WAJIB Bagi Seorang Muslim Untuk Menjaga Waktunya Dengan Menyibukkan Diri Dengan
Perkara Yang Bermanfaat Bagi Dunia dan Akhiratnya, Kerana Dia Bertanggung Jawab
Dengan Waktu Yang Dia Habiskan. Bagaimana Dia Habiskan Waktu Tersebut
Allah Ta’ala berfirman,
Apakah Kami tidak memanjangkan
umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir [QS
Faatir/ 35: 37].
Dan di dalam hadits (riwayat
at-Turmudziy), seseorang akan ditanya tentang kehidupannya dan waktu yang dia
habiskan.
Menonton sinetron menghabiskan
waktu, sehingga TIDAK SEWAJARnya seorang muslim menyibukkan diri menontonnya.
Apabila di dalam sinetron
tersebut terdapat perkara-perkara yang haram, maka menontonnya pun haram
seperti: wanita yang berhias dan bertabarruj (tidak berhijab, menampakkan
kecantikannya di hadapan selain mahram –pent), musik dan nyanyian, dan juga
sinetron yang mengandung ajaran/pemikiran yang rosak, yang jauh dari tuntunan
agama dan akhlak yang mulia. Begitu juga sinetron yang menampilkan perilaku
yang tidak tahu malu dan merosak akhlak. Sinetron semacam ini tidak boleh
ditonton.
(Diterjemahkan dari Al Muntaqa min Fatawa Syaikh Fauzan, juz
3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan