Adab dan sunnah Nabi s.a.w #261
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa, pada suatu hari beliau membonceng tunggangan di belakang Rasulullah s.a.w. Lantas Baginda s.a.w bersabda,
"Wahai anak, sesungguhnya aku akan ajarkan kepada kamu beberapa perkara (penting), peliharalah (perintah) Allah nescaya Dia akan memelihara kamu.
Jagalah hak-hak Allah nescaya kamu akan mendapatiNya ada di hadapan kamu (yakni bantuanNya akan bersama kamu), apabila kamu meminta sesuatu pintalah daripada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan maka pohonlah hanya daripada Allah.
Ketahuilah sesungguhnya jika semua umat ini berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada kamu kecuali sesuatu manfaat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu.
Jika mereka berkumpul untuk memberi apa-apa mudarat kepada kamu, sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi apa-apa mudarat kecuali sesuatu mudarat yang telah ditakdirkan oleh Allah kepada kamu.
Pena (untuk menulis takdir) telah diangkat (setelah ia menulis segala sesuatu) dan tintanya telah kering yakni tidak mungkin berlaku apa-apa perubahan dalam keputusan takdir."
Hadis Riwayat Tirmizi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan