Isnin, 31 Januari 2022

KISAH HABIBUN NAJJAR-SURAH YASIN

Kisah Habibun Najjar ini seperti dari kupasan tafsir surah Yassin (Dr. Fatmah El Zahrah, 2006) bermula dari ayat 13 hingga ayat 29.

Ayat 13 bermaksud : "Dan tunjuklah kepada mereka satu contoh disatu negeri ketika datang kepadanya beberapa rasul" dari kupasan ini negeri yang dimaksudkan adalah Antoqiah dan rajanya bernama Antoqis. Negeri in tidak mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihissalam. Mereka melakukan maksiat, berjudi dan meminum arak. (Jika direnungkan disini ketika ini dimanakah satu negeri/negara yang tidak melakukan perkara ini.) Disebabkan oleh Nabi Isa mempunyai urusan lain, maka Allah S.W.T menghantar 2 orang rasul ke negeri tersebut yang bernama Masduq dan Syam'u tetapi mereka tidak mengendahkannya. Lalu Allah mengutuskan rasul yang ketiga (Ayat 14). Kebetulan ketiga-tiga rasul itu berada di negeri Antoqiah ini, negeri tersebut dilanda kemarau, (Ayat 18) lalu apa lagi mereka mengarahkan ketiga-tiga rasul tersebut agar menghentikan seruan mereka kerana penduduk Antoqiah percaya rasul-rasul ini membawa bencana.

Lalu para rasul ini lantas menjawab "kamu yang melampaui batas. kamu yang membawa kecelakaan kepada negeri kamu. Bukan kami yang membawa kecelakaan ini" (Ayat 19).

Ketika inilah Habibun Najjar muncul (ayat 20). Beliau tinggal di kampung pendalaman, bekerja sebagai tukang kayu, miskin, tidak mempunyai sebelah tangan dan berpenyakit kusta. Apabila beliau mendengar kisah 3 orang rasul ini beliau lantas menyeru kepada kaumnya agar menuruti perintah Allah.

Beliau berkata "Ikutlah mereka yang tidak mengharapkan apa-apa upah dari kamu sedangkan mereka dipimpin Allah" (Ayat 21) "Dan mengapa kamu tidak mahu menyembah tuhan yang menjadikan kamu? Sedangkan kamu akan kembali kepadaNya" (Ayat 22)

Habibun Najjar menegaskan bahawa tidakkah mereka sedar bahawa menyembah berhala itu tidak boleh mendatangkan apa-apa, tidak boleh membantu ketika mereka susah atau ditimpa bencana. Berhala tidak mampu menjadikan sesuatu pun, walaupun sebutir pasir atau seekor lalat.(Ayat 23)

Lalu Habibun Najjar pun menyatakan bahawa beliau beriman kepada Allah S.W.T. Di hadapan penduduk negeri Antoqiah beliau menyatakan keputusan beliau. Habibun Najjar seorang yang sangat berani menyatakan keimanannya. (Ayat 24)
Demi keimanannya beliau berani berhadapan dengan orang ramai, fisabillillah.

Oleh itu penduduk Antoqiah pun membunuh Habibun Najjar dengan cara yang amat kejam, (Ayat 25), beliau disula dari punggung, mulut ditusuk kayu dan telinganya juga dihentakkan dengan kayu. Malah ada ahli tafsir mengatakan isi perutnya keluar melalui telinga dan sebahagiannya keluar melalui mulut. Nauzubillah. Begitulah kejamnya orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. ( Ketika hari ini para ulama dinafikan suaranya, diletakkan pada satu tempat yang suaranya susah didengar - maksudnya apabila ulama hendak memberi pandangan atau pendapat tidak mendapat liputan dari pihak media, tiada pentas kebebasan - yang ada semuanya dibawah kawalan dan pantauan dengan serba serbi syarat jika hendak muncul memberi pendapat kepada media, tetapi berbeza dengan para artis - gelanggangnya sentiasa terbuka, mendapat liputan walaupun kisah cerai-berai atau kisah khalwat atau kisah penagihan dadah dan terus mendapat sanjungan dari peminat).

Kembali kepada kisah Habibun Najjar. Ketika nyawanya hendak meninggalkan jasad, maka berkata malaikat kepadanya (Habibun Najjar), "Masuklah engkau ke dalam syurga" dan beliau berkata " Alangkah baiknya jika kaum ku mengetahui" (Ayat 26). Maksudnya ketika itu kaum Antoqiah tidak mengetahui kenikmatan beriman kepada Allah. Mereka tidak mendapat hidayah atau memang tidak dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka tidak mendapat petunjuk. (Malangnya ketika ini ramai antara kita dilahirkan sebagai orang Islam tetapi bertindak seperti orang-orang zaman jahiliah, sedangkan mereka telah mengenal dan diberikan ilmu keislaman dari kecil. Perbuatan mereka lebih-kurang sama dengan penduduk Antoqiah yang membunuh Habibun Najjar, malah lebih kejam lagi membunuh anak yang masih kecil).

Jika kita beriman Allah akan ampunkan dosa kita, sesungguhnya jika kita mengetahui nikmat yang Allah beri tentu kita mendapat hidayah dan petunjuk. Kata Habibun Najjar "Bahawa tuhanku telah mengampuni dosa ku, dan telah menempatkan aku pada tingkatan yang mulia" (Ayat 27).

Lalu Allah berkata tak perlu aku menurunkan bala tentera dari langit untuk hancurkan kaum yang derhaka ini (Ayat 28), (sebenarnya manusia ini terlalu lemah, semuanya berharapkan dari kuasa alam - nak buat rumah perlukan tanah, pokok batu  dan air, besi untuk dibuat paku. Manusia hanya boleh buat jika ada bahan ini tapi boleh ker cipta bahan tersebut - tentu tak boleh. Tapi mengapa manusia masih lagi mendabik dada mengatakan diri itu terlalu hebat)
Allah Subhanawataala menyurauh Jibrail mengeluarkan satu suara sahaja maka lenyaplah seluruh penduduk bumi Antoqiah (Ayat 29). Begitulah hebatnya kuasa Allah. Apabila ia berkata jadi maka jadilah ia.
  
Kepada tuan-puan dimaklumkan ayat 29 ini boleh dibaca kepada orang-orang yang zalim. Amalkan supaya kita terlepas dari kezaliman manusia dan boleh mendoakan kepada umat Islam yang lain yang negara mereka dizalimi seperti Palestin..InsyaAllah.

http://roslanali.blogspot.com/2010/08/kisah-habibun-najjar-surah-yasin.html

Sabtu, 22 Januari 2022

Nur Ilmu -Zikrullah

Pada suatu hari, selepas solat Subuh, ramai karkun lama berkumpul untuk khuruj di Masjid Nizamuddin. Maulana Ilyas rahimahullah sangat lemah dan terbaring kerana sakit. Beliau tidak larat bercakap maka dengan berbisik kepada khadamnya yang khusus, beliau telah beri bayan hidayat kepada mereka ; “Perjuangan dan usaha kamu akan menjadi sia-sia jika tidak dijalin dengan ilmu dan zikir (seperti sayap burung tanpanya ia tidak boleh terbang). Malah menjadi satu bahaya dan sangat membimbangkan. Jika tidak disertai dua perkara ini, usaha ini akan membuka pintu fitnah dan pintu kegelapan yang baru. Tanpa ilmu, Iman dan Islam itu hanya sekadar adat dan nama sahaja. Ilmu tanpa zikir hanyalah zulmat. Banyak zikrullah tanpa ilmu, itu adalah bahaya.

Nur ilmu akan datang melalui nur zikrullah. Dan zikrullah tanpa ilmu agama, tidak akan mencapai natijah yang hakiki. Bahkan ahli sufi (zikirin) yang jahil dijadikan syaitan sebagai alatnya. Untuk itu ilmu dan zikir sangat penting menjalin usaha ini, tidak diabaikan dan harus diberi perhatian khusus. Jika tidak, kerja tabligh hanyalah satu kembara sahaja dan kamu akan kerugian besar. Semoga Allah melindungi kita.”

*Maksud nasihat Maulana Ilyas rahimahullah ialah agar karkun tidak menganggap hanya usaha, susah payah, safar dan hijrah serta pengorbanan dan berkorban untuk orang lain sebagai kerja asal, seperti yang banyak difahami secara umum sekarang. Hendaklah ingat bahawa bersungguh-sungguh menjalankan Taklim wa Taklum, Zikrullah dan hubungan diri dengan Allah harus dijadikan sifat asli dalam diri kita dan kewajipan kita yang terpenting. Dengan lain perkataan, bukan sahaja menjadi tentera agama atau mubaligh tetapi juga menjadi penuntut agama dan hamba yang sentiasa mengingati Allah Taala.

KalamParaUlama (11 Julai 2018)

Kemuliaan Bersama Allah

Sheikh Abu Hassan Syazili Rahimahullah bercerita, Ada seseorang yang sentiasa menyertaiku. Aku merasa tidak enak sehingga aku tanyakan kepadanya, "Anakku apa keperluanmu? Mengapa kau selalu menyertai ku?" Ia menjawab, "Tuan, ada yang memberitahuku bahawa kau mengetahui prinsip hidup. Aku menyertaimu untuk mempelajarinya darimu".

"Engkau benar, begitu pula orang yang mengabarimu. Namun, Aku khuatir kau tidak akan dapat menerimanya".

"Tentu saja aku akan menerimanya", jawabnya.

Jadi aku katakan kepadanya, "Aku melihat seluruh makhluk. Aku dapati mereka terbahagi kepada dua iaitu musuh dan orang yang aku cintai. Ketika aku melihat musuh, aku sedar mereka tidak dapat memberiku sedikit pun bahaya yang tidak Allah kehendaki. Kerananya, Aku mengalihkan pandangan ku dari mereka.

Kemudian aku berpaling kepada orang yang ku cintai. Ternyata mereka pun tidak dapat memberi ku sedikit manfaat yang tidak dikehendaki Allah. Kerananya, aku mengabaikan mereka dan hanya bergantung kepada Allah. Lalu aku mendengar suara berkata kepadaku, "Kau tidak akan sampai pada hakikat ini sebelum menghilangkan keraguan kepada Kami dan sebelum menyakini bahawa selain Kami tidak ada yang dapat memberimu kecuali yang telah Kami tetapkan untukMu".

Sumber : Kitab Al Tanwir Fi Isqath Al Tadbir Karangan Syeikh Ibnu Attaillah Al Iskandary.

Kalam ParaUlama (12 JulI 2018)

Mencari Guru Mursyid

Seperti mana badan kita dipupuk oleh ibubapa kita dari bayi sehingga dewasa , begitu juga dengan roh kita memerlukan seseorang yang boleh mendidik dan mentarbiahnya secara berperingkat dari masa ke semasa. 

Pembimbing atau bapa rohani ini disebut sebagai Mursyid atau Murobbi. Ilmu yang diperlukan untuk membimbing dan terbimbing pula dipanggil sebagai ilmu tasauf.

Ilmu tasauf pada peringkat bimbingan ini mempunyai beberapa nama lain antaranya: ilmu tariqat, ilmu hakikat, ilmu ihsan, ilmu makrifat dan sebagainya.

Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau penyakit batinnya melainkan para Nabi”.

Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili: “Barangsiapa tiada masuk di dalam ilmu ini, yakni ilmu tasauf dan tiada mahir dengan selok-beloknya nescaya dia ditakuti mati atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”.

Kata Syeikh Ibnu Abbad dalam syarah Hikam: “Dan ilmu tasauf inilah segala ilmu yang seharusnya bagi manusia dikaramkan sepanjang umur di dalamnya sehingga umur yang lanjut untuk menuntutnya, dan jangan merasa cukup daripada ilmu ini walau banyak sekalipun yang dimilikinya apakan lagi kalau hanya dengan sedikit”

Adapun kadar fardu ain pada ilmu batin itu yakni ilmu tasauf ialah dia mengetahui suasana hati yang sejahtera daripada segala amal zahir yang fasad(rosak), dan sejahtera hatinya daripada yang membatalkan pahalanya, seperti seseorang apabila solat dia berserta riya’ atau ujub atau sum'ah dan sebagainya yang boleh menghapuskan pahala solatnya itu.

Wajib hukumnya mencari al-waris al-Muhammadi (guru Mursyid) untuk mempelajari adab dan mengenali aib-aib yang tersembunyi dan penyakit-penyakit hati. 

Akan tetapi mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk mencari dan mengenal guru yang mursyid.Apakah syarat-syarat dan sifat-sifat guru mursyid?

Ketika seseorang berhajat kepada mursyid seperti perasaan seorang pesakit berhajat kepada doktor, maka dia perlu menguatkan azamnya dan membetulkan niat dan bertawajjuh kepada Allah Taala dengan hati yang penuh kerendahan. 

Lalu menyeruNya di tengah malam dan berdoa dalam sujudnya dan selepas solat dengan doa begini:

اللهم دلني على من يدلني عليك واوصلني الى من يوصلني اليك.

(Allahumma dullani 'ala man yadulluni 'alaik wa au-silni ila man yuusiluni ilaik)

Maksud: “Ya Allah, tunjukilah daku kepada orang yang akan menunjukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah aku kepada orang yang menyampaikan daku kepadaMu”.

Doa di atas juga boleh dibaca pada bila-bila masa terutama setelah solat fardhu. Setelah itu dia mesti mencari Mursyid di negerinya dan jangan terpedaya dengan dakwaan sesetengah orang bahawa guru Mursyid Murabbi sudah tiada di zaman ini.Sekiranya tidak ditemui Mursyid di bandarnya maka dia mesti mencari di bandar-bandar yang lain..

Bukankah kita lihat seorang penderita penyakit zahir sanggup bermusafir ke negara yang jauh untuk berubat mencari doktor pakar..

Maka mengubati hati dan ruh adalah lebih penting dan memerlukan kepada doktor-doktor yang lebih mahir daripada doktor-doktor badan..

Bagi mursyid perlu ada 4 syarat untuk memandu manusia:

1) Mestilah alim dengan hukum-hukum fardhu ain.

2) Mestilah seorang yang Arif BILLAH.

3) Mahir dengan cara-cara tazkiah nafsu dan wasilah tarbiah.

4) Diizinkan untuk membimbing dan mengijazahkepada orang lain daripada syeikhnya.

Ulama mengatakan bahawa seseorang yang benar-benar jujur dalam pencariannya mendapatkan guru mursyid, maka Allah akan pertemukannya dan kadangkala berkat kejujurannya, Allah menghantar sehingga mursyid datang mengetuk pintu rumahnya.

Sementara masih belum berjumpa dengan guru Mursyid, ulama tarbiah menasihati untuk memperbanyakkan bacaan selawat keatas Rasulullah SAW, insyallah dengan cahaya dan berkat selawat itu Rasulullah sendiri yang menjadi mursyid dan murobbi kita.

Sumber: Ustaz Iqbal Zain

Jawablah di hatimu:

Apabila kamu bertanya di mana amalanmu di mana pahalamu di mana kebaikanmu,di mana kemulianmu maka tiadalah jawapan bagimu tetapi jika kamu bertanya di mana dosamu di mana dirimu maka kamu akan beroleh jawapan yang sememangnya kamu wajib faham pendirian hatimu di dalam dirimu terhadap tuhanmu..

KalamParaUlama

NASIHAT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI TENTANG REDHA

"Kalian harus senantiasa redha kepada Allah Azza wa Jalla dalam keadaan senang mahupun susah, dalam keadaan baik maupun buruk, sihat ataupun sakit, kaya mahupun miskin, dan dalam keadaan sukses ataupun gagal. Aku tidak melihat ubat yang baik bagi kalian selain berserah diri kepada-Nya. 

Jika Allah menakdirkan sesuatu bagi kalian, janganlah takut. Janganlah mengeluh kepada selain-Nya, sebab itu justru boleh menyebabkan bencana bagi kalian, Tenang dan diamlah! Jika kalian redha, Dia akan mengubah kesusahan kalian menjadi kebahagiaan!" 

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

Khamis, 30 Disember 2021

10 Sahabat Yang Dijamin ke Syurga

Syurga merupakan suatu destinasi terakhir yang diimpikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Pelbagai kisah, gambaran dan perumpamaan akan hakikat syurga yang telah 'terbongkar' baik dari Al-Quran mahupun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Namun begitu, untuk memperolehinya bukanlah semudah mengimpikannya. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, ketaqwaan yang jitu dan keimanan yang tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t dan Rasulnya. Ini telahpun dibuktikan oleh para sahabat Baginda yang benar-benar menginginkan syurga Allah s.w.t hingga telah dijamin nama mereka sebagai penghuni syurga. Siapakah mereka?. Berikut adalah 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w yang telah memdapat jaminan ke syurga. 

1. Abu Bakar As-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq r.a adalah salah seorang daripada empat sahabat baginda yang utama. Beliau adalah sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Setelah kewafatan baginda, beliau merupakan khalifah Islam yang pertama yang dilantik untuk memimpin umat Islam ketika itu. Seorang sahabat yang sentiasa denkat dengan baginda kemana sahaja baginda pergi, Abu Bakar pasti menyertainya. Ini termasuk ketika Nabi dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah, iaitu suatu perjalanan yang sangat merbahaya dan berisiko serta penuh ancaman musuh.

Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat baik dengan Baginda malah beliau adalah orang yang pertama yang memeluk agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Ini kerana beliau mempercayai sepenuhnya Rasulullah s.a.w kerana ketinggian akhlak dan sifat baginda. Ini dibuktikan ketika Baginda menceritakan pengalaman Isra' dan Mikraj nya. Ketika itu ramai sahabat yang kebingungan dan tidak kurang juga yang sangsi serta ragu. Namun begitu Abu Bakar orang pertama yang dengan pantasnya membenarkan peristiwa tersebut. Oleh kerana itulah beliau digelar sebagai as-Siddiq. Beliau dikhabarkan meriwayatkan hampir 142 hadith Rasulullah s.a.wAbu Bakar wafat ketika berusia 63 tahun bersamaan 13 Hijrah. Beliau dikuburkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.

2. Umar bin Khattab

Umar r.a merupakan khalifah yang kedua iaitu selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah salah seorang daripada sahabat yang dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum beliau memeluk Islam, Umar terkenal dengan sifatnya yang suka bergusti, mengganggu kaum Muslimin dan suka minum minuman keras. Seluruh penduduk Makkah takut dengannya. Umar memeluk Islam setelah terdengar bacaan surah Taha yang dibacakan oleh saudara perempuannya. Selepas mengakui keilamannya, beliau sangat tegas dalam membela agama Allah. Beliau merupakan salah satu benteng Islam yang mampu mnyurutkan perlawanan kaum Quraisy dengan Baginda dan para sahabat yang lain.

Ketika beliau diangkat menjadi Khalifah yang ke dua, beliau meluaskan pengaruh dan jajahan Islam dengan begitu luas. Umar juga dapat menakluk kerajaan Parsi dan Rom Timur dalam masa satu tahun sahaja. (636-637H). Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat berserdahana dan mengambil berat akan rakyatnya. Umar wafat pada 23Hijrah akibat dibunuh oleh Abu Lukluk ketika beliau ingin mengimamkan solat. Makamnya berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a

3. Uthman bin Affan

Beliau merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Abu Bakar dan Umar. Pada waktu kepimpinannya, beliau berjaya mengumpul dan menyusun al-Quran dalam bentuk mushaf. Uthman memeluk Islam hasil daripada ajakan Abu Bakar a.s. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur Ain (Pemilik Dua Cahaya) kerana menikahi dua puteri Rasulullah s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalsum. Uthman terkenal sebegai seorang saudagar yang kaya serta dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika berlakunya perang Tabuk, Uthman menyumbangkan lebih 940 ekor unta, kemudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapkannya menjadi 1000 ekor binatang. Uthman wafat pada tahun 35 Hijrah.

4. Ali bin Abi Talib

Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Beliau merupakan suami kepada Fatimah ini merupakan orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Sebahagian riwayat menyebut ketika itu usianya adalah 10 tahun. Ali terkenal sebagai seorang yang berani, ahli siasah perang dan cerdas. Pada peristiwa Hijrah, Ali merelakan diri untuk tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk mengalihkan perhatian tentera Quraisy yang menyangka bahawa Baginda masih berada di dalam rumah. Beliau wafat pada tahun 40H, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah beliau solat subuh. Beliau meninggal ketika berumur 63 tahun dan menjawat jawatan sebagai khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Makam beliau di Kufah, Iraq.

5.  Thalhah bin Abdullah

Beliau dikenali sebagai salah seorang pembantu kanan Rasulullah s.a.w dari suku Quraisy. Ketika perang Uhud meletus, Talhah dengan berani turut menyertai perang tersebut. Dalam perang itu, beliau mendapat cedera dan luka yang parah. Ini kerana beliau menjadikan tubuhnya sebagai benteng untuk melindungi Baginda daripada panah-panah dari tentera musuh. Disebabkan itu tubuhnya luka manakala jarinya putus. Thalhah wafat pada 36H sewaktu syahid dalam perang Jamal.

6. Zubair bin Awwam

Beliau adalah salah seorang daripada as-sabiqun al-awwalun (golongan yang pertama memeluk Islam). Ketika beliau memeluk Islam, umurnya baru sahaja mencecah 15 tahun. Beliau begitu cintakan Islam. Buktinya, beliau dengan berani membela agama Allah hingga tidak pernah sekalipun tertinggal dalam peperangan. Malah beliau juga sentiasa berada di barisan hadapan dalam peperangan.  Seluruh tubuhnya terdapat bekas-bekas kesan luka dari peperangan yang disertainya. Zubair amat mencintai Rasulullah s.a.w. Ketika berlaku pertelingkahan antara kaum Muslimin, beliau sentiasa mendamaikan mereka tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Beliau wafat pada 36H akibat ditikam ketika solat.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Beliau memeluk Islam sewaktu berusia 17 tahun. Seorang yang mahir menunggang kuda dan memanah. Dikhabarkan bahawa jika Sa’ad memanah, maka ia pasti tepat mengenai sasaran. Oleh kerana itu ia memainkan peranan yang penting dalam peperangan hingga semua peperangan turut disertainya. Keteguhannya terhadap Islam terbukti ketika ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum sewaktu di awal keislamannya dengan harapan anaknya itu akan kembali kepada ajaran agama nenek moyangnya. Namun, meskipun sewaktu ibunya hamper menemui ajal, Sa’ad langsng tidak terpengaruh dengan ancaman tersebut. Beliau tidak sedikit pun menjual keyakinannya walaupun dengan nyawa ibunya sendiri. Begitu hebat keteguhan beliau dan kecintaan beliau terhadap Islam melebihi kecintaan terhadap ibunya sendiri. Ketika Umar al-Khattab menjadi khalifah, Sa’ad dilantik sebagai gabenor tentera di Iraq untuk mengatur pemerintahan dan ketenteraan di sana.  Beliau wafat ketika berusia 70 tahun.

8. Said bin Zaid

Beliau adalah antara sahabat yang bertuah kerana memeluk Islam memeluk Islam bersama-sama dengan adik Umar al-Khattab yang juga isteri Said bernama Fathimah binti al-Khattab. Ketika memeluk Islam usianya baru sahaja 20 tahun. Beliau mengabdikan dirinya kepada Islam dengan sepenuh hati. Beliau juga antara sahabat yang turut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau turut bersama kaum Muslimin ketika mencabut singgahsana Kisra Parsi. Said pernah menjadi mata-mata kepada kegiatan musuh selepas disuruh oleh baginda. Beliau wafat pada 51H ketika berusia 70 tahun.

9. Abdurrahman bin Auf

Beliau termasuk salah seorang daripada tujuh orang terawal memeluk Islam. Abdurrahman diberi kelebihan oleh Allah dengan memiliki kekayaan dan harta yang melimpah ruah melalui hasil perniagaannya. Kekayaan dan kemewahan sedikit pun tidak membuatkannya lupa diri. Beliau sentiasa menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika dikhabarkan yang beliau adalah antara sahabat yang dijamin syurga, beliau lebih berkobar-kobar untuk bersedekah dan memberikan hartanya di jalan Allah. Dikhabarkan Abdurrahman menafkahkan 40,000 dirham emas, 40,000 dirham perak, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta untuk keperluan perjuangan menegakkan Islam. Beliau sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. Wafat pada 32H sewaktu berusia 72 tahun.

10. Abu Ubaidah bin Jarrah

Beliau adalah antara sahabat yang paling dipercayai oleh Rasulullah. Baginda pernah membuat penyataan dan pujian terhadap Abu Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya keperayaan umat ini adalah Abu Ubaidah.” Beliau adalah seorang yang jujur lagi amanah. Beliau memeluk Islam melalui perantaraan Abu Bakar as-Siddiq di awal kerasulan Baginda. Abu Ubaidah juga pernah beberapa kali memimpin peperangan. Wafat pada tahun 18H.

http://addienblog.blogspot.com

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...