Memaparkan catatan dengan label MUhaSaBaH DiRi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUhaSaBaH DiRi. Papar semua catatan

Rabu, 4 Januari 2012

TINGKATKAN KUALITI HATI



Kita harus memperbaiki kualiti hati sebagaimana kita menjaga jasad kita keseluruhannya. Kita mungkin prihatin dalam soal menjaga kesihatan fizikal dengan memastikan pengambilan makanan kesihatan, beriadah dan sebagainya. Namun begitu mungkin kita kurang memberi perhatian kepada anggota yang dominan dalam menentukan tindak tanduk kita iaitu hati.

Peranan hati digambarkan dalam potongan hadis bermaksud: “ .........apabila segumpal daging ( hati ) itu baik, maka menjadi baik pula seluruh tubuhnya..”.
 (HR Bukhari)

Oleh itu, adalah menjadi perkara utama dalam kehidupan kita unbtuk mempastikan hati kita berkualiti. Hanya hati yang berkualiti sahaja yang mampu melahirkan amal kebaikan mengajak kepada makruf dan menghalang melakukan kemungkaran.

Untuk tujuan itu perlulah kita mengenali kaedah memperbaiki kualiti hati , iaitu;

1-    BERZIKIR – Manfaat zikir bagi hati sangatlah besar. Umpama ikan memerlukan air untuk hidup. Begitu juga hati akan hidup bila diberikan makanan berupa zikir kepada Allah. Orang yang berzikir dengan penuh kekhusyukan akan menghidupkan hatinya. Hati akan bercahaya, selamat daripada kerosakan dan kematian.

Amat malang sekali bila hati sudah mati, walaupun jasad pada hakikatnya masih hidup tetapi ia tidak berguna di sisi Allah. Tidak berupaya melihat kebenaran. Tidak mampu melihat kebesaran Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingati) Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.
(HR : Bukhari)

2-    MENGINGAT MATI – Barangkali kita malas untuk mengingat kematian kerana kematian akan menurunkan keghairahan kita untuk merebut kemewahan dunia. Mungkin ramai yang melihat kematian ini merupakan satu takdir yang akan tetap dihadapi. Tidak perlu fikir. Hidup ini perlu diteruskan.

Kalau kita renung kehidupan kita ini, berapa lamakah kita boleh bertahan. Paling panjangpun mungkin umur kita menjangkau 80 tahun…? Tetapi selepas itu kita akan menghadapi suatu kehidupan di akhirat yang berkekalan. Wajarkah atau berbaloikah kita hanya senang, mewah, seronok, bahagia hanya dalam jangkamasa yang singkat sahaja di dunia ini? Sedangkan dalam kehidupan kita yang berkekalan di akhirat kita terpaksa bergelumang di dalam azab ALLAH.

Orang yang mengingat kematian akan sedikit berangan-angan, banyak beramal kebaikan dan memiliki rasa takut yang besar untuk berbuat dosa. Rasulullah S.A.W. memerintahkan kita mengingatkan kematian dengan bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan iaitu kematian.
(HR Tirmidzi)

Said bin Jubair berkata: “Sekiranya hatiku berpisah dari mengingat kematian, maka aku benar-benar khuatir hal itu dapat merosak hatiku.”

3-    ZIARAH KUBUR – Ziarah kubur akan mengingatkan kita perjalanan hidup ini. Satu proses kehidupan bermula dari alam ruh. Kemudian berpindah ke alam rahim di dalam perut ibu kita. Seterusnya kita menghirup kehidupan dunia dalam jangka waktu yang telah ditetapkan ALLAH.

Dalam kehidupan dunia ini kita akan mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk menghadapi satu kehidupan yang berkekalan. kIta perlu selalu ‘bersoal jawab’ dengan diri kita. Melihat ‘penyata untung (pahala) dan rugi (dosa)’ berkaitan amalan harian,bulanan dan tahunan kita.

Aktiviti ziarah kubur ini akan menyuntik semangat untuk meningkatkan amal kebaikan yang akan menerangi dan menghidupkan hati. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dulu aku pernah melarangmu ziarah kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingatkan akhirat, dan membuatkan kamu tidak mengucapkan perkataan yang buruk.”
(HR Al Hakim)

Ada di kalangan orang-orang yang soleh seperti Shafwan bin Sulaim yang sering mengunjungi perkuburan Baqi’ apabila merasakan hatinya mulai keras. Ia bukan hanya mengunjugi kubur saudara atau keluarga sendiri sahaja.

4-    MENGUNJUNGI ORANG SOLEH – Mengunjungi orang yang soleh dan melihat amal kebaikan mereka sangatlah memberi manfaat kepada hati kita. Jaafar bin Sulaiman berkata, “Apabila aku mendapati hatiku mulai mengeras, aku pergi melihat wajah Muhammad bin Wasi’. Ia seolah-olah menjadi pelipur lara bagiku.” Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi. Jika ia tidak memberimu sebahagian dari minyak wanginya, maka kamu sudah mendapatkan bau yang wangi darinya.”
(HR Abu Dawud)

5-    MENGASIHI ORANG MISKIN DAN MENYAYANGI ANAK YATIM
Apabila mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim, hati kita akan menjadi lembut, tawadhu’; jauh dari keangkuhan, kesombongan dan kekesatan hati. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka, dan berikan kepada mereka sebahagian dari makananmu, nescaya hatimu akan menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu.”
( HR Thabrani)

Rujukan: Fakhruddin Nursyam .LC, Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah Refleksi 40 hadis Rasulullah saw, Bina Insani Press Solo, Solo. 2007.





Selasa, 16 Ogos 2011

BEBERAPA CARA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT


1. Solat Wajib Tepat Waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepada Allah
Dengan solat, berdoa dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat dengan-Nya
2. Solat Tahajud
Dengan solat tahajud Insya Allah cenderung mendapatkan perasaan tenang. Hal ini dimungkinkan karena di tengah kesunyian malam didapatkan kondisi keheningan dan ketenangan suasana, yang tentu saja semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu saat menghadap kepada-Nya.

3. Mengingat Kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput.

4. Membayangkan Tidur di Dalam Kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit, gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan Kedahsyatan Siksa Neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari azab neraka-Mu, kerana kami sangat takut akan siksa neraka-Mu. Ya Allah bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu di jalan-Mu.
6. Membayangkan Syurga-Nya.
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu. Semoga kita dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan Insya Allah diizinkan untuk meraih Surga-Nya. Amin ... ..

7a. Mengikuti Tausyiah atau Mengikuti Pengajian secara rutin seminggu satu kali (minimal), dua kali atau lebih. Insya Allah ... dengan mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan keimanan karena selalu diingatkan kembali untuk selalu dekat kepada Allah SWT. Perlu dicatat, bahawa  iman boleh turun atau naik, maka harus dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi / kuat dengan mengikuti tausyiah, pengajian dan sebagainya.
7b. Bergaul Dengan Orang-Orang Soleh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahawa tahap keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Berada pada lingkungan kondusif di mana orang-orangnya dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk makin dekat kepada-Nya.

8. Membaca Al-Quran dan Maknanya (erti dari setiap ayat yang dibaca)
Insya Allah dengan membaca al-Quran dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat dengan-Nya.

9. Menambah Pengetahuan keIslaman dengan berbagai cara, antara lain dengan: membaca buku, membaca di internet ( tentang pengetahuan Islam, artikel Islam, tausyiah dsb ), melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita.
10. Merasakan Kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta ( jagad raya yang tidak berbatas ) beserta semua isinya.
11. Merenung Atas Semua Kejadian Alam yang berlaku di sekeliling kita ( tsunami, gunung meletus, gempa dsb ).  Di mana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya / mengikuti perintah-Nya.  Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya. Ya Allah kami mohon bimbingan-Mu agar kami dapat selalu muhasabah atas semua kesalahan yang kami lakukan, meninggalkan larangan-Mu dan kembali ke jalan-Mu ya Allah.
12. Mensyukuri Begitu Besar Nikmat yang sudah diberikan oleh Allah SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah.  Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah. Saat ini masih bernafas,



Sumber :http://www.hajiumroh.comOleh: hamba Allah



Isnin, 4 Julai 2011

BICARA TENTANG IKHLAS

“Dan mereka tidak diperintah, kecuali hanya untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan di dalam menjalankan ajaran agama”.
(QS Al-Bayyinah : 5)

Keikhlasan adalah inti dan ruh ibadah.

Ibnu Hazm berkata, niat adalah rahsia peribadatan. Kedudukan niat terhadap amal adalah sama dengan kedudukan ruh terhadap jasad. Mustahil apabila suatu ibadah itu hanya berupa amalan yang tidak ada ruhnya sama sekali, seperti jasad yang tidak bernyawa.
Ikhlas adalah asas sama ada diterima atau ditolaknya sesuatu amalan dan ia merupakan kunci dalam :
1.       menuju kemenangan atau kerugian yang abadi.
2.       merintis jalan menuju syurga atau neraka.

Apabila keikhlasannya itu cacat maka ia akan membawa pelakunya menuju neraka, tetapi apabila keikhlasan mampu direalisasikan, maka ia akan membawa pelakunya menuju syurga.
‘Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”. (QS Al-Kahfi : 110)


MAKNA IKHLAS

Ikhlas berasal dari perkataan ‘khalasha’, yang memberi erti kejernihan dan hilangnya segala sesuatu yang mengotorinya.

Oleh yang demikian, perkataan ikhlas menunjukkan kepada sesuatu yang jernih, bersih dan bebas dari campuran dan kotoran.

Di antara makna ikhlas lagi menurut ulama’ adalah :
“Amal yang dilakukan hanya kerana Allah, tidak untuk selain Allah”
“Keikhlasan itu adalah berusaha melindungi amal yang dilakukan dari pengetahuan makhluk termasuk dari pengetahuan dirimu sendiri….”

Fudhail bin Iyadh berkata :
“Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riya’, beramal kerana manusia itu syirik. Ikhlas itu adalah engkau beramal dan engkau dilindungi Allah dari kedua keadaan tadi.”

Ya’qub Al Makhfuuf berkata :
“Orang yang ikhlas adalah yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan keburukannya.”

Ibnu Taimiyah mengatakan :
“Orang yang Ikhlas (mukhlis) adalah orang yang tidak peduli bila ia tidak dianggap baik di hati manusia demi kebaikan hatinya dengan Allah dan dia tidak ingin menampakkan amalnya meskipun hanya sebiji sawi kepada orang lain.”

Manakala Ibnul Qayyim  pula berkata dalam kitab Madarij As Saalikin” :
“Barangsiapa yang bersaksi atas keikhlasan dirinya, maka keikhlasannya itu memerlukan keikhlasan. Kayu ukur kekurangan orang yang ikhlas dalam keikhlasannya ialah sejauh mana ia merasakan dirinya ikhlas, bererti dialah seorang ikhlas dan benar-benar ikhlas.”

Ibnu Taimiyah menceritakan bahwa Abu Hamid Al Ghazali pernah mendengar kata-kata hikmah yang menyebutkan bahwa barangsiapa yang berbuat ikhlas semata-mata kerana Allah selama 40 hari maka akan memancar hikmah dalam hati orang tersebut melalui ucapannya.

Abu Hamid Al Ghazali mengatakan :
“Maka aku berbuat ikhlas selama empat puluh hari, tapi ternyata tidak memancar apa-apa dariku lalu aku sampaikan perkara ini kepada sebahagian ahli ilmu, di antara mereka mengatakan :
“Sesungguhnya engkau ikhlas hanya untuk mendapatkan hikmah dan bukan kerana Allah semata-mata…”


IKHLAS MODAL TERBESAR

Modal terbesar kita adalah keikhlasan. Itulah inti kekuatan kita dalam berjalan , beramal dan berjuang.

Sungguh, keikhlasan menjadi suatu kata-kata yang kerap kita dengar tapi jarang kita mendapati wujudnya dalam kehidupan kita. Memang ia adalah suatu sifat yang paling sukar diwujudkan.

Junaid Al Baghdadi mengatakan :
“Keikhlasan itu adalah rahsia antara Allah dan seorang hamba. Tidak diketahui oleh malaikat sehingga tidak dapat ditulis, tidak diketahui oleh syaitan sehingga tidak boleh dirosakkan oleh syaitan. Juga ia tidak boleh dikenali oleh hawa nafsu sehingga tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu.”

Ertinya, keikhlasan tidak boleh :
a.       Dibuat-buat.
b.      Direka-reka.
c.       Dikendalikan.
d.      Dirasa-rasakan.

Ia akan muncul begitu sahaja dalam diri kita lalu mengalir ke dalam darah dan menguasai jiwa.

Oleh yang demikian, mengendalikan jiwa itu menjadi suatu pekerjaan yang sangat sukar bagi para Salafus Soleh.

Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam Al Ghazali mengutip ungkapan Sahl bin Abdullah At Tusturi ketika ditanya :
 “Apakah yang paling berat dilakukan oleh jiwa?”
Ia mengatakan :
“Keikhlasan, kerana jiwa tidak mempunyai bahagian untuk mengendalikannya.”


BERATNYA MERAIH KESEMPURNAAN IKHLAS

Para salaf mengakui bahwa merealisasikan ikhlas dan memperbaiki niat adalah perkara yang sangat sulit.

Ini disebabkan hati kita memiliki sifat suka berubah dan berbolak-balik sehingga boleh jadi seseorang pada mulanya berniat ikhlas, namun di tengah jalan niatnya ternoda atau bahkan berubah. Demikian pula sebaliknya, ada yang mulanya salah dalam niat, namun akhirnya sedar akan kekeliruannya lalu memperbaiki niat tersebut.

Maka mengetahui berbagai persoalan yang berkaitan dengan keikhlasan amat perlu bagi kita sebagai salah satu usaha menjaga hati agar sentiasa lurus menuju kepada Allah dan tidak goyah oleh segala gangguan dan godaan yang terdiri dari :
a.       Was-was dari syaitan.
b.      Segala kecenderungan buruk oleh hawa nafsu.

Keikhlasan yang sempurna amatlah sukar digambarkan kecuali oleh orang yang telah menyerahkan cintanya secara utuh kepada Allah dan mengutamakan akhirat.

Apalagi mengingatkan bahwa manusia memiliki sifat banyak lupa dan mempunyai kecenderungan yang besar terhadap kehidupan duniawi dan bahkan banyak pula yang terpedaya olehnya.

Biasanya keikhlasan akan sukar untuk menembusi hati orang yang telah terpesona dan terpengaruh dengan kehidupan dunia kecuali atas taufik dari Allah.

Tidak perlu pergi lebih jauh, cuba kita tengok dalam hati kita masing-masing dalam perkara yang paling ringan sahajapun seperti makan atau tidur misalnya, apakah kita melakukan itu biasanya kerana memang kita menginginkannya?

Jarang sekali terdetik di dalam fikiran kita ketika melakukan itu agar badan kita kuat dan sihat sehingga dapat melakukan ibadah kepada Allah dengan baik. Demikian pula dalam melakukan berbagai amal yang lain, kita sering merasakan adanya berbagai bisikan dan gangguan yang cuba menggigit kemurnian niat ikhlas kita kepada Allah swt.

Maka adalah selayaknya kita masing-masing :
1.      Bersikap waspada.
2.      Membenteng diri kita.
3.      Memusatkan niat dan tujuan pada keikhlasan yang sempurna.
4.      Jangan hiraukan was-was syaitan kerana was-was dan bisikan syaitan akan menghancurkan dan melemahkan kita.

Ketika amal-amal soleh yang kita kerjakan terkena pencemaran, maka janganlah merasa lemah, kerana kotoran-kotoran tersebut boleh dihilangkan sehingga amal tersebut menjadi benar-benar jernih dan tidak hilang pahalanya.


APABILA KEIKHLASAN TELAH DINODAI

Bagaimana seseorang bersikap apabila keikhlasan suatu amal yang dia kerjakan telah dinodai? Ini adalah kerana tidak jarang orang yang menghadapi masalah ini lantas surut dari berbuat kebaikan kerana khuatir akan terkena riya’.

Abu Thalib al-Makki berkata :
“Seseorang tidak boleh meninggalkan amal soleh kerana takut terkena penyakit pada amal kerana memang itulah yang dikehendaki oleh musuhnya iaitu syaitan. Namun dia mesti kembali kepada niatnya semula, niat yang benar. Jika amal tersebut diresapi oleh penyakit, maka hendaklah ia segera mencari ubatnya, berusaha menghilangkannya dan tetap pada niat yang benar dan tujuan yang baik.

Tidak boleh meninggalkan suatu amalan kerana manusia atau kerana malu terhadap mereka. Ini adalah kerana :
a.       Beramal kerana manusia adalah syirik.
b.      Meninggalkannya kerana mereka adalah riya’.
c.       Meninggalkan amal kerana khuatir akan masuknya penyakit (riya’) di dalam hati adalah kebodohan.
d.      Meninggalkannya ketika amal tersebut sedang dilakukan (kerana keikhlasannya terganggu) adalah suatu kelemahan.

Siapa sahaja yang beramal kerana Allah dan meninggalkannya juga kerana Allah, maka tidak ada masalah baginya selagi masih berada dalam wilayah ini, tentunya setelah ia dapat membuang jauh-jauh segala niat buruk. ”


BOLEHKAH NIAT YANG ROSAK DIPERBAIKI?

Sebahagian orang ada yang menyangka bahwa apabila amal kebaikan dimulai dengan niat yang salah, maka amal tersebut mesti ditinggalkan. Ini adalah anggapan yang salah. Niat itu boleh diperbaiki dan dibangunkan di atas amal perbuatan tersebut, tanpa perlu meninggalkannya.
Sebahagian salaf ada yang pernah mencari ilmu tanpa niat yang sempurna dan benar, kemudian mereka menyedari dan akhirnya kembali kepada Allah serta memperbaiki niat mereka, memulai niat menuntut ilmu dengan niat yang benar.

Imam Az-Zahabi mengatakan :
“Para salaf mencari ilmu kerana Allah sehingga mereka menjadi mulia dan menjadi imam yang diteladani.” Ada juga di antara mereka yang mulanya mencari ilmu bukan kerana Allah, namun setelah mereka mendapatkan ilmu, mereka introspeksi diri, maka ilmu mereka telah menghantarkan mereka kepada keikhlasan di tengah jalan.”

Mujahid berkata :
“Kami mencari ilmu, dan pada mulanya kami tidak memiliki niat yang benar, kemudian Allah mengurniakan niat kepada kami.”


APAKAH NODA MENGHAPUSKAN PAHALA KESELURUHANNYA?

Seseorang yang telah berusaha beramal dengan ikhlas, namun ternyata masih ada noda yang mengotorinya seperti kealpaan atau syahwat, maka pahala amalnya tidak hilang secara keseluruhannya. Ini merupakan keutamaan dari Allah untuk hamba-hambaNya sehingga kaum muslimin tidak terjatuh ke dalam keputusasaan dan kesempitan hidup.

Kotoran-kotoran yang semacam ini sangat sukar dihilangkan kecuali sebahagian kecil sahaja. Namun demikian ia bukanlah bererti bahwa noda tersebut tidak berpengaruh terhadap amal bahkan ia tetap membuat pahala suatu amal namun ianya menjadi berkurang kesempurnaannya, tapi tidak sampai kepada tahap menghapuskannya sama sekali.

Oleh kerana itu seorang hamba setelah berusaha semaksima mungkin, hendaklah sentiasa khuatir antara ditolak dan diterima amal perbuatannya, takut kalau amal ibadahnya terdapat penyakit yang bahayanya lebih besar daripada pahalanya. Oleh kerana itu, jangan sampai ada ujub dan bangga dengan amalnya bahkan yang perlu dilakukan adalah terus meningkatkan kualitinya.


MEMPERLIHATKAN AMAL KEBAIKAN

Memang, pada dasarnya amal kebaikan mestilah disembunyikan dan tidak perlu di pertunjukkan kepada orang lain kecuali yang memang perlu dinampakkan seperti solat berjamaah dan haji.
Namun dalam keadaan tertentu, memperlihatkan amal soleh adalah dibenarkan asalkan memenuhi dua syarat iaitu:

PERTAMA : Bebas dari riya’ (bukan untuk mempamirkan)
KEDUA : Terdapat faedah deeniyah dari menampakkannya seperti :
a.       Untuk memberikan contoh kebaikan.
b.      Menguatkan orang yang lemah.
c.       Menenangkan orang yang tertindas.
d.      Memberikan khabar gembira.

Ini sepertimana yang pernah dikatakan oleh Abu Sufyan bin Harits, salah seorang bapa saudara Nabi menjelang wafatnya :
“Janganlah kamu menangisi aku, kerana sejak masuk Islam aku tidak pernah melakukan dosa.”


 IKHLAS DI JALAN DAKWAH

Jika kita berada di jalan dakwah, maka keikhlasan itu memiliki definasinya yang tersendiri sepertimana yang disampaikan oleh Imam Hasan Al Banna :
“Ikhlas adalah bila seorang pejuang Muslim yang mengorientasikan perkataannya, amalnya dan jihadnya semuanya untuk Allah swt dan mengharapkan ridhanya dan kebaikan pahalanya tanpa melihat kepada :
 1. Perolehan harta.
2. Manfaat.
3. Penampilan.
4. Kedudukan.
5. Kemasyhuran.
6. Kemajuan.
7. Kemunduran.
 Agar, ia menjadi seorang yang ikhlas, menjadi bala tentera fikrah (ideologi) dan aqidah (keyakinan), bukan bala tentera keinginan atau manfaat.”


 MELANGKAH TERUS

Berjalan dan melangkahlah terus dan jangan berhenti.
Mungkin sahaja ada kebahagiaan dan kenikmatan yang dapat menyenangkan kita di sini, namun itu tidak boleh menyimpangkan niat dan tujuan kita di sini bahkan kita disuruh meluruskannya hanya :
  1. Untuk Allah swt.
  2. Untuk ridhaNya.
  3. Untuk dakwahNya.
Ketika kita melangkah, berlari , diam dan berbahagia di jalan ini, maka semuanya itu adalah untuk dan kerana Allah swt.
Lalu :
  1. Jika ada aral dan batu di jalan ini yang mengganggu langkah.
  2. Jika ada cuaca dan suasana jalan ini terasa menekan hati untuk berhenti.
  3. Jika ada peristiwa yang boleh melelehkan airmata dalam hati, kedukaan atau luka di jalan ini.
Tetaplah berjalan dan jangan berhenti.
Kita akan terus berjalan di sini agar, hanya Allah yang tahu semua kepahitan dan luka itu adalah sebahagian dari persembahan, pengabdian, pengorbanan untukNya  dan di jalanNya.
Hanya dengan itulah, kesulitan dan kepahitan akan menjadi nikmat dan kebahagiaan kerana kita di sini adalah keranaNya dan untukNya bukan untuk siapa-siapa.
Semoga kita ikhlas menerima dan menjalani semuanya.

Ya Allah tetapkanlah keikhlasan di dalam hati kami walaupun ianya digoncang oleh badai was-was syaitan dan keinginan hawa nafsu kerana kami tidak tahu amal manakah yang benar-benar diterima olehMu di akhirat nanti. Kuatkanlah jiwa kami supaya kami tidak terpedaya dengan perasaan bahwa kami lebih banyak beramal berbanding saudara-saudara kami yang lain. Sesungguhnya Engkau hanya menerima amal yang ikhlas tanpa dikotori dan dicemari oleh perasaan ‘ujub dan riya’.

Ameen Ya Rabbal Alameen
“Dari Allah,kepada Allah”

Isnin, 27 Jun 2011

AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT

Sumber: http://myzinedine.blogspot.com/

 Assalamualaikum. ..buat santapan sahabat semua ..
Moga dapat manfaat dari apa yang dibaca dan moga kita termasuk ke dalam golongan yang disayanggi NYA ... Aminnnnnn

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir ..


Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS:

Begini kisahnya ... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tak ada zuriat lalu, terdetik dalam hati dia (nazar), 'kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.'

 

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah .. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda (dam) atau sedekah .. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu .. lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya, pun pergilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa .. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya .. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.  

                                                                                                      

           Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi ...

 LIHAT .. betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam .. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi ..

 Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb .. anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. takkan nak biarkan suami & anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat .. tak gamakkan?

 Tapi .. lain pulak halnya dengan kita ni .. pagi petang .. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu .. ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat .. kita pun makan bekas air tangan dia ... gelap lah hati kita .. sebab tu liat nak buat kerja yang baik. beware apa yang kita makan ... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra 'Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (& untuk umat Islam), 'As-solah as Solah wa amalakat aimanukum. ' maknanya, 'Solat, solat JANGAN sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.

 


Wallahua'alam

Ahad, 12 Jun 2011

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

HAYATI KISAH INI ! 


Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah yang cukup menyayat hati ini akan  menyedarkan kita semua dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua?  Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”  Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasul-Nya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?  Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Wallaualam.


Isnin, 14 Mac 2011

MUHASABAH DIRI - Bersyukur


KITA kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki?

Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?

Apakah kita merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya?

Pernahkah kita merasa senang ketika kita dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Oleh itu…

Hargailah semua nikmat yang kita dapat…
Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut…
Setiap nikmat itu adalah amanah Allah kepada kamu….
Gunakanlah nikmat tersebut untuk mentaati Allah…
Jangan sekali-kali menggunakan nikmat tersebut untuk menderhakai Allah…

“Ingatlah… bahawa kamu akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti tentang nikmat yang kamu perolehi… ke arah mana kamu gunakan…”

Kamalazmi

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...