Selasa, 16 April 2013

HaTiM Al AsHaM

Hatim Al Asham 
Gambar hiasan sahaja
Nama lengkapnya adalah Abu AbduRrahman Hatim bin Alwan, terkenal dengan gelar Al-Asham. Wafat pada tahun 237 H / 751 M, dia termasuk tokoh guru besar (syaikh) khurasan, murid Syaikh Syaqiq, guru Ahmad bin Khadrawaih. Hatim dijuluki Al-Asham (orang yang tuli) bukan kerana ia tuli akan tetapi pernah ia berpura-pura tuli kerana untuk menjaga kehormatan seseorang hingga ia dijuluki dengan Al-Asham.

Ustadz Abu Ali Ad-Daqaq – Semoga ALLAH merahmatinya, pernah bercerita, “ Seorang wanita pernah datang kepada Hatim. Wanita itu bermaksud menanyakan sesuatu kepadanya. Namun semasa dia mengutarakan pertanyaan, wanita itu tiba-tiba buang angin (kentut) sehingga membuatnya dia sangat malu. Hatim tahu apa yang berada di balik perasaan tetamunya. Dia tidak ingin tetamunya bertambah malu kerana pendengarannya. Kerana itu mencuba menutupinya dengan mengatakan, ‘Keraskan suaramu’. Dia berkata demikian kerana berpura-pura tuli. Akibatnya, wanita itu senang dan tidak salah tingkah. Dia mengira Hatim tidak mendengarnya. Dan sejak itulah ia dijuluki dengan Al-Asham.

Di antara Mutiara Hikmahnya :

1. Tiada waktu pagi datang melainkan syaitan mencercaku dengan pertanyaan-pertanyaan yang menggoda, “Apa yang akan kamu makan ?” Apa yang akan kamu pakai ? Di manakah kamu akan tinggal.” Saya tidak ingin hanyut dalam perangkap pertanyaan itu, maka saya cukup menjawabnya, “Saya akan makan kematian, mengenakan kain kafan, dan tinggal di liang lahat.

2. Pernah suatu hari saya ditanya, “Tidakkah kamu menginginkan sesuatu ?” Maka saya jawab, “Saya ingin selalu sihat dari pagi hingga malam hari”. Ditanyakan lagi, “Bukankah kamu sihat selama seharian ?”. saya jawab, “Sihat menurutku adalah tidak menjalankan dosa dari pagi hingga malam”.

3. Dalam suatu pertempuran, saya pernah ditangkap oleh seorang tentera turki, kemudian badan saya dilentangkan untuk disembelih. Hati saya tidak merasa takut sedikitpun, bahkan saya menunggu keputusan ALLAH untukku. Ketika perajurit itu menghunus pedangnya untuk menyembelih diriku, tiba-tiba meluncur sebuah anak panah menembusi badannya sampai mati sehingga ia terlempar dariku. Saya pun segera berdiri.

4. Barang siapa memasuki mazhab kami, hendaklah bersedia menerima empat hal kematian. Mati putih kerana lapar, mati hitam kerana menanggung penderitaan dari manusia, mati merah kerana berbuat ketulusan untuk melawan hawa nafsu, dan mati hijau kerana fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...