Jumaat, 4 September 2020

Keji dan Kasar Ke Neraka

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka." (HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah

Pengajaran:

1.  Malu adalah hasil dari iman.

2.  Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut.

3.  Iman itu tempatnya di syurga.

4.  Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial  seperti FB, WhatsApp, Telegram, Instagram.

5.  Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka.

Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...