1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba
Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita
lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi
kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang
kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula
bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah
apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan
hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus
ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk
orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam
buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah
ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang
makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang
baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah
semula kebaikan buat mereka.”
Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali
kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk
Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi,
akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan
mengadu kepada Allah.”
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang
kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi
kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa;
Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah
kepada dia.”
16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan
sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk
kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi,
dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk
melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita
menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak,
yang penting Allah nampak.”
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu
akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha
mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada
manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.
Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling
disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu
tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan