Isnin, 15 Oktober 2018

.....kepada seluruh ummat manusia

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Antara Petikan Ceramah Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz, Masjid Putra Putrajaya Kuala Lumpur Malaysia, 1 Oktober 2018.

“Dahulu para Nabi-Nabi yang sebelum Nabi Muhammad masing-masing diutus pada kaumnya sahaja. Akan tetapi Nabi Muhammad diutus kepada seluruh ummat manusia. Beliaulah yang diajak bercakap oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam Al-Quran. Dengan Firman Allah Taala yang berbunyi “Sesungguhnya engkau berada diatas budi pekerti dan akhlak yang teramat agung.” Dalam ayatNya yang lain Allah Berfirman “Dan tidaklah kami mengutusmu wahai Rasulullah Muhammad melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan juga pemberi peringatan. Dan tidaklah Kami mengutus engkau melainkan semata- mata Rahmat dan Kasih Sayang bagi seluruh ummat manusia dan alam semesta.”

“Ya Allah sampaikan selawat dan salamMu dan juga kemuliaanMu kepada orang ini yang menjadi sebab bagi kami datangnya hidayah yang kami terima dan Engkau muliakan kami dengannya. Sehingga dengan berkatnya lah Engkau jadikan kami sebaik-baiknya ummat. Bukan disebabkan oleh kerana panjangnya umur kerana ummat ini adalah ummat yang dikenali pendek umurnya. Yang mana kemuliaan itu bukan kerana kami lebih banyak banggunan dan inovasi yang kami lakukan, bukan kerana itu. Bukan juga oleh kerana kami memiliki badan yang besar, bahkan ummat ini adalah memiliki badan yang kecil. Dan kemuliaan itu bukan kerana kita, ummat yang paling banyak dibanding ummat lain, namun perbandingan kita dibanding ummat lain bagaikan selembar  rambut putih ditubuh seekor banting atau sapi berwarna hitam. Akan tetapi engkau jadikan kami semua wahai Allah yang paling mulia dari seluruh ummat, dan kami jadikan yang terbaik diantara semua ummat. Dengan apa kemuliaan ini kami dapat wahai Allah, itu semata-mata anugerahMu disebabkan wasilah Nabimu, agar semua manusia yang terdahulu dan yang akan datang, dan semua penghuni langit dan bumi agar mereka mengerti bahawasanya keagungan hanyalah milik Allah Subhanahu wa Taala.”

“Dan orang yang termulia adalah orang yang mulia disisiMu Wahai Allah. Semua neraca selain daripada necaca ini maka adalah neraca yang tidak betul dan keliru. Dan telah Engkau jadikan jalan menuju kemuliaanMu adalah melalui konsep taqwa. Dan Engkau katakan di dalam Al-Quran yang paling mulia diantara kalian semua adalah yang paling taqwa antara kalian. Dan Engkau jadikan orang yang paling bertaqwa adalah NabiMu, Nabi Muhammad. Maka tertuang kemuliaan Rasulullah pada seluruh ummat. Dengan mengikuti kepada Nabi bukan kerana dzatnya. Ketika Allah Subhanahu wa Taala memanggil kita melalui Nabi Muhammad, maka kita menjadi ummat yang terbaik. Kerana yang memanggil kita, Rasul yang terbaik. Oleh kerana kemuliaan orang yang paling bertaqwa ini, orang-orang yang lainnya akan mengundurkan diri nanti di Hari Kiamat, bilamana melintasi sirat, melainkan orang yang paling bertaqwa ini terlebih dahulu melintasinya.”

“Kerana Nabi kita adalah yang paling taqwa dan paling hebat sehingga para Nabi-Nabi yang jelas mereka lebih taqwa daripada ummat Nabi Muhammad, maka mereka harus tertunda melalui sirat dan masuk ke dalam syurga hingga ummat ini, ummat Rasulullah individu terakhir ummat ini masuk ke dalam syurga, maka baru yang lain boleh masuk setelah ummatnya. Dan juga syurga itu tiada siapa yang akan memasukinya daripada Nabi, melainkan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam dan juga daripada orang yang terakhir daripada ummat Nabi yang akan memasuki syurga, baru orang lain. Ketahuilah tidak ada keagungan kecuali apa yang dimuliakan dan diagungkan oleh Allah. Kalau disebutkan bahawasanya hari yang begitu dahsyat dan juga agung adalah hari Kiamat.”

https://t.me/iloverasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...