Jumaat, 14 Jun 2013

ReNuNgAn - BeRbUaT BaiK KePaDa iBu BaPa

Us. Zahazan
Kasih bapa
Surah Al-Ahqaaf ayat 15- 16

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

And We have commended unto man kindness toward parents . His mother beareth him with reluctance , and bringeth him forth with reluctance , and the bearing of him and the weaning of him is thirty months , till , when he attaineth full strength and reacheth forty years , he saith : My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favor wherewith Thou hast favored me and my parents , and that I may do right acceptable unto Thee . And be gracious unto me In the matter of my seed . Lo! I have turned unto Thee repentant , and lo! I am of those who surrender ( unto Thee ) .

fB

Rabu, 12 Jun 2013

IbArAt SeBuAh PiNtU...


Ibarat sebuah pintu, syurga memerlukan sebuah kunci untuk membuka pintu-pintunya. Namun, tahukah kita apakah kunci syurga itu ? Bagi yang merindukan syurga, tentu akan berusaha mencari kuncinya walaupun harus mengorbankan nyawa. Tetapi kita tidak perlu gelisah, Nabi Muhammad Sholallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan pada umatnya apakah kunci syurga itu, sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits yang mulia, baginda bersabda (yang ertinya): “Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga. “ (HR. Imam Ahmad dengan sanad yang shohih).

Ternyata, kunci syurga itu adalah Laa ilaaha illalloh, kalimat Tauhid yang begitu sering kita ucapkan. Namun semudah itukah pintu syurga kita buka ? Bukankah banyak orang yang siang malam mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh  tetapi mereka masih meminta-minta (berdo’a dan beribadah) kepada selain ALLAH, percaya kepada dukun-dukun dan melakukan perbuatan syirik lainnya ? Akankah mereka ini juga boleh membuka pintu syurga ?

Tidak mungkin ! Dan ketahuilah, yang namanya kunci pasti bergerigi. Begitu pula kunci syurga yang berupa Laa ilaaha illalloh itu, ia pun memiliki gerigi. Jadi, pintu syurga itu hanya boleh dibuka oleh orang yang memiliki kunci yang bergerigi.

Al-Iman Al-Bukhori meriwayatkan dalam Shohih-nya (3/109), bahawa seseorang pernah bertanya kepada Al-Imam Wahab bin Munabbih (seorang Tabi’in terpercaya dari Shon’a yang hidup pada tahun 34 -110 H) : “Bukankah Laa ilaaha illalloh itu kunci syurga ? “Wahab menjawab : “Benar, akan tetapi setiap kunci yang bergerigi. Jika engkau membawa kunci yang bergerigi, maka pintu syurga itu akan dibukakan untukmu !”. Lalu, apa gerangan gerigi kunci itu Laa ilaaha illalloh itu ? Ketahuilah, gerigi kunci Laa ilaaha illalloh itu adalah syarat-syarat  ! Syaikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qoshim Al-Hambali An-Najdi rahimahullah, penyusun kitab Hasyiyyah Tsalatsatil Ushul, pada halaman 52 kitab tersebut menyatakan, syarat-syarat Laa ilaaha illalloh itu ada delapan, iaitu :

Pertama : Al-‘Ilmu (mengetahui), maksudnya adalah kita wajib mengetahui erti (makna) Laa ilaaha illalloh secara benar. Adapun ertinya adalah : “Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH . Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya): “Barang siapa mati dalam keadaan mengetahui bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH  niscaya dia akan masuk syurga.” (HR. Muslim). Seandainya kita mengucapkan kalimat tersebut, tetapi kita tidak mengerti maknanya, maka ucapan atau persaksian tersebut tidak sah dan tidak ada faedahnya.

Kedua : Al-Yaqiinu (meyakini), maksudnya adalah kita wajib menyakini secara pasti kebenaran kalimat Laa ilaaha illalloh tanpa ragu dan tanpa bimbang sedikitpun. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya): “Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH dan aku adalah utusan ALLAH. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan ALLAH sambil membawa dua kalimat syahadat tersebut tanpa ragu kecuali pasti dia akan masuk syurga. (HR. Muslim).

Ketiga : Al-Qobulu (menerima), maksudnya kita hendaklah menerima segala tuntunan Laa ilaaha illalloh dengan senang hati, lisan dan perbuatan, tanpa menolak sedikitpun. Kita tidak boleh seperti orang-orang musyirik yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Qur’an (yang ertinya): “Orang-orang yang musyrik itu apabila dikatakan kepada ALLAH : (ucapkanlah) Laa ilaaha illalloh  mereka menyombongkan diri seraya berkata : Apakah kita harus meninggalkan sesembahan-sesembahan kita hanya kerana ucapan penyair yang gila ini ? “ (QS. As-Shoffat : 35-36).

Keempat : Al-Inqiyaadu (tunduk atau patuh), maksudnya kita wajib tunduk dan patuh melaksanakan tuntunan Laa ilaaha illalloh dalam amal-amal nyata. ALLAH subhanahu wa Ta’ala (yang artinya): “Kembalilah ke jalan Tuhanmu, dan tunduklah kepada-Nya. “ (QS. Az-Zumar : 54). ALLAH Ta’ala juga berfirman (yang ertinya): “Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada ALLAH  sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada buhul (ikatan) tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illalloh). “(QS. Luqman : 22). Makna “menyerahkan dirinya kepada ALLAH” iaitu tunduk, patuh dan pasrah kepada-Nya (ed.).

Kelima : Ash-Shidqu (jujur atau benar), maksudnya kita hendaklah jujur dalam melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illalloh, yakni sesuai antara keyakinan hati dan amal nyata, tanpa disertai kebohongan sedikitpun. Nabi Sholallahu ‘alahi wa sallam bersabda (yang ertinya) : “Tidaklah seseorang itu bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dia mengucapkannya dengan jujur dari lubuk hatinya, melainkan pasti ALLAH mengharamkan neraka atasnya. “ (HR. Imam Bukhori dan Muslim).

Keenam : Al-Ikhlas (ikhlas atau murni), maksudnya kita hendaklah membersihkan amalan anda dari noda-noda riya’ (amalan ingin dilihat dan dipuji oleh orang lain), dan berbagai amalan kesyirikan lainnya. Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya ALLAH mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illalloh semata-mata hanya untuk mengharapkan wajah ALLAH Azza wa Jalla. “(HR. Imam Bukhori dan Muslim).

Ketujuh : Al-Mahabbah (mencintai), maksudnya kita hendaklahs mencintai kalimat tauhid, tuntunannya, dan mencintai juga kepada orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, serta membenci segala perkara yang merosak tauhid itu. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Dan di antara manusia ada yang membuat tandingan-tandingan (sekutu) selain ALLAH yang dicintai layaknya mencintai ALLAH. Sedangkan orang-orang yang beriman, sangat mencintai ALLAH di atas segala-galanya). “ (QS. Al-Baqarah : 165). Dari sini kita tahu, Ahlut Tauhid mencintai ALLAH dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan Ahlus Syirik mencintai ALLAH dan mencintai tuhan-tuhan yang lainnya. Hal ini tentu sangat bertentangan dengan isi kandungan Laa ilaaha illalloh.

Kelapan : Al-Kufru bimaa siwaahu (mengingkari sesembahan yang lainnya), maksudnya kita hendaklah mengingkari segala sesembahan selain ALLAH  yakni tidak mempercayainya dan tidak menyembahnya, dan juga kita wajib yakin bahawa seluruh sesembahan selain ALLAH itu batil dan tidak layak disembah-sembah. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menyatakan (yang ertinya): “Maka barang siapa mengingkari thoghut (sesembahan selain ALLAH) dan hanya beriman kepada ALLAH,  maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh pada ikatan tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illalloh , yang tidak akan putus….”(QS. Al-Baqoroh : 256).

Saudaraku kaum muslimin dari sini dapatlah kita ketahui, bahawa orang yang mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh hanya dengan lisannya tanpa memenuhi syarat-syaratnya, dia bagaikan orang yang memegang kunci tak bergerigi, sehingga mustahil baginya untuk membuka pintu syurga, walaupun dia mengucapkannya lebih dari sejuta banyaknya. Kerana itu perhatikanlah ! Wallahu a’lamu bish showwab !.

Dinukil dari bulletin Dakwah Al-Bayyinah, edisi 07/02/20, diolah dan disusun kembali oleh Abu Abdirrahman. (BULETIN DAKWAH AT-TASHFIYYAH, Surabaya Edisi : 13 / Shafar / 1425)
Posted by Ummu Jauharah


HaiWaN KeSaYaNgAn RaSuLuLLaH

Haiwan kesayangan Rasulullah SAW - Ibrahim Abdullah
Gambar hiasan
Hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Malah air liur kucing itu bersih lagi membersihkan.

DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.

Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.

Telah dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian dengan usapan.

Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus, seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Komen doktor

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing akan sakit.

Manakala Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah itu menegaskan, kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan dan lain-lain).

Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang silam dan dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.

http://epondok.wordpress.com/2013/06/11/haiwan-kesayangan-rasulullah-saw/

as-Shighah at-Tajridiyyah

as-Shighah at-Tajridiyyah

Bulan Sya’baan yang berkat, bulan yang disebut-sebut sebagai bulan Junjungan Nabi SAW dan bulan di mana perintah berselawat atas Junjungan Nabi SAW diturunkan. Marilah kita mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan lagi ucapan selawat dan salam kita kepada Junjungan Nabi SAW.

Syaikhul Azhar, al-’Alim al-’Allaamah Dr. `Abdul Halim Mahmud rahimahullah dalam karya beliau yang berjodol “ar-Rasul shallaAllahu `alaihi wa sallam” pada halaman 175 menukilkan sebuah shighah selawat yang beliau terima daripada Syaikh `Abdul Fattah al-Qadhi asy-Syablanji asy-Syadzili rahimahullah. Menurut beliau, Syaikh `Abdul Fattah al-Qadhi telah memperolehi shighah selawat ini dalam satu mimpi yang berkat. Dr. `Abdul Halim Mahmud telah menamakan shighah selawat ini sebagai “ash-Shighah at-Tajridiyyah” kerana tiada ianya dilafazkan melainkan semata-mata untuk beribadah dengan mengajukan permohonan agar ALLAHSWT melimpahkan selawat  salam dan barakah ke atas hambaNya, Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW, sebanyak bilangan makhlukNya, sesuai dengan keredhaanNya, seberat `arasyNya dan kalimahNya.

Jumlah pada shighah ini merupakan kiasan yang bertepatan dengan tasbih yang diajar oleh Junjungan Nabi SAW, iaitu “ SubhanAllahi wa bi hamdihi, `adada khalqihi, wa ridha-a nafsihi, wa zinata `arsyihi, wa midada kalimaatihi.” Mudah-mudahan dengan mengamalkan sholawat ini, kita dapat meraih keredhaan ALLAH SWT dan syafaat Junjungan Nabi SAW.

Khamis, 6 Jun 2013

AL-QURAN UBAT JIWA YANG RESAH


BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras.

Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Banyak perkara yang membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan kacau.

Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam memberikan ubat dan penawar merawat ketenangan.

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

■ Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

■ Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

Tidak meminta kepada orang lain
‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

(oleh: ustaz mohd zawawi yusoh)

Sabtu, 1 Jun 2013

Zun Nun al-Misri, Tokoh Sufi abad ke-3 Hijrah

Zun Nun al-Misri, Tokoh Sufi abad ke-3 Hijrah
Gambar hiasan
Nama penuh sufi besar ini ialah Abu Faidh Zun Nun al-Misri. Beliau hidup pada abad ke-3 Hijrah. Beliau berasal dari Naubah yang terletak di antara Sudan dan Mesir. Beliau membuang segala kemegahan dunia dan sentiasa meletakkan dirinya di atas garis panduan yang ditentukan dalam kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah saw. 

Beliau pernah berkata, “Tanda cinta kepada Tuhan ialah dengan menuruti jejak Saiyyidina Nabi Muhammad saw”. 

Zun Nun meninggal dunia di Giza pada tahun 245 Hijrah. Jenazahnya terpaksa dibawa dengan sampan kerana terlalu ramai yang mengiringi beliau sehingga dikhuatiri jambatan akan runtuh. Diriwayatkan orang ramai yang mengiringi jenazah Zun Nun dapat melihat bagaimana burung-burung hijau mengibarkan sayap di atas jenazahnya hinggalah ke liang lahad. Jenazahnya lalu dikebumikan di satu kawasan yang bernama Basatin. Terdapat banyak kisah-kisah menarik tentang tokoh sufi besar ini. Salah satunya ialah kisah di bawah,

Pada satu hari, ada seorang pemuda mendatangi Zun Nun dan bertanya kepadanya: "Tuan, saya tidak mengerti kenapa orang seperti tuan mesti berpakaian seperti begini, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman sekarang berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan tetapi juga untuk kehidupan lain."

Sang sufi hanya tersenyum, lalu ia melepaskan cincin dari salah satu jarinya, dan berkata : "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah kamu jualnya dengan harga satu keping emas".
Melihat cincin Zun Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu-ragu dan tidak yakin lalu berkata : "Satu keping emas? Saya tidak yakin cincin ini dapat dijual dengan harga sedemikian". "Cubalah dulu sahabat muda. Mana tahu kamu berjaya", jawab Zun Nun.

Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tidak ada seorang pun yang berani membelinya dengan harga satu keping emas. Mereka menawarnya dengan harga satu keping perak. Tentu saja pemuda itu tidak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia pun kembali berjumpa Zun Nun dan memberitahunya: "Tuan, tidak ada seorang pun yang berani membelinya dengan harga tidak lebih dari satu keping perak".

Sambil tersenyum Zun Nun berkata : "Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Tunjukkan cincin ini kepada pemilik kedai atau tukang emas disit. Jangan tetapkan harga. Dengarkan saja, bagaimana ia membuat penilaian".

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan. Ia kembali kepada Zun Nun dengan raut wajah yang berlainan. Pemuda itu memberitahu Zun Nun : "Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu menilai cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi dari yang ditawar oleh para pedagang di pasar".

Zun Nun tersenyum simpul sambil berkata : "Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tidak boleh dinilai dari pakaiannya. 

Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian. Namun tidak bagi "pedagang emas". 

Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihatnya sehingga ke lubuk jiwa. Untuk melihat ke lubuk jiwa, ia memerlukan masa dan kearifan, wahai sahabat mudaku.

Kita tidak dapat menilainya dengan hanya melihat sepintas lalu atau mendengar kata-kata orang. Adakalanya yang disangka emas itu dalam diri kita itu sebenarnya loyang yang tidak berguna dan adakalanya loyang yang disangka tidak berguna sebenarnya emas di mata orang lain."

http://maptam.blogspot.com/2009/07/kisah-3-zun-nun-al-misri-tokoh-sufi.html

KATA-KATA HIKMAH IMAM ABUL HASAN ASY-SYADZILI

Gambar hiasan semata
  • Penglihatan akan yang Haqq telah mewujud atasku, dan takkan meninggalkan aku, dan lebih kuat dari apa yang dapat dipikul, sehingga aku memohon kepada Tuhan agar memasang sebuah tirai antara aku dan Dia. Kemudian sebuah suara memanggilku, katanya ” Jika kau memohon kepada-Nya yang tahu bagaimana memohon kepada-Nya, maka Dia tidak akan memasang tirai antara kau dan Dia. Namun memohonlah kepada-Nya untuk membuatmu kuat memiliki-Nya. “Maka akupun memohon kekuatan dari Dia pun membuatku kuat, segala puji bagi Tuhan!
  • Aku pesan oleh guruku (Abdus Salam ibn Masyisy ra): “Jangan anda melangkahkan kaki kecuali untuk sesuatu yang dapat mendatangkan keredhaan ALLAH, dan jangan duduk di majlis kecuali yang aman dari murka ALLAH . Jangan bersahabat kecuali dengan orang yang membantu berbuat taat kepada ALLAH . Jangan memilih sahabat karib kecuali orang yang menambah keyakinanmu terhadap ALLAH.”
  • Seorang wali tidak akan sampai kepada ALLAH selama ia masih ada syahwat atau usaha ikhtiar sendiri.
  • Janganlah yang menjadi tujuan doamu itu adalah keinginan tercapainya hajat keperluanmu. Dengan demikian engkau hanya terhijab dari ALLAH.  Yang harus menjadi tujuan dari doamu adalah untuk bermunajat kepada ALLAH yang memeliharamu dari-Nya.
  • Seorang arif adalah orang yang mengetahui rahsia-rahsia karunia ALLAH di dalam berbagai macam bala’ yang menimpanya sehari-hari, dan mengakui kesalahan-kesalahan nya di dalam lingkungan belas kasih ALLAH kepadanya.
  • Sedikit amal dengan mengakui kurnia ALLAH, lebih baik dari banyak amal dengan terus merasa kurang beramal.
  • Andaikan ALLAH  membuka nur (cahaya) seorang mu’min yang berbuat dosa, niscaya ini akan memenuhi antara langit dan bumi, maka bagaimanakah kiranya menjelaskan : “Andaikan ALLAH membuka hakikat kewalian seorang wali, niscaya ia akan disembah, sebab ia telah mengenangkan sifat-sifat ALLAH SWT.
sumber: http://al–kisah.blogspot.com/2009/04/kata-kata-hikmah-abul-hasan-asy.html
Posted in: Muzakarah

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...