Ahad, 15 Oktober 2017


“Jikalau engkau terbiasa mengucapkan kalimat basmalah disetiap ingin memulai pekerjaan, maka nanti pada hari kiamat disaat engkau menerima lembaran amal perbuatanmu selama di dunia, engkau akan memulai membacanya dengan kalimat basmalah sebagaimana kebiasaanmu di dunia.

Kemudian tanpa engkau sedari, seluruh dosamu telah dihapuskan, maka engkau pun hairan dengan apa yang telah terjadi (padahal engkau telah banyak berbuat kemaksiatan ketika di dunia). Seketika itu terdengarlah seruan:

“Wahai hambaku, sesungguhnya engkau telah memanggilku dengan Rahman dan Rahim (Maha Pengasih dan Maha Penyayang) maka aku hapuskan seluruh dosa-dosamu kerana sifatku yang maha kasih.”

[Al-Imam Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi ‎رحمه الله تعالى]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...