- Hakikat Kalimah Toyyiba :“Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
- Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
- Hakikat Ilmu & Zikir
- Hakikat Iqram Muslimin
- Hakikat Ikhlas Niat
- Hakikat Khuruj Fiisabiilillah
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal:
1.1 KALIMAH IMAN IAITU - LAAILAHAILALLAH .
Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah
Maksud dan Tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan di dalam diri kita dan memasukan kebesaran
Allah ke dalam hati kita.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah
maka akan lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.
Rasulullah saw bersabda :
“man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”
Maksudnya :
Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah laailahailallah wajib
masuk syurga.
Cara Untuk Mendapatkannya :
Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
Hendaklah da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita di seluruh alam.
Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman di dalam diri kita serta
di dalam diri saudara kita di seluruh alam.
1.2 KALIMAH AMAL IAITU : MUHAMMADARASULULLAH
Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.
Maksud dan Tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini,
cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan
barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.
Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”
Maksudnya :
Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad
(kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid.
Cara Untuk Mendapatkannya :
§ Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
§ Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri di jalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
§ Hendaklah da’wahkan amal ini kepada saudara kita di seluruh alam.
§ Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Amal di dalam diri kita serta
diri saudara kita di seluruh alam.
2. HAKIKAT SOLAT KHUSYU’ WAL KHUDU’
Solat,Maksudnya : Hubungan manusia dengan Kholiq (Maha Pencipta)
Khusyu’ Maksudnya : Kosentrasi
Khudu’ Maksudnya : Tertib
Tertib dibagi Tiga :
1. Tertib Waktu, iaitu solat di awal Waktu
2. Tertib Tempat, solat di mana azan diazankan iaitu di masjid
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah
Maksud dan Tujuannya :
§ Sifat-sifat didalam Solat kita bawa ke dalam kehidupan kita sehari-hari.
§ Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di luar Solat pun kita hendaklah
menutup aurat.
§ Di dalam Solat kita menundukan pandangan, maka di luar Solat pun kita hendaklah
menundukan pandangan.
§ Di dalam Solat kita mengucapkan salam, maka di luar Solat juga hendaklah kita
mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur
2. Terbebas dari sifat munafik
Barang siapa yang menjaga Solatnya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :
1. Akan diberi Keberkatan rezeki
2. Akan diselamatkan dari siksa kubur
3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan
4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Akan masuk syurga tanpa hisab
Cara Untuk Mendapatkannya :
- § Hendaklah Solat di awal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid).
- § Hendaklah Solat di sof yang paling depan.
- § Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah
- Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
- § Hendaklah berdo’a agar Allah SWT tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’
- di dalam diri kita serta dalam diri saudara kita di seluruh alam.
3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
3.1 ILMU, Maksudnya : PENGETAHUAN
- § Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah
- Allah swt dan yang mana Larangan-Nya.
- § Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang halal
- dan yang mana haram.
- § Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat
- dan yang mana Makruh.
Kelebihan atau Keutamaanya :
§ Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 100
orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang
yang berada di jalan Allah sehingga ia kembali.
orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang
yang berada di jalan Allah sehingga ia kembali.
§ Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi
kemudahan jalan menuju syurga.
kemudahan jalan menuju syurga.
Cara Untuk Mendapatkannya :
Ilmu terbahagi dua iaitu Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
§ Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, tok kiyai, ustaz mursyid, Guru-guru Agama dan sebagainya.
§ Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku Fadail Amal dll.
§ Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam.
§ Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam
3.2 ZIKIR Maksudnya : INGAT KEPADA ALLAH SWT
Maksud dan Tujuannya :
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan.
Kelebihan atau Keutamaanya :
§ Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah.
§ Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati di sisi Allah.
§ Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Cara Untuk Mendapatkannya :
§ Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan,atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .
§ Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang:
Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.
Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
Ø 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar)
Tanda cinta kita kepada Allah swt.
Ø 100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad)
Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.
Ø 100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim)
Tanda cinta kita kepada diri kita.
§ Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
§ Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.
Maksudnya : Memuliakan sesama muslim.
Maksud dan Tujuan :
Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan
( balasan ).
( balasan ).
Kelebihan atau Keutamaannya :
§ Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan menutupi aibnya
di dunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi ia selalu menolong
sesama muslim.
§ Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan memberi
73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan di dunia ini manakala 72 lagi
Diberikan di akhirat nanti.
Cara Untuk Mendapatkannya :
§ Hendaklah memuliakan orang tua kita, alim-ulama, tok kiyai & guru agama.
§ Hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari pada kita.
§ Hendaklah menghargai orang yang sebaya dengan kita.
§ Hendaklah menyayangi orang yang lebih muda dari pada kita.
§ Hendaklah kita da’wahkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini kepada saudara kita
di seluruh alam.
§ Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini di dalam
diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.
Maksudnya : Niat yang ikhlas.
Maksud dan Tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah swt.
Kelebihan atau Keutamaanya :
§ Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas karena Allah,maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
§ Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia sahaja.
Cara Untuk Mendapatkannya :
§ Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
§ Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
§ Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri
saudara kita diseluruh alam.
6. HAKIKAT KHURUJ FIISABIILILLAH
Maksudnya : Keluar di jalan Allah swt.
Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke seluruh alam.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang keluar di jalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia beserta isinya.
“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat di jalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.
Kelebihan atau Keutamaannya:
§ Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah akan menjadi perisai (pelindung) daripada asap api neraka.
§ Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang yang keluar di jalan Allah.
§ Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang
keluar di jalan Allah.
§ Semua makhluk baik di daratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada Allah untuk orang yang keluar di jalan Allah.
§ Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.
§ Satu perkataan da’wah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.
Cara Untuk Mendapatkannya :
§ Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah.
§ Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar di jalan Allah :
Ø Seumur hidup 4 bulan.
Ø Setahun 40 hari.
Ø Setiap bulan 3 hari.
· Hendaklah hidupkan musyawarah harian
· Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah 2
· Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim masjid
· Hendaklah hidupkan 2 setengah jam
· Hendaklah hadir pada malam markas
· Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan
· Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang
Sumber : pakarHowTo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan