Bersujudlah Kita ,Pohon Keampunan |
SETIAP MANUSIA yang menerima azab siksaan di neraka akan mengalami berbagai-bagai penderitaan yang belum pernah terbayang oleh mereka semasa di dunia dahulu. Di sana semua manusia akan di siksa berdasarkan kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan semasa hayatnya di dunia.
Di neraka tidak ada setitik air pun yang dapat dirasa oleh manusia-manusia malang ketika menjalani siksaan pedih di dalam neraka. Keadaan di sekeliling neraka penuh dengan berbagai-bagai azab yang berupa api yang marak menjulang dengan hawanya yang seribu kali lebih panas dari mana-mana api yang terdapat di dunia ini.
Dengan kala jengking, kala, lipan,ular dan lain-lain akan menyerang dan menggigit ahli-ahli neraka.
Dengan kala jengking, kala, lipan,ular dan lain-lain akan menyerang dan menggigit ahli-ahli neraka.
Setelah cukup tempoh atau jangkamasa siksaan, maka umat manusia akan dibebaskan dari neraka. Sebaik saja mereka keluar mereka akan terasa betapa nikmatnya setelah dapat meneguk ‘air kautsar’ pemberian dari anak-anak kecil mereka yang telah sekian lama menanti pembebasan ibu bapa mereka dari dalam neraka itu.
Sebaik saja air itu masuk ke kerongkongan, seluruh tubuh mereka akan terasa segar dengan serta merta, lalu ibu bapa itu memeluk tubuh mereka akan maisng-masing dengan tangisan yang tidak terhingga serta penuh dengan penyesalan.
RASULULLAH S.A.W. yang telah menganugerahkan syafaat baginda kepada umat-umatnya yang tersiksa di neraka melihat peristiwa itu dengan hati yang amat terharu.
Kini tibalah masanya bagi bekas banduan-banduan neraka itu dipimpin masuk ke dalam syurga untuk menikmati suatu kehidupan paling bahagia yang berkekalan.
Telaga Bahrul Hayat
Tetapi bagaimana mereka hendak menuju ke syurga dalam keadaan rupa masing-masing yang hitam legam akibat bakaran api neraka selama ini. Dalam keadaa yang begini ALLAH akan menitahkan malaikat Jibril menyuruh bekas-bekas banduan neraka itu membersihkan tubuh mereka dengan menyelam di dalam telaga khas yang dipanggil “Bahrul Hayat’.
Setelah mendapat perintah daripada malaikat Jibril, maka berlumba-lumbalah bekas banduan neraka itu terjun ke dalam telaga “Bahrul Hayat’ untuk membersihkan diri masing-masing sebelum berangkat menuju ke syurga. Selepas puas membersihkan diri maka keluarlah bekas-bekas BANDUAN NERAKA ITU DARI DALAM TELAGA TERSEBUT. ALANGKAH TERPERANJATNYA MEREKA BILA MENDAPATI tubuh masing-masing kini bertukar menjadi paling cantik, tampan dan indah sekali dan jauh lebih indah dan menarik dari bentuk wajah dan tubuh mereka ketika zaman muda di dunia dahulu.
Inilah hadiah daripada ALLAH untuk tetamu-tetamu taman syurga di hari akhirat nanti di mana manusia yang mati dalam rupa yang paling hodoh berkedut dan berbagai lagi ketika di dunia dulu bertukar menjadi paling tampan dan menarik apabila di masukkan di dalam syurga kelak.
Kemudian mereka diberi persalinan pakaian yang lengkap dan indah, iaitu pakaian yang disediakan untuk penghuni-penghuni syurga. Lalu mereka berjalan dengan diiringi oleh anak-anak kecil masing-masing menuju ke taman syurga dengan hati yang penuh gembira.
Mendengar suara manusia yang ramai itu berhampiran dengan pintu syurga maka berduyun-duyunlah penduduk syurga keluar ke pintu tersebut untuk mwnywmbut bekas-bekas banduan neraka yang telah dibebaskan.
Akan tetapi bekas-bekas banduan neraka yang ramai itu berasa amat malu untuk mendekati syurga kerana penduduk taman itu jauh lebih hebat dan cantik dari mereka. Mereka terasa amat malu kerana di dahi mereka masing-masing terdekat tanda tertulis kalimah ’Bekas banduan neraka’.
Rasulullah Bermunajat
Perkara ini segera diadukan oleh penduduk syurga kepada RASULULLAH S.A.W. dengan berkata:
“Wahai RASULULLAH, umatmu yang telah engkau syafaatkan dan bebaskan dari neraka terasa amat malu untuk mendampingi kami kerana terdapat tanda pada dahi masing-masing yang membezakan antara kami dengan mereka. Engkau mintalah kepada ALLAH S.W.T supaya dihilangkan tanda hitam itu dari dahi mereka supaya senang mereka bergaul dengan kami dan menjadi ahli-ahli syurga yang tidak terbatas”.
RASULULLAH S.A.W. pun segera bermunajat di hadrat ALLAH S.W.T. dan meminta ALLAH membersihkan tanda hitam di dahi bekas-bekas banduan neraka itu.
Permintaan RASULULLAH diperkenankan oleh ALLAH S.W.T. yang kemudian memerintahkan kepada malaikat Jibril menghantar sebiji telur kepada setiap bekas banduan yang akan memasuki syurga itu untuk menghilangkan tanda hitam di dahi mereka.
Bekas banduan itu terlalu gembira apabila diperintahkan supaya membersihkan tanda hita tersebut. Dan setelah menyapu putih telur bersama bedak ke dahi masing-masing lalu hilanglah tanda-tanda hitam itu buat selama-lamanya.
Apabila tanda itu sudah tiada maka bekas-bekas banduan neraka itu diberi persalinan yang lain pula oleh malaikat Jibril sbelum mereka dihantar masuk menikmati kehidupan syurga yang penuh dengan nikmat dan kemewahan.
Setelah semuanya selesai mereka pun dipimpin masuk ke taman syurga itu, kemudian datanglah semua penduduk syurga menyambut tetamu-tetamu baru itu dengan hati yang amat gembira.
Kini tinggallah bekas-bekas banduan neraka itu di taman syurga bersama dengan lain-lain ahli syurga yang terhadulu dari mereka untuk selama-lamanya tanpa suasana sedih dan menderita lagi seperti ketika mereka di siksa di dalam neraka dahulu.
Sumber: Kisah-Kisah Benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan