Seorang Yahudi yang kaya telah menawarkan hutang kepada Nabi s.a.w dengan berkata, "Ya Muhammad, jika engkau memerlukannya, pinjamlah dengan aku." Maka Nabi s.a.w bersetuju mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Beberapa hari sebelum tempoh membayar hutang itu tiba, Yahudi tadi dengan biadabnya bertemu Nabi s.a.w lalu berkata, "Muhammad, bila kau nak bayar hutang aku?" Beliau mendesak Nabi s.a.w segera membayar hutangnya itu walaupun tempoh bayar yang telah dipersetujui belum tiba lagi.
Umar r.a yang ketika itu berada di sebelah Nabi s.a.w telah marah lalu mengenakan kata-kata kesat kepada Yahudi tersebut kerana kebiadaban dan mungkir janjinya.
Lalu para sahabat r.hum berkongsi bersama membantu Nabi s.a.w mengumpulkan wang yang secukupnya bagi membolehkan hutang Yahudi ni tadi dibayar seperti yang diminta.
Tapi kerana kata-kata kesat Umar r.a kepada Yahudi tadi, Nabi s.a.w telah memerintahkan Umar r.a untuk membayar lebih ataupun memohon maaf kepada Yahudi tersebut.
Umar r.a telah membayar lebih hutang Nabi s.a.w daripada sahabat yang lain sambil menyerahkannya kepada Yahudi tadi.
Yahudi itu bertemu Nabi s.a.w dan berkata, "Ya Muhammad! Benarlah engkau ini pesuruh Allah." Maka Yahudi tersebut telah mengucap syahadah di tangan Nabi s.a.w.
Inilah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w dan para sahabat r.a yang dengar dan taat semata-mata untuk mendapat kasih sayang Allah, hasilnya seorang Yahudi yang biadab telah mendapat hidayah.
Hablum minnan nas, jagalah hubungan kita dengan manusia menerusi akhlak cara Nabi s.a.w.
Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan