۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Malam ini selepas maghrib (18/03/2018) adalah bersamaan 1 Rejab 1439H. Salah satu daripada 4 bulan haram.
❝Para Ulama mengatakan "Bulan Rejab adalah bulan istighfar. Bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.
Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah:
1) Banyakan doa "Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" (Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)
2) Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى.
3) Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya" (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).
4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bul
an yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.
Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.
5) Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.❞
[Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered]
Memaparkan catatan dengan label PeSaNan TakWa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PeSaNan TakWa. Papar semua catatan
Isnin, 19 Mac 2018
Ahad, 5 Jun 2016
KaTa MuTiaRa
• Kemuliaaan Akhlak
• Kedermawanan
• Sikap santun
• Ibadah yang Istiqomah"
Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Seburuk-buruknya bekal menuju ke alam akhirat adalah permusuhan dengan sesama"
Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Barangsiapa yang menginginkan khusnul khatimah di penghujung umurnya, maka hendaknya ia berprasangka baik kepada semua manusia"
Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan dirinya dan manusia yang paling banyak kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan dirinya"
Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Barangsiapa yang tidak dimuliakan kerana ketakwaannya, maka ia idak memiliki harga diri"
Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Janganlah engkau abaikan sedekah pada setiap hari, sekalipun engkau hanya bersedekah sekecil atom"
Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Kebaikan seluruhnya adalah bersumber dari sedikit bicara"
Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Barangsiapa yag menginginkan keredhaan Allah SWT, maka hendaklah ia mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana keajaiban dan kelembutan Allah SWT terdapat pada akhir malam"
Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Ciri-ciri orang yang bahagia adalah mendapatkan taufik dalam hidupnya, banyak ilmu dan amal serta baik perangai mahupun tingkah lakunya"
Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Barangsiapa yang tidak dimuliakan kerana ketakwaannya, maka ia tidak memiliki harga diri"
Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "yang paling banyak takut kepada Allah SWT adalah orang yang paling banyak bersedih"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos: "Berziarahlah kamu kepada orang-orang soleh! Kerana orang-orang soleh adalah ubat hati"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos: "Sebaik-baiknya teman adalah Al-Qur'an! dan seburuk-buruknya teman adalah syaitan!"
Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad: "Orang yang sukses adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik."
Berkata Al Habib Umar Bin Hud Al Atthos: "Bos yang wajib di patuhi adalah Allah SWT"
Berkata Al Habib Sholeh Bin Muhsin Al Hamid (Tanggul): "Kunci kekayaan adalah shodaqoh, dan kunci kemiskinan adalah pelit (kedekut)"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Abdull Qadir Bin Ahmad Balfaqih: "Sebaik-baiknya ilmu adalah ilmu fiqih"
Berkata Al Habib Muhsin Bin Abdullah Al Atthos: "Semua para wali diangkat kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, dengki, dan selalu rendah diri"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Guru yang paling bertaqwa adalah Nabi Muhammad SAW, dan Rasulullah bersabda : "Aku dididik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Terangi rumahmu dengan lampu, dan terangi hatimu dengan Al-Qur'an".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Bermaksiatlah sepuas kamu pasti kamu akan mati, dan beramal solehlah pasti kamu akan mati".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Jadikan akalmu, hatimu, rohmu, jasadmu, kerana bila semua terisi dengan namanya berbahagialah kamu".
Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Al Haddad: "Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang soleh, kerana mereka bagai bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit".
Berkata Al Habib Abdurrahman Bin Ahmad Assegaf (Sayyidil Walid): "Ilmu itu bagai lautan dan tak akan ada yang mengenalnya kecuali merasakannya".
Berkata Syekh Abu Bakar Bin Salim (Seorang Tokoh Besar di Negeri Yaman, di Kampung Inat): "Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, kerana engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari".
Berkata Sayidina Ali Bin Abu Tholib Ra: "Bukanlah seorang pemuda yang membanggakan harta dan kedudukan ayahnya, tetapi seorang pemuda yang berkata inilah aku (Beramal Sholeh)".
Berkata Imam Syafi'i: "Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad SAW, kerana dia kekasih Allah SWT, dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang Soleh".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor): "Istiqomah di dalam agama menjauhkan kesedihan dan ketakutan".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor):"Ilmu memerlukan amal, amal memerlukan ikhlas, maka ikhlas mendatangkan keredhaan".
Berkata Imam Syafi'i: "Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tak masuk kepada kemaksiatan".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
"Kunci Kejayaan ada TIGA, iaitu :
1. Menuntut ilmu dan beramal.
2. Istiqomah dan sabar.
3. Saling menghormati."
Perkataan Ulama -Sesungguhnya cahaya (Rasulullah) itu apabila masuk ke dalam hati maka akan membuat tenang dan terbuka.
34 NASIHAT SINGKAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ
Niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.
2. Barang siapa semakin mengenal kepada Allah niscaya akan semakin takut kepada-Nya.
3. Barang siapa yang tidak mahu duduk dengan orang-orang yang beruntung,
Bagaimana mungkin ia akan menjadi orang yang beruntung.
Dan barang siapa yang duduk dengan orang-orang yang beruntung,
Bagaimana mungkin ia tidak akan menjadi orang yang beruntung.
4. Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan Sang Kekasih (Iaitu Allah swt dan Rasul-Nya), maka kematian itu merupakan hari raya baginya.
5. Barang siapa percaya dan yakin pada risalah diutusnya Nabi Muhammad saw, maka ia akan mengabdi dan menannggung sabar kerananya.
Dan barang siapa percaya yang membenarkan risalah kerasulan Muhammad saw, maka ia akan mengorbankan harta dan jiwa untuknya.
6. Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah saat orang tersebut berada di alam dunia.
7. Betapa anehnya penduduk bumi ini, semua yang berada di bumi ini adalah pelajaran, namun mengapa mereka tidak mahu belajar darinya.
Kukira tidak ada sejengkal tanahpun di muka bumi, kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.
8. Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
9. Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia sama sekali tidak akan sampai pada Tuhannya.
Ketahuilah bahawa kedekatan manusia terhadap Allah swt menurut kadar kebersihan jiwanya.
10. Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka ia akan mendapatkan apa yang diinginkannya.
11. Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu, kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merosak samudra tersebut.
12. Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat Arsy (singgasana Allah swt) dan seisinya seribu kali.
13. Menyatunya seorang murid dengan gurunya, merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW.
Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW, merupakan permulaan untuk lupa kepada yang selain Allah swt.[12]
14. Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan.
Golongan pertama adalah, golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud.
Golongan kedua adalah, golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.
15. Barang siapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.
16. Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat, yang mana apabila cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat kepala dari sujudnya.
17. Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi Da’i (menyampaikan apa yang kita ketahui) dan tidak harus menjadi Qodli (hakim/orang yang memutuskan suatu perkara dalam agama) ataupun Mufti (orang yang memberikan fatwa).
18. Erti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah swt dan dari keberpalingan kembali menuju Allah swt, serta dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik
19. Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah pula yang menjaga kekasih-kekasih- Nya.
20. Apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka ringanlah semua kebiasaan baginya dan akan keluar keagungan kebiasaan dari dirinya.
21. Apabila benar keluarnya seseorang di dalam berdakwah, maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.
22. Keluarkanlah rasa takut kepada makhluk dari dalam hatimu, niscaya engkau akan tenang dengan rasa takut kepada Sang Khaliq (Allah swt yang Maha Pencipta). Dan keluarkanlah rasa berharap pada makhluk dari dalam hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan hanya berharap pada Sang Khaliq.
23. Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah swt dan merupakan tanda-tanda dari lemahnya keimanan seseorang.
24. Hakikat Tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi ertinya (Tadabbur) dan bangun di waktu malam (untuk mengisi kemuliaan di waktu malam dengan berbagai ibadah yang mendatangkan keridhaan Allah swt).
25. Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
26. Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.
27. Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis dalam keheningan malam.
28. Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah swt, maka Allah swt akan memenuhi hatinya dengan rahmat-Nya di setiap waktu.
29. Janganlah urusan dunia kita mengalahkan urusan akhirat kita.
30. Carilah dunia sebanyak mungkin, namun janganlah urusan duniamu mengalahkan urusan akhiratmu.
31. Selalulah bersyukur kepada segala pemberian Allah, baik yang besar mahupun yang kecil.
Contoh yang telah diajarkan Rasulullah SAW.
Seperti menjilati tangan sehabis makan adalah salah satu bentuk perwujudan syukur kita kepada Allah swt.
32. Tidak menyisakan nasi dalam piring hidangan kita juga merupakan bentuk rasa syukur kita, mengambil sebutir nasi yang terjatuh dari piring kita untuk dimakan adalah juga suatu bentuk perwujudan syukur kita kepada Allah swt.
33. Kita harus bersyukur walau hanya dapat makan dengan nasi putih saja.
Kerana Allah swt telah berfirman:“Barangsiapa bersyukur atas nikmat-Ku, maka Aku akan tambahkan nikmat kepadanya “(QS Ibrahim-14:7).
[Wahai para hadirin, kata ”Aku” di sini adalah Allah, jadi Allah sendiri yang akan menambahkan dan memberi tambahan nikmat- Nya atas orang yang mahu bersyukur.”]
34. Sungguh agung dan suci anugerah-Nya.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang ta'at dan patuh kepada Allah, maka memerintahkan dunia untuk tunduk dan mendatanginya serta melayani hamba-Nya itu.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...
-
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. Te...

