Sabtu, 27 April 2013

PETIKAN KALAM SHEIKH ASYRAF (IMAM MASJID AL AZHAR)


1. Kuasailah bahasa Arab, agar mudah memahami kitab-kitab dan kuliah.
2. Mengenai Karamah Sheikh Soleh Ja'fari:
-Sesungguhnya Sheikh Soleh Ja'fari akan menyemak hadis-hadis yang beliau akan sampaikan dalam khutbah Jumaat. Maka,pada suatu hari, beliau telah meminta seorang pembantu beliau untuk pergi mengambil jubah beliau. Akan tetapi pembantunya tidak pergi kerana terdengar Sheikh Soleh bercakap dengan seseorang di ruang bilik beliau yang merupakan tempat Sheikh Soleh menyendiri untuk beribadah ( khalwat-istilah sufi ). Sheikh Soleh tidak akan keluar dari ruang itu melainkan urusan-urusan tertentu sahaja. Pembantunya mendengar perbualan tersebut sehinggalah Sheikh Soleh keluar dari ruang itu, maka terus terlihat pembantunya itu. Maka Sheikh Soleh terus mengarahkan pembantunya itu untuk keluar dari Mesir dan jangan sekali-kali datang ke Mesir selagi beliau masih hidup..

Inilah karamah Sheikh Soleh yang bertemu Rasulullah secara jaga.
  • Pada suatu ketika beliau sedang duduk berseorangan. Maka, beliau mengisi masa tersebut dengan berzikir.Ketika pergerakan bibir beliau mengalunkan zikir, pokok dan ranting-ranting di sekeliling turut bersama bergerak serentak mengiringi zikir beliau.
  • Karamah terbesar yang ALLAH kurniakan kepada beliau adalah karamah ILMU. 'Alim hebat terunggul merangkap Imam Masjid Al Azhar selama 50 tahun.
  • Setiap kali Sheikh Asyraf membaca kitab FATHUN WA FAIDHUN WA FADHLUN karangan Sheikh Soleh, pasti akan tercetus ilham baru di benak fikiran beliau.
  • Sesungguhnya untuk mendekati para masyaikh bukan bergantung kepada penguasaan bahasa semata,akan tetapi ia adalah merupakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada seseorang tolibul 'il itu.
http://penailham.blogspot.com/2010/04/nasihat-berguna-daripada-syaqiq-al.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...