Sabtu, 9 Jun 2012

Al Quran Buka Pintu Hati Myriam

Susunan ZUARIDA MOHYIN
Myriam Francois-Cerrah

MYRIAM Francois-Cerrah, yang juga dikenali dengan nama Emilie Francois dilahirkan 29 tahun lalu, sebelum ini adalah pelakon Britain yang berdarah kacukan Perancis dan Ireland.

Kerjaya seninya bermula seawal usia 12 tahun ketika membintangi filem Sense and Sensibility (1995). Dia membawakan watak Margaret Dashwood sebaris dengan pelakon Emma Thompson and Kate Winslet.

Kemudian menerima tawaran lakonan dalam filem Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri and Heath Ledger dan New Year's Day (2000), dia membawa watak Heather.

Pada tahun 2003, selepas melakukan penyelidikan luas ke dalam aspek kepercayaan beragama, Myriam telah mengambil keputusan mengejutkan semua pihak dengan mengucap dua kalimah syahadah, sekali gus bergelar Muslim pada usianya menginjak 21 tahun ketika itu.

Kini, Myriam aktif sebagai jurucakap bagi mengenali umat Islam dengan muncul di program perbandingan agama Big Question, di stesen televisyen BBC pada tahun 2008 hingga 2011 bergandingan dengan Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan ramai lagi. Malah dia juga menyumbang buah fikiran dan ilmu pengetahuannya dalam diskusi di Newsnight (2009), 4thought (2011), BBC News (2010), Crosstalk (2010) dan pelbagai dokumentari termasuk, The Life of Muhammad, dihoskan oleh Rageh Omar (2011).

Pada masa ini, bertugas sebagai wartawan bebas rencana-rencanaya tersiar di The Huffington Post, New Statesman, The London Paper, Index on Censorship, F-Word, dan majalah Emel.

Pada tahun ini, Myriam dijangka memperoleh doktor falsafah dalam bidang Pengajian Oriental dari Universiti Oxford setelah memiliki ijazah sarjana dengan kepujian dalam bidang politik Asia Barat dari Universiti Georgetown dan ijazah sarjana muda dari Universiti Cambridge dalam bidang Sains Politik dan Sosial.
Menurut Myriam, dia memeluk Islam seusia menamatkan pengajiannya di Cambridge.

Sebelum itu, mengakui dirinya seorang yang beragama Kristian tetapi memiliki sikap yang skeptikal iaitu mempercayai tuhan tetapi agak curiga pada agama yang teratur.

Akuinya lagi, al-Quran adalah penting dan paling terkesan dalam keseluruhan hidupnya. Ini kerana dia pernah cuba mengetahui tentang kitab suci umat Islam ini dalam keadaan diri yang marah.

“Saya mengambil al-Quran bertujuan untuk membuktikan kepada teman yang beragama Islam bahawa apa yang tercatat di dalamnya itu adalah pembohongan belaka.
“Namun, kemudiannya marah yang membuak-buak itu bertukar dengan hati dan fikiran yang terbuka.

“Mukadimah dengan surah al-Fatihah, yang ditujukan kepada seluruh umat manusia, secara psikologinya telah meredakan baran saya ketika itu," kata Myriam.

Hakikatnya, sedikit demi sedikit, bait-bait ayat al-Quran itu menjawab segala sanggahan yang selama ini bermain di fikiran Myriam, terutamanya berkaitan kepercayaan.
Jelasnya lagi, ia menjadikan dia dewasa secara tiba-tiba sebaik menyedari bahawa setiap perlakuan individu di atas muka bumi ini akan dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka sendiri kelak.
Semuanya menjawab mengapa atau tujuan manusia diwujudkan di atas muka bumi ini?
Cerita Myriam lagi, dia dapat merasakan bahawa kebanyakan daripada teman-teman baiknya menyangka yang dia sedang melalui satu fasa dan akan muncul dalam keadaan yang selamat, tanpa menyedari bahawa perubahannya itu adalah sesuatu yang pastinya amat mengejutkan.

“Sebahagian daripada teman baik saya sentiasa memberikan sokongan dan pemahaman terhadap apa juga keputusan yang saya ambil.

“Malah saya tidak melihat pengislaman diri saya ini sebagai reaksi berlawanan atau membelakangkan kebudayaan saya. Islam bukanlah satu agama yang asing.
Kita tidak sepatutnya merasakan apabila sahaja kita beragama Islam, maka segala tentang kebudayaan warisan kita akan hilang. Islam adalah pengesahan tentang kebaikan di dalam diri kita dan bagaimana kita memperbaiki segala yang buruk.

“Islam adalah bermaksud adanya keseimbangan dan mesej Rasulullah SAW itu adalah asasi dalam memperoleh keseimbangan dalam apa juga yang kita lakukan," jelas Myriam.

Kalau dahulu Myriam memperoleh populariti menerusi lakonan di layar perak lewat tahun 90-an. Kini, Myriam adalah sebahagian daripada wanita terpelajar golongan pertengahan yang memeluk Islam di Britain.

Akhir-akhir ini, Myriam telah menyumbangkan beberapa siri video berkaitan Islam yang diterbitkan di United Kingdom (UK) berjudul, Inspired by Muhammad.
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info

Jumaat, 8 Jun 2012

ANGGOTA BADAN MENJADI SAKSI di AKHIRAT

Gambar hiasan
Oleh DR. MOHAMAD ZULKIFLI ALBAKRI

SELEPAS Allah menceritakan berkenaan dengan mukadimah sumpahan dengan kebesaran hari kiamat serta mengesahkan manusia dan sifat kejadiannya begitu juga peristiwa yang akan berlaku apabila kiamat, maka pada ayat seterusnya Allah masih lagi membicarakan berkenaan dengan suasana dan keadaan kiamat.

Firman Allah SWT: Pada hari itu manusia berkata: Ke mana tempat berlari?
(al-Qiyamah: 10)
Al-Maraghi berkata: “Pada ketika itu manusia berkata sesama mereka dalam keadaan hairan dan bingung: Di manakah tempat untuk melarikan diri dari neraka Jahanam? Apakah ada tempat berlindung daripadanya?”

Ibnu Kathir berkata: ” Jika anak cucu Adam telah menyaksikan peristiwa yang mengerikan itu pada hari kiamat kelak, maka mereka hendak melarikan diri dan berkata: Ke mana tempat berlari? Yakni, adakah tempat untuk berlindung?”

Sayid Qutub berkata: “Di tengah-tengah ketakutan dan revolusi alam yang mengerikan ini, manusia tertanya-tanya di mana tempat lari dan pertanyaan ini membayangkan seolah-olah manusia ketika itu melihat ke segenap sudut dan arah, tiba-tiba didapatinya segala jalan di hadapannya tertutup.”

Dia benar-benar terkepung, tiada lagi jalan untuk mencari perlindungan dan keselamatan dan juga tiada lagi tempat untuk melarikan diri daripada azab Allah, daripada kekuasaan-Nya serta daripada kembali dan berlindung di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT: Sekali-kali tidak! tidak ada tempat berlindung!. Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (al-Qiyamah: 11-12)

Al-Maraghi berkata: “Tidak ada tempat yang dapat dijadikan sebagai perlindungan daripada azab Allah SWT. Tidak ada benteng, tidak ada gunung dan tidak ada senjata yang dapat melindungi kamu daripada seksaan-Nya.”

Kepada Tuhan sahaja tempat kamu kembali di dalam syurga atau neraka. Ia terserah kepada kemahuan-Nya. Sesiapa yang dikehendaki-Nya masuk syurga, akan masuk ke syurga begitu juga jika Dia menginginkan ke dalam neraka, maka nerakalah tempatnya.

Al-Suddi berkata: “Mereka apabila berasa takut di dunia, mereka berlindung di gunung-ganang. Allah pun berfirman kepada mereka yang bermaksud: Tidak ada tempat berlindung yang dapat melindungi kamu daripada Aku”.

Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Said bin Jubair dan lain-lain daripada ulama Salaf mengatakan: “Iaitu tidak ada keselamatan.”

Ibnu Kathir berkata: “Iaitu kamu semua tidak akan mendapatkan tempat untuk berlindung pada-Nya dan hanya kepada Allah SWT tempat kembali.”

Sayid Qutub berkata: “Keinginan manusia untuk terus melakukan maksiat dan kejahatan tanpa hisab dan balasan itu tidak akan berlaku lagi pada hari itu. Bahkan pada hari itu segala perbuatan yang telah mereka lakukan akan dihisab dan akan diingatkan oleh Allah SWT sekiranya dia lupa.”

Seterusnya akan menerima balasan yang wajar selepas ia mengingati kejahatannya dan melihat laporan amalannya terbentang di hadapannya.

Firman Allah SWT: Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. (al-Qiyamah: 13)

Sebenarnya ayat ini ditafsirkan dengan banyak pendapat, antaranya:

Akan diberitakan seluruh amalannya dari awal hingga akhirnya seperti pendapat Mujahid. Al-Maraghi berkata: “Ketika dihadapkan, dihisab dan ditimbang amal perbuatannya, manusia diberitahu semua perbuatannya yang dahulu dan yang kemudian, awal dan akhir, besar dan kecil.”

Al-Qusyairi berkata: “Pemberitahuan ini adalah pada hari Kiamat, iaitu ketika amal perbuatan ditimbang.”

Dengan apa yang terdahulu daripada kejahatan dan yang akhir daripada kebaikan seperti pendapat Ikrimah.

Dengan apa yang dilakukan pada awalnya yang fardu dan yang akhirnya dengan fardhu juga seperti pendapat ad-Dahak.

Dengan apa yang dilakukan pada awalnya daripada maksiat dan pada akhirnya dengan ketaatan.

Dengan apa yang mereka kemukakan daripada hartanya yang akhirnya ditinggalkan untuk warisnya, inilah pendapat Zaid bin Aslam.

Ibnu Kathir berkata: “Maksudnya, Allah SWT memberitahu tentang seluruh amal perbuatannya, sama ada yang lama mahupun yang baru, yang pertama mahupun yang terakhir, yang kecil mahupun yang besar dan demikian yang seterusnya.”

Sayid Qutub berkata: “Manusia akan diberitahu tentang segala amalan yang telah dilakukannya sebelum ia mati termasuklah kesan-kesan daripada amalan dan perbuatannya sama ada baik ataupun buruk.”

Kesan-kesan daripada segala amalan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang akan ditokok tambah kepada kumpulan amalannya dalam kiraan terakhir.

Petikan ; http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/07/anggota-badan-jadi-saksi-di-akhirat/

Keindahan Senda Gurau Rasulullah s.a.w.

Cuba anda perhatikan bagaimana indahnya senda gurauan Rasulullah s.a.w. iaitu seperti diriwayatkan bahawa seorang tua perempuan telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka baginda telah bergurau dengannya dengan berkata: Orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu, tetapi segera pula Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Anda tidak lagi menjadi tua bangka pada ketika itu! Lalu dibacakan kepadanya firman Allah Ta’ala.

“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan mereka itu menjadi dara-dara.”  (al-Waqi’ah: 35-36)

Dalam sesuatu peristiwa yang lain, diceritakan bahawa ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Suamiku menjemputmu ke rumah! Baginda lalu berkata: Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu? Perempuan itu menjawab: Demi Allah, mata suami saya tidak ada putih-putih. Kemudian baginda berkata lagi: Bahkan di matanya ada putih-putih. Perempuan itu tetap menolak dengan berkata: Demi Allah, tidak. Maka barulah Rasulullah s.a.w. menerangkan lagi: Malah setiap orang memang ada pada matanya putih-putih. Maksud baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengangkat saya? Jawab Rasulullah s.a.w. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.

Berkata Anas: Abu Talhah mempunyai seorang putra yang dipanggil dengan nama Abu Umair. Rasulullah s.a.w sering datang kepada mereka dengan berkata: Wahai Abu Umair! Apa khabar anak burung engkau? Kerana Abu Umair memang suka sangat bermain-main dengan anak burung tersebut.

Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari? Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda) telah mendahului saya. Kemudian baginda berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.

Siti Aisyah bercerita lagi: Pada suatu hari isteri baginda Saudah binti Zam’ah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka saya pun buatkan makanan khazir, dan bawa makanan itu seraya berkata kepada Saudah: Makan! Saudah menjawab: Saya tak suka makanan ini! Maka saya berkata kepadanya: Demi Allah engkau mesti makan makanan ini, kalau tidak aku akan lumurkan mukamu dengannya. Saudah masih enggan memakannya seraya berkata: Saya tidak ingin memakannya. Maka saya ambil sedikit makanan itu dari dalam piring lalu saya tonyohkan ke muka Saudah, padahal Rasulullah s.a.w. sedang duduk di antara saya dengan Saudah, kemudian baginda merendahkan lututnya untuk Saudah supaya ia boleh membalas. Saudah terus mengambil sedikit makanan itu dari piring, lalu melumurkan muka saya pula. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. hanya ketawa saja.

Dari Abu Salamah pula: Rasulullah s.a.w. sering memanjakan cucuandanya al-Hasan bin Ali r.a dengan menjelirkan lidah kepadanya. Apabila al-Hasan melihat keadaan itu ia ketawa gembira.

Berkata Uyainah al-Fizari: Demi Allah, saya mempunyai seorang anak saja, sekarang ia telah berkahwin dan telah tumbuh rambut mukanya, tetapi saya tak pernah menciumnya sama sekali. Maka baginda pun bersabda:

“Siapa yang tak mempunyai belas kasihan, tak akan dibelas kasihani.”

Semua sifat-sifat kelemah-lembutan ini berlaku pada golongan kaum wanita dan kanak-kanak kecil. Rasulullah s.a.w telah memperlakukan yang demikian kepada mereka kerana memandangkan lemahnya hati mereka, bukan kerana kecenderungannya kepada senda gurau semata-mata.

Pernah sekali Rasulullah s.a.w. berkata kepada Suhaib yang sedang makan korma, padahal ia terkena sakit mata. Kata baginda: Boleh makan korma juga? Bukankah matamu sakit? Jawab Suhaib: Saya makan dengan sebelah mata saja, wahai Rasulullah! Mendengar jawapannya Rasulullah s.a.w. tersenyum saja. Dalam setengah riwayat pula sehingga kelihatan gigi serinya.

Nu’aiman al-Ansari adalah seorang yang suka bergurau. Tiap-tiap kali ia datang ke Madinah ia membeli sesuatu barang di pasarnya, lalu membawanya sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: Wahai Rasulullah! Saya telah membeli ini dan saya hadiahkan untukmu. Sekejap lagi datanglah tuan puya barang itu menuntut harga barang yang dibelinya tadi, maka ia membawa orang itu menghadap Rasulullah s.a.w. dengan berkata pula kepada baginda: Wahai Rasulullah, bayarkanlah harga barang tadi. Baginda pun bertanya kepada Nu’aiman: Bukankah barang itu engkau berikan kepada aku sebagai hadiah? Nu’aiman menjawab: Benar, wahai Rasulullah! Tetapi saya tak punya harganya dan saya suka tuan hamba memakannya. Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w. hanya ketawa, dan segeralah Baginda membayar harganya.

Bersenda gurau semacam ini tidaklah salah dilakukan sekali-sekala tetapi tidak boleh dilakukan selalu sangat.

Khamis, 7 Jun 2012

ISLAM ITU INDAH

FB :MUAHMMAD HAIKHAL

Sesungguhnya memberikan nasihat kepada kaum muslimin; baik berupa bimbingan kepada kebenaran yang nyata atau pun peringatan dari kebatilan dan para pelakunya, terhitung bahagian dari agama. Rasulullah saw bersabda:
“Agama adalah nasihat”, para sahabat bertanya: “Untuk siapa?”. Rasulullah saw. bersabda: “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan kaum muslimin secara umum”.
(Bukhari, Muslim dan ahli hadits lainnya)

Al-Khaththabi berkata:
“Nasihat adalah sebuah kosa kata yang bersifat merangkum dan menghimpun banyak erti, maknanya adalah: mendatangkan kebaikan kepada pihak yang dinasihati”.
Tidak diragukan lagi bahawa manusia berpotensi salah dan cenderung menyimpang dari al-haq dan kebenaran. Tersebut dalam hadits:
“Semua anak keturunan manusia bersifat salah, dan sebaik-baik mereka yang salah adalah yang paling banyak bertaubat”. (Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Dan termasuk hak seorang muslim atas muslim lainnya adalah hendaklah ia menunjukkan kepada saudaranya tentang aib dan kesalahannya, dan hendaklah ia menasihatinya dalam perkara dan urusannya. Tetapi, nasihat itu hendaklah dilakukan dengan lembut dan hikmah. Hendaklah seorang muslim berhati-hati, jangan sampai menghina saudaranya dan menuduhnya hanya berdasar kepada sekedar persangkaan saja, sebab, persangkaan itu adalah seburuk-buruk pembicaraan, dan cukuplah hal ini sebagai kejahatan.
Rasulullah saw. bersabda:
“Cukuplah seseorang itu menjadi jahat saat ia menghina saudaranya yang muslim”
(Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Jika ada mendengar – seorang muslim – tentang saudara muslim lainnya sesuatu yang tidak disuka, jangan segera membenarkan perkataan tentang saudaranya itu. Justru kewajibannya adalah untuk melakukan tatsabbut (klarifikasi) sehingga dirinya mendapatkan keyakinan tentangnya, sebab, kebanyakan manusia telah terbiasa menyebarluaskan keburukan secara bathil, dan banyak pula manusia yang suudzan (buruk sangka) nya lebih cepat daripada husnuzhan (berbaik sangka) nya, oleh karena itu, jangan membenarkan setiap perkataan, walaupun dirinya mendengarnya berulang kali sehingga dirinya mendengarnya dari yang menyaksikan secara langsung, dan jangan membenarkan orang yang menyaksikannya secara langsung sehingga dirinya memastikan kebenaran atas apa yang disaksikannya, dan jangan membenarkan orang yang telah membuktikan kesaksiannya sehingga dirinya memastikan kebersihannya dari tendensi khusus dan hawa nafsu.
Untuk inilah Allah swt. memerintahkan kepada kita untuk menjauhi banyak persangkaan, dan memandang sebagian persangkaan itu sebagai dosa, sebab zhan itu bertolak belakang dengan ilmu dan ia tidak memberi arti apa-apa terhadap kebenaran. Allah swt. berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”. (Al-Hujurat: 12).

Firman Allah yang lain:
“Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan, sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran” (An-Najm: 28).
Dan jika seseorang melihat suatu urusan, atau sampai kepadanya tentang saudaranya suatu perkataan yang memiliki dua kemungkinan erti, maka, bawalah maksud perkataannya itu kepada maksud yang baik, sebab yang demikian ini lebih sesuai dengan akhlaq mulia dan lebih mencerminkan ukhuwwah yang bening.
Umar bin Al-Khaththab ra. Berkata:
”Janganlah kamu menyangka satu kosa kata yang keluar dari saudara mukmin mu kecuali kebaikan, sedangkan engkau mendapati kemungkinan maksud yang baik dari perkataannya”. (Ahmad)

Puteri dari Abdullah bin Muthi’ berkata kepada suaminya Thalhah bin Abdurrahman bin Auf ra. Di zamannya Thalhah adalah orang Quraisy yang paling dermawan. Isterinya berkata: “Saya tidak melihat satu kaum yang lebih buruk dari saudara-saudaramu!”. Thalhah berkata kepada isterinya: “hush hush! Kenapa demikian?”. Isterinya menjawab: “Saya melihat mereka, kalau kamu sedang ada wang, mereka mendekati terus kepadamu, dan jika kamu sedang tidak mempunyai apa-apa, mereka meninggalkanmu”. Maka Thalhah berkata kepada isterinya: “Ini, demi Allah, adalah bukti bahawa mereka berakhlaq mulia, mereka datang kepada kita saat kita mampu memuliakan mereka, dan mereka meninggalkan kita saat kita tidak mampu memenuhi hak-hak mereka”.

Cuba kita lihat, bagaimana Thalhah men-ta’wil-kan perbuatan saudara-saudaranya terhadapnya, padahal perbuatan itu jelas buruk dan tidak kenal budi, namun demikian, ia memandangnya sebagai bentuk kesetiaan dan kemuliaan.

Jika seorang muslim melihat saudara muslim lainnya melakukan kesalahan yang tidak dapat diterima alasannya atau tidak bisa ditafsirkan lain, maka menjadi kewajibannya untuk datang kepadanya untuk memberi nasihat secara rahsia, antara dirinya dan saudaranya saja, bukan di depan khalayak, sebab manusia tidak ingin aibnya diketahui oleh siapa pun, jika dirinya menasihati saudaranya secara rahsia, maka hal ini lebih berpeluang untuk diterima, lebih menunjukkan ikhlas dan jauh dari syubhat.
Adapun jika dirinya menasihati saudaranya secara terbuka, di depan khalayak, maka pada yang demikian ini terdapat syubhat dendam dan menimbulkan keburukan, menonjolkan sisi kelebihan diri dan ilmu yang dimiliki. Dan hal ini merupakan penghalang yang mencegah pihak yang dinasihati untuk mendengarkan nasihat serta mengambil pelajaran darinya.
Di antara akhlaq Nabi saw dan adabnya dalam mengingkari kemungkaran dan memperjelas kebenaran adalah bahawa jika sampai kepada beliau tentang satu atau sekelompok orang yang melakukan kemungkaran, maka beliau tidak menyebutkan nama mereka secara terbuka, beliau hanya bersabda: “Kenapa ada orang yang berbuat begini dan begini”, lalu orang yang dimaksud memahami bahawa dialah yang dimaksud oleh nasihat itu. Dan hal ini termasuk cara memberi nasihat dan cara mentarbiyah yang paling tinggi.
Imam Syafi’i berkata:
“Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahasia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, berarti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”.
Jadi, seorang mukmin yang memberi nasihat, ia tidak memiliki tujuan untuk menyebarkan aib orang yang dinasihatinya. Tujuannya tidak lain adalah menghilangkan kemaksiatan yang ia terjatuh kepadanya, sebab ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
Adapun mempublikasikan dan menampakkan aib, maka hal ini termasuk yang diharamkan Allah swt. dan Rasul-Nya saw. Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka adzab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur: 19).
Jadi, ada perbedaan antara orang yang bertujuan menasihati dan orang yang bertujuan membuka aib. Yang mencampur adukkan di atara keduanya hanyalah orang yang berakal tidak sehat. Hukuman bagi orang yang menyebar luaskan keburukan atas terhadap saudaranya yang beriman dan terus menerus mencari aib-aibnya serta membuka auratnya adalah Allah swt. akan mencari-cari auratnya, lalu membukanya di depan publik walaupun setelah beberapa tempo lamanya, kecuali jika ia bertaubat.
Di antara pertanda ta’yir (mencacat) dan tasyhir (mempopulerkan aib) adalah: menampakkan dan mempublikasikan keburukan dalam kemasan nasihat, ia mengklaim bahwa yang mendorongnya adalah tahdzir (memberi peringatan) atas ucapan dan perbuatannya, dan Allah mengetahui bahwa maksudnya adalah tahqir (merendahkan) dan adza (menyakiti).
Contoh hal ini adalah seseorang mencela orang lain dan menunjukkan kekurangannya serta menampakkan aibnya supaya manusia berlari darinya, namun maksudnya adalah keinginannya untuk menyakitinya karena permusuhan dirinya terhadapnya atau karena sebab-sebab tercela lainnya, dirinya tidak mampu mencapai tujuan ini kecuali dengan menampakkan celaan padanya, baik karena adanya sebab dini (agama) atau pun duniawi. Maka, siapa yang melakukan perbuatan demikian, ini merupakan pertanda adanya penyakit dalam hatinya, meskipun hal ini terjadi dari orang yang bersumpah bahwa tidak ada tujuan kecuali kebaikan, sedangkan Allah swt, menjadi saksi bahwa mereka adalah orang-orang yang bohong.
Dan siapa saja yang terkena bencana makar ini, yaitu saat ia dihina, dicacat, ditampakkan sisi kekurangannya, maka hendaklah ia bertakwa dan bersabar, sebab kesudahannya pasti milik yang bertakwa,

“Dan makar buruk itu tidak menghancurkan kecuali pelakunya” (Fathir: 43)
Ketahuilah bahwa sebagian pemberi nasihat dan pengkritik dalam berbagai majlis, juga sebagian penulis di koran dan semacamnya, terperosok dalam sebagian kesalahan dan kekeliruan yang menyebabkan merenggangnya hubungan, di mana nashihah (memberi nasihat tanpa membuka aib) berubah menjadi fadhihah (membuka aib), tadzkir (memberi pengingatan) berubah menjadi tasyhir (publikasi keburukan). Dan hal ini bukanlah sesuatu yang diridhai Islam.
Ibnu Rajab berkata: ketahuilah bahwa menyebut manusia dengan sesuatu yang tidak disukainya adalah haram, jika maksudnya sekedar mencela, mencacat dan menampakkan kekuarangan. Adapun jika dalam hal ini terdapat kemaslahatan umum bagi kaum muslimin atau kemaslahatan khusus bagi sebagian mereka, dan maksudnya adalah menghasilkan kemaslahatan ini, maka hal ini tidaklah diharamkan, bahkan disunnatkan. Hal ini telah ditetapkan oleh para ulama hadits dalam kitab mereka dalam pembahasan al-jarh wat-ta’dil. Mereka menyebutkan perbedaan antara melakukan tajrih terhadap para perawi dan dengan ghibah. Mereka membantah orang-orang yang menyamakan di antaranya keduanya, baik yang menyamaratakan itu dari kalangan ahli ibadah maupun dari kalangan lainnya dari orang-orang yang belum luas ilmunya, dan tidak ada perbedaan antara orang yang diterima riwayatnya dari mereka yang yang tidak diterima.
Jika tujuannya adalah memperjelas kebenaran, maka hal ini masuk dalam pengertian nasihat. Dan jika tujuannya adalah menunjukkan kekurangan yang berkata, menampakkan kebodohan dan kelemahannya dalam ilmu, maka hal ini adalah perbuatan haram, baik bantahan itu dilakukan dihadapan orang yang dibantah atau pun dilakukan tidak dihadapannya, baik dilakukan semasa hidupnya maupun dilakukan sepeninggalnya, dan hal ini tercakup dalam hadits nabi saw:

“Wahai orang-orang yang beriman dengan mulutnya, sementara keimanan belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian melakukan ghibah terhadap kaum muslimin, dan jangan pula mencari-cari auratnya, sebab, siapa saja yang mencari-cari auratnya, maka Allah swt. akan mencari-cari auratnya, dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah swt. niscaya Dia akan membuka kartunya walaupun ia berada di dalam rumahnya”. (HR. Abu Daud dan lainnya. Lihat Aun al-Ma’bud 13/224).
Sangat bagus kalau seorang muslim menjadi benteng yang kokoh yang membela dan melindungi harga diri saudara muslim nya dan menjaga citranya, terlebih lagi jika dihadapannya disebutkan keburukan saudaranya sesuatu yang tidak disukainya. Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, niscaya Allah swt. menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. At-Tirmidzi, shahih)

Dan Hendaklah kita semua tsiqah terhadap saudara kita dan berhati tenteram kepadanya, dan janganlah kita men-ta’wil-kan omongannya kecuali dengan baik, selama omongan itu masih memungkinkan ditafsirkan baik, supaya kita berbahagia dalam urusan agama dan dunia kita, dan supaya kita selamat pada hari kiamat,
“Yaitu hari dimana harta dan anak lakui-laki tidak memberi manfaat, kecuali yang datang kepada Allah swt dengan hati selamat” (Asy-Syu’ara: 88 – 89).
Kita memohon kepada Allah swt. agar Dia mensucikan hati kita dari ghill (dengki), dendam dan iri, dan semoga Dia memberikan kepada kita hati yang selamat, mulut yang jujur, ilmu yan bermanfaat dan amal yang shalih.

“Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
 (Al-Hasyr:10)

Selasa, 5 Jun 2012

Agar Malaikat Mendoakan Kita (bagian 2)
By : Habib bin Hilal 

Dalam tulisan sebelumnya, telah disebutkan orang-orang yang akan didoakan malaikat terkait dengan aktifitas sholat. Berikut ini adalah golongan lain yang juga akan didoakan oleh malaikat-malaikat Allah.
Betapa beruntung dan senangnya mereka yang bisa mendapat kesempatan didoakan oleh para malaikat, makhluk yang paling taat dan selalu taat serta sangat dekat dengan Allah, Sang Penguasa alam ini.

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba – hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya denganperkataan dan mereka mengerjakan perintah – perintah-Nya. Allahmengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang -
orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati – hati karena takut kepada-Nya” –QS Al Anbiyaa’ 26-28

Orang-orang yang didoakan malaikat:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
3. Orang – orang yang berinfak.
4. Orang yang makan sahur.
5. Orang yang menjenguk orang sakit.
6.Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Berikut adalah hadits-hadits yang mendukung daftar golongan orang-orang yang didoakan malaikat di atas:

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa `Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’”.

(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

(Shahih Muslim no. 2733)

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, `Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak‘. Dan lainnya berkata, `Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.’”

(Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang makan sahur.”

(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

Imam Ahmad meriwayatkan dari `Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh.”

(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.”

(dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Semoga bermanfaat.

Ahad, 3 Jun 2012

CaTaTaN SaHaBaT

"Hormati orang yang mencari masa untuk diri kita, walaupun dia sibuk- TETAPI CINTAILAH insan yang meluangkan masa ketika kita memerlukannya , walaupun dia sebenarnya sibuk"

Terima kasih sahabat



Khamis, 31 Mei 2012

TINGGALKANLAH ORANG-ORANG YANG BODOH ITU…


Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: “Jika anda diuji dengan orang-orang yang dungu, maka serahlah jasadmu dan pergilah bersama rohmu, jauhi dan pergi, pasang telinga tuli dan mata buta, hingga ALLAH memberikan  jarak antara dirimu dengan dirinya.”

Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan.
( Al-Kahfi :28 )

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...