Ahad, 21 Februari 2016

KEHIDUPAN



Alunan Kehidupan
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki
apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu di mana rezekiku. Tapi rezekiku tahu di mana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.
Setiap orang tertulis rezeki masing-masing
Hanya kita sahaja
Yang kurang menilainya

Kebahagian bukan terletak kepada kekayaan
Tetapi terletak pada hati
Yang sentiasa mensyukuri-Nya

Terima kasih kepada penulis

Jumaat, 19 Februari 2016

WASIAT DZUN-NUN AL-MISHRI UNTUK ANAK MUDA

Gambar hiasan
Dzun-Nun Al-Mishri memberi wasiat kepada seorang pemuda, “Hai anak muda! Ambilah senjata celaan bagi dirimu, dan gabungkanlah dengan menolak kezaliman, maka di Hari Kiamat engkau akan memakai jubah keselamatan. Tahanlah dirimu dalam taman ketenteraman, rasakanlah pedihnya fardhu-fardhu keimanan, maka engkau akan memperoleh kenikmatan surgawi. Teguklah cawan kesabaran dan persiapkan ia untuk kefakiran hingga engkau menjadi orang yang sempurna.”

Lalu pemuda itu bertanya, “Diri mana yang sanggup melakukan itu?”

Dzun-Nun Al-Mishri menjawab, “Diri yang bersabar atas lapar, yang teringat pada jubah kezaliman, diri yang membeli akhirat dengan dunia tanpa syarat dan tanpa kecuali, dan diri yang memperisaikan kerisauan, yang mengiringi kegelapan pada kejelasan.

Diri yang merasa cukup dengan makanan sedikit, menundukkan pasukan nafsu, dan bersinar dalam kegelapan. Ia bercadarkan kudung berhias, dan menuju kemuliaan dalam kegelapan. Ia meninggalkan penghidupan. Inilah diri yang berkhidmat, yang mengetahui hari yang akan datang. Semua itu dengan taufik Allah yang Mahahidup dan Maha Berdiri Sendiri.”

Source: http://mistikus-sufi.blogspot.com/2014/03/wasiat-dzun-nun-al-mishri-untuk-anak.html#ixzz40g2HpVSy
Follow us: @Mistikus_Sufi on Twitter | mistikussufi on Facebook

Isnin, 8 Februari 2016

19 KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Tambah kapsyen
Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah swt perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasullulah saw demi mencapai martabat al-mukarabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya . Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-quran, istighfar, berzikir,berselawat dan berdoa

Berikut adalah beberapa kelebihan membaca Al-Quran ialah:
1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga
juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga.
4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan  
pahala membaca tidak akan putus.
5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6- Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga.
8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin.
10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12-Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat.
14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat.
15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat.
17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti.
19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan.

سورة القصص 25.12.11_ الشيخ عبد الوهاب الطنطاوى

Khamis, 4 Februari 2016

Sheikh Faris Abad (Surat Lukman)

PenCiNTA RaSULuLLAH


۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّد ۞
BerLumba Mendekati Ujian - "Seandainya pahala kesabaran itu Allah zahirkan, maka sudah tentu ramai orang akan berlumba-lumba mendekati ujian, sehingga air mata dijadikannya sarana bermanja dan berdekatan kepada Allah". (Al-Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Al-Hafidz).

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّد ۞
Buang DuNia Dari Hatimu - "Bukanlah zuhud itu kamu meninggalkan dunia dari tanganmu dalam keadaan ia bersemayam di hatimu. Namun, Zuhud adalah kau buang dunia dari hatimu walaupun ia berada dalam genggaman tanganmu". (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّد ۞
Ingat Dalam Dirimu....-"Ingatlah kepada Tuhanmu dalam dirimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak secara nada yang keras, pada pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi golongan orang yang lupa". (Surah Al-A'raf: Ayat 205)

Selasa, 2 Februari 2016

TERuSKAN bERzIkIR...


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

Imam Al-Ghazali ditanya:
"Bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku lalai"

Jawab Imam Al-Ghazali:
"Teruskan berzikir walau hatimu lalai, kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata sesuatu yang kotor dan sia-sia"

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...