Memaparkan catatan dengan label HaDiS dan FaLsAfAh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HaDiS dan FaLsAfAh. Papar semua catatan

Ahad, 27 Februari 2011

Pesanan LUQMAN AL-HAKIM


Luqman al-Hakim banyak meninggalkan pesanan berguna untuk umat manusia; khususnya orang Islam. Beliau dikurniakan akal tajam serta dapat menilai keadaan sekelilingnya. Nasihat yang keluar dari mulutnya bagaikan mutiara yang tidak ternilai harganya hingga diguna dan diamalkan hingga sekarang.

Berikut pesanan Luqman yang wajar dihayati:
1. Sesiapa yang melihat keaiban diri sendiri, dia tidak akan peduli keaiban
orang lain.
2. Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan
satu apa pun.
3. Sesiapa yang redha dengan rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang
ada pada tangan orang lain.
4. Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
5. Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia (sendiri) akan terjatuh
ke dalamnya.
6. Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya
( keaibannya).
7. Sesiapa yang terlupa merendahkan dirinya, dia akan membesar-besarkan
kerendahan (kehinaan) orang lain.
8. Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
9. Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
10. Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.
11. Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
12. Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan, dia akan berasa
jemu.
13. Sesiapa yang berbangga-bangga dengan manusia, dia akan dipatah-patahkan.
14. Sesiapa yang membodoh-bodohkan, mereka akan dicaci dihina.
15. Sesiapa yang bersahabat dengan orang-orang yang rendah akhlak, dia akan
dipandang hina.
16. Sesiapa yang duduk bergaul dengan alim ulama, dia akan bersikap tenang
merendah diri.
17. Sesiapa yang masuk ke dalam (pintu) kejahatan, dia akan dituduh (juga).
18. Sesiapa yang meringan-ringankan urusan agama, dia akan terjerumus
( ke dalam dosa).
19. Sesiapa yang merampas harta benda manusia, dia akan menjadi kafir.
20. Sesiapa yang menanti kesihatan, dia akan diberikan kesabaran.
21. Sesiapa yang tidak tahu tempat letak kakinya (berjalan), dia akan berjalan
penuh penyesalan.
22. Sesiapa yang takutkan Allah, dia akan berjaya (di akhirat).
23. Sesiapa yang tidak berpengalaman di dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.
24. Sesiapa yang bermusuhan dengan ahli kebenaran, dia akan dimusuhi.
25. Sesiapa yang menanggung beban yang tidak terdaya olehnya, dia akan menjadi
lemah.
26. Sesiapa yang mengetahui akan ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
27. Sesiapa yang biasa dengan kejahilan, dia akan meninggalkan jalan keadilan.

Nurapr05

MENCARI KEBERKATAN MAKANAN


Hidup perlukan makanan. Makanan yang kita makan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan fizikal, sebaliknya ia juga merupakan tanda peribadatan kepada Allah. Sumber makanan halal mengundang keredaanNya .
Suatu hari seorang sahabat, Saad ibn Waqqas bertanya kepada Rasulullah SAW:
“ Wahai tuan, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan orang mustajab (makbul) doa.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya bermaksud;
“ Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari.”

Makanan mencorak jiwa. Pastikanlah makanan yang dimakan suci bersih sumbernya.
Peribadi muslim akan terserlah. Ingatlah setiap yang dimakan akan ditanya Allah sumber puncanya, kedudukan halal haramnya.

Nurapr05

KEMULIAAN BERSEDEKAH


Terdapat 10 Kemuliaan Amalan Bersedekah
LIMA kemuliaan di dunia :

1. Menyucikan harta yang ada
2. Menyucikan tubuh badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Memberikan kegembiraan kepada orang Islam dan orang miskin
5. Harta seseorang akan diberkati dan diperluaskan lagi rezekinya

LIMA kemuliaan di akhirat :
1. Sedekah bakal menjadi penaung ketika berada di padang Mahsyar
2. Diringankan hisab atau perkiraan dosa
3. Memberatkan timbangan amalan di akhirat
4. Memudahkan laluan di titian siratulmustaqim
5. Nikmat yang lebih besar akan ditambahkan di dalam syurga

Firma Allah yang bermaksud;
“ Bahawa orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa ( mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesenangan (Syurga). Sebaliknya, orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; Dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya ialah hartanya apabila ia terjerumus (dalam azab seksa hari akhirat)?”( al-Lail:5-11)

Nurjun04

MANUSIA YANG HINA


Setiap gerak kerja yang dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan Muslim dan Muslimah hendaklah berdasarkan akidah Tauhid iaitu Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa. Apabila konsep Tauhid bertunjangkan kukuh dalam diri, maka kita harus memberikan perhatian kepada urusan hidup dengan Allah dan urusan hidup sesama manusia. Kedua-dua urusan ini diperkenalkan al-Quran dengan istilah ‘hablum mina Allah’ (hubungan dengan Allah) dan ‘hablum mina al-nas’ (hubungan sesama manusia).

Allah malah telah memberikan peringatan kepada mereka yang ingkar dan mencuaikan kedua-dua aspek yang penting ini dalam firmanNya yang bermaksud:
“Ditimpakan kehinaan ke atas manusia di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan memelihara sesamanya.”
( Ali-Imran: 112)

Kesepaduan kedua-dua aspek inilah yang menjadi asas kepada pembentukan Muslim dan Muslimah sejati. Ia jalinan yang utuh dan kuat menyokong satu sama lain. Atau dengan kata lain, tidak akan sempurna iman seseorang andaikan mengabaikan salah satu aspek ini.

Nurfeb04

Khamis, 24 Februari 2011

KENALI ORANG YANG BERAKAL

Dalam sebuah riwayat yang dibawa oleh Abu Hurairah, diceritakan bahawa, beberapa orang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW seraya bertanya,
“ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar? ”
Rasulullah menjawab,
“ Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi,
“ Siapa orang yang paling berbakti?’’
Rasulullah menjawab,
“ Orang yang berakal.”
Mereka bertanya lagi mengenai orang yang paling utama, lalu baginda menjawab lagi,
“ Orang yang berakal , kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal.”

Sayidatina Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah menyebut yang antara lain akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima nampak dan lima lagi tersembunyi.- Bahagian yang nampak adalah diam, sabar, rendah hati, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan membuat amal salih.

- Sementara bahagian akal yang tersembunyi pula ialah merenung dan berfikir mengenai ciptaan Allah, beriktibar, menganggap masalah dosa sebagai suatu yang bahaya , takut kepada Allah dan mengekang hawa nafsu.

Nurfeb04

Rabu, 23 Februari 2011

MULUT PUNCA PERMUSUHAN

Allah berfirman yang bermaksud:
Berkatalah kepada seluruh manusia dengan baik-baik.(Al-Baqarah: 83)

Ibnu Abbas berkata,” Sesiapa yang memberi salam kepadamu dari mana-mana golongan makhluk Allah, balaslah ucapan salamnya, walaupun dia seorang Majusi.”

Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisa :86 yang bermaksud:
Apabila kamu semua diberikan penghormatan dengan suatu ucapan hormat seperti salam, maka balaslah penghormatannya itu dengan lebih baik daripadanya atau balaslah dia dengan cara yang sama.

Sementara dalam sebuah hadis dinyatakan:Perkataan yang baik adalah sedekah. ( Riwayat Muslim)

Malah Umar pernah berkata,”Kebajikan itu adalah suatu hal yang, iaitu menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah lembut.”

Nurfeb04

Selasa, 22 Februari 2011

BUKAN SEKADAR UBAT


Dalam sebuah riwayat ada menceritakan.
Suatu hari Nabi Musa a.s. telah mengalami sakit perut yang sangat teruk. Baginda kemudian berdoa kepada Allah memohon agar diberikan ubat yang boleh menyembuhkan sakitnya. Allah memerintahkan baginda memakan sejenis rumput-rumpai di daerah itu. Lalu dengan membaca‘ Bismillah ‘ Nabi Musa memakan rumput tersebut.
Dengan izin Allah, sakit perut Nabi Musa hilang serta merta.

Selang beberapa hari berikutnya, baginda kembali diserang sakit yang sama. Tanpa berfikir panjang, baginda terus memakan rumput ubat yang dimakannya sebelum ini. Malangnya, sakitnya tidak beransur baik, malah ianya bertambah sakit.

LALU NABI MUSA BERDOA KEPADA ALLAH, bertanya mengapa perkara itu berlaku.
Allah menjawab pertanyaan baginda dengan firman yang bermaksud;
“ PADA HARI PERTAMA KAU MEMAKAN UBAT ITU, KAU BERDOA KEPADA-KU, MAKA AKU KABULKAN DOAMU DAN AKU SEMBUHKAN PENYAKITMU. TETAPI, PADA HARI INI KAMU SAKIT DAN KAMU MEMAKAN UBAT ITU DAN TIDAK BERDOA KEPADA-KU. MAKA AKU TIDK MENYEMBUHKAN PENYAKITMU, KERANA AKULAH PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT.”

Nur mac4

JANGAN SIMPAN PRASANGKA



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“JAUHILAH OLEH KAMU PRASANGKA YANG TIDAK BAIK, KERANA SESUNGGUHNYA PRASANGKA YANG TIDAK BAIK ITU SEBURUK-BURUK PERCAKAPAN.”
(Riwayat Muslim).

IMAM AL-KHATTABI dalam Kitab Subul as-salam mengatakan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah tuduhan atau prasangka yang tidak beralasan, yang tidak jelas sebab-sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan, sedangkan tidak ada tanda-tanda bukti yang menunjukkan dia berbuat keburukan itu.

Mengikut riwayat Al-Dailami pula, prasangka yang dilarang, dinamakan ‘su-u-dhzan’ iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk. Prasangka buruk bukan saja terhadap manusia tetapi terhadap Allah juga. Malah menaruh syak wasangka tidak baik terhadap Allah, haram sama sekali hukumnya.

Kata Imam al-Zamakhsyari, hukum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada EMPAT:
• WAJIB – iaitu menaruh sangkaan baik terhadap Allah SWT
• HARAM – iaitu menaruh sangkaan yang tidak baik terhadap Allah SWT
• SUNAT – iaitu menaruh prasangka yang baik terhadap seseorang muslim yang
kelihatan pada gerak-geri zahariahnya baik, adil dan tidak menyeleweng
daripada batas syarak.
• HARUS – iaitu menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang memang
suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangan hingga hilang rasa
malu dan segan, baik terhadap Allah, apatah lagi sesama masyarakat

Nur mac4

APAbila PANjang ANgan-ANgan


Sayidina Ali bin Abi Talib pernah menyuarakan kebimbangannya,
“ YANG SAYA KHUATIR ATAS KAMU DUA PERKARA, iaitu panjang angan-angan dan menurutkan hawa nafsu. Ini kerana PANJANG ANGAN-angan itu dapat MELUPAKAN AKHIRAT, manakala menurutkan hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran (hak).

ULAMA Berpesan,
“ JANGAN MENGIKAT HATIMU PADA WANITA, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. APABILA ENGKAU TAAT KEPADANYA, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.

“ JANGAN MENGIKAT HATIMU PADA HARTA KERANA HARTA ITU PINJAMAN, hari ini hakmu dan esok hari hak orang lain. JIKA HATIMU TERIKAT PADA HARTA, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah, takut miskin dan menurut kepada bisikan syaitan.

*TINGGALKAN apa yang RAGU-RAGU DALAM HATIMU, SEBAB HATI SEORANG MUKMIN GONCANG DALAM SUBAHAT, LARI DARIPADA HARAM DAN TENANG DALAM HALAL.

Pesanan ULAMA lagi,
Siapa yang mengurangi angan-angannya, MAKA ALLAH AKAN MEMULIAKANNYA DENGAN EMPAT KEMULIAAN, iaitu:
•DIKUATKAN UNTUK TAAT; sebab seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajin melakukan taat, MAKA BERTAMBAH BANYAK AMALNYA.
•KURANG KERISAUANNYA; sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, MAKA DIA TIDAK MEMIKIRKAN KESUKARAN YANG DIHADAPINYA.
•REDHA DENGAN KEHIDUPAN YANG SEDERHANA; sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, MAKA TIDAK PERLU MENCARI BANYAK KEBENDAAN SEBALIKNYA MENUMPUKAN UNTUK TUJUAN AKHIRAT.
•ALLAH AKAN MENERANGKAN HATINYA

Nur mac4

MUDAHNYA MENDAPAT SYURGA



Wanita dikatakan antara golongan yang paling mudah memasuki syurga, juga paling senang mendapat bahagiannya di neraka. Mudah untuknya memasuki syurga kerana dia hanya perlu membuat kebaikan dan memberikan ketaatan kepada suami. Dan mudah juga untuknya mendapat balasan neraka apabila dia menderhakai dan menghina suaminya sendiri.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“ (Kaum wanita masuk ke neraka ) kerana mereka mengkufuri suami. Suami selalunya berbuat baik terhadap isteri, tetapi sekali dia berbuat buruk, isteri terus berkata kepada suaminya: Awak belum pernah berbuat baik kepadaku.”

Apa lagi jika seseorang wanita yang cuba meminta cerai daripada suaminya, dia diharamkan mencium bau syurga, seperti sabda baginda Rasulullah SAW:“ Seseorang perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa hak, nescaya diharamkan baginya mencium bau syurga.”
( Riwayat Ahmad Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“APABILA SEORANG WANITA MELAKUKAN SOLAT LIMA WAKTU, BERPUASA PADA RAMADAN, MEMELIHARA KEHORMATAN DIRINYA DAN TAAT KEPADA SUAMINYA, NESCAYA DIA MASUK KE SYURGA.”
(Riwayat Al-Bazzar daripada Anas)

Bagainda selanjutnya bersabda bermaksud:
“ SESEORANG PEREMPUAN YANG MENINGGAL DUNIA DAN SUAMINYA REDA TERHADAP DIRINYA, MAKA DIA AKAN MASUK KE SYURGA.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)

Wahai para wanita yang bergelar isteri, Allah memberimu keistimewaan ini. Rebutlah tawaran Allah dengan bersungguh-sungguh mentaatiNya.

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...