual dalam pendidikan ketenteraan kerana ia adalah peradaban bagi manusia. Dunia hari ini didominasi perkara bersifat material. Ia hanya dapat dibendung dengan pendidikan rohani.

Untuk menjana kekuatan dan keberanian jiwa memerlukan beberapa panduan iaitu membina kekuatan melalui ibadat kerana amalan bersifat ubudi akan membina kekuatan jiwa. Setiap ibadat mesti mempunyai tiga elemen penting iaitu ilmu, kefahaman dan penghayatan.

Latihan bersaing antaranya istiqamah pada solat Subuh berjemaah, riadah harian untuk fizikal, susun jadual membaca setiap minggu, berdoa dan memasang niat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita juga mestilah menjaga tujuh sunnah Nabi SAW setiap hari iaitu tahajud, membaca al-Quran, jangan tinggalkan masjid khususnya pada waktu Subuh dan Asar, menjaga solat Dhuha, bersedekah, memelihara wuduk dan beristighfar.

Melakukan kerja kemasyarakatan kerana ia amalan Nabi dan solihin. Nabi Musa membantu golongan yang lemah seperti kisah bantuan Baginda kepada dua wanita (anak Nabi Syuib) untuk mengambil air dari perigi yang dikerumuni kaum lelaki gagah perkasa.

Nabi Khidir pula membantu membangunkan tembok usang yang hampir roboh kepunyaan dua orang anak yatim untuk menyelamatkan harta itu daripada jatuh kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sahabat Nabi Muhammad SAW pula, sentiasa melakukan kerja sukarelawan demi menyebarkan kebaikan dan menyeru manusia kepada agama umpama kisah pembinaan Masjid Quba’ di Madinah.

Tak tuntut balasan
Al-Arqam bin Abi al-Arqam menyediakan ruang rumahnya untuk Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah Islamiah di Makkah tanpa menuntut sebarang balasan di dunia dan lain-lain kisah dalam al-Quran.

Jadikanlah diri ikhlas dalam semua perkara dan bersedia menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengharapkan ganjaran. Marilah kita berusaha meningkatkan keimanan supaya tidak terputus proses tarbiah.

http://epondok.wordpress.com/2013/08/21/amal-7-sunnah-bentuk-jiwa-kental/

KEGANASAN DAN ISLAM - ABu HAMZA ( Pierre Vogel )

Pierre Vogel bersama rakan-rakan bekas peninju profesional
Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama Islamnya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam, beliau dengan lantang dan berani menjawab :

"Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang Islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang Islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah 
orang Islam ?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

Siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati dibuang di lautan Atlantik !! Adakah orang Islam yang melakukannya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu,hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik. Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti di atas mereka akan disebut sebagai penjenayah, tapi jika orang muslim yang kesalahan seumpamanya,di sifatkan sebagai pengamal terrorisme, pengganas, pemberontak !!
Oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan, anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS / TERRORIST !'' - Pierre Vogel-


SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL.

Pierre Vogel dilahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen. Merupakan seorang ustaz, penceramah bebas, pendakwah dan merupakan bekas peninju professional.

Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk Islam pada tahun 2001 dan menukar namanya kepa Abu Hamza dan setelah memeluk Islam, beliau mempelajari agama Islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.

Sekembalinya beliau ke Berlin, Jerman pada tahun 2006, beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln, di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.

Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata. Sepanjang perjalanan beliau berdakwah, terlalu banyak kecaman, ancaman, fitnah, kritikan yang keterlaluan, sabotaj, dan pelbagai hinaan diterima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat Islam dan Islam dan juga kerana dakwah beliau. Namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.

Rakan FB

Selasa, 20 Ogos 2013

Pengulingan Mursi - Puas hati sekarang?

Puas hati sekarang?

1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

2: Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

3: Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama Mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara Arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

4: Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

5: Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro Israel, alhamdulillah kini Mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

6: Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

7: Dunia Islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

8: Kita! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia Islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman Mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara Islam  dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya Turki sahaja negara Islam  di dalam dunia ini??

9: Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah Arab akan mara semula, pintu sempadan Rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua Yahudi.

10: Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

11: Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda Islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Di sebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini.

12: CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??

13: Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

14: Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan Rafah kembali dikunci, negara Mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika Islam dimain-mainkan, dihina, negara Islam  dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara Islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok di bawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

15: Musuh Islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di Mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh Islam  sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,


CERITA DARI MANTAN WANITA-WANITA SYIAH


Bismillahirrahmaanirrahim, semoga selawat dan salam tercurah atas Nabi dan Rasul termulia, junjungan kami Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam, beserta keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah, kepada-Mu kami berlindung, kepada-Mu kami memohon pertolongan dan kepada-Mu kami bertawakkal. Engkaulah Yang Memulai dan Mengulangi, Ya Allah kami berlindung dari kejahatan perbuatan kami dan minta tolong kepada-Mu untuk selalu mentaati-Mu, dan kepada-Mu lah kami bertawakkal atas setiap urusan kami.

Semenjak lahir, yang kutahu dari akidahku hanyalah ghuluw (berlebihan) dalam mencintai Ahlul bait. Kami dahulu memohon pertolongan kepada mereka, bersumpah atas nama mereka dan kembali kepada mereka pada setiap menghadapi bencana. Aku dan kedua-dua saudara perempuanku telah benar-benar meresapi akidah ini sejak kanak-kanak.

Kami memang berasal dari keluarga syi’ah asli. Kami tidak mengenal tentang mazhab ahlussunnah wal jama’ah kecuali bahawa mereka adalah musuh-musuh ahlulbait Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam.Merekalah yang merampas kekhalifahan dari tangan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib Radhiyallohu’anhu, dan merekalah yang membunuh Husain.

Akidah ini semakin tertanam kuat dalam diri kami lewat hari-hari “Tahrim”, iaitu hari berkabung atas ahlul bait, demikian pula apa yang diucapkan oleh syaikh kami dalam perayaan Husainiyyah dan kaset-kaset ratapan yang memenuhi laciku.

Aku tidak mengetahui tentang akidah mereka (ahlussunnah) sedikitpun. Semua yang kuketahui tentang mereka hanyalah bahawa mereka orang-orang munafik yang ingin menyudutkan ahlul bait yang mulia.

Faktor-faktor di atas sudah cukup untuk menyebabkan timbulnya kebencian yang mendalam terhadap penganut mazhab itu, mazhab ahlussunnah wal jama’ah.

Benar… Aku membenci mereka sebesar kecintaanku kepada para Imam. Aku membenci mereka sesuai dengan anggapan syi’ah sebagai pihak yang terzalimi.

Kejutan Pertama
Ketika itu Aku sedang duduk di sekolah dasar (Sekolah rendah). Di sekolah aku mendengar penjelasan Guru tentang mata pelajaran tauhid. Beliau berbicara tentang syirik, dan mengatakan bahawa menyeru selain Allah termasuk bentuk menyekutukan Allah. Contohnya seperti ketika seseorang berkata dalam doanya: “Hai Fulan, selamatkan Aku dari bencana… tolonglah Aku” jelas guru tersebut. Maka kukatakan kepadanya: Guru, kami mengatakan “Ya Ali”, apakah itu juga termasuk syirik? Sejenak kulihat beliau terdiam… seluruh murid di sekolahku, dan sebahagian besar guru-gurunya memang menganut mazhab syi’ah… kemudian Guru berkata dengan nada yakin: “Iya, itu syirik”

Kemudian guru melontarkan sebuah pertanyaan kepadaku:
“Bukankah doa adalah ibadah?”

“Tidak tahu”, jawabku.

“Coba perhatikan, apa yang Allah katakan tentang doa berikut”, lanjutnya seraya membaca firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” (Ghaafir: 60).

“Bukankah dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa berdoa adalah ibadah, lalu mengancam orang yang enggan dan takabbur terhadap ibadah tersebut dengan Neraka?” tanyanya.

Setelah mendengar pertanyaan tersebut, aku merasakan suatu kejanggalan… aku merasa kecewa… segudang perasaan menggelayuti benakku tanpa bisa kuungkapkan. Ketika itu aku berangan-angan andaikan aku tak pernah menanyakan hal itu kepadanya. Lalu kutatap dia untuk kedua kalinya… ia tetap tegar laksana gunung.

Waktu pulang kutunggu dengan penuh kesabaran, Aku berharap barangkali ayah dapat memberi solusi atas permasalahanku ini… maka sepulangku dari sekolah, kutanya ayahku tentang apa yang dikatakan oleh Guru tadi.

Ayah serta merta mengatakan bahawa Bu Guru itu termasuk yang membenci Imam Ali. Dia mengatakan bahawa kami tidaklah menyembah Amirul Mukminin, kami tidak mengatakan bahawa dia adalah Allah sehingga Gurumu bisa menuduh kami telah berbuat syirik… jelas ayah.

Sebenarnya aku tidak puas dengan jawaban ayahku, sebab Bu Guru berdalil dengan firman Allah. Ayah lalu berusaha menjelaskan kepadaku kesalahan mazhab sunni hingga kebencianku semakin bertambah, dan aku semakin yakin akan batilnya mazhab mereka.

Aku pun tetap memegangi mazhabku, mazhab syi’ah; hingga adik perempuanku melanjutkan kariernya sebagai pegawai di Jabatan Kesihatan.

Sekarang, biarlah adikku yang melanjutkan ceritanya…

Setelah masuk ke dunia kerja, aku berkenalan dengan seorang akhwat ahlussunnah wal jama’ah. Dia seorang akhwat yang multazimah (taat) dan berakhlak mulia. Ia disukai oleh semua golongan, baik sunni maupun syi’ah. Aku pun demikian mencintainya, dan berangan-angan andai saja dia bermazhab syi’ah.

Terlalu cintanya, aku sampai berusaha agar jam kerjaku bertepatan dengan jam kerjanya, dan aku sering kali menghubunginya menerusi telefon dengannya usai waktu kerja.

Ibu dan saudara-saudaraku tahu betapa erat hubunganku dengannya, sebab itu aku tak pernah berterus terang kepada mereka tentang akidah sahabatku ini, namun kukatakan kepada mereka bahawa dia seorang syi’ah, tak lain agar mereka tidak mengganggu hubunganku dengannya.

Permulaan Hidayah
Hari ini, aku dan sahabatku berada pada shift yang sama. Kutanya dia: “Mengapa di sana ada sunni dan syi’ah, dan mengapa terjadi perpecahan ini?” Dia pun menjawab dengan lembut:

“Ukhti, sebelumnya maafkan aku atas apa yang akan kuucapkan… sebenarnya kalianlah yang memisahkan diri dari agama, kalian yang memisahkan diri dari Al Qur’an dan kalian yang memisahkan diri dari tauhid!!”

Kata-katanya terdengar laksana halilintar yang menembus hati dan fikiranku. Aku memang orang yang paling sedikit mempelajari mazhab di antara saudari-saudariku. Ia kemudian berkata:
“Tahukah kamu bahawa ulama-ulama kalian meyakini bahawa Al Qur’an telah dirubah-rubah, menyakini bahawa segala sesuatu ada di tangan Imam, mereka menyekutukan Allah, dan seterusnya…?” sambil menyebut sejumlah masalah yang kuharap agar ia diam kerana aku tidak mempercayai semua itu.

Menjelang berakhirnya waktu kerja, sahabatku mengeluarkan beberapa lembar kertas dari begnya seraya mengatakan bahawa itu adalah tulisan saudaranya, berkenaan dengan haramnya berdoa kepada selain Allah. Kuambil lembaran-lembaran tersebut, dan dalam perjalanan pulang aku meraba-rabanya sambil merenungkan ucapan sahabatku tadi.

Aku masuk ke rumah dan kukunci pintu kamarku. Lalu mulailah kubaca tulisan tersebut. Memang, hal ini menarik perhatianku dan membuatku sering memikirkannya.

Pada hari berikutnya, sahabatku memberiku sebuah buku berjudul “Lillaah, tsumma littaariekh” (Kerana Allah, kemudian kerana sejarah). Sumpah demi Allah, berulang kali aku tersentak membaca apa yang tertulis di dalamnya. Inikah agama kita orang syi’ah? Inikah keyakinan kita?!!

Sahabatku pun semakin akrab kepadaku. Dia menjelaskan hakikat banyak hal kepadaku. Dia mengatakan bahawa ahlussunnah mencintai Amirul Mukminin dan keluarganya.

Benar… aku pun beralih menganut mazhab ahlussunnah tanpa diketahui oleh seorang pun dari keluargaku. Sahabatku ini selalu menghubungiku menerusi telefon. Bahkan disebabkan terlalu kerap kami berhubung menerusi telefon, dia sempat berkenalan dengan kakak perempuanku.

Sekarang, biarlah kakakku yang melanjutkan ceritanya…

Aku mulai berkenalan dengan akhwat yang baik ini. Sungguh demi Allah, aku jadi cinta kepadanya karena demikian sering mendengar cerita adikku tentangnya. Maka begitu mendengar langsung kata-katanya, aku semakin cinta kepadanya…

Permulaan Hidayah
Hari itu, aku sedang membersihkan rumah dan adikku sedang bekerja di pejabat. Aku menemui sebuah buku bergambar yang berjudul: “Lillaah, tsumma littaariekh”.

Aku pun membukanya lalu membacanya… sungguh demi Allah, belum genap sepuluh halaman, aku merasa lemas dan tak sanggup menghabiskan tugasku membersihkan rumah. Cuba bayangkan, dalam masa yang singkat, akidah yang ditanamkan kepadaku selama lebih dari 20 tahun hancur lebur seketika.

Aku menunggu-nunggu kembalinya adikku dari pejabatnya. Lalu kutanya dia: “Buku apa ini?”
“Itu pemberian salah seorang jururawat di rumah sakit”, jawabnya.
“Kau sudah membacanya?” tanyaku.
“Iya, aku sudah membacanya dan aku yakin bahawa mazhab kita keliru”, jawabnya.
“Bagaimana denganmu?” tanyanya.
“Baru beberapa halaman” jawabku.
“Bagaimana pendapatmu tentangnya?” tukasnya.
“Kurasa ini semua dusta, sebab kalau benar bererti kita betul-betul sesat”, sahutku.
“Mengapa tidak kita tanyakan saja isinya kepada Syaikh?” pintaku.
“Wah, idea bagus” katanya.

Buku itu lantas kukirimkan kepada Syaikh melalui adik lelakiku. Kuminta agar dia menanyakan kepada Syaikh apakah yang tertulis di dalamnya benar, ataukah sekedar kebohongan dan omong kosong?

Adikku menemui Syaikh tersebut dan memberinya buku itu. Maka Syaikh bertanya kepadanya: “Dari mana kau dapat buku ini?”

“Itu pemberian salah seorang jururawat kepada kakakku” jawabnya.

“Biarlah kubaca dulu” kata Syaikh, sembil aku berharap dalam hati agar kelak ia mengatakan bahawa semuanya merupakan kebohongan atas kaum syi’ah. Akan tetapi, jauh panggang dari api!

Kebatilan pastilah akan sirna…
Aku terus menunggu jawaban dari Syaikh selama sepuluh hari. Harapanku tetap sama, barang kali aku mendapatkan sesuatu darinya yang dapat melegakan hati.

Namun selama sepuluh hari tadi, aku telah mengalami banyak perubahan. Kini sahabat adikku sering berbicara panjang lebar denganku lewat telefon, bahkan dia seakan lupa kalau mulanya dia ingin bicara dengan adikku. Kami bicara panjang lebar tentang berbagai masalah.

Pernah suatu ketika dia menanyaiku: “Apa kau puas dengan apa yang kita amalkan sebagai orang syi’ah selama ini?”. Aku mengira bahawa dia adalah syi’ah, dan dia tahu akan hal itu…

“Kurasa apa kita berada di atas jalan yang benar”, jawabku.

“Lalu apa pendapatmu terhadap buku milik adikmu?” tugasnya.

Akupun terdiam sejenak… lalu kataku:
“Buku itu telah kuberikan kepada salah seorang Syaikh agar beliau dapat menjelaskan hakikat buku itu sebenarnya”.

“Kurasa dia takkan memberimu jawaban yang bermanfaat, aku telah membacanya sebelummu berulang kali dan kuselidiki kebenaran isinya… ternyata apa yang dikandungnya memang sebuah kebenaran yang pahit”, jelasnya.

“Aku pun menjadi yakin bahawa apa yang kita yakini selama ini adalah batil” lanjutnya.

Kami terus berbincang lewat telefon dan sebahagian besar perbincangan itu mengenai masalah tauhid, ibadah kepada Allah dan kepercayaan kaum syi’ah yang keliru. Tiap hari bersamaan dengan kepulangan adikku dari pejabat, dia menitipkan beberapa lembar risalah tentang akidah syi’ah, dan selama itu aku berada dalam kebingungan…

Aku teringat kembali akan perkataan Guru yang selama ini kulupakan. Kuutus adik lelakiku untuk menemui Syaikh dan meminta kembali kitab tersebut beserta bantahannya. Akan tetapi Syaikh ini mengelak untuk bertemu dengan adikku. Padahal sebelumnya ia selalu mencari adikku, dan kini adikku yang justru menelefonnya. Namun keluarga Syaikh mengatakan bahawa dia tidak ada, dan ketika adikku bertemu dengannya dalam acara Husainiyyah dan menanyakan kitab tersebut; Syaikh hanya mengatakan: “Nanti”, demikian seterusnya selama dua bulan.

Selama itu, hubunganku dengan sahabat adikku menerusi telefon menjadi semakin erat, dan kemudian da menjelaskan kepadaku bahawa dirinya seorang sunni, alias ahlussunnah wal jama’ah.
Dia berkata kepadaku:

“Jujur saja, apa yang membuat kalian membenci Ahlussunnah wal Jama’ah?”
Aku sempat ragu sejenak, namun kujawab: “kerana kebencian mereka terhadap Ahlulbait”.
“Hai Ukhti, Ahlussunnah justeru mencintai mereka”, jawabnya.

Kemudian ia menerangkan panjang lebar tentang kecintaan Ahlussunnah terhadap seluruh keluarga Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, berbeza dengan Syi’ah Rafidhah yang justeru membenci sebahagian ahlul bait seperti isteri-isteri Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam.

Benar, kini aku tahu tentang akidah Ahlussunnah wa Jama’ah dan aku mulai mencintai akidah yang sesuai dengan fitrah dan jauh dari sikap ghuluw (ekstrim)… jauh dari syirik… dan jauh dari kedustaan.

Kebenaran yang sesungguhnya mulai tampak bagiku, dan aku pun bingung apakah aku harus meninggalkan agama nenek moyang dan keluargaku? Ataukah meninggalkan agama yang murni, redha Allah dan Jannah-Nya??


Ya, akhirnya kupilih yang kedua dan aku menjadi seorang ahlussunnah wal jama’ah. Aku kemudian menghubungi akhwat yang shalihah tadi dan kunyatakan kepadanya bahawa hari ini aku ‘seperti baru dilahirkan kembali’.

Aku seorang sunni, alias Ahlussunnah wal Jama’ah.

Akhwat tersebut mengucapkan takbir menerusi telefon, maka seketika itu melelehlah air mataku… air mata yang membersihkan sanubari dari peninggalan akidah syi’ah yang sarat dengan syirik, bid’ah dan khurafat…


Demikianlah… dan tak lama setelah kami mendapat hidayah, adik kami yang paling kecil serta salah seorang sahabatku juga mendapat hidayah atas kurnia Allah subhanahu wata’aala.

Dari: Saudari-saudari kalian yang telah bertaubat.
(era muslim).

Komentar Mahrus ali (Mantan Kyai NU) :
Allah memberikan petunjuk kepada orang yang dikehendaki atau menyesatkannya mulai dulu sampai hari kiamat. Ingatlah ayat sbb:

أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (Fathir 8).

Sumber: http://mantankyainu.blogspot.com/2012/02/kisah-menarik-wanita-mantan-syiah.html
             http://gizanherbal.wordpress.com/2012/03/25/cerita-dari-mantan-wanita-wanita-syiah/

Isnin, 19 Ogos 2013

Syiah; Mengapa Sesat

Syiah; Mengapa Sesat

Artikel ini saya kongsikan daripada note facebook sahabat saya. Moga dapat memberi ilmu kepada pembaca sepertimana ianya memberi ilmu kepada saya. Wallahua’lam.

Ajaran  Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Syiah lahir oleh seorang Yahudi yan berpura-ura memeluk Islam bernama Abdullah Bin Saba’.

Siapakah Abdullah Bin Saba’ ?

Abdulah bin Saba’ adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman.  Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah ‘Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu.  Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.  Abdullah bin Saba’ pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu ‘anhu:  “Engkaulah Allah”.  Maka Saiyidina Ali karamallahu wajhah mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba’ tetapi ditegah oleh Ibn Abbas.  Penyokong Saiyidina Ali karamallahu wajhah membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba’ orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait”.[Sila rujuk Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah.  (1/74). ]

Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba’:

“Abdullah bin Saba’ mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)….. dan perbuatannya sangat melampaui batas”. [ Sila rujuk  الشيعة فى التاريخ  Hlm. 213.  Muhammad Husin al-Zain ]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah.  Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.  [ Sila rujuk  Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74). ]

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba’. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.

Walaupun golongan  Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut  Syiah sendiri. Lihatlah  kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟mutaqaddimin  Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟.

Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali  A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam sepeninggalan Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuhmusuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi.

Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir  Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju alMaqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal.309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lainlain.

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal.  50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh alUmam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lainlain. (lihat lampiran no. 2).

Dalam penulisan kali ini, pendedahan akan dibuat akan kesesatan Syiah dari sudut aqidah dan syariat. Penulisan ini adalah berdasarkan KITAB-KITAB SYIAH sendiri. Khususnya Kitab Usul Kahfi oleh Muhammad Bin Yaakub Al Kulaini. Puak Syiah menolak hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan kesemua sunan sittah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bagi Syiah Usul Khafi adalah hadis yang PALING SAHIH. Tetapi pada sudut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kitab tersebut mengandungi hadis palsu ciptaan ulama Syiah.

Dalam kitab-kitab hadis palsu Syiah, mereka banyak berdusta atas nama Saiyidina Ali karamallahu wajhah, Saiyidna Husein ra, Imam Jaafar As Sadiq, Muhammad Al Bair dan lain-lain nasab Saiyida Hussein. Mereka mengatakan kononnya hadis-hadis yang mereka kumpul dalam kitab mereka adalah dari nama-nama yang mereka sebut. Ini adalah suatu FITNAH yang nyata.

1. SYIRIK kepada ALLAH.
Dari kitab Ushul Kafi karangan Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan :

“Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”

Berdasarkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ALLAH berfirman dalam Al Quran Surah Al A’raf ayat 128.

“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan ALLAH.  Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hamba NYA”.

Dalam kitab Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211, Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata : “Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi…

Ini nyata bertentangan dengan Surah Hadid ayat ke 3, ALLAH berfirman :

“DIA (ALLAH) lah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”

Dan banyak lagi.

2. At Tahrif fi Al Quran
Syiah beriktiqad bahawa Al-Qur‟an yang ada di tangan umat Islam sekarang sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak  Syiah yang mengakui berlakunya tahrif kepada  al-Qur‟an adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu’maniyyah yang berbunyi :

“Sesungguhnya tokoh-tokoh  Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Qur’an.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31.)

3. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah
Syiah bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah maksum serta wajib ditaati.

Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, HANYA para nabi dan Rasul sahaja yang maksum.

Kepercayaan Imam itu maksum menjadi salah satu rukun iman dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain.  Kepercayaan ini terdapat dalam KESEMUA kitab Syi’ah terutamanya kitab al-Kafi.

Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar  A.S. Kata beliau : “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah. (Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat „ilmiyyah   Islamiyyah, hlm. 20.)

4. Aqidah Takfir as-Sahabah
KESEMUA kitab-kitab Syiah yang dianggap muktabar oleh puak Syiah mengatakan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam telah murtad dan kafir khususnya Saiyidina Abu Bakar As Siddiq ra, Saiyidina Umar Al Khatab ra, Saiyidina Osman bin Affan ra. Maka wajib bagi SEMUA pengikut Syiah, mengkafirkan, melaknat, memaki, mengutuk dan berlepas tangan dari mereka. (Sila rujuk mana-mana kitab Syiah, anda akan menemuinya).

”Semua manusia adalah murtad selepas kewafatan nabi saw kecuali tiga orang. Aku (perawi) bertanya: siapakah yang tiga itu? lalu abu ja’far (muhammad al-baqir) menjawab miqdad al-aswad, abu dzar, dan salman al-farisi…”(Ar-raudhah min al-kafi jilid 8 hlm 246) …. Note : Dalam hadis palsu ini, Syiah Laknatullah berdusta dan memfitnah Abu Ja’far (Muhammad Al Baqir)

Kebanyakan para sahabat adalah munafik tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat Nabi SAW dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan karena ini Saidina Ali berkata; “Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w kecuali empat orang saja yaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi.”(Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66) …. Note : Hadis palsu ciptaan Syiah Laknatullah.

Ayatollah Khomeini Laknatullah dalam kitabnya Kasyful Asrar hal. 113-114 (cet. Persia) menuduh para shahabat kafir (Shurtani Mutadhadataani oleh Abul Hasan All Al-Hasani An-Nadwi : Aqaidus Syi’ah fii Miizan hal. 85-87 oleh DR Muhammad Kamil Al-Hasyim cet. I th, 1409H/1988M)

5. Ar Raj’ah
Syiah beriktiqad, para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama‟ Syiah. Antaranya Syeikh Mufid menyebutkan:

“Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.” (Awaailu al-Maqaalat, hlm 52).

6. Syiah Beriktiqad bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah KAFIR
Syiah beriktiqad golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran  al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis. Syeikh Mufid berkata : “Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir.” (Awaailu al-Maqalat, hlm. 15)

Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat benar) berkata : “Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.”  (Ikmalu ad-Din, hlm. 13.)

7. Syiah Beriktiqad bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah anak zina
Syiah beriktiqad, Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita.” (Ar-Raudhah min al-Kafi, hlm. 135.)

8. Ahlus Sunnah Wal Jamaah lebih hina dari anjing
Mulla Baqir al-Majlisi menulis :“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (8Haqqu al-Yaqin, jilid 2, hlm. 536.)

9. Nyawa dan harta Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah halal
Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau : “Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122-123.)

“Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.” (`Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf)

Nikmatullah Al Jaziri, seorang ulama besar Syiah menulis dalam kitabnya :

“Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307)

10. Syiah menolak hadis-hadis sahih dan mencipta hadis palsu.
Syiah menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Sebaliknya Syiah mencipta hadis palsu dan mendakwa Imam-imam mereka yang meriwayatkan hadis palsu berkenaan. Lebih-lebih lagi Syiah beriktiqad, Imam Syiah adalah maksum dan menerima wahyu.  Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari mereka adalah sahih.  Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah.  Lihat:  Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140.  oleh Abdullah Faiyad.

11. Syiah Mewajibkan Taqiyah
Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah.  Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze.  Hlm. 71.]

Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah.  Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Taqiyah sudah menjadi rukun Islam bagi Syiah.

“Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku.  Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah”.[ Usul Min Kafi.  (2/219)]

12. Syiah mewajibkan nikah Mut’ah
Syiah menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan syariah mut‟ah, meminjam dan menyewakan faraj dan menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut‟ah ini begitu penting dalam syariah Syiah. Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut‟ah.

Al-Kulaini meriwayatkan KONONNYA dari Ja‟afar bin Muhamad  al-Baqir bahawa beliau berkata “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj‟ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut‟ah kita.” [ Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm.341.]

13. Syiah Menghalalkan Menyewa Faraj
Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : “Aku bertanya Abi Abdillah  A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : “Tidak mengapa.” Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara  bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya. [ Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141. ]

14. Syiah menghalalkan Liwat
Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma‟sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha menjawab : “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya” [ Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 – 244 ]

Begitulah SEBAHAGIAN dari kesesatan yang nyata ajaran Syiah.

''Sesungguhnya ajaran Syiah ini adalah sesat, menyesatkan, rosak aqidah, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dilaknat ALLAH ''.

Wallahua’lam…

Nota:
Fatwa dari JAKIM - Penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
http://sohoque.com/syiah-mengapa-sesat/

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...