SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan Israel yang
disembunyikan !!!.
MESTI BACA !!!
Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar
Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai
rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari
seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.
Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah
dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari
ladang beliau bagi kegunaan perubatan.
“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan
gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan
menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak
ISRAEL21c. “Inilah tempatnya di seluruh Israel di mana kita boleh memperolehi
serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik
di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon di dalam
rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan
sel-sel lain yang sihat di dalam badan pesakit.
Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan
Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair
di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan
Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).
“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan
seakan lemon di dalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai
(Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).
Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati
“citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan
mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel
mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah
cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri di dalam bekas
kajian.
Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa
keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua
jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak
dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama
seperti kandungannya di dalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan
didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel
sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan ini telah dipaparkan di dalam sebuah journal sains
iaitu “Planta Medica”, di mana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan
sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan
ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi di dalam surat khabar yang paling
popular di Israel.
Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui
akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori
terhadapnya.
“Dalam sel di dalam badan kita, terdapat satu sistem gen
yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel di dalam
badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan
terbentuk sel-sel kanser. Di dalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem
tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel
tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi
sel-sel mati di dalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk
menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.
Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu
kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser di dalam badan kita.
Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben
Gurion (BGU) di dalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan
penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati
pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit
ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang
serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit
kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan
bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat
dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta
kata-kata semangat buat mereka.
“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya
meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya
paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu
mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk
mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang
rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama
ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat
dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan
yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum
teh serai ini setiap hari.”
Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan
pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian
Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai
satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang
dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian
iaitu Tsofar.
“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis
buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami
dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”
Dalam lawatan beliau ke Europah pada pertengahan tahun 80
an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak
memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah
ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.
Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat
kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai
potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa
pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “di mana ini adalah satu
kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat
bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian,
beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa
serta beberapa jenis pudina.
Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat
keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat
yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam
setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram
serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar
untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di
negaranya.
Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikan
“citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta
menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana
dan kenapa “citral” berfungsi.
Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu
kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa
yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion
kerana ada di antara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik
untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya
serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari
sebagai amalan.”
Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan
ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan
tahap kesihatan beliau sendiri.
Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan
keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini
bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”
Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yang simple jer ni dan
selamat mencuba :)
AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)
Bahan:
1 batang serai (kalau serai yang kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih
Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan ke dalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan
limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.
"Kita Berusaha, Allah yang menyembuhkan "
"Kita Berusaha, Allah yang menyembuhkan "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan