Sabtu, 10 Januari 2026

KiSAH RASULULLAH SAW DAN KHADijAH

 A short love story.

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah s.a.w pulang dari berdakwah, Baginda masuk ke dalam rumah. Khadijah r.ha menyambut dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah r.ha hendak berdiri, Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Khadijah, tetaplah kamu ditempatmu." Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah r.ha yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali mereka tidak mempunyai makanan. Sehingga ketika Fatimah r.ha menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian baginda mengambil Fatimah r.ha dari gendongan isterinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah s.a.w yang letih setelah selesai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah r.ha.

Rasulullah s.a.w tertidur. Ketika itulah Khadijah r.ha membelai kepala Rasulullah s.a.w dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menitis di pipi Rasulullah s.a.w. Baginda pun terjaga.

"Wahai Khadijah. Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad?" Tanya Rasulullah s.a.w dengan lembut.

"Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" Sambung Rasulullah yang tak sanggup melihat isterinya menangis.

"Wahai suamiku. Wahai Nabi Allah. Bukan itu yang kutangiskan, " jawab Khadijah r.ha.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit ataupun jambatan.

Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jambatan untuk engkau menyeberangi sungai itu supaya engkau boleh berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah."

The end.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...