Sabtu, 30 September 2017

KEBUMIKAN DI TEMPAT IA MENINGGAL

Mati itu pasti
Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yang ketara antara orang yang berilmu dan yang jahil.
Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata: " Seorang lelaki kelahiran kota Madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.

Baginda kemudiannya bersabda:
"Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka  ( para sahabat ) bertanya:" Kenapa begitu ya Rasulullah? ".
Baginda bersabda: "Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga. [HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di Kuala Lumpur dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan di tempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah-tambah contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul-betul kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis-nangis mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara-gara dan kehendak waris-waris yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris-waris yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari taman-taman Syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum-hukum dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana-mana sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama-sama ambil iktibar… 

Wallahua’lam bissawwab.


Kejayaan Sebenar

Ustaz Dato'Dr Abdul Basit Abdul Rahman 
Sekalung tahniah buat Ustaz Dato'Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili Nz Ny Nzny...serta anak-anak.
Sebenarnya sudah lama saya dan sahabat-sahabat mengagumi cara, uslub serta  pendekatan pendidikan anak-anak mereka.

TEGAS DALAM SANTAI
Terbaharu , anaknda sulungnya Anas, kini mahasiswa UIAM,  telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri dan pada hari ini dianugerahkan Pelajar Mithali YIK 2017.

Semalam 3 putera mereka menerima anugerah tertinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan awam sempena Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.

Hari ini putera-putera mereka turut menerima Anugerah Khas Kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sempena Hari Yayasan Islam Kelantan.

Pada 4 April 2017 artikel saya bertajuk Al-Quran Penyuluh Kecemerlangan dalam ruangan Ibrah di Utusan Malaysia tentang rahsia kejayaan Amir yang  diangkat sebagai Pelajar Terbaik SPM 2016 kerana memperoleh 12A .

Ringkasan rahsia didikan hebat pasangan Ustaz Dato' Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman dan Datin Nik Zulaili :
💚 Solat jemaah di masjid setiap waktu
💚 Membaca dan mengulangi hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari
❤ Menjadikan rumah sebagai taman ilmu dengan mewujudkan perpustakaan dipenuhi dengan buku sebagai teman
❤ Rumah tiada televisyen bagi mengelakkan lagha dan leka
🌹 Gajet dibenarkan tetapi dengan kawalan masa dan suasana
🌹 Menghidupkan budaya ilmu dan menghormati guru
🌻 Sejak kecil dilatih menjadi imam dan didedahkan sebagai pendakwah
🌻 Restu ayahbonda dan doa menjadi azimat mengiringi keberkatan usratun saiedah...

Buat sekian kalinya, syabas untuk kedua-dua ibu bapa mithali ini dalam merintis kejayaan menuju mardhatillah...

Jumaat, 8 September 2017

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Bilamana kita menyebut nama orang yang soleh maka rahmat turun mencurah-curah. Orang yang soleh ini kalau kita duduk dengan dia sahaja walaupun kita tidak mendengar percakapannya hanya melihat wajahnya duduk sekali bersamanya itu pun akan mendapat manfaat"

[Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered]

Khamis, 31 Ogos 2017

MENGUBATI HATI YANG SAKIT, SEDIH DAN GELISAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Mengubati hati yang sakit, sedih dan gelisah:
1) Membaca Al-Quran.
2) Rajin mengosongkan perut (berpuasa).
3) Mendirikan solat malam (tahajjud).
4) Merendahkan diri di hadapan Allah (dengan doa dan dzikir) di akhir malam.
5) Bergaul dengan orang-orang soleh.

[Imam Nawawi ‎رحمه الله تعالى]


Isnin, 28 Ogos 2017

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburkannya...
API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkannya...
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya...
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya...
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalanginya...
BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya...
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkannya..
NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu mengalahkannya...

Tapi bila IMAN KUAT tiada apa yang mampu mengalahkannya...

Sabtu, 26 Ogos 2017

KISAH BUDAK KECIL YANG PERLU DIJADIKAN TELADAN

Dakwah adalah cinta
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. 

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata : “Ayah! Saya dah bersedia.” 
Ayahnya terkejut dan berkata : “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” 
”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.” 
”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.” 
Ayahnya menambah : “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” 
Dengan merintih anaknya merayu : “Benarkan saya pergi ayah?” 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. 

 “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” 
 ”Terima kasih Ayah.” 

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. 

DaIam berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. 
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. 

Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. 

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. 

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. 
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?” 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah Malaikat yang turun dari langit. 
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. 
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah.”
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 
”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya :“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?” 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. 
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” 
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menurun. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.

Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. 
Kemudian ia berbunyi lagi. 
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.”
”Saya bertanya sekali lagi. 
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. 
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” 
”Seumur hidup saya, belum pernah saya melihat anak yang secomel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti Malaikat”. 

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. 
”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. 
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. 

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula di tempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi.”

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ... ALLAH. 
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”. 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHU AKBAR! 

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. 

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama Malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhluk-Nya yang penyayang. 

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 


ALLAHUAKBAR !!

Isnin, 21 Ogos 2017

DUNia iTU.....

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Dunia itu lebih sedikit daripada yang sedikit. Orang yang merinduinya (sibuk mengejarnya) lebih hina daripada yang hina. Dunia akan memekakkan orang yang mencintainya dan akan membutakan orang yang tergilakannya. Mereka itu akan hidup terawang-awang tanpa arah.
"[Pepatah Arab]

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...