Selasa, 22 Oktober 2019

APA ITU TAWASSUL

APA ITU TAWASSUL?

Mengambil Keberkatan; "Seseorang yang bertawassul meminta bantuan yakni meminta pertolongan dengan cara istighasah, adakah dia meyakini bahawa orang yang memberi yang ditawassul memberikan pertolongan?"

"Seseorang yang bertawassul daripada awal dia sudah tahu bahawa yang diminta itu juga adalah makhluk Allah سبحانه وتعالى. Apa yang ada konsep tawassul itu? Konsep tawassul yang memberi, yang mengurniakan secara hakiki adalah Allah."

"Tetapi kadangkala manusia ini amalan kita ada cacatnya sana-sini, taqarrub kita juga lemah kepada Allah. Maka berdasarkan sangka baik kita kepada hamba Allah yang Soleh, rekod Istiqamahnya, berpegang teguh dengan sunnah Allah, sunnah Nabi, berpegang teguh dengan Kitabullah, maka dia ini seorang yang Soleh, seorang yang hampir dengan Allah, maka kita minta tawassul itu minta daripada Allah."

"Maka pengabulannya adalah lebih hampir, pengabulannya lebih kuat. Tawassul ini telah dijalankan dahulu oleh para sahabat رضي الله عنهم. Saidina Umar al-Khattab dalam sebuah hadith soheh, hadith Bukhari yang menyatakan bahawa ketika kemarau panjang di Madinah, Saidina Umar memanggil Saidina Abbas dan bertawassul dengan ahlul-bait Nabi ﷺ."

"Dengan keberkatan Saidina Abbas, dengan keberkatan ahlul-bait Nabi, apabila habis sahaja doa, riwayat hadith menyatakan, Allah menurunkan hujan. Dan mereka faham bukan Saidina Abbas yang memberikan, Allah yang memberikan hujan."

"Kenapa Saidina Umar Al-Khattab bertawassul dengan Saidina Abbas? Kerana Abbas hampir dari segi darah dengan Nabi. Kalau kita pergi 'straight' kepada Allah kita tak jumpa jalan, maka kita sesat. Jadi, ada pintu masuk yang kita patut lalu, lorong yang patut kita lalu, untuk menuju kepada Allah."

"Ketika Nabi Adam عليه السلام diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى daripada syurga ke dunia ini. Nabi Adam telah memohon taubat daripada Allah سبحانه وتعالى, memohon taubah meminta istighfar keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى, tetapi jawapan-Nya tak kunjung tiba kepada Nabi Adam sehingga pada suatu hari datang ilham kepada diri Nabi Adam Sehingga beliau berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى; "Ya Allah, dengan keberkatan Muhammad, ampunkanlah aku."

"Maka Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Nabi Adam عليه السلام; "Wahai Adam, dari mana engkau mengenali tentang Muhammad sedangkan dia belum lahir lagi di dunia ini." Maka Nabi Adam mengatakan; "Ya Allah, ketika aku berada di syurga dan aku telah mendongak ke langit, dan aku melihat di atas arash-Mu tertulis kalimah 'Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah'."

"Maka sejak itu wahai Allah, aku telah yakin bahawa tiada makhluk yang paling mulia, tiada makhluk yang paling afdal, tiada makhkuk yang lebih baik daripada namanya yang bercantum dengan nama-Mu di atas arash-Mu yang mulia. Namanya yang digandingkan dengan nama-Mu di atas arash 'Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah' " Muhammadur Rasulullah tidak boleh dipisahkan pada Laailaha illallah. Kerana ini adalah orang yang paling dicintai, makhluk yang paling afdal secara itlak Nabi Muhammad ﷺ."

"Nabi Adam عليه السلام mengambil keberkatan Nabi Muhammad ﷺ Bukankah ini bertawassul? Dan hadis yang lain menyatakan bahawa, "Kunci kepada Jannah adalah Muhammad, Rasulullah ﷺ." Dan Yang mula-mula membuka pintu Jannah adalah Nabi Muhammad ﷺ. Tidak ada siapa yang boleh mengetuk pintu Jannah untuk seluruh manusia untuk masuk kedalamnya kecuali Nabi Muhammad ﷺ."

"Tiada siapa yang mendahului masuk kedalam syurga sebelum Nabi Muhammad ﷺ. Orang yang pertama yang diberi keizinan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberi syafaat, syafaat yang gempar dijanjikan kepada Nabi Muhammad ﷺ, yang syafaatnya bukan meliputi umatnya tetapi seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam, Sehingga umat yang terakhir."

"Dimana syafaat kubro yakni syafaat yang besar dimiliki oleh Nabi Muhammad ﷺ. Dihari kiamat nanti, dimana manusia didalam ketakutan. Dan semua nabi-nabi tidak berani menghadap Allah سبحانه وتعالى kecuali Nabi Muhammad ﷺ. Ketika itu, dihari kiamat kenapa tidak meminta keampunan direct dengan Allah سبحانه وتعالى?"

"Tidak boleh. Kerana apa? Kerana ada pintunya. Dan pintunya ada

lah Nabi yang dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى iaitu Nabi Muhammad ﷺ. Ada sesetengah orang mengatakan, tawassul ini tidak boleh. Dengan keberkatan Nabi. Kita memohon syafaat daripada Nabi Muhammad ketika itu dihari kiamat. Bukankah ini bertawassul?

"Dan mana mungkin jika mengharapkan syafaat Rasulullah ﷺ tetapi tidak mencintai baginda. Tidak mengikuti sunnah rasulullah ﷺ. Jika seseorang cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى, tetapi cinta kepada Rasulullah tidak meningkat, dia tak rasa cinta kepada Rasulullah."

"Maka cintanya kepada Allah itu bukan cinta yang hakiki. Begitu juga dengan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ, jika cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ naik, tetapi cinta kepada Allah سبحانه وتعالى tidak naik, maka cintanya masih palsu."

"Kerana cinta yang hakiki kepada Allah سبحانه وتعالى ataupun kepada Rasulullah ﷺ, apabila satu naik, yang lain akan ikut sama sekali. Tidak mungkin seseorang itu kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan cinta kepada Allah سبحانه وتعالى menurun, kecuali kalau cintanya palsu."

"Tidak mungkin seseorang itu cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى terlalu meningkat dan menyebabkan cintanya kepada Rasulullah ﷺ berkurang. Tidak mungkin berlaku. Kecuali kalau cintanya palsu. Cinta yang hakiki, apabila seseorang cintanya kepada Rasulullah ﷺ meningkat, meningkat, meningkat, maka cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى Allah juga meningkat, bersama kecintaannya kepada Rasulullah ﷺ."

"Kita kena melalui pintu. Dan pintu tersebut ada pintunya Ulamak, pintu orang Soleh, pintunya Murobbi, pintunya Guru, pintunya Ulamak generasi sebelum kita, dan sebelumnya, sahabat, hingga pada Rasulullah ﷺ. Rasulullah adalah pintu terbesar untuk seseorang memohon kepada Allah سبحانه وتعالى. Jika tidak melalui pintu-pintu ini, maka dia boleh terpesong, dia boleh sesat jalan, tak sampai destinasi yang ingin dituju, hatinya tidak sampai kepada Allah سبحانه وتعالى."

Isnin, 7 Oktober 2019

KIRIM SEBARiS DUA AYAT ......


CUBAlah  pejamkan mata seketika. Seusai solat.
BAYANGKAN SAHABAT RAKAN kita semasa di sekolah dahulu, atau di kolej, atau di universiti....
atau  yang bekerja di tempat yang sama.

SAHABAT RAKAN yang rapat, bagai saudara sendiri. Yang belajar berbahagi buku. 
Berkongsi pensel pen. Yang makan semeja atau sepinggan. 
Atau yang dalam tugasan berjaga sehingga pagi – 
untuk menghantar assignment saat akhir.

SAHABAT RAKAN yang tidur sebantal. Yang makan sepinggan. 
Kadangkala menumpang minum seteguk dua pada gelas yang sama.

SAHABAT RAKAN yang sering memberi meminta. 
Meminjam wang ketika kita KEKERINGAN. YANG MEMBELANJA ketika kita kelaparan. 
Yang menghulur ketika kita kesesakkan.
SAHABAT RAKAN yang kekadang bertengkar bermasam muka..tidak bertegur sapa…
disebabkan remeh temeh seperkara dua
SAHABAT RAKAN yang kita suka melihat wajahnya..
yang kita ada menyimpan rasa…CINta
YANG menghiburkan……….. atau 
menjengkelkan………….

ATAU SAHABAT RAKAN yang sering menjadi mangsa kutukan ………
ATAU BERBAKAT membuat LELUCON ketika kita ..rungsing..dan sedih……..

SAHABAT RAKAN yang sering mengingatkan..
TIKA kita lalai bersolat awal…
YANG SERING mengingatkan agar MENJAUHI KEMUNGKARAN..
MENDEKATKAN KEBAIKAN.
SAHABAT DAN RAKAN kita itu…kini…sudah pergi dari sisi kita
BERPINDAH sudah ke alam lain

BERHIJRAH TIDAK AKAN KEMBALI 
untuk mengenang kisah cerita lucu sedih gembira duka sengsara…
SAHABAT RAKAN KITA ITU SUDAH TIDAK PUNYA PELUANG MELAKUKAN 
sesuatu yang kita masih diberi peluang melakukan...
APAKAH kita tidak mengenangnya….
APAKAH pemergian mereka TIDAK menginsafkan KITA
BAHAWA kita MASIH BERPELUANG MELAKUKAN KEBAIKAN…MEMUHASABAH DIRI
MENGIRA UNTUNG RUGI DETIK MASA YANG DILALUI…
Titipkanlah SEAYAT DUA…UNTUK MEREKA …SAHABAT RAKAN YANG TELAH PERGI…

TITIPKAN SEIKHLAS untuk mereka
PEJAMKAN MATAMU…Ingatkan kembali wajah-wajah mereka…

..dari dalam aku..

Sabtu, 5 Oktober 2019

Asmaul Husna


3 Nasihat Perihal Hawa Nafsu Pada Fajar Istimewa

Gambaq hiasa semata
1) Orang yang redha dengan menunda untuk melakukan amalan kebaikan, dia akan terlepas dari banyak kebaikan, kerana dia tidak mengambil azam tersebut dengan sifat yang bersungguh-sungguh.

2) Kita diajak untuk bersungguh-sungguh untuk mengamalkan perkara baik yang telah diazamkan dan tidak terbiasa untuk menuruti hawa nafsu yang tidak baik.. di mana jika kita memenuhi kehendak hawa nafsu tersebut, hawa nafsu akan meminta kepada kita untuk memenuhi kehendak yang tidak baik, yang lebih besar pula.

3) Namun jangan tertipu dengan azam kebaikan yang mungkin ditanam oleh hawa nafsu.. di mana azan yang ditanamkan itu tidak mampu untuk diamalkan. Kerana syaitan berhasrat agar diri kita tidak beramal. Tidak mampu beramal kerana apa yang diamalkan terlalu berat dan diri kita tidak mampu mengamalkannya.

• Suntingan daripada nasihat الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam | 30 September 2019

Khamis, 5 September 2019

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Kamu jangan merasa rendah diri kerana menempuh jalan yang benar, walaupun sedikit orang yang menempuhnya. Dan kamu jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya." 

[Al-Imam Fudhail Bin 'Iyadh رحمه الله تعالى]


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Jangan kau lihat dosa-dosa orang lain seakan kau adalah tuhan!. Lihatlah kepada dosa-dosamu nescaya kau memang hamba!. Maka kasihanilah orang-orang yang masih terkena ujian maksiat, dan syukurlah atas nikmat terjauhkannya dirimu dari kemaksiatan!”

[Imam Malik Rahimahullahu Taala]
                                   


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Terkadang manusia tidak memiliki banyak perbuatan baik. Namun ia memiliki hati yang bersih. Tidak memiliki sifat dendam, iri, ingin dinilai baik oleh orang, dan selainnya dari sifat-sifat buruk. Sehingga ia mendapatkan rahsia-rahsia dari Allah yang tidak didapatkan oleh orang yang memiliki banyak amal baik.”
[Al-Habib Alwi Bin Abdullah bin Syihabuddin]

Rabu, 14 Ogos 2019

AL-FIQH - HIKMAH DIPERINTAH SUJUD DUA KALI


See the source image




SOALAN 1: Apakah hikmah di sebalik perintah supaya melakukan sujud dua kali tidak seperti rukun yang lain hanya sekali sahaja?
JAWAPAN: Perbuatan sujud dengan meletakkan dahi ke lantai sebagai tanda merendah diri seorang hamba di hadapan Penciptanya. Syarak juga menjelaskan berdoa ketika sujud adalah waktu paling mujarab untuk diperkenankan. Maka, sebab itulah dijadikan dua kali sujud supaya sujud pertama itu untuk berdoa manakala sujud kedua adalah sebagai mensyukuri serta memuji al-Rahman kerana memperkenankan doa.

SOALAN 2: Ketika melakukan sujud, semua jari dimestikan untuk mengenai lantai atau memadai hanya sebahagian sahaja?
JAWAPAN: Memadai jika hanya sebahagian jari kaki sahaja yang mengenai lantai. Perlu diingatkan, yang dimaksudkan dengan jari kaki itu ialah perut anak jari, bukan hujungnya. Sebab itu, memadai jika sekiranya perut ibu jari kaki dan beberapa perut anak jari yang lain mengenai lantai dan tidak perlu semua anak jari.
Bagaimanapun, apa yang berlaku dalam kalangan sebilangan daripada kita adalah apabila sujud, mereka hanya memacakkan hujung ibu jari kaki sahaja ke lantai, bahkan kadang-kadang ada juga yang mengangkat kakinya ketika sujud sehingga tidak ada langsung anak jari yang mengenai lantai. Jika itu berlaku, maka sujudnya tidak sah dan solatnya juga tidak sah kerana sujud adalah rukun solat.

SOALAN 3: Ada pendapat mengatakan , ketika membaca tasyahud disunatkan supaya menggenggam semua anak jari tangan kecuali jari telunjuk. Yang lebih afdal adalah dikembarkan ibu jari dengan jari telunjuknya. Perbuatan itu dinamakan sebagai akad lima puluh tiga dan kebanyakan yang lain pula menamakannya sebagai akad lima puluh Sembilan. Apakah yang dimaksudkan dengan akad lima puluh Sembilan?
JAWAPAN: Maksudnya adalah jari telunjuk ada tiga ruas manakala ibu jarinya ada dua ruas. Setiap ruas dikira sepuluh, maka jadilah jumlah semuanya lima puluh tiga. Adapun yang mengatakan lima puluh sembilan ialah anak jari yang digenggam itu ada sembilan ruas semuanya, tiap-tiap ruas dikira tiga. Maka, jumlahnya sembilan dicampurkan dengan lima puluh, maka jadilah jumlah semuanya lima puluh sembilan. (Hasyiah Jamal).

SOALAN 4: Apakah syarat untuk menjadikan salam itu sah dan sempurna?
JAWAPAN: Antara syaratnya;
1.       Hendaklah mendatangkan huruf alif dan lam pada kaimah salam (as-salam) dan mendatangkan ganti nama huruf kaf dan mim pada kalimah ‘ala menjadikan ‘alaikum.
2.       Ketika menyebutnya pula hendaklah sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri.
3.       Berturut-turut antara dua kalimah ‘as-salam’ dan ‘alaikum tanpa memisahkan atau  menjarakkan antara kedua-duanya.
4.       Jangan sesekali berniat untuk memberi salam kepada seseorang.
5.       Hendaklah ucapan salam itu dilafazkan ketika masih duduk dan masih lagi menghadap ke arah kiblat.
6.      Hendaklah dengan bahasa Arab selagi ia mampu.
7.       Tidak boleh menambah atau mengubah perkataan seperti kata, ‘as-salamu wa’alaikum’ iaitu dengan menambah huruf waw. (Rujuk Bujairimi).

Sumber: Furu al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz.

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...