Memaparkan catatan dengan label Tip Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip Kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2013

Ubati strok melalui al-Quran

Ubati strok melalui al-Quran - by epondok
Soalan: Dua minggu lalu ayah saya diserang angin ahmar. Doktor menerangkan berlaku pendarahan besar di dalam otak ayah. Kini ayah terlantar di hospital, lumpuh sebelah kanan badan. Ayah tidak boleh bercakap dan bergantung kepada kami untuk mengurus diri. Saya meminta tolong Tuan Haji menerangkan rawatan al-Quran untuk angin ahmar. Terima kasih.

Jawapan: Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.

Kadangkala strok dipanggil ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.

Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak – cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah. 

Risiko tidak boleh diubah:
* Umur.
* Genetik.
* Jantina.

Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:
* Tekanan darah tinggi.
* Merokok.
* Kencing manis.
* Kolesterol.
* Obesiti.

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.
2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa meleleh tanpa kawalan.
3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,percakapan, penglihatan, sukar menelan.
4. Rasa pening atau sakit kepala.
5. Kebas di sebahagian daripada badan.
6. Pengsan atau menjadi keliru.

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

1. Sebelah badan lemah.
2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.
3. Masalah menelan.
4. Masalah percakapan dan komunikasi.
5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55.
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89.
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37.
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

Selasa, 9 April 2013

SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan Israel yang disembunyikan !!!. MESTI BACA !!!

SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan Israel yang disembunyikan !!!.
MESTI BACA !!!

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.
“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya di seluruh Israel di mana kita boleh memperolehi serai yang segar.”

Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon di dalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat di dalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).
“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon di dalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri di dalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya di dalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan di dalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, di mana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi di dalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

“Dalam sel di dalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel di dalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Di dalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati di dalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser di dalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) di dalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.

Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europah pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “di mana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada di antara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”
Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yang simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yang kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan ke dalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

 "Kita Berusaha, Allah yang menyembuhkan "

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...