Memaparkan catatan dengan label Petua BERaMal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua BERaMal. Papar semua catatan

Khamis, 12 Julai 2012

AYAT TAA HAA: PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI


طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ .

Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5) Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.


SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI .
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.
 Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
 Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
 "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
 Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Benar"
Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.
Bacaan Untuk Anak/ Pasangan Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...
Wasallam.

Jumaat, 16 Disember 2011

TANDA AMALAN YANG IKHLAS

Sumber: http://dirihamba.blogspot.com

FIRMAN Allah Taala bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.
– Surah al-Bayyinah, ayat 5

Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada Allah Taala. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan antara manusia dengan manusia.

Ertinya segala aktiviti hidup seorang Muslim hendaklah ikhlas kerana Allah Taala. Dengan demikian, ikhlas dalam konteks sebagai seorang Muslim bermaksud ia mestilah mengharapkan keredaan Allah dan ganjaran pahala daripada-Nya.  Justeru itu, segala kata-kata,amal perbuatan dan jihad perjuangannya tidak mengambil kira sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran mahupun kedudukan tinggi. Baginya, syarat amalan yang diterima Allah ialah niat yang ikhlas dan bertepatan dengan syariat dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Dalam hal ini, ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:
Pertama, takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya ia seorang yang berkebolehan. Kerana ia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

Kedua, orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.
Ketiga, lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti.
Dalam konteks sebuah organisasi, ia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.

Keempat, baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan.

Kelima, tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah Taala.

Keenam, suka atau bencinya, memberi atau menolaknya,rela atau marahnya, semuanya kerana Allah Taala dan agamanya.

Ketujuh, ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat dapat memetik hasil dan lambat mencapai kejayaan
.
Kelapan, gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.

Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”. – Surah al-Hijr, ayat 39-40

Al-Fudhail bin Iyadh, seorang ulama terkenal ketika mendengar firman Allah yang bermaksud: “(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. 
– Surah al-Mulk,ayat 2,
 lalu berkata: Sebaik-baik amal itu ialah yang paling ikhlas dan yang paling betul.

Kemudian ia ditanya: “Bagaimana yang paling ikhlas dan betul itu ? Jawabnya: sesuatu amal itu sekiranya ia ikhlas tetapi tidak betul, maka ia tidak diterima, dan sekiranya ia betul tetapi tidak ikhlas juga, maka ia tidak diterima. Jadi, ia hendaklah memiliki kedua-dua sekali iaitu ikhlas dan betul.

Ikhlas hanya semata-mata kerana Allah dan betul pula mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kemudian beliaumembaca firman Allah Taala bermaksud: “Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”. – Surah al-Kahf, ayat 110.

Wassaalam

Rabu, 7 Disember 2011

HAI ABDUL –AAL BERPESAN


Kasihanilah anak-anak yatim

Dan berikan pakaian kepada orang yang tidak berpakaian.

Dan beri makan pada orang yang lapar, dan hormatilah tetamu dan orang gharib (perantau ), semoga dengan begitu anda diterima oleh ALLAH.

Dan perbanyakkanlah zikir, jangan sampai termasuk golongan yang lalai di sisi ALLAH.

Dan ketahuilah bahawa satu rakaat di waktu malam lebih baik dari seribu rakaat di waktu siang,

Dan janganlah mengejek bala/ musibah yang menimpa seseorang.
Dan janganlah berkata Ghibah dan Namimah ( menyebut keburukan orang lain atau mengadu domba antara seorang dengan yang lain).dan jangan membalas, mengganggu pada orang yang mengganggumu.

Dan maafkan orang yang aniya padamu.
Dan berilah pada orang yang bakhil padamu.
Dan berlaku baik pada orang yang jahat padamu.

Dan sebaik-baik manusia akhlak budi pekertinya ialah yang paling sempurna imannya.
Dan siapa yang tidak berilmu, maka tidak berharga di dunia dan akhirat.
Dan siapa yang tidak sabar, tidak berguna ilmunya.
Siapa yang tidak dermawan, tidak mendapat keuntungan dari kekayaannya.
Siapa yang tidak sayang sesama manusia, tidak mendapat hak syafaat di sisi Allah  SWT.
Siapa yang tidak sabar tidak mudah selamat.
Dan siapa yang tidak bertaqwa, tidak berharga di sisi ALLAH.

Dan siapa yang memiliki sifat-sifat ini tidak mendapat tempat di Syurga.

Berzikirlah pada Allah dengan hati yang hadir (khusyu') dan berhati-hati daripada lalai, sebab lalai itu menyebabkan hati beku.

Dan serahkan dirimu pada Allah, dan relakan hatimu menerima bala ujian sebagaimana kegembiraanmu ketika menerima nikmat dan kalahkan hawa nafsu dengan meninggalkan  syahwat.


12 TANDA SESEORANG YANG BENAR-BENAR DALAM SYARIAT

      1.       Benar-benar mengenal ALLAH ( mengerti benar tauhid dan mantap
             iman keyakinannya kepada ALLAH.
      2.       Menjaga benar-benar perintah ALLAH.
      3.       Berpegang teguh pada sunnah Rasulullah SAW.
      4.       Selalu berwuduk (yakni bila berhadas, segera memperbaharui 
             wuduk).
      5.       Rela menerima qada ALLAH dalam suka dan duka.
      6.       Yakin terhadap semua janji ALLAH.
      7.       Putus harap dari segala yang ada pada tangan makhluk ( manusia )
      8.       Tabah, sabar menanggung berbagai derita dan gangguan orang
      9.       Rajin mentaati perintah ALLAH
     10.    Kasih sayang terhadap semua makhluk ALLAH.
     11.   Tawadduk, merendah diri terhadap yang lebih tua, atau yang lebih muda.                                                                
    12.     Menyedari selalu bahawa syaitan itu musuh utama.

Selasa, 18 Oktober 2011

Apabila kamu...............

Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa dalam keadaan BERWUDHU.

By Nur Fazlina Ali

Sabtu, 15 Oktober 2011

HIKMAH BERWUDHUK




Ketika BERKUMUR-KUMUR, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, AMPUNKANLAH SEGALA DOSA MULUT DAN LIDAHKU INI "
Penjelasan : Hari-hari kita bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah.



Ketika MEMBASUH MUKA, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, PUTIHKANLAH MUKAKU DI AKHIRAT KELAK. JANGANLAH ENGKAU HITAMKAN MUKAKU INI "
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Ketika MEMBASUH TANGAN KANAN, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, BERIKANLAH HISAB-HISABKU DI TANGAN KANANKU INI "
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Ketika MEMBASUH TANGAN KIRI, niatkanlah kamu dengan" YA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU BERIKAN HISAB-HISABKU DI TANGAN KIRIKU INI " Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Ketika MENYAPU KEPALA, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, LINDUNGILAH DAKU DARI TERIK MATAHARI DI PADANG MAHSYAR DENGAN ARASY-MU "
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala. 

Ketika MEMBASUH TELINGA, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA TELINGAKU INI "
Penjelasan : Hari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

Ketika MEMBASUH KAKI KANAN, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH AKU MELINTASI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM "
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ketika MEMBASUH KAKI KIRI, niatkanlah kamu dengan
" YA ALLAH, BAWAKANLAH DAKU PERGI KE MASJID-MASJID, SURAU-SURAU DAN BUKAN KE TEMPAT-TEMPAT MAKSIAT "
Penjelasan : Qadar dan Qadar kita ditentukan oleh Allah SWT. 

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang ditentukan dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri....
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa ?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?
Pernah kita terfikir mengapa Allah SWT lahirkan kita sebagai umat Islam ?

BERSYUKURLAH DAN BERTAUBATLAH SELALU....

SEMOGA MENJADI INGATAN KITA BERSAMA LEBIH-LEBIH LAGI UNTUK DIRI SAYA SENDIRI....

WASSALAM
By: ROSLINA HASSAN


Selasa, 4 Oktober 2011

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)




Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Dipublikasi pada Tuesday, 13 May 2008 oleh admin

Sabtu, 1 Oktober 2011


ABU DZAR R.A. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“ALLAH S.W.T  berfirman : Seorang yang berakal bijaksana seharusnya membahagi 3 bahagian waktunya, SATU BAHAGIAN untuk berkhalwat, berzikir dan berdoa kepada ALLAH,  SATU BAHAGIAN untuk muhasabah diri sendiri ( menghitung akan diri sendiri ), dan SATU BAHAGIAN lagi untuk kepentingan makan dan minumnya”.
Wallahua’lam

SEPULUH menolak SEPULUH…….


Sebuah hadits menyatakan bahawa RASULULLAH S.A.W bersabda,
“SEPULUH macam yang menyebabkan TERTOLAKNYA SEPULUH perkara:

1.       SURAH AL-FATIHAH        -              Tertolaknya murka ALLAH.
2.       SURAH YASSIN                 -              Tertolaknya haus dahaga di HARI QIAMAT.
3.       SURAH AD-DUKHAN       -              Tertolaknya huru-hara di HARI QIAMAT.
4.       SURAH AL-WAQIAH        -              Terhindar dari kefakiran dan kemiskinan di dunia.
5.       SURAH AL-MULK             -              Terhindar azab kubur.
6.       SURAH AL-KAUTHAR      -              Menolak segala dendam kasumat dan permusuhan.
7.       SURAH  AL-KAFIRUN      -              Menolak kekufuran ketika nazak.
8.       SURAH AL -IKHLAS         -              Menolak sifat kemunafikan.
9.       SURAH AL-FALAQ           -              Menolak sifat hasad dengki dan iri hati.
10.   SURAH AN-NASS             -              Menolak segala macam bentuk was-was di dalam hati.

Wallahua’lam

Jumaat, 30 September 2011

KELEBIHAN DUA AYAT AKHIR AL-BAQARAH


KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL

1. Perlindungan Daripada Segala Kejahatan:
Abu Mas'ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang malam"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan Permintaan:
Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:

"Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi."

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...