Ahad, 13 Ogos 2017

TAZKIRAH - *ORANG YANG TAK TERSENTUH API NERAKA*

Rasulullah saw bersabda: "Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?" Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulallah!" baginda menjawab:
"(yang haram tersentuh api neraka adalah) orang yang *Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl*."
(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

1. *Hayyin* -Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya.
2. *Layyin*- Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semaunya sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia.
3. *Qarib*-Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.
4. *Sahl*-Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan.

_"Telah aku sampaikan, YA RABB."_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...