ADAB
BERZIKIR KEPADA ALLAH
By Ahmad
Tajuddin bin Idris al-Manhaji
Gambar hiasan |
Di antara
DUA syarat sesuatu amalan kebaikan diterima
oleh ALLAH Subhanahu wataala, ialah Pertamanya, IKHLAS kerana ALLAH dan
Keduanya dilakukan dengan mencontohi cara Rasulullah SAW. Kedua-dua syarat ini
perlaulah terhimpun dalam sesuatu amalan soleh agar tidak ditolak oleh ALLAH .
Jika hanya
satu daripada dua syarat ini tidak dipenuhi, maka ia tidak boleh dipanggil
amalan soleh.
Kita ambil
satu contoh; amalan zikir kepada ALLAH. Zikir adalah satu amalan khusus yang dilakukan
untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
Jadi, zikir itu mestilah semata-mata kerana ALLAH bukan
bertujuan selain daripada itu.
Lafaz zikir
dan kaedah sewaktu berzikir kepada ALLAH itu
juga hendaklah sesuai seperti diajarkan
oleh Nabi SAW sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan baginda. Jika
syarat ini dipenuhi, maka amalan ini akan diterima dan menerima ganjaran
pahala.
Seperti
hadis Nabi SAW; Dari Aisyah RA berkata Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa
mengada-adakan yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang
bukan bahagian daripadanya; dia tertolak “. ( Riwayat al-Bukhari no. 2550.
Muslim no.4586 dan Abu Daud no. 4608)
ZIKIR Berlandas Al-Quran
Sekiranya
kita ingin mendekatkan diri dengan ALLAH dengan
berzikir hendaklah lafaz zikir diambil seperti yang ALLAH ajarkan kepada Nabi di dalam al-Quran atau
zikir yang Nabi SAW ajarkan kepada sahabat.
Apa-apa
zikir yang dikeluarkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada daripada al-Quran
atau hadis Nabi SAW yang sahih, itulah yang menjadi keutamaan untuk diamalkan.
Selain yang
datang daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW walaupun kelihatan baik itu
hanyalah sangkaan di atas perasaan tanpa neraca ilmu dan kebenaran.
Mana
mungkin zikir selain daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW yang lebih utama dan
baik. Kadangkala zikir yang direka ini jika dikaji dan diteliti terdapat unsur syirik dan menyalahi manhaj aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Seperti
zikir yang ada unsur bertawassul dengan Nabi dan orang soleh yang sudah
meninggal dunia. Hal in jelas bercanggah dengan sunah.
Ironinya,
kaum Muslimin hari ini lebih suka mengambil zikir yang bukan datang daripada
al-Quran dan sunah. Padahal kalimah
zikir yang Nabi ajarkan dan tinggalkan kepada kita semua, jika hendak dihafal
dan diamalkan dalam kehidupan seharian pun belum tentu kita dapat
menghabiskannya.
Lebih parah
lagi hari ini, selain lafaz zikir itu bukan datang daripada Nabi, kaedah
dalam mengamalkannya juga menyanggahi
sunah Nabi.
Elak Angkat Suara
Terdapat
sebahagian orang Islam yang mendendangkan zikir ini dengan cara dilagukan dan
dinyanyikan di atas syubhat nama qasidah
dan nasyid Islami. Sedangkan Nabi, pada sahabat, tabien mahupun ulama mazhab
yang empat tidak pernah melakukan sedemikian apatah lagi menganjurkannya.
Jika kita
selusuri perkataan Imam Syafie ketika beliau keluar dari Baghdad, beliau
mengatakan: “Aku temui di Baghdad, sesuatu yang disebut sebagai ‘at-Taghbir’
yang direka oleh orang zindiq yang menyibukkan manusia daripada al-Quran” ( Ibnul
Jauzi, Talbis Iblis :205 dan majmuk al –Fatawa,11:569 ).
Taghbir
adalah dendangan dan nyanyian zikir memuji ALLAH. Imam Syafie tidak suka dengan
amalan taghbir itu kerana ia bidaah lagi mungkar yang direka oleh kelompok sufi
dan orang zindik.
Banyak hadis
sahih mengajar bagaimana adab dan cara untk berzikir kepada ALLAH. Di antara
adabnya, Nabi melarang umatnya mengangkat suara kuat tatkala berzikir kepada ALLAH.
Seperti
kata Abu Musa Al-Asy’ari: “Ketika Rasulullah SAW memerangi atau menuju Khaibar
, orang-orang menaiki lembah, lalu mereka meninggikan suara mereka dengan
takbir Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Laa ilaaha illa ALLAH Maka Rasulullah
bersabda :”Perlahanlah ! Sesungguhnya kalian tidak menyeru kepada yang pekak dan yang tidak ada. Sesungguhnya engkau
menyeru (ALLAH) Yang Maha Mendengar dan
Maha Dekat, dan Dia bersamamu.” (Hadis Bukhari dan Muslim).
Menguatkan
suara berzikir kepada ALLAH dilarang, inikan pula zikir kepada ALLAH dengan didendangkan,
dilagukan dan dinyanyikan berserta alat muzik.
Benar-benar
ini adalah satu musibah. Amalan ini benar-benar melalaikan kaum Muslimin daripada memahami dan
mengamalkan zikir yang diajarkan dalam Islam.
Sememangnya
manusia akan lalai dan terpesong
daripada landasan ilmu jika nyanyian dijadikan modal untuk menarik manusia.
Wallahua’lam.
Penulis Lulusan Syariahh
Fiqh dan Usul (UM)
Ketua Biro Massa Ilmuan
Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan