Ahad, 7 April 2013

Kisah Unta Membunuh Orang Yang Mencaci Ali r.a.

Kisah Unta Membunuh Orang Yang Mencaci Ali r.a., Thalhah r.a.dan Zubair r.a. 

Gambar hiasan
Dikisahkan bahawa pada suatu hari ketika Sa’ad bin Abi Waqqash sedang berjalan-jalan, dia terlihat seorang pemuda sedang memaki dan mengutuk Ali r.a., Thalhah r.a., dan Zubair r.a. Sa’ad sangat marah apabila melihat pemuda itu masih mencaci dan mengutuk para sahabat walapun Sa’ad telah memberi amaran padanya.

Oleh kerana pemuda itu tidak mahu diam maka Sa’ad pun berkata: “Kalau kamu tidak mahu berhenti dari mengutuk para sahabat maka aku terpaksa berdoa kepada ALLAH subhanahu watala untuk membalas perbuatan kamu ini.”

Apabila pemuda itu mendengar kata-kata Sa’ad maka dia pun berkata: “ Kamu hendak menakut-nakutkan aku ya.”

Lalu Sa’ad pun pergi mengambil wudhu dan dia sembahyang dua rakaat lalu diangkat tangannya sambil berdoa: “ Ya ALLAH, sekiranya mengikut ilmu-Mu orang itu telah memaki segolongan orang yang telah beroleh kebaikan dari-Mu, dan tindakannya itu telah menyebabkan murka-Mu, maka aku mohon kepada-Mu supaya kamu memberi pengajaran kepadanya.”

Sebaik sahaja selesai Sa’ad berdoa maka dengan tiba-tiba muncul seekor unta yang sangat liar dan tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun, unta itu bagaikan mencari seseirang yang dia kehendaki. Unta uti terus masuk ke tempat orang ramai dan mencari orang yang dikehendakinya.

Setelah unta itu berjaya mendapatkan orang yang telah menghina para sahabat maka dia pun menendang orang itu dan melompat-lompat ke atas badan orang itu sehingga orang itu menemui ajalnya.

Wahai saudara-saudaraku kita sebagai umat Islam tidak boleh mengumpat, mencaci atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap saudara-saudara kita lebih-lebih lagi terhadap para Rasul, para nabi dan para sahabat. Pengorbanan para sahabat untuk agama Allah adalah sangat tinggi.

Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W. para sahabat yang telah berusaha sedaya upaya mereka supaya Islam itu tetap berada pada setiap hamba ALLAH.  Kita tidaklah boleh disamakan dengan perjuangan para sahabat, perjuangan mereka hanya ALLAH dan Rasulnya lebih mengetahui.

Wahai saudara-saudara ku kalau ada sesiapa di antara kita yang mencaci atau mengkafirkan para sahabat hendaklah dia segera bertaubat dan meminta ampun kepada ALLAH subhanahu watala  Orang yang mencaci atau mengkafirkan para sahabat adalah orang yang membenci pada Rasulullah S.A.W.

Orang yang mencaci atau mengkafirkan para sahabat adalah orang yang tidak siuman, sebab setelah mereka tahu bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Para sahabat-sahabatku bagaikan bintang bertebaran di langit dan ikutilah mereka.” 

Apabila sudah ada orang yang berani mencaci dan mengkafirkan para sahabat maka hendaklah dia segera bertaubat dan minta ampun kepada ALLAH subhanahu watala atas apa yang dia katakan. Kalau orang itu masih berkata demikiran maka janganlah menyesal sekiranya ALLAH subhanahu watala  menghilangkan lidah mereka itu agar mereka menjadi orang yang bisu.

http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/09/kisah-benar-unta-membunuh-orang-yang.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...