Ahad, 16 Julai 2017

Segala puji bagi Allah....

"Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan cahaya kebenaran. Yang dengan cahaya kebenaran itu dihidupkan hati-hati manusia dan merehatkan roh-roh mereka. Dan juga dengan cahaya kebenaran itu diselamatkan hamba-hamba-Nya sepertimana yang dikehendaki Allah, yang telah ditetapkan oleh sifat Iradah Allah sejak azali lagi.

Dan juga cahaya kebenaran itu menyempurnakan jumlah manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Untuk mereka berada di bawah naungan panji Rasulullah ﷺ di akhirat nanti, dan berada di telaga Kautsar, serta untuk menolong mereka ketika melalui titian Sirat.

Ada beberapa kumpulan manusia dari ummat Nabi kita yang terhad bilangan mereka di akhirat nanti. Yang ajaibnya terdapat orang-orang yang baru masuk Islam, tetapi mereka berada dalam golongan pertama. Sedangkan orang-orang yang telah lama masuk Islam berada di rombongan belakang.
Tetapi, semua perkara telah ditetapkan. Pada suatu hari telah diberikan kepada Nabi ﷺ kita (oleh malaikat) di tangan Baginda ﷺ senarai nama-nama manusia. Kemudian dikatakan kepada Baginda ﷺ:

"Ini adalah nama-nama ahli syurga dari kalangan ummatmu, tidak bertambah dan tidak berkurang pun walaupun seorang." Dan diberikan satu lagi senarai nama di tangan kiri "Ini adalah nama-nama ahli neraka dari kalangan ummatmu. Dan ada di kalangan mereka yang mati di dalam negara Islam." Dikatakan kepada Baginda ﷺ "Mereka ini tidak bertambah dan tidak berkurang walaupun seorang, mereka tidak bertambah dan tidak berkurang".

Maha Suci Yang membolak balikkan hati, Maha Suci Tuhan yang memberikan hidayah kepada siapa yang DIA kehendaki, dan menyesatkan siapa yang DIA kehendaki. Maha Suci Tuhan yang menghulurkan tali HidayahNYA dengan perantaraan Nur dan orang-orang yang benar dengan-NYA zahir dan batin. Sehingga dengan hidayah itulah kamu dimuliakan untuk duduk di dalam majlis ini. Yang mana dengan hidayah ini juga telah memberi kerehatan kepada beberapa banyak roh-roh yang pada asalnya berada di dalam kekufuran tetapi telah diselamatkan ke dalam keimanan.

Apa yang telah saya katakan ini kepada kamu, kamu akan dengar nanti di akhirat, bahkan kamu akan menyaksikannya kelak. Semua janji itu akan berlaku pada Hari Kebangkitan nanti"


[Al-Allamah Sayyidil Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...