Sabtu, 22 November 2014

SURAH ADH DHUHA



MAKSUD
1-Demi waktu dhuha,
2-Dan malam apabila ia sunyi - sepi
3-(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh  oleh kaum musyrik).
4-Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5-Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati
6-Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
7-Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu -    Al-Quran)?
8-Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
9-Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10-Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking
11-Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

KELEBIHAN
Surah adh dhuha yang bererti waktu dhuha adalah merupakan surah yang ke 93 di dalam Al Quran, mengandungi 11 ayat,ia dinamakan adh dhuha kerana diawal surah ini Allah swt bersumpah dengan waktu dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci nabi Muhammad saw sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik. Allah swt memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya, antaranya menurut ulama apabila surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,Insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepada-Nya.

Selain dari itu sesiapa yang mengamalkan membaca surah adh dhuha 40 kali setiap hari,selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya,insya Allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir.

Wallahua'lam 

AL-QURAN IBARAT MESIN MASA MINDA

Posted by epondok

MEMBACA dan menghayati al-Quran seumpama pulang ke masa lampau melihat keajaiban.

BERUNTUNGlah orang yang berdamping dengan al-Quran.  

 JUNJUNGAN Nabi Muhammad SAW adalah Rasul utusan Allah SWT. Walau tidak pernah menelaah atau talaqqi kitab umat terdahulu, baginda mengetahui sejarah lampau yang mencecah ribuan tahun usianya secara terperinci seolah-olah baginda hadir di situ.

Apabila ditanya kepada Ahli Kitab yang soleh, mereka mengakui kebenaran kisah yang dibawa baginda. Sesetengah mereka langsung bersaksi akan kebenaran baginda dan beriman kerana hanya seorang rasul yang mendapat wahyu mampu mengetahuinya.

Firman-Nya yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir itu berkata: “Engkau bukanlah seorang Rasul daripada Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah. (al-Ra’d [13:43]).

“Umpamanya anda baru bertemu seorang lelaki yang kelihatan berkarisma, lalu lelaki tersebut mampu menceritakan kisah lampau anda secara terperinci. Lelaki itu tersebut, pada tarikh sekian, anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kereta sekian. Nombor kenderaan anda dan kenderaan yang melanggar anda juga dinyatakan secara terperinci.

“Bukan setakat itu, disebut juga semasa kemalangan berlaku, anda memakai baju, seluar dan kasut sekian. Disebut juga nama dan no IC orang yang melanggar juga pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian.

“Dinyatakan juga semasa kejadian terdapat berapa ramai pemerhati dan perincian mengenai identiti setiap yang hadir bersama warna pakaiannya. Kemudian disebut juga kos rawatan yang anda lalui di hospital sekian oleh doktor sekian. Disebut juga berapa lama anda mendapat cuti sakit dan kesan kemalangan yang anda rasai sehingga sekarang.”

Setelah mendengar penjelasan terperinci lelaki tersebut, anda pasti terus beriman dengan Kewalainnya.
Begitulah juga perihalnya Rasulullah SAW yang mendapat bimbingan wahyu. Lihat beberapa contoh dalam ayat berikut yang membuktikan dengan nyata bahawa baginda bukan manusia biasa tetapi seorang Rasul yang dibimbing Allah SWT.

1-Firman Allah pada perincian kisah Musa a.s menerima wahyu dan lokasinya.
irman-Nya yang bermaksud: Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu. Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu). Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (al-Quran) daripada Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya). (al-Qasas:44-46)

2-Perincian perancangan 10 adik-beradik Yusuf ketika mereka merancang menzalimi Yusuf, seakan baginda SAW ada bersama mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: (Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah daripada berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya). (Yusuf: 102)

3-Perincian perselisihan para pendeta Bayt al-Maqdis dan Nabi Zakariyya a.s ketika mereka membuat undian tentang siapakah selayaknya mendapat hak jagaan Maryam, seakan baginda SAW juga ada bersama mereka.

Firman-Nya yang bermaksud: Peristiwa yang demikian ialah sebahagian daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (Ali Imran:44)

4-Perincian kisah Nabi Nuh a.s dan kaumnya yang ditenggelami air.
Ertinya: (Kisah Nabi Nuh) itu adalah daripada perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Hud: 49)


Kesimpulannya, membaca dan menghayati al-Quran seumpama menaiki “mesin masa minda” yang pulang ke zaman lampau melihat keajaiban kisah manusia pilihan. “Mesin masa minda” ini pula dipandu oleh Rasulullah SAW. Beruntunglah orang yang berdamping dengan al-Quran.

http://epondok.wordpress.com/2014/11/12/al-quran-ibarat-mesin-masa-minda/

Jangan Menolak Takdir

JANGAN engkau menolak sesuatu takdir Allah s.w.t, kerana ia akan membuat engkau menjadi binasa, imanmu menjadi hilang , hatimu menjadi keruh dan batinmu menjadi mati.

Allah s.w.t berfirman di dalam sebahagian Kitab-Nya bermaksud:
"AKU adalah Allah yang tiada Tuhan selain AKU. Barangsiapa yang tunduk (berserah diri) terhadap ketentuan-Ku, bersabar terhadap ketentuan cubaan-Ku dan mensyukuri  nikmat-Ku,maka Aku menulisnya  di sisi-Ku sebagai orang-orang yang benar (al-siddiqin). Dan barangsiapa tidak tunduk terhadap keputusan-Ku. tidak bersabar terhadap  ujian-Ku dan tidak mensyukuri nikmat-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selain daripada Aku."

Menjadi Kekasih Allah 528

Rabu, 19 November 2014

Enam Jenis Ghibah yang Diperbolehkan

Gambar hiasan.
Tidak semua jenis ghibah dilarang dalam agama. Ada beberapa jenis ghibah yang diperbolehkan, iaitu yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan yang benar. 

Tujuan tersebut tidak mungkin tercapai kecuali dengan ghibah. Setidaknya ada enam jenis ghibah yang diperbolehkan, iaitu yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan yang benar, dan tidak mungkin tercapai kecuali dengan ghibah.

Pertama, melaporkan perbuatan aniaya. Orang yang teraniaya boleh melaporkan kepada hakim dengan mengatakan ia telah dianiaya oleh seseorang. Pada dasarnya ini adalah perbuatan ghibah, namun karena dimaksudkan untuk tujuan yang benar, maka hal ini diperbolehkan dalam agama.

Kedua, usaha untuk mengubah kemungkaran dan membantu seseorang keluar dari dari perbuatan maksiat, seperti mengutarakan kepada orang yang mempunyai kekuasaan untuk mengubah kemungkaran. “Si Fulan telah berbuat tidak benar, cegahlah dia!” 

Maksudnya adalah meminta orang lain untuk mengubah kemungkaran. Jika tidak bermaksud demikian, maka ucapan tadi adalah ghibah yang diharamkan.

Ketiga, untuk tujuan meminta nasihat. Misalnya dengan mengucapkan , “Ayah saya telah berbuat begini kepada saya, apakah perbuatannya itu diperbolehkan? Bagaimana caranya agar saya tidak diperlakukan demikian lagi? Bagaimana cara mendapatkan hak saya?”

Ungkapan demikian ini diperbolehkan. Tapi lebih selamat bila ia mengutarakannya dengan ungkapan misalnya, “Bagaimana hukumnya bila ada seseorang yang berbuat begini kepada anaknya, apakah hal itu diperbolehkan?” Ungkapan semacam ini lebih selamat karena tidak menyebut orang tertentu.

Keempat, untuk memperingatkan atau menasehati kaum Muslimin. Contoh dalam hal ini adalah jarh (menyebut cela perawi hadits) yang dilakukan para ulama hadis. Hal ini diperbolehkan menurut ijmak ulama, bahkan menjadi wajib karena mengandung maslahat untuk umat Islam.

Kelima, bila seseorang berterus terang dengan menunjukkan kefasikan dan kebid’ahan, seperti minum arak, berjudi dan lain sebagainya, maka boleh menyebut seseorang tersebut dengan sifat yang dimaksudkan, namun ia tidak boleh menyebutkan aibnya untuk umat Islam.

Keenam, untuk memberi penjelasan dengan suatu sebutan yang telah masyhur pada diri seseorang.

/1http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah

Sabtu, 15 November 2014

Iman dan Syirik. Apa itu ?

Tambah kapsyen

Iman ialah: ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah saw.

Syirik disebut kezhaliman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.

Syahadat ialah: persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mhaupun batin.
Gambar hiasan

Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta’ala dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan inilah hakikat agama Islam, kerana Islam maknanya ialah penyerahan diri kepada Allah semata, yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada-Nya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.

Ibadah bererti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir mahupun batin, yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Dan suatu amal akan diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila disertai dengan niat ikhlas kerana Allah semata; dan mengikuti tuntunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Khamis, 13 November 2014

Wasiat nasihat Kerohanian

".....Mereka mentaati semua perintah Allah swt, menjauhi semua larangan-Nya,
sabar menerima cubaan-Nya, mensyukuri pemberian-Nya, menyerahkan diri, harta, anak-anak 
dan
 harga diri mereka kepada-Nya, dan dalam masa yang sama hati mereka takut kepada-Nya".

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...