Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim
daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah
bersabda, yang bermaksud:
“Aku
adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada
hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang
tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada
di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang
pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur,
mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka
semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami
bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh
Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang
yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril
as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan
membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa
bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril
as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi
akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang
segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur
Muhammad SAW.”
Rasulullah
SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi
Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil
bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka,
kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada
seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang
tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan
kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga
mengalir air matanya ke pipi.
Jibril
as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah
Taala di tempat yang luas.”
Baginda
SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril
as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah
hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda
SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril
as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda
SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril
as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di
atasmu?”
Baginda
SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku.
Di mana perjanjian mereka?”
Jibril
as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada
manusia, sebelummu?”
Baginda
SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku.”
Jibril
as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan
pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril
as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan
makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala
perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq
berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar
memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang
pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum
ini.”
Baginda
SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya
aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah
berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah.
Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada
di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as
menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,
rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah
kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari
perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh
telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa
tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di
dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan
akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah
tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian
mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah
Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan
hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah
golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang
celaka dan derita.”
Malaikat
Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta
alam.”
Allah
Taala berfirman:
“Demi
keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila
roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad
mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi
SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka
berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad
SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah
mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril
as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan
yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat
datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW
berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril
as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila
nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi
Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril
as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi
Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril
as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila
mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai
Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril
as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila
Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada
baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira
kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap
mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta
memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air
mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi
Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya.
Umat-umatnya menangis.
Ketika
mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang
menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril
as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah
Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:
“Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril
as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah
Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa
umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril
as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu
telah datang untuk ditayangkan kepada
Allah Taala.”
Nabi
Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah
dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang
yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi
Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju
di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah
kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan
kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba
Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka!
Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril
pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala
telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik
bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril
menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik
berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril
menjawab: “Ya!”
Malik
bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril
berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik
bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan
nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat
yang lemah?”
Jibril
berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik
menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri
di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan
panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk
melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air
mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak
mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia
kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan