Isnin, 19 Disember 2011

KISAH ASAL USUL AZAN



ABDULLAH bin ‘Umar r.a. berkata:” Sewaktu kaum muslimin tiba tidak beberapa lama di Madinah, mereka berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan sholat.  

Oleh kerana di waktu itu belum lagi ada satu cara pun untuk memanggil orang mengerjakan solat, lalu mereka pun bermusyawarah membicarakan tentang cara hendak memberitahu orang bahawa telah sampai waktu solat.

Dalam masa bermusyawarah itu ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasarani, dan ada pula orang yang mencadangkan supaya meniup seruling seperti yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi”.

ABDULLAH bin ‘Umar r.a. berkata lagi : “Setelah mendengar  cadangan dari beberapa orang maka Umar r.a. berkata:”Kenapa kita tidak suruh seseorang untuk mengajak mengerjakan solat?”. Setelah Rasulullah s.a.w. mendengar berbagai-bagai cadangan, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai BILAL ! Berdirilah kamu dan panggil orang untuk mengerjakan solat”.

Rasululllah s.a.w. mengajarkan cara azan yang berbunyi berikut:
Allahu Akhbar ,Allahu Akhbar,
Asyhadu alla ilaaha illallah. Asyhadu alla ilaaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Asyhadu  anna Muhammadar Rasulullah.
Hanyya ‘alash shalah. Hayya ‘alash shalah.
Hayya ‘alal falah. Hayya ‘alal falah.
Allahu Akbar. Allahu Akbar.
Laa ilaaha illallah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...