…..Demikianlah ALLAH s.w.t menghendaki, baik bermanfaat
ataupun mendatangkan mudarat bagimu. Apabila malam kemiskinan telah datang,
maka serahkanlah dan tinggalkanlah siang kekayaan.
Apabila malam kesakitan telah datang, maka tinggalkanlah
siang kesihatan.
Apabila malam yang engkau benci telah datang, maka
serahkanlah dan tinggalkanlah siang yang engkau senangi. Malam-malam penyakit,
kemiskinan dan hancurnya sebuah harga diri telah datang, maka serahkanlah ia
dengan hati yang tenang.
JANGANLAH engkau menolak sesuatu takdir ALLAH s.w.t, kerana
ia akan membuat engkau menjadi binasa, imanmu menjadi hilang, hatimu menjadi
keruh dan batinmu menjadi mati. ALLAH s.w.t berfirman di dalam sebahagian
Kitab-Nya yang bermaksud:
“Aku
adalah ALLAH yang tiada Tuhan selain Aku. Barangsiapa yang tunduk (berserah
diri) terhadap ketentuan-Ku, bersabar terhadap cubaan-Ku dan mensyukuri
nikmat-Ku, maka Aku menulisnya di sisi-Ku sebagai orang-orang yang benar
(al-siddiqin). Dan barang siapa tidak tunduk terhadap keputusan-Ku, tidak sabra
terhadap ujian-ujian-Ku dan tidak mensyukuri nikmat_ku, maka dia mencari Tuhan
selain daripada Aku.”
Apabila engkau tidak redha terhadap takdir, tidak bersabar
terhadap cubaan dan tidak mahu mensyukuri nikmat, maka engkau tidak mempunyai
Tuhan. Carilah Tuhan yang selain Dia, sedangkan tiada Tuhan melainkan Dia. Apabila
engkan menginginkan, maka redhalah engkau terhadap takdir dan percayalah engkau
terhadap qadar, baik qadar yang bagus, buruk, manis mahupun pahit. Apapun yang akan meimpa engkau, maka pasti
akan terjadi terhadapmu, meskipun engkau menghindar (cuba menggelak)
daripadanya. Dan apa yang tidak akan menimpa dirimu, tidak akan terjadi
kepadamu, walaupun engkau berusaha untuk memperolehinya. 529
(Syeikh Abdul Qadir
Al-Jailani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan