Memaparkan catatan dengan label TAZkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Julai 2012

Inilah Pintu-pintu Menuju Kemuliaan

Gambar hiasan
Dr A Ilyas Ismailma)

Pintu-pintu menuju kemuliaan seperti diterangkan Nabi ? dalam hadis sahih, memiliki cabang yang banyak sekali jumlahnya, mulai dari komitmen tauhid, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” hingga kepekaan terhadap kebersihan dan kesihatan persekitaran, seperti memungut dan menyingkirkan halangan di jalan.
 (HR Muslim dari Abu Hurairah).

Hadis ini mengajarkan kepada kita bahawa iman pada dasarnya bukan hanya kata-kata yang diucapkan (kalimatun tuqal), melainkan suatu keputusan yang menuntut tugas dan tanggung-jawab multidimensional, berupa kepatuhan kepada Tuhan (devotional), kepedulian kepada sesama manusia (sosial), dan keluhuran budi pekerti alias akhlaq al-karimah (moral).

Menarik disemak pertanyaan Nabi ? untuk menguji kadar keimanan para sahabat. Katanya,
“Siapa yang pagi ini puasa?”

“Saya tuan,” jawab Abu Bakar.
“Siapa yang hari ini mengantar jenazah?” tanya Nabi lagi.
“Saya tuan,” jawab Abu Bakar.
Nabi bertanya lagi, “Siapa yang hari ini memberi makan orang miskin?”
Abu Bakar pun menjawab, “Saya Tuan.”
Lalu, Nabi bertanya lagi, “Siapa yang hari ini menjenguk orang sakit?”
Lagi-lagi Abu Bakar mengangkat tangan, seraya berkata, “Saya tuan.”

Lalu, beliau bersabda, “Tak menyatu semua itu pada diri seorang, kecuali ia masuk surga.”
(HR Muslim dari Abu Hurairah).

Kisah ini menarik dan syarat dengan pelajaran. Abu Bakar, sahabat Nabi yang satu ini, memang istimewa. Ia selalu bersama Nabi di kala suka dan duka. Ia adalah sahabat yang menemani Nabi ? di Gua Hira, saat orang kafir, pembunuh bayaran, mengejar hendak membunuhnya. Ia selalu membenarkan, tanpa ragu sedikit pun, apa-apa yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi. Maka, gelar al-Shiddiq layak disandangnya. Ia pun pantas menjadi pengganti Nabi (Khalifah) pertama.

Kisah ini menunjukkan bahawa jalan menuju Allah itu tidaklah tunggal, melainkan berbilang (muta`ddidah). Setiap kebaikan sejatinya adalah pintu atau jalan menuju Tuhan. Setiap orang dapat mengambil pintu atau jalan yang memungkinkan dirinya “bertemu” Allah, setingkat dengan ilmu, kemampuan, dan pengalamannya masing-masing.

Kisah ini juga menunjukkan tiang-tiang kebajikan yang diajarkan Islam. Di antaranya tiang kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT (ibadah). Dalam keadaan ini, kebajikan itu ditunjukkan dengan ibadah puasa, solat, dan menghantar jenazah. Kebajikan ini berdimensi vertikal [ menegak].

Berikutnya tiang amal soleh, iaitu kebaikan sosial, yang ditunjukkan melalui kesediaan memberi makan kepada orang miskin. Kebajikan ini berdimensi sosial dan horizontal. Lalu berikutnya lagi, adalah tiang akhlak dan keluhuran budi pekerti, yang ditunjukkan dengan menziarahi orang sakit. Kebajikan ini berdimensi moral dan sekaligus sosial.

Dalam Al Quran, kebajikan yang diajarkan Nabi ? seperti diperagakan oleh Abu Bakar al-Shiddiq itu dinamakan al-Birr, yaitu kebajikan yang lapang dan luas
(QS al-Baqarah [2]: 177).

Kebajikan di sini menunjuk bukan hanya pada aspek-aspek lahiriah dari agama, melainkan justru aspek batin (inner aspect) yang menjadi kekuatan penggerak lahirnya kebaikan sosial (amal saleh) dan kualiti moral (akhlaq al-karimah). Inilah jalan atau pintu menuju kemuliaan!

wallahu a`lam.

Ahad, 1 Julai 2012

MENJADI SEORANG SUFI

Gambar hiasan
Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya. Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina. Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

Ahad, 12 Februari 2012

KENAPA AKU DIUJI?


Gambar hiasan

KENAPA AKU DIUJI ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapaikemenangan). ”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Allahualam

Sabtu, 11 Februari 2012

KEPADA SAUDARIKU...

Gambar hiasan
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my.my
http://hanan.com.my/

Ini adalah sepucuk surat buat segenap ukhti yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Buat segenap wanita.. baik sebagai ummi, ukhti, isteri mahupun binti.. yang Allah Taala telah diberi amanah memelihara tanggung jawabnya masing-masing. Nescaya di hari kiamat kelak akan menanyakan apa yang menjadi tangggung jawab anti semua.

Buat segenap remaja puteri yang mengimani Allah buat siapa saja yang hari ini menjadi ukhti kemudian esok bakal menjadi isteri dan selanjutnya menjadi ummi.

Wahai wanita yang mengimani Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai dien-nya dan Muhammad sebagai nabi serta rasulnya. Mudah-mudahan engkau pernah membaca seruan nan luhur dari Allah: 


Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan suara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap berada di dalam rumahamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya (Al Ahzab: 32-33)

Itulah seruan Allah kepada siapa saja yang memahami firman-Nya: Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan wanita yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)

Wahai ukhti..bacalah dan jangan terperdaya. Engkau hidup di zaman di mana kehinaan telah menguasai keutamaan. Kerana itu berhati-hatilah.

Wahai ukhti.. janganlah engkau terperdaya oleh para dajjal, yang menyerukan tabarruj dan buka-bukaan. Mereka adalah musuh-musuhmu wahai puteri Islam khususnya dan musuh para kaum muslimin pada umumnya.

Wahai ukhti..sebenarnya Allah telah menurunkan ayat-ayat-Nya yang telah jelas, supaya dengan melaksanakan tuntunan-tuntunan syariat yang ada di dalamnya, engkau menjadi terpelihara dan tersucikan dari kotoran-kotoran jahiliyah yang hari ini, musuh-musuh Islam, para penyeru kebebasan, berusaha keras untuk sekali lagi mengembalikan kaum wanita ke abad jahiliyah dengan bersembunyidi bawah cover Peradaban, Modenisasi dan Kebebasan.

Namun sebenarnya orang-orang gila itu lupa dan tidak pernah memperhatikan bahawa wanita muslimah tidak mungkin akan dapat menerima pembebasan dirinya lepas dari pengabdiannya kepada Rabb-Nya untuk kemudian jatuh menjadi mangsa bagi budak-budak tentera iblis.

Wahai puteri Islam para penyeru tabarruj dan buka-bukaan amat berambisi untuk melepaskan hijabmu, mereka berlumba-lumba ingin mengeluarkanmu dari rumah-rumahmu.

Sayang seribu kali sayang, ternyata banyak wanita yang telah keluar rumah dengan pakaian yang menampakan ketelanjangannya (berpakaian tapi telanjang). Mereka berjalan berlenggak-lenggok, sanggul kepalanya seperti punuk unta, menggugah kelelakian kaum lelaki dan membangkitkan letupan-letupan nafsu seksual yang mestinya terpendam.

Wahai puteri fitrah janganlah engkau tertipu dengan semboyan peradaban yang sebenarnya hanya akan menjajakan wanita sebagai barang dagangan yang ditawarkan kepada siapa saja yang menghendakinya. Jangan pula engkau tertipu dengan tipu daya yang tak tahu malu. Allah berfirman:


Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia yang ada di muka bumi niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti melainkan hanya persangkaan belaka dan tidaklah mereka melainkan hanya berdusta. (Al An'am: 116)

Pada busana sebatas lutut engkau bergegas. Demi Allah, sungai manakah yang kan engkau seberangi ?

Seolah pakaian masih panjang di pagi hari

Namun kian tersingsing saat demi saat

Engkau sangka kamu laki-laki itu tanpa rasa ?

Sebab engkau mungkin tak lagi punya rasa ?

Tidak malukah engkau terhadap pandangan-pandangan mata itu ?



Aduhai ukhti! bacalah dan jangan terperdaya! Malukah engkau untuk bertaqwa dan berbusana iman ? Sementara engkau tiada malu untuk bertabarruj dan buka-bukaan ?

Wahai ukhti, adakah akan merugikanmu penghinaan kaum juhala (orang-orang yang bodoh) itu selama kita berada di atas al haq sedang mereka di atas al bathil ?

Tidakkah engkau dengar firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya di dunia menertawakan orang-orang yang beriman. Dan bila orang-orang yang beriman lewat di hadapan mereka mereka saling mengedip-edipkan matanya. Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali dengan gembira. Dan jika mereka melihat orang-orang mukmin mereka berkata: Sungguh mereka itu benar-benar orang yang sesat, padahal orang-orang yang berdosa itu tiada dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, mereka duduk di atas dipan-dipan sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (Al Muthafifin: 29-36)

Wahai ukhti.. siapa yang kelak tertawa di akhirat niscaya dia akan banyak tertawa.

Atau engkau pernah berfikir bahawa hijabmu itu akan menghalanginya untuk mendapatkan seorang suami?

Hai ukhti.. Demi Allah! fikiran itu hanyalah waswasah (bisikan) syaitan.

Tidakkah engkau tahu bahawa Allah telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka kerana itu dengarkan firman-Nya:

Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-prempauan yang baik. (An Nur: 26)

Oleh sebab itu mestinya engkau jangan redha kecuali jika menjadi pedamping seorang suami yang baik, yang berpegang teguh pada ajaran diennya [agama] dan selalu merasa diawasi oleh Rabbnya.

Suami seperti inilah yang engkau bakal merasa aman bagi jaminan hidup masa depanmu. Lihatlah! Di sana banyak sekali puteri-puteri sebangsamu yang terjebak dalam tipu daya kehidupan Romantisme dan cinta yang menyesatkan. Ternyata banyak di antara mereka kemudian gagal dalam menempuh jalan hidupnya. Begitu tragis.

Allah berfirman: Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescya Allah berikan baginya jalan keluar dan nescaya Dia akan memberinya rezeki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya. (At Thalaq: 2-3)

Tapi bagaimanakah engkau sanggup berbusana seperti ini di tengah musim panas dan teriknya sengatan matahari ?

Wahai putri fitrah.. sesungguhnya di dalam iman terdapat rasa manis bagi jiwa dan rasa tenteram bagi dada. Kalau engkau tahu bahawa neraka jahannam itu lebih panas nescaya segala rasa panas dunia akan, menjadi ringan bagimu.

Ketahuilah, sungguh seringan-ringannya orang yang diseksa di neraka pada hari kiamat adalah seseorang yang di bawah telapak kakinya diletakkan sepotong bara dari api neraka, tetapi dari sepotong bara di bawah kakinya itu kan mendidih otaknya.

Waspadalah akan godaan-godaan syaitan. Dengan demikain apakah gerangan yang menyebabkanmu berpaling dari seruan Allah, dunia dan perhiasannyakah ??

Bacalah firman-Nya: Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al Hadid: 20)

Gambar hiasan 
Atau adakah engkau kini sedang bergembira dengan para pemuda dan dengan dunia kecantikan, seraya engkau katakan: Nantilah saya akan berhijab kalau umurku sudah tua.

Ketahuilah..semoga Allah menunjuki kita semua- bahwa apa yang engkau gembirakan itu adalah nikmat Allah sebab; Apa-apa yang ada padamu dari suatu nikmat maka ia adalah datangnya dari Allah. (an Nahl: 53)

Mestinya engkau wajib bersyukur kepada Allah dengan cara mentaati-Nya.

Betapa banyak remaja yang hari-harinya penuh tawa padahal kain-kain kafan telah siap untuknya sedang ia tak mengira betapa banyak teman putri dihias untuk sang suami tiba-tiba nyawa melayang di malam taqdir

Wahai ukhti.. kembalilah segera kepada nilai-nilai dan prinsip Islam, niscaya harga diri dan kehormatanmu akan terjaga di hadapan siapa saja. Angkatlah kemuliaanmu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semua untuk melakukan apa yang dicintai dan diredhai-Nya. Akhirnya engkau memohon pada Allah agar Ia menjadikan amalan kita ikhlas kerana wajah-Nya. (Syeikh Faris Al Jabushi)

Isnin, 26 Disember 2011

10 AMALAN SONGSANG ORANG ISLAM DI MALAYSIA ?

Gambar hiasan
 Sumber http://mietazkirah.blogspot.com
  
Pernahkah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik: 

1. Kenduri Tahlil. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kenduri Kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Pakaian Cantik. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Adab Tetamu. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita. 

5. Solat Sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid. 

6. Bulan Puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Ibadah Haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? 

8. Pendidikan Anak. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan. 

9. Mencari Rezeki. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas. 

10. Hiasan Isteri. Seorang isteri hendaklah berhias untuk suaminya sahaja. Bukan berhias-hias secara  tidak sewajarnya ketika hendak keluar rumah. Para isteri hendaklah berusaha memahami situasi ini kerana ia dituntut oleh agama. Seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Berusahalah untuk mencapai kedudukan isteri solehah yang akan mengetuai bidadari di syurga nanti. 

Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 


Wallahualam.

Ahad, 20 November 2011

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT





Ustaz Muhammad Arifin Ilham
Hudzaifah.org –


Saudara saudariku yang kucintai kerana Allah. Istighfar, kalimah yang sangat pendek,tetapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita, di dunia dan di akhirat. Istighfar memiliki dua makna.

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta diampunkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar.

Kerana tidak seorang pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar menjadi kewajiban, dan keperluan kita, agar Allah dapat mengampuni dosa kesalahan kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia.

Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang bersungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan ketika dalam  kesulitan, Allah gembirakan saat kesedihan, dan Allah memberi rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga."


Subhanallah.

Kemudian dalam Al Qur'an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman,

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (QS. Nuh: 10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, niscaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi keperluan kita. Kerana itulah Rasulullah SAW, baginda tidak bangun dari tempat tidur baginda, kecuali baginda beristighfar 70 kali, dalam hadith lain menyatakan sebanyaj 100 kali. Padahal baginda nabi dan rasul yang ma'sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa. Astagfirullahal 'adzim, ampunilah dosa kami ya Allah..



Subhanakallahumma wabihamdika asyhaduallaailaahailla anta astaghfiruka wa atubuilaik.


Ahad, 23 Oktober 2011

7 ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATULMAUT



Syaitan &Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tetapi dia datang untuk menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat Islam,namun belum pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.

Rombongan 1

Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 2

Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.

Rombongan 3

Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 4

Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan fasik dan munafik.

Rombongan 5

Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.

Rombongan 6

Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.

Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama' berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut menyatakan dia tidak tahu.

Iblis itu mula memasang perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah, hendaklah kamu patuh kepada kami”.

Si bakal mati memandang ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.

Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.

Rombongan 7

Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.

Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.

Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.

Kiriman: Layyinul Jauza


Wallahu'alam....

Ahad, 9 Oktober 2011

KEBERKATAN MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

sambungan ..25 PESANAN LUQMANUL HAKIM



11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis
belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang
yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai
kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang
yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~
yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang
busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan
selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat
menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah
kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah
yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke
keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang
membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM



01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH
juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan
taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat
ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari
tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan
besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan
daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.

sambungan........

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...